Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sofiah melabuhkan punggung di atas meja Maya. Maya yang sedang menulis tiba-tiba terhenti. Alamak, apa pulak yang minah seorang ni nak dari aku? Harap pesonaliti saja yang berubah peragai macam tu juga. "Oi, anak dara tak baik duduk atas meja." Tegur Maya. Sofiah tersenyum. Tidak sekali menampakkan wajah salahnya. Pen di atas meja Maya dimain. Dipusing-pusingkan dan kemudiannya mengetuk-ngetuk meja Maya. "Hah, ada apa kau datang nak jumpa aku? Kalau setakat nak suruh aku buat kerja kau, baik kau serahkan saja. Aku ada banya kerja yang nak disiapkan cepat Kalau lambat, kau tahu sajalah bos kita tu bila dah mengamuk. Bagai nak runtuh bangunan ini dibuatnya. Suara dia mengalahkan tarzan dalam hutan. Kalau dah pekik, macam gajah naik minyak. Hah, mana kerja yang nak suruh aku buat? Aku tengok kau berlenggang je." Tanya Maya sambil memandang tangan Sofiah di kiri dan kanan. "Aku bukan nak bagi kau kerja. Tapi…. Kau nak tahu cerita tak pasal bos kita? Hari tu masa kau keluar, aku tengok dia bukan main mesra dengan seorang perempuan. Aku ingat itu mesti makwe dia. Kau tahu, cantik betul teman wanita dia. Sampai aku pun sekarang ni dah gigit jari. Baru nak masuk jarum, yang kita berkenan dah ada buah hati. Itu yang aku frust. Walau bagai manapun aku tetap aku." "Kau ni tak ada kerja lain ke selain gossip? Kurangkanlah aktivi kau tu." "Betul. Aku tak tipu. Mata aku sendiri yang nampak macam mana perempuan tu begitu mesra dengan bos kita." "O… itu yang kau nak beritahu pada aku. Aku ingatkan apa tadi. Confrim ke? Atau entah-entah teman kenalan dia." "Kalau teman kenalan takkan sampai berpegang tangan? Itu yang aku benggang. Tak apa. Nasib baik aku masih belum sempat nak simpan perasaan serius terhadap dia. Kalau tidak naya je." "Nasib baik kau berpijak di bumi nyata. Itulah, dari dulu aku dah beritahu pada kau. Kau juga yang tak nak dengar. Nasib baik kau tak kembali kepada pakaian seksi kau tu. Ala….. nanti satu hari kau juga akan bertemu cinta sejati. Hah, macam aku ni. Tak lama lagi aku akan naik pelamin kau tahu?" Sofiah terkejut dengan pengakuan Maya. "Ye ke Maya? Seronoknya. Tak sangka betullah kau ni. Nak kata kau ni solid, cantik lagi aku. Tapi kau yang jalan dulu. Bertuah betullah kau ni. Eh, bila kau nak kahwin?" Sofiah seperti tidak sabar untuk mengetahui perkara selanjutnya. "Cuti sekolah bulan lima nanti. Nampaknya nanti bila aku cuti kahwin kau kena ambil alih kerja aku. Aku kalau boleh nak ambil cuti sebulan." Sofiah membeliakkan mata apabila mendengarkan saranan Maya itu. "Kau gila ke? Mana ada orang ambil cuti kahwin sampai satu bulan? Ini bukan syarikat kau." "Yelah. Mana masa aku nak buat bunga telur, mana masa aku nak jahit langsir, nak tempah mak andam, nak beli barang, nak bulan madu, semuanya aku dah senarai. Lepas sepuluh bulan pulak aku dah bersalin. Tambah dua bulan lagi. Aku harap dari saat ini kau belajarlah kerja aku ni sedikit demi sedikit. Nanti masa aku naik pelamin tak adalah kau nak ganggu aku. Macam man nak kira ini, macam mana nak buat itu, ala… kalau susah sangat aku suruhlah Encik Hafiz buat kerja aku. Kau rasalah dia nak tak buat kerja kerani ni?" "Cik Maya, nak saya buat kerja tukang sapu pun boleh." "Hah, bukankah aku dah cakap. Dia mesti nak. Ala… dia duduk kat dalam tu bukannya ada buat kerja pun. Setakat pegang pen dua tiga minit lepas tu bergayut. Bukan aku tak tahu kerja dia dalam tu. Eh, kalau aku duduk dalam tu ada gaya tak?" "Ada, macam anak gajah duduk dalam sarkas." "Hah.." Maya tidak jadi sambung. Dia tahu, dia sudah terlepas cakap. Dia tahu yang menyampuknya tadi adalah Hafiz. Wajah Maya berubah. Dia menelan air liur yang tersekat di kerongkong. Perit dirasakan. Alamak, macam mana aku boleh terlepas cakap. Itulah, kata orang ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar’. "Maya, Sofiah, masuk bilik saya sekejap." Arah Hafiz. Sofiah dan Maya tersentak. Alamak…. Kenapa hah? Dia nak bagi surat amaran ke? Habislah macam ni. Itulah, lain kali jangan buat pekerjaan macam ni lagi. Sekarang siapa yang susah. "Itulah kau. Cakap tak nak memandang." Bisik Sofiah ke telinga Maya. "Aku mana tahu yang dia tiba-tiba muncul. Aku pun pelik. Tiap kali aku mengumpat mesti dia dengar. Dia ni ada pasang bomoh ke?" Sampuk Maya. "Hish! Kamu ni." "Sudah habis bercakap?" Maya dan Sofiah terdiam. Hafiz yang duduk berhadapan dengan Maya dan Sofiah kelihatan bersahaja. Masing-masing kelu untuk berkata-kata. Maya yang duduk bersebelahan dengan Sofiah mengambil kesempatan melihat dengan jelas wajah Hafiz yang sememangnya kacak itu. Patutlah Sofiah perasan bagai nak gila. Raut wajah ala-ala cina dengan rambut ikal dan dibiarkan sedikit menjamah dahinya membuatkan hati bergolak tika memandangnya. Kening yang separa lebat dengan bibirnya yang merah sudah pasti membuatkan perempuan yang memandang pasti tidak tidur malam. Sudah pasti bibir yang merah itu tidak pernah menjamah batang rokok yang menjadi simbol kepada kaum lelaki. Tanpa disedari Maya terlentok tatkala memandang ke arah Hafiz. "Kenapa dengan awak ni Maya? Kalau nak tidur pun bukan di sini." Maya tersentak dengan teguran Hafiz. Sofiah yang berada di sisi berkerut dahi. Dalam masa macam ni si Maya nak bergurau lagi ke? "Encik Hafiz, saya nak minta maaf. Saya janji lain kali saya akan ikut segala arahan yang Encik Hafiz berikan. Saya janji saya tidak akan buat lagi. Tolonglah. Janganlah beri saya surat amaran. Kalau saya digantung kerja apa saya nak makan nanti?" "Siapa yang nak gantung awak kerja? Saya panggil ni pun bukan sebab itu. Oh ya, apa yang saya tahu Maya ada ijazah dalam perakaunan. Betul ke?" Maya sedikit tersentak. Macam mana dia ni boleh tahu? Fikiran Maya berputar mencari mereka yang cuba membocorkan rahsianya. Maya memandang ke arah Sofiah. "Sorry Maya. Aku tak sengaja. Janganlah marah." Berubah wajah Sofiah mendengarkan butir bicara dari Hafiz. "Perkara dah lepas. Nak hentam kau pun dia dah tahu." Selamba saja Maya menjawab. "Saya nak buat pertukaran." Kata-kata Hafiz itu membuatkan Maya dan Sofiah terkejut. "Maksud Encik Hafiz, saya kena buat kerja Maya ke?" Tanya Sofiah. Hafiz menggeleng. "Bukan itu maksud saya." Maya dan Sofiah membisu. "Tidak lama lagi kita akan menerima pengurus bahagian Marketing. Dia juga merupakan adik saya. Dia akan datang dalam masa satu minggu. Oleh itu memandangkan saya yang menjaga akaun bagi syarikat ini, ingin menarik Maya dan Sofiah saya akan letakkan di bawah jagaan adik saya Daniel. Saya harap tiada masalah antara kamu berdua." "Kenapa saya pula? Tak ada orang lain ke Encik Hafiz nak pilih?" Ujar Maya seperti tidak berpuas hati. "Maya ada ijazah dalam perakaunan. Sebab itu saya pilih awak. Tentang pemasaran Daniel boleh ajar Sofiah. Lagi pun bahagian pemasaran taklah susah sangat. Cuma saya bimbangkan bahagian saya ini. Bukan senang nak buat kira-kira. Saya tahu, awak boleh buat Maya." "Itulah Sofiah. Aku dah cakap jangan beritahu orang lain. Sekarang siapa yang susah? Aku juga yang susah. Aku bukan apa, dah lama aku tinggalkan ilmu kira-kira ni. Dulu aku ikut buku, pakai teori. Sekarang nak kena buat praktikal. Hish, kau ni betul-betul menyusahkan oranglah Sofiah. Apa yang aku nak buat sekarang ni?" Bebel Maya. Hafiz yang tahu akan perangai Maya cuma menggelengkan kepala. Mulut macam burung cabut ekor. Tak pernah senyap. "Janganlah melenting, Maya. Sayakan ada. Saya boleh bantu." Celah Hafiz. Maya ketawa. Sudah, apa pulak sekarang ni? "Encik nak bantu saya? Boleh ke? Tak percayalah saya. Nanti silap hari bulan bukan Encik Hafiz ajar saya, tapi saya yang akan ajar Encik Hafiz pulak." Hafiz menggelengkan kepala apabila mendengarkan Maya yang banyak cakap. Macam manalah laki nak tahan kalau mulut macam ni. "Apa? Awak ingat saya ni teruk sangat ke? Saya tak kira. Lagi pun keputusan ini bukannya atas pilihan saya, tapi atas arahan Dato’ Khalil berkuatkuasa minggu depan. Kalau awak berdua tak puas hati boleh buat aduan pada dia. Lagi pun saya bukannya nak sangat setiausaha macam anak gajah ni. Oleh sebab dah pilihan ayah saya terpaksalah saya akur. Lagi pun nanti tak adalah orang buat warong kopi dalam pejabat ni." Terasa pedih mendengar sindiran Hafiz itu. Maya mengetap gigi menahan marah. "Saya harap kalau saya terima pun janganlah anggap saya suka bekerja di bawah Encik Hafiz tetapi dengan arahan Dato’ Khalil. Nasib baiklah saya bekerja nak cari rezeki. Kalau Malaysia sekarang ni senang nak cari kerja, dah lama saya berhenti. Tak apalah. Kalau itu sudah keputusan dia, saya ikut saja." Ucap Maya. Sofiah yang masih setia di sisi Maya cuma membatu. "Sofiah, saya akan berikan tempat baru untuk awak. Nanti akan saya kenalkan kepada awak bos yang baru iaitu Encik Daniel. Sudah, lepas ni awak berdua bolehlah berkemas. Surat kenaikan pangkat awak Maya, nanti akan menyusul. Bukankah awak juga yang pernah berkata awak pernah menjawat jawatan setiausaha. Sekarang, saya nak tengok sejauh mana kehebatan awak." "Ala… Encik Hafiz, bukannya susah sangat nak jadi setiausaha ni. Telefon berbunyi, ambil nota. Tiap pagi bacakan jadual bos. Cukup masa, pergi makan. Apa bos cakap semuanya kena tulis. Bos kata A, setiausaha kena ikut. Kacang je. Bukannya susah sangat. Setakat kerja macam tu, sekelip mata saya oleh buat." Ujar Maya bangga. "Yelah. Bukan itu saja, bila ada mesyuarat, awak kena ikut saya. Bila saya buat laporan, awak juga kena buat. Bila saya ada masalah, awak juga yang akan kena. Bila saya nak itu, awak kena ikut. Bila saya suruh ini, awak kena turut. Dan yang paling penting, saya akan jadi bos awak nanti." Hafiz tersenyum sinis. Dibiarkan wajah Maya berubah. Biar dia tahu betapa susahnya menjadi seorang setiausaha yang berjaya. "Baiklah, sekarang awak berdua boleh keluar. Saya ada banyak kerja lagi. Al-maklumlah. Seperti ada orang kata, saya ni kaki gayut. Jadi sekarang ni saya nak bergayut dengan ayah saya tentang keputusan ini. Jadi, apa tunggu lagi?" Maya dan Sofiah bangun. Kaki yang dipijak seperti tidak bermaya. Terkejut dengan segala keputusan yang mengejut. "Oh ya, Sofiah. Sebelum awak keluar kalau Rozita berjumpa dengan saya suruh dia tunggu. Okey?" Sofiah mengangguk. Tak lama lagi, tak dapatlah aku tengoknya muka hari-hari. Usik hati Sofiah. "Itulah Sofiah. Lain kali mulut tu jangan nak pandai buat cerita. Sekarang ni aku ke mana, kau ke mana. Aku bukan apa, aku malaslah nak kerja bawah dia. Dia tu banyak perangai. Gerenti aku perang dengan dia setiap hari." Luah Maya selepas mereka keluar dari bilik Hafiz. "Aku pun dah tak boleh buat apa. Nampak gayanya tak adalah peluang kita nak berborak lagi. Kalau abang dah perangai macam tu, aku tak tahu macam manalah perangai adik dia. Aku harap dia tidak seperti Encik Hafiz." "Entah-entah lagi teruk tak?" Serkap Maya. "Engkau ni janganlah fikir yang bukan-bukan." Mereka kemudiannya ketawa. Beberapa orang pekerja yang berada di dalam pejabat itu, cuma tercenggang. Biarlah. Tiba-tiba ketawa Maya terhenti. Begitu juga dengan Sofiah. Wajah Maya nampak terkejut. Dia tidak menyangka, Rozita yang disebut oleh Hafiz tadi adalah rakannya. "Ita, apa kau buat kat sini?" Sofiah juga terkejut. Maya kenal dengan perempuan ni? "Cik, Encik Hafiz ada? Saya nak berjumpa dengan dia." Ujar Rozita kepada Sofiah tanpa menjawab pertanyaan Maya. Malahan Rozita juga sedikit pun tidak memandang ke arah Maya. Maya terkedu. "Sekejap ye Cik. Saya panggilkan dia." Sofiah berlalu meningalkan Maya dan Rozita. "Ita, apa kau buat kat sini?" "Aku punya sukalah. Kau jangan nak ganggu aku. Dan ingat, Maya. Kita di sini anggap saja tidak pernah kenal antara satu sama lain." "Hai sayang…" Hafiz yang muncul dari dalam bilik kini melangkah menuju ke arah Rozita. Rozita kemudiannya memaut lengan Hafiz dengan manja sambil memandang sinis ke arah Maya. Meluatnya aku. Maya yang melihatkan adegan itu mencebikkan bibir. "Hai… macam mana? Perut ni dah laparlah." Renggek Rozita. "Mari, kita pergi makan." Ajak Hafiz. Maya dan Sofiah yang melihat adegan mesra itu bagaikan nak termuntah. E…. meluat sungguh. Maya menghantar pasangan itu dengan ekoran mata dan seribu rasa kasihan kepada Hafiz. Padan dengan muka kau, Hafiz. Memang dah kena masuk perangkap nampak gayanya.
terima kasih atas komentar.... nantikan sambungannya.. http://bayuk3nangan.blogspot.com
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bestla citer ni..leh bagi blog tak?