Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Telefon bimbitnya berdering lagi. Nisa’ yang baru sahaja mahu keluar dari bilik air itu bergegas mendapatkan telefon bimbitnya, bimbang tidur si kecil itu terganggu.
"helo,"
"helo cik Nisa’, saya nurse di Klinik Bersalin Aina. Kami dah uruskan semua urusan pengkebumian. Cik Nisa’ boleh datang sekarang? Jenazah akan ditanam lepas Zohor."
"ya, saya akan datang tapi sejam lagi boleh?" ujarnya seraya menjeling jam di dinding yang sudah menghampiri pukul 11 pagi.
"waalaikumussalam." Dia melabuhkan punggung perlahan di atas katil. Ditenung mulus wajah itu. Apa yang perlu dia buat sekarang? Sepatutnya, kehadiran anak pertama ditemani orang tua tapi halnya lain pula. Tiada orang yang boleh membantu kecuali Mala, itupun kebetulan sahaja Mala tahu serba sedikit, jika tidak Nisa’ tidak dapat membayangkan keadaannya sekarang.
Benar, mentalnya tidak bersedia dengan semua ini. Jika dia masih dalam keadaan terkejut, apa pula reaksi orang lain? Apa kata Daniel nanti? Ibu bapanya? Ibu bapa Daniel? Rakan-rakan sepejabat? Jiran yang lain? Bukan Nisa’ kisah dengan kata orang tapi Hana yang difikirkannya. Kelak apabila dia sudah besar, apa pula yang akan berlaku? Acap kali dia melihat drama tv mengenai anak angkat yang mempunyai asal-usul bersimpang-siur dan penerimaan orang sekeliling yang selalunya menjurus kepada hal negative. Itulah yang membuatkan dia risau. Ditambah pula dengan keadaan Hana yang merupakan anak bekas teman lelakinya.
Tak pernah terjadi dan dibuat orang menjaga anak bekas teman lelaki tapi Nisa’ tau, Hana perlu dibela. Nisa’ sedar dia perlu menguatkan dirinya demi Hana mulai sekarang. Hana anaknya dan tetap akan menjadi anaknya sampai bila-bila. Tekad Nisa’.
Nisa’ memandang sayu saat jenazah diturunkan ke dalam liang lahad. Suraya yang baru dikenalinya dan orang yang sangat asing baginya tetapi kini dia yang menguruskan jenazahnya. Tak putus-putus Nisa’ menitipkan doa supaya roh Suraya dicucuri rahmatNya. Air mata masih bersisa. Hana di dalam kendongan masih tidur lena setelah diberi sebotol susu lagi.
Misi tadi yang bernama Syuhada setia menemani bersama sekaki payung untuk memayungi Nisa’ dan Hana. Cuma ada penggali kubur dan beberapa orang sahaja lagi di kawasan perkuburan itu bersama mereka. Menginsafi sebentar keadaan itu, Nisa’ tahu bukan sanak saudara yang akan menjamin hidup di "sana" tetapi amalan yang dibawa.
Mereka bertafakur sebentar di kawasan perkuburan itu. Kini tinggal Syuhada dan Nisa’ sahaja lagi bersama si kecil Hana.
"Suraya, akak harap Suraya bahagia di sana. Akak berjanji akak akan jaga Hana seperti yang Suraya kehendaki seperti anak akak sendiri." Lirih suara Nisa’ berbicara. Syuhada menunduk sayu.
"Hana, ketahuilah Hana bukan lagi anak yatim piatu mulai hari ini. Hana ada ummi, ummi akan jaga Hana hingga hujung nyawa ummi." Dan dia mengucup pipi Hana lama. Air mata berderai lagi untuk kesekian kalinya.
"kak, sabarlah. Walaupun saya baru kenal akak, tapi saya tahu akak seorang yang tabah. Apa yang akak buat ni sangat mulia akak. Akak membela nasib anak yatim piatu. Saya iringi usaha akak dengan doa, insyaAllah, usaha akak akan dibalasNya kelak." Ujar Syuhada di sisi.
Setelah beberapa lama kemudian, mereka menuju pulang. Nisa’ terus pulang ke rumah selepas menghantar Syuhada kembali ke klinik.
Petang itu, selepas Mala pulang dari kerja (dan dia pulang sangat awal semata-mata kerana semangatnya mahu membeli barang-barang bayi), mereka keluar ke sebuah pasaraya besar yang berdekatan.
Tiba sahaja, mereka menuju ke sebuah restoran di dalam pasaraya kerana Nisa’ baru terasa kelaparan lantaran seharian tidak makan." Sedang mereka menikmati hidangan di situ, telefon Nisa’ berdering kuat.
"Daniel!" beritahu Nisa’ kepada Mala.
"jawab je, pandai-pandai la kau." Punat hijau ditekan.
"helo,"
"helo, Nisa’, awak sakit ke?"
"hah? Tak lah, kenapa?" berkerut-kerut dahi Nisa’.
"kenapa awak tak masuk office pun? And u didn\'t even tell me anything?" suara Daniel jelas kesal.
"serius la, saya sihat. Cuma saya ada, err, hal peribadi sikit nak settlekan. So saya ambil cuti. Daniel, I\'m in the pink, seriously, saya ok." Ujar Nisa’ bersungguh-sungguh.
Tiba-tiba Hana terbangun dari tidurnya dan menangis. Mala dan Nisa’ yang tidak menjangka Hana akan terbangun kala itu menggelabah. Nisa’ pantas berdiri, menjauhkan diri dari meja, bimbang Daniel terdengar suara kecil itu.
"baby nangis? Awak kat mana ni?"
"saya dekat supermarket, dengan Mala. Nak beli barang sikit." Ujar Nisa’, mengharap Daniel tidak akan bertanya lebih lanjut.
"oh, awak dah makan?"
"tengah makan la ni, awak?"
"belum, buah hati tak ada, malas lah nak makan." Nisa’ senyum sendiri.
"amboi, sampai macam tu sekali, kalau saya dah tak ada dalam dunia ni nanti awak pun nak mati jugak ke?" usik Nisa’.
"apa awak ni cakap macam tu?" marah Daniel.
"tak ada la, saja je, pergilah makan dengan kawan. Esok kita makan sama, macam biasa, ok?" ujar Nisa’ cuba memujuk.
"hmm, ok, jumpa esok. Miss u." Nisa’ terdiam.
"hmm, ok, bye."
"bye je?" ujar Daniel, menuntut lagi sesuatu.
"nak cakap apa lagi?" jawab Nisa’, pura-pura tidak memahami.
"hmm…" mendengar keluhan itu Nisa’ ketawa kecil.
"ok, ok, love you, miss you, R S T U,"
"oo, macam tak ikhlas je?" Tanya Daniel pula.
"amboi, amboi. Awak ni nak jadi nujum pak belalang ek?" usik Nisa’ lagi.
"hehe, kalau boleh kan best. Ok la sayangku, saya nak drive ni. See you tomorrow ok?"
"ok bye, assalamualaikum."
"take care, waalaikumussalam,"
Nisa’ kembali ke meja. Mala sedang memangku Hana yang asyik menyusu. Nisa’ mengelus lembut kepala kecil itu.
"apa dia cakap?" Tanya Mala. Nisa’ menjungkit bahu.
"dia Tanya aku sakit ke? Dia tahu aku tak masuk office tadi."
"mana dia tahu?"
"entah, dia telefon pejabat la tu tadi. Tak sempat Tanya. Mujur Hana nangis tadi, so dia tak sempat Tanya urusan peribadi apa yang aku buat. Kalau tak, aku dah tak tau nak jawab apa."
"hmm, sijil kematian Suraya kau yang uruskan jugak nanti?"
"hmm, nampaknya macam tu la. Siapa lagi? Aneh kan, dia orang asing pada aku, baru kenal beberapa minit, dan kini kami berkait rapat antara satu sama lain. Kerana Hana." Nisa’ merenung Hana di kendongan Mala.
"kadang-kadang, orang yang dekat dengan kita akan jadi jauh, dan orang yang jauh dari kita akan mendekat."
"hmm, eh, esok macam mana? Kau ada cadangan tak, kot-kot ada orang yang boleh jaga Hana? Yang berpengalaman jaga bayi baru lahir. Aku tak nak nursery, tak berani la sebab Hana baru berapa hari. Dan aku kalau boleh tak nak penjaga yang busybody, nanti sibuk pulak dia nak Tanya ayah Hana siapa."
"aku rasa ada kot tapi aku kena confirmkan balik. Malam nanti aku try call orang-orang yang mungkin tau."
"ok, malam ni datang rumah tau."
Selesai makan, mereka berpusing-pusing di bahagian barang-barang bayi. Mala mengendong Hana, bila kepenatan, Hana bertukar ke tangan Nisa’ pula dan begitulah seterusnya. Mujurlah si kecil itu tidak mudah terjaga apabila sudah kekenyangan.
Pelbagai barang-barang di beli mereka sehingga sudah penuh troli mereka.
"Nisa’, nak beli baby stroller?" Tanya Mala apabila mereka sampai ke rak kereta sorong bayi. Nisa’ menggeleng.
"tak perlu lagi kot? Dia kecil lagi, tapi kalau baby-seat untuk kereta tu aku rasa tak apa. Aku risau jugak nak drive letak dia atas seat macam tu je."
Lalu terbelilah tempat duduk bayi di dalam kereta untuk Hana.
Mereka pulang setelah hampir 2 jam lebih di supermarket itu.
Malam itu, Mala datang ke rumah membawa berita penjaga bayi.
"ada sorang makcik ni, kat taman Seri Indah. Dia berpengalaman jaga bayi baru lahir. Dan aku dengar dia ni bagus orangnya. Dia tak jahat mulut. So, if kau bercerita dengan dia pun aku rasa dia boleh tutup mulut la. Tapi aku rasa dia takkan jadi masalah pada kau since kau tak kenal dia dan dia tak kenal kau." terang Mala panjang lebar.
"hmm, kalau macam tu ok la. Mana kau tau pasal dia?" Tanya Nisa’, mahu menyelidik sehingga habis. Dia tak mahu Hana diserahkan kepada orang yang tidak diketahui asalnya.
"kawan pejabat aku pernah berpantang dengan dia. Ok la." Ujar Mala meyakinkan.
"hmm, kalau macam tu ok. Tapi esok kau boleh teman aku pergi tak? Esok je Mala, please?" pujuk Nisa’. Mala ketawa kecil.
"apa lah kau ni, hantar anak ke nursery pun mesti berteman ke?"
"tolongla, lagipun aku takut sesat. At least kalau kau ada kuat sikit aku."
"hmm, ok, ok. Esok kita keluar pukul 7. Kalau nak bercerita pun boleh lama sikit."
"nak bercerita apa?" Tanya Nisa’ tidak mengerti.
"kau ingat dia boleh buat bodoh je ke bila kau nak hantar anak umur 3-4 hari kat dia lepas tu kau nak pergi kerja? Kan orang bersalin pantang 40 hari? Mestilah dia hairan nanti kau nak pergi kerja terus lepas bersalin. So kita kena terangkan kat dia kenapa jadi macam ni, faham cik Nisa’?" Nisa’ mengangguk-angguk.
"ya tak ya. Tak terfikir pulak aku."
"hmm, ok lah, aku nak balik dulu." Mala bingkas. Dia menghampiri Hana lalu dihadiahkan kucupan di kedua-dua belah pipi halus itu. Sudah menjadi kebiasaan Mala berbuat begitu apabila dia mahu meninggalkan Hana.
"ok, Mala. Thanks. Jumpa esok." Nisa’ menghantar Mala pergi sehingga kelibat Mala hilang di balik pintu.
lain dari yg lain 2 ja yg terlintas dlm fikiran aku ms b cita ni..mulia sguh ati nisa 2..klu la bnd 2 jd kat aku x tau la x dpt aku bygkn..ish..papa pn mg cita ni bgus sgt2222.....aku suka..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kesian hana erk....
kecik2 dah jadi yatim piatu....
hope mak cik nak jaga tue dapat jaga hana elok2