Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Petang tu, kehadiran Ana ke rumahnya secara tiba-tiba mengejutkan Dania. Tanpa sempat bertanya khabar Ana terus menarik tanggan Dania dan membisikkan sesuatu ke telinganya. Dania angguk tanda setuju. Lantas dia bergegas ke dapur mencari ibunya.
"Mama, Nia keluar kejap" "Nak gi mana petang-petang ni?" ibunya merasa hairan. "Tak de mama, Ana ajak jalan-jalan kejap jer, boleh lah" "Ermmm... ya lah" ibunya mengalah setelah melihat kelibat Ana menunggu di luar rumah.
Dania terus bergegas masuk ke dalam bilik untuk memakai tudung. Ana yang menunggu di dalam kereta semakin gusar. Cuma Dania lah satu-satunya harapan tempat untuk dia mencurahkan segala perasaan yang terbenam di lubuk hati. Sejurus tiba di taman permainan yang berdekatan mereka berdua mencari tempat duduk yang jauh dari orang ramai.
"Ana, kenapa ni?" "Aku binggung Dania. Aku betul-betul binggung sekarang. Dah berhari-hari aku tak nyenyak tidur tau" Ana memicit kepalanya yang berdenyut-denyut sakit. "Bunyinya macam ada masalah besar jer ni?" Dania agak terkejut mendengar luahan Ana.
Sambil mengesat air mata yang mula membasahi pipi Ana cuba menjelaskan perkara sebenar. Harapannya agar Dania mengerti perasaannya saat itu. Walaupun dia tahu Dania tak mampu untuk menolongnya, tapi sekurang-kurangnya menjadi pendengar yang setia, itu sudah memadai bagi dirinya.
"Aku nak bertunang hujung bulan ni!" Ana tertunduk diam. "Ya ker? Wah bertuahnya badan. Hujung bulan ni? Habis tu yang kau sedih tahap cipan ni apasal pula? Dah elok lah tu Farid masuk meminang." "Dania, dengar lah dulu apa yang aku nak bagi tau ni." Ana mula berang dengan sikap Dania yang baginya seolah mempersendakan dirinya.
"Ok.... ya lah, apa masalah sebenarnya ni?" "Bukan Farid yang masuk meminang." Ana cuba menahan linangan air di kelopak matanya dari jatuh membasahi pipi. "AH!!!!! Habis tu rombongan dari mana pula? Kau biar betul!! Jangan main-main." Dania melopong panjang. "Danish. Anak sepupu mama aku. Masalahnya aku tak kenal lagi dia tu. Tak pernah jumpa pun. Sebelum ni dia satu family menetap di Australia. Dia pun lahir kat sana juga." Ana memulakan mukadimah. "Hubungan kau dengan Farid macam mana? Farid dah tau ker?" "Itu yang buat aku binggung ni. Macam mana nak explain dengan Farid. Mama dan papa buat keputusan tanpa tanya pendapat aku." Ana mula teresak-esak kecil.
Ingatannya terhadap Farid semakin mendalam. Farid pernah berjanji akan menghantar rombongan meminang selepas saja mereka berdua mendapat pekerjaan. Namun semua harapannya hancur berkecai. Ana tak sanggup nak berhadapan dengan Farid. Dia tak sanggup melukakan hati insan yang amat di sayanginya. Cintanya hanya untuk Farid seorang saja. Siapalah yang sanggup melukakan hati kekasihnya. Terbayang di mata Ana betapa kecewanya Farid seandainya mengetahui berita tentang pertunangannya dengan Danish, seorang jejaka yang tak pernah dikenalinya.
"Ana, banyakkan bersabar, setiap dugaan tu ada hikmah disebaliknya. Jangan ikutkan sangat perasaan tu" Dania cuba untuk menenangkan perasaan Ana yang bergelora. "Nia, aku sayang sangat Farid." Tangisan Ana semakin menyentuh perasaan Dania. "Aku faham perasaan kau tu Ana."
Dania sendiri buntu untuk mencari jalan penyelesaian yang membelenggu sahabatnya, Ana. Dania kenal sangat dengan orang tua Ana. Kalau dah hitam yang mereka tetapkan, hitamlah jadinya. Tak mungkin hitam tu akan bertukar menjadi putih. Dia semakin simpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya itu. Tidak logik di akal fikirannya, keluarga Ana masih lagi terikat dengan adat lama di mana jodoh anak di tentukan oleh orang tuanya. Namun siapalah dirinya untuk bersuara dalam hal tu. Dia simpatikan nasib sahabatnya. Cuma dia berdoa agar sahabatnya itu tenang dalam menghadapi liku-liku kehidupan.
"Ana, banyakkan bersabar. Minta petunjuk dari Allah s.w.t, andai ada jodoh antara kau dengan Farid, aku yakin satu hari nanti akan sampai masanya. Jodoh pertemuan di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan segalanya."
Dania membiarkan Ana melepaskan tangisan sepuas hatinya. Dia berharap agar tangisan itu mampu menenangkan jiwa Ana. Dia mengerti betapa peritnya andai kehilangan insan yang tersayang. Dia sudah melalui semua itu setahun yang lalu. Betapa pedihnya di hati tuhan saja yang tahu. Dania merindui kekasihnya....opsss silap bekas kekasihnya Aidil. Walaupun sukar untuk dia melupakan Aidil namun dia harus tabah untuk menghadapi cubaan ini.
"Dania, kau dengar tak aku cakap tadi?" Dania terkejut mendengar suara Ana yang mengejutkannya dari lamunan. "Sori Ana, apa kau cakap tadi?" "Ermmmm... aku dah agak. Hari dah senja ni. Maghrib dah nak masuk. Nanti bising pula orang tua kat rumah tu." Ana sudahpun mengesat air matanya. Nasib baiklah dia memakai kaca mata, tak de lah ketara sangat dia lepas nangis. "Kau dah ok ker ni?" Dania bertanya, cuba untuk mendapatkan kepastian. "Aku dah ok sikit. Terima kasih Nia, sudi menjadi pendengar setia." Ana cuba untuk senyum, namun riak wajahnya masih terserlah kerisauan. "Sori, Ana, aku tak dapat nak tolong kau." Dania merasa serba salah. "Jangan risau, aku yakin Allah pasti memberikan jalan petunjuk untuk diriku. Kau dah jadi pendengar setia pun dah cukup baik. Terima kasih Dania."
Tak lama lagi azan maghrib akan berkumandang, mereka mereka harus sampai ke rumah sebelum masuk waktu maghrib. Kalau tak, alamatnya dapatlah ceramah free petang nie. Mengikut kepercayaan orang-orang tua, tak baik berkeliaran time maghrib macam ni, syaitan banyak berkeliaran nanti tak pasal-pasal kena sampuk pula(tak tahu lah sama ada itu cuma mitos atau fakta), yang pasti kepercayaan tu tetap di warisi hingga kini.
* * * * * * * * *
Setiap pertemuaan pasti akan di akhiri dengan perpisahan. Itu sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Itulah yang terjadi dalam hidup Dania. Cinta yang di pupuk selama tiga tahun akhirnya terlerai juga. Panas yang di sangkakan hingga ke petang rupanya hujan membasahi bumi di tengah hari.... Dania terpaksa akur... sudah suratan takdir antara dia dan Aidil tak de jodoh.... namun jauh di sudut hati dia terpaksa menahan keperitan seorang diri. Biarlah dia sendiri yang merasa makan hati berulamkan jantung. Biarlah hanya dia yang menanggung derita ini...
Demi kasih dan sayangnya pada Aidil, dia sanggup mengorbankan cinta yang telah bertahun di semai. Dia tak ingin Aidil menjadi anak derhaka. Dia tak sanggup. Dirinya tak sanggup jadi perosak hubungan keluarga antara Aidil dengan orang tuanya... dia rela undur diri. Kini dia mulai sedar.. enggang dengan pipit tak kan boleh terbang seiring.... rawan sekali hatinya saat terakhir pertemuannya dengan Aidil. Aidil seperti enggan melepaskan dirinya pergi. Namun Aidil tersepit. Dia terpaksa memilih antara cinta dan keluarga. Atas desakan keluarga, akhirnya Aidil di hantar ke luar negara untuk menyambung pengajiannya. Orang tuanya berusaha keras untuk memisahkan Aidil dengan Dania. Mereka tak mungkin dapat menerima Dania menjadi ahli keluarga.
"Mummy tak izinkan Aidil keluar dengan perempuan tu lagi. Mummy tak suka." "Tapi mummy, kami dah lama kawan. Aidil sayangkan dia" "Mummy tak suka. Jangan cuba nak membantah cakap mummy. Aidil lupakan dia. Dia tak setaraf dengan kita." Bentak Datin Sofea.
Tanpa sedar perbualan Aidil di dengari Dania. Dania berendam air mata menerima penghinaan diri dan keluarganya daripada Datin sofea. Dania segera bergegas lari dari restoran itu. Tak sangka pertemuan makan malam yang dirancang untuk menyambut Anniversary percintaan mereka bertukar menjadi tragedi yang menguris tangkai hati.
Hina sangatkah keluarganya di pandangan mata datin Sofea? Dia sedar, dirinya hanya seorang gadis kampung yang tak berharta, tak berpangkat. Namun dia juga insan biasa, punya hati dan perasaan. Dia tidak mengerti, salahkah kalau dia menyintai Aidil, anak tunggal Datin Sofea dan Dato' Azman.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan