Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Sampai hati Nadia tak beritahu abang langsung yang Nadia nak balik Malaysia," suara lelaki yang sedang duduk berhadapan dengannya di kala itu mendatar. Nadia hanya mendiamkan diri. Hanya itu jalan yang paling selamat. Jika tidak, dia akan terus menipu lellaki tersebut.
"Kenapa Nadia tiba-tiba nak balik?" Tanya Imran merenung tepat ke arah gadis yang berada di hadapannya. Kopi panas yang baru dihantar oleh pelayan sebentar tadi langsung tak disentuhnya. Begitu juga dengan gadis yang berda di hadapannya di kal itu. Gadis itu lebih banyak tertunduk tidak berani mendang wajahnya.
"Sebab dah lama duduk kat sana," jawab Nadia ringkas. Dia berbohong lagi. Tapi dia tak mahu menceritakan perkara yang sebenar kepada lelaki tersebut. Dia tahu sekiranya dia bercerita mengenai perkara yang sebenar sudah tentu dia akan dimarahi.
"Tiba-tiba...selama ni abang, ibu ajak Nadia balik...Nadia tak nak balik dah...sampai nangis-nangis ibu...Nadia tetap degil...tapi kenapa sekarang tiba-tiba balik lepas tu pulak langsung tak beritahu kami, nasib baik kawan abang ada naik flight yang sama denganNadia...dia kenal dengan Nadia...kalau tak...rasanya Nadia tak akan beritahu kami yang Nadia dah balik Malaysia," Imran memulakan sesi membasuh adiknya yang seorang itu. Degil. Sejak kecil lagi degil adiknya itu tak pernah nak berubah.
"Ala...bukan Nadia tak nak beritahu abang dengan ibu...saja..Nadia nak buat surprise! Tak boleh?" Tanya Nadia sambil tersengeh. Walaupun itu bukannya hakikat yang sebenar. Kalau tak kerana kawan abangnya terserempak dengan dia atas kapal terbang, memang dia tak akan beritahu kepulangannya kepada abang dan ibunya. Bukan dia lupa daratan tapi ada perkara yang menyebabkan dia lakukan itu semua. Tetapi memandangkan abangnya itu sudah tahu mengenai kepulangannya jadi terpaksalah dia berjumpa dengan lelaki itu.
"Ni bila nak balik jumpa ibu?" Tanya Imran.
"Ibu dah tahu ke yang Nadia dah balik?" Tanya Nadia kembali.
"Belum...abang tahu kalau abang cakap kat ibu yang Nadia dah balik...tentu ibu tak sabar nak jumpa dengan Nadia sedangkan Nadia ni entah nak jumpa ibu ke tak," kata-kata yang cukup sinis keluar dari mulut Imran. Nadia tertunduk. Raut wajahnya terus sahaja berubah. Dia tahu abangnya iu masih lagi marah kepadanya.
"Abang jangan la cakap macam tu...Nadia bukan tak nak jumpa ibu...nanti Nadia jumpa la...esok Nadia jumpa ibu...abang tak payahla cakap kat ibu lagi yang Nadia dah balik...boleh?" pinta Nadia sambil tersengeh meminta simpati.
"Betul? Nadia boleh berjanji dengan abang yang Nadia akan balik jumpa ibu esok?" Tanya Imran inginkan kepastian.
"Janji!" Nadia mengangkat tangan sebagai tanda sumpah. Imran tersenyum. Dengan pantas tangannya menggosok kepal adiknya itu. Dia tahu adiknya itu tak akan mungkir janji. Itu kelebihan Nadia, gadis itu agak susah untuk berjanji tetapi sekiranya dia berjanji dia akan pasti tuanikan janjinya itu. Janji? Janji adiknya yang diungkapkan lima tahun dahulu begitu menakutkannya. Dia berharap sangat adiknya itu akan melupakan janji tersebut
-------------------------------
BAB 3
"Macam mana?" Tanya Baby sebaik sahaja sahabatnya itu duduk di sampingnya yang sedang menonton televisyen ketika itu.
"Macam mana apa?" Tanya Nadia kembali. Matanya lebih tertumpu kepada televisyen pada ketika itu. Dia langsung tak faham dengan soalan yang sedang dikemukakan oleh sahabatnya.
"Abang Im la...dia marah tak kat kau pasal kau balik Malaysia tak beritahu dia," ujar Baby. Nadia menoleh ke arahnya kemudian tersengeh. Dia malas nak menjawab soalan yang dikemukakan oleh sahabatnya itu. Baby terus mencebik. Tahu sangat dengan perangai Nadia yang lebih suka mendiamkan diri sekiranya dia malas nak menjawab soalan yang dikemukakan.
"Tak payah kau nak tanya Baby...dah sah-sah dia kena bebel dengan Abang Im...takkan kau tak tahu dengan perangai Abang Im tu...kuat sangat membebel...kita pun selalu sangat kena bebel," tiba-tiba Tiara menjampuk. Gadis tinggi lampai yang sedang mengadap laptop di tidak jauh dari mereka menjawab tanpa matanya tak beralih langsung dari laptop. banyak sangat kerja yang dia harus selesaikan.
"Tahu pun....tu pun nak tanya lagi...nasib baik la aku cepat bertindak, tak adalah panajang sangat dia membebel" jawab Nadia masih lagi tersengeh.
"Kau buat apa?" tanya Baby bersungguh.
"Aku dengar je la apa yang dia bebel...jangan menjawab, nanti lagi teruk kau kena...lepas tu aku janji dengan dia aku nak jumpa ibu esok...terus dia berhenti membebel," sambung Nadia.
"Patutla...kalau tak aku rasa boleh bernanah telinga kau tu...kita orang pun selalu gak kena bebel sebab kau," bicara Tiara yang masih lagi tertumpu kepada laptop di hadapannya. sejak dua tiga hari ini syarikat yang diuruskan oleh dia dan Baby agak sibuk kerana terdapat banyak sangat projek baru yang masuk. Sebab itulah dia menelefon Nadia agar gadis itu balik ke Malaysia. Dia dengan Baby sudah tak menang tangan.
"Sebab aku? Kenapa?" Nadia kehairanan.
"Yalah..siapa suruh kau degil sangat...dah letih aku dengan Baby nak pujuk kau balik Malaysia..alih-alih kita orang kena bebel dengan Abang Im...dia marah kat kita orang, yang kita orang ni tak pujuk kau betul-betul," rungut Tiara lagi. Baby hanya mengangguk menyokong apa yang diberitahu oleh Tiara.
"Ala...kau halalkan je...kau sendiri pun tahu perangai Abang Im tu macam mana kan...ni aku nak tanya sikit pasal syarikat, macam mana semua ok?"
"Aku ingat kau dah tak nak ambil tahu lagi pasal syarikat ni," bicara Baby bersahaja. Nadia terus mencubit bahu rakannya itu. Baby mengaduh sakit.
"Yalah...kau bukannya nak balik awal-awal tolong kita orang kat sini...penat tau tak, banyak kerja yang kita orang kena uruskan," rungut Baby. Bukannya dia nak berkira. Dia langsung tak kisah sebenarnya untuk bekerja di situ. Itu adalah kerjayanya. Dia yang membuat keputusan dulu untuk bekerja dengan Nadia bila gadis tersebut membuka syarikat. Begitu juga dengan Tiara. Mereka sama-sama berjanji untuk membantu Nadia.
"Ala...cakap korang nak tolong aku...aku minta tolong sikit pun dah nak berkira, aku just suruh korang uruskan syarikat tu je...aku bukannya tak ambil tahu langsung kan...kan aku selalu pantau korang dari sana kan?" ujar Nadia memuncung.
"Memang la kau ada pantau kita orang dari jauh...tapi masalah sekarang ni Nad...bila kau nak pengumuman rasmi yang kau tu bos Syarikat Friends Coperation....selama ni semua orang anggap aku la bos...aku la pemegang saham tersebesar Friends Coperation...aku rimas la," giliran Tiara pula meluahkan apa yang dirasakannya. dia bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah Nadia dan duduk di sofa berhampiran dengan tempat duduk Nadia.
"Kenapa pulak nak rimas?" tanya Nadia pelik.
"Rimas la...wartawan asyik kejar aku je...sampaikan lelaki dah naik takut nak dekat dengan aku...yang berani dekat dengan aku semuanya yang tua-tua...yang datuk-datuk tak sedar diri...menyampah aku tau tak," Tiara menyambung rungutannya. Serentak dengan itu Nadia tergelak besar. Entah mengapa dia merasakan kenyataan sehabatnya sebentar tadi agak lucu.
"That\'s not funny ok," marah Tiara terus mendapatkan Nadia dan gadis itu dicubit semahu mungkin.
"Sakitla...sorry...sorry...ala...korang tolong la aku sikit lagi...belum masanya untuk aku tunjukkan siapa diri aku...kalau aku tunjukkan diri aku sekarang...nanti semua rancangan aku yang aku planning bertahun-tahun hancur macam tu je..matlamat aku tak tercapai lagi...kalau aku muncul sekarang..mungkin musuh ketat aku dapat detect aku nanti," Nadia meminta simpati. Dia memandang Baby dan Tiara bersilih ganti.
Baby terus memandang Tiara dengan pandangan yang hanya mereka berdua sahaja yang faham. Kemudian tiara pula memandang nadia sambil berkerut.
"Ok...kita orang setuju kau tak payah tunjukkan siapa diri kau dulu...tapi jangan lama sangat...kita orang takut kita orang tak mampu bertahan, memanglah syarikat kita sekarang antara syarikat hartanah yang paling maju tapi aku takut nanti ada orang dapat hidu ada orang lain di sebalik aku dan Baby, kacau bila rahsia ni bocor tanpa kau terlebih dulu dedahkan diri kau...aku tahu sekarang banyak sangat syarikat-syarikat hartanah yang tak puas hati dengan kita...aku tak mahu timbul sebarang spekulasi buruk yang boleh jatuhkan imej syarikat,"
Baby mengangguk setuju. Serentak dengan itu Nadia terus sahaja mendapatkan Tiara dan gadis itu dipeluk erat sambil mengucapkan terima kasih berkali-kali. Kemudian dia mendapatkan baby dan gadis tersebut diperlakukan sama seperti Tiara. Baby terus sahaja menangis.
"Asal pulak kau yang nangis? Sepatutnya aku yang nangis," tanya Nadia terus melerai pelukan mereka. Kemudian dia dengan Tiara serentak ketawa. Lucu dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh Baby yang sememangnya digelar ratu air mata oleh mereka.
"Terharu tau tak...korang jangan la gelakkan aku," bicara Baby sambil mengesat air matanya.
"Tapi.....
Baby dan Tiara terus sahaja memandang tepat ke arah Nadia. Menunggu kata-kata Nadia yang seterusnya. Mereka seakan-akan dapat menghidu ada sesuatu yang ingin dicakapkan oleh gadis itu.
"Aku akan turut pergi ke syarikat dan bekerja di sana......tapi...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cm best jer cite ni....