Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Kau ni suka sangat datang secara tiba-tiba! Ha.. apa mimpi kau datang, ni!?" marah Dania kepada Ariel. Rasa terkejutnya masih lagi terasa. Geram sungguh dengan Ariel yang selalu datang tanpa diundang.
"Alaa.. aku rindukan kau sebab tu aku datang. Nanti kalau aku tak datang kau pulak yang selalu call aku tanya khabar.. huhuhu.." seloroh Ariel pula. Dia tersengih memandang Dania yang mengeluh. Bukan sebab itu dia datang, perasaannya cuma ingin tahu siapa lelaki yang meminati Dania secara rahsia.
'Kalau aku selalu aje busy dan tidak mengambil berat tentang Dania, tentu dia akan lupakan aku! Tak boleh macam ni!' janji Ariel dalam diri.
"Err.. Dania.. kau ada dengar radio, tak?" tanya Ariel.
"Radio? Radio apa?"
"Hot FM? Ada contest baru untuk Penjelajahan Arziril Ryan ke Sydney.." Ariel cuba memancing minat Dania. Dia tahu Dania peminat fanatik Arziril Ryan.
"Eh? Dah start ke contest, tu?" Dania semakin excited.
"Kau tahu, ke?"
"Of course I know! Tapi diorang tak decide lagi bila, kan?"
"Dah pun. Dah masuk iklan lagi.." jawab Ariel selamba.
"What? Eh, mana kau tahu, ni?"
'Of course la aku tahu, aku kan Arziril. Hehehe..', ngomelnya dalam hati.
"Aku baca berita kat surat khabar" jawab dia lagi. Sebenarnya mana ada keluar lagi, pun. Dah dia yang jadi artis tu, tentu la dia tahu bila. Lagipun Dania takkan teruja nak tengok surat khabar mana. As long dia dah bagitau tu dah kira bagus.
"Surat khabar mana? Tunjuk dekat aku!" pinta Dania. Ariel terdiam. Dia menelan liur. Gulp! Aku salah dengar, ke?
"Ariel.. aku nak tengok surat khabar, tu!!" Dania meminta lagi. Dia memang tidak puas hati sekiranya bukti takde di depan mata.
"Err... aku tak bawa.." tipu dia.
"Tak kisah lah. Aku nak pergi beli ni. Surat khabar apa?" Dania segera bangun dari duduk. Sudah bersedia untuk mengambil kunci motornya.
"Eeeehhh.. Dania!" panggil Ariel apabila Dania sudah ke penyangkut kunci. Berkobar-kobar betul, dia!
"Apa hal? Aku excited dah ni nak pergi beli surat khabar tu.." rungut Dania.
"Err.. berita tu belum keluar lagi. Aku.. aku dapat tahu dari kawan aku je.."
Debukk!! Satu tumbukan padu kena tepat kat pipinya. Rasa-rasanya kali ni dah senget rongga pipi Ariel, kot?
"Lain kali bagi fakta yang tepat bukan auta, ye!" marah Dania. Kepala Ariel dah berpinar-pinar. Dah lama tak rasa tumbukan Dania. Masih kuat macam dulu. Ingat lepas dah ada secret admirer ni dia dah jadi perempuan melayu terakhir. Rupa-rupanya perempuan melayu berspesieskan jantan lagi. Huaaahhh!!! Sakitttt...
"Sakitlah!" bentak Ariel. Dia memegang pipinya.
"Tahu takpe. Lain kali jangan kenakan aku lagi.." nasihat Dania.
"Ini bukan tipu la! Memang contest tu start minggu depan kat Hot FM!" marah Ariel. Dania diam. Kemudian dia tersengih.
"Mana kau tahu?"
"Kan aku cakap kawan aku yang bagitau! Pekak, ke?"
"Yelah.. yelah.. mana kawan kau tahu?"
"Kawan aku kerja dekat Hot FM. Tentu la dia tahu.." jawab dia. Dania kembali menepuk dahinya.
"Sorry, beb! Aku teremosi sikit. Kau ni kan kadang-kadang bendul sikit sebab tu aku tak percaya.." perli Dania.
"Kalau aku bendul aku tak hidup la sorang diri kat luar.." balas Ariel balik. Dania mendekatinya. Dia tersengih.
"Sakit, ke? Rasa macam mana?" tanya dia.
"Kau nak rasa, ke? Mari sini aku tumbuk kau pulak!" gurau Ariel kasar. Dania cuba mengelak apabila Ariel sengaja menghayunkan penumbuknya. Kemudian dia ketawa. "Tahu pun takut.." perli dia.
Dania betul-betul terkejut. Ariel dah berubah. Dia dah jadi lelaki sejati. Waaahh!!
"Alaa.. aku teremosi. Sorry, la!" pinta Dania.
"Kalau emosi pun.. jangan la balas cara kasar. Kau tu perempuan..!" tegur Ariel. Dania hanya tersengih je. Malu pun ada. Belum pernah Ariel menegur dia sebegitu rupa.
"Kau betul-betul dah berubah la, Ariel.." ujar Dania gembira.
"Maksud kau?" Ariel tidak faham.
"Maksud aku.. kau dah jadi lelaki yang sejati. Yang bukan lurus bendul and penakut macam dulu..!! Gembira aku!!" jawab Dania excited. Ariel menggaru kepala yang tidak gatal.
"Aku bengong ke sebelum ni?" tanya dia.
"Bukan takat bengong biasa.. dah tahap kronik kebengongan kau, tu! Hihihi.." perli Dania. Ariel mencemik. Sakit hati pula bila Dania memerlinya sebegitu. Sesuka hati je cakap kebengongan aku dah ke tahap kronik.
'Aku pura-pura je la selama ni!', rungutnya dalam hati.
"Ariel, kalau aku menang contest kali ni.. seronoknye.. Teringin aku nak pergi honeymoon dengan Arziril Ryan"
'Huh.. berangan tak sudah!', perli Ariel dalam hati.
Dania semakin gementar apabila menunggu turn untuk menjawab soalan maut dari Farah Fauzana. Tidak disangka, panggilannya berjawab akhirnya walaupun telah beberapa kali panggilan tidak dapat bersambung. Begitu ramai yang mencuba nasib mengumpul markah namun pasti kecundang akhirnya. Soalan yang didengari sebelum ni agak susah. Walaupun ada juga jawapan yang dia agak pasti jawapannya namun dia tetap tak yakin mampu menjawabnya dengan penuh keyakinan.
"Sekarang kita kembali semula dengan soalan maut kita.. Peserta perlulah menjawab 5soalan tanpa ada satu pun salah. Kalau ada salah, maka mereka kalah. Sekiranya mereka menjawab dengan betul, mereka akan bertanding dengan peserta lain untuk pusingan seterusnya. Pendengar seterusnya adalah dari adik Dania. Dah bersedia Dania untuk menjawab soalan?" tanya Farah Fauzana.
"Err.. dah.." jawab Dania kalut-kalut.
"Ok.. Faizal, silakan membaca soalan yang pertama.. bersedia Dania."
"Ok Dania. Soalan ni saya rasa agak rumit sikit kot.. Siapakah yang menjadi tulang belakang di awal karier Arziril Ryan? Jawab jangan tak jawab.."
Dania terdiam. Ya Allah.. gile seh soalan dia? Siapa, ye? Dania mengetuk kepalanya berkali-kali cuba mengingati nama lelaki yang pernah menjadi tulang belakang karier Arziril dulu.
"Err.."
"10 saat.." Farah Fauzana mencelah.
Dania diam. Gila.. gila.. gila..
"Encik Azman Rahim.." jawab seseorang. Dania menoleh. Ariel hanya tersengih. "Jawab la cepat..!"
"Betuuull...!!" mereka bersorak. Dania melepaskan nafas lega.
"Ok soalan seterusnya.. Soalan senang. Kalau tak dapat jawab memang bukan peminat fanatik la. Apakah nama album pertama Arziril Ryan?"
Dania tersengih. Kacang sungguh soalan.. "Power of dancer.." jawab dia yakin. Ariel disebelah hanya mengangguk setuju.
"Betul lagi.. Ok.. Soalan yang ketiga.. Arziril mula membabitkan dirinya dalam dunia tarian sejak berumur berapa tahun?"
Dania diam lagi. Soalan untuknya memang betul-betul agak peribadi.
'Aduyai.. bila Arziril membabitkan diri, ye?' getus hati kecilnya. Dia memandang Ariel. Lelaki itu sedang leka mendengar walkman. 'Hampeh betul.. Dah la datang selalunya mengejut..'kutuk dia lagi.
"Ada 10 saat lagi, Dania.." kata Farah Fauzana memberi peringatan.
"Er..14 tahun?" dia cuba meneka walaupun jawapannya itu tidak pasti. Ariel tersenyum sinis. Gadis itu meminatinya sejak kecil.. Mustahil tidak tahu bila dia membabitkan diri.
"Bettuuuulll....!!!" sorak mereka lagi. Dania menghela nafas. Kakinya agak menggigil juga la. Soalan maut betul! Tadi tu pakai jawab je. Tak sangka betul.. huhuhu..
"Soalan seterusnya.. wah wah wah.. untuk kali pertama dari 10 peserta, kamu dapat menjawab 3 soalan dengan betul.." celoteh Farah lagi. "Dengar baik-baik soalan maut kali ini.. siapakah gadis pertama yang pernah bertakhta dalam hidup Arziril Ryan??" Soalan kali ini betul-betul memeranjatkan Ariel.
'Soalan apa ni? Aku rasa aku tak pernah senaraikan soalan ini untuk peminat aku..?' Ariel tidak puas hati.
"Errm.." Dania berfikir. Takkan Farisya, kot? No way..~! Tak sanggup nak sebut nama dia.. "Takde rasanya.. Hidup Arziril penuh dengan gosip je.." jawab Dania. Pergh! Yakin betul dia.
"Betul? Yakin ke Arziril tak pernah bercinta?" Farah Fauzana sengaja menguji.
"Ye kot. Takde.." Dania mencebik. Gasaklah! Kalau salah bukan rezeki aku namanya.
"Betul la tuh!!" Farah Fauzana dan Faizal bersorak untuk kali yang keempat. Dania tersentak. Ya Allah! Biar benar..
Ariel menarik nafas lega. Nasib baik betul. Dia sendiri pun tak pernah terfikir siapa gadis yang pernah bertakhta dalam hatinya selama ini selain Dania.
'Hanya kau, Dania yang masih bertakhta dalam hati aku sehingga kini.. Only you!' janji Ariel.
"Soalan yang terakhir.. dimanakah destinasi penjelajahan Arziril untuk contest kali ini? Senang je ni.."
"Sydney, Australia..." laju je Dania menjawab. Soalan terakhir kali ini membuatkan Dania peserta pertama yang menjawab kesemua soalan dengan betul. Dania bersorak gembira.
"Kita berjumpa esok Dania untuk berlawan dengan peserta seterusnya..."
Dania mengangguk. Sebaik mengucapkan terima kasih dia menarik nafas lega yang entah ke berapa kali. Dia puas kini. Tak sabar rasanya untuk menghadapi esok.. Paling dia tidak sabar ialah honeymoon bersama Arziril Ryan di Sydney.. Waahh!!
"Seronok nampak?" tanya Ariel.
"Hah! Tak sempat aku nak sembur kau pagi ni.." marah Dania. Ariel hanya tersengih. "Tiba-tiba kau datang ke rumah aku ni apesal? Selama ni jarang sungguh nak nampak batang hidung kau.."
"Alaa.. aku kebetulan takde kerja. Saja lepak sini.." Bukan takde kerja.. aku always busy tapi cuma hari ni yang mampu untuk aku berjumpa dengan Dania. Esok dia kena berangkat ke Brunei untuk melancarkan album terbaru dia.
"Yelah, tu.."
"Apa perasaan kau bila dapat jawab soalan maut tadi?"
"Biasa je. Takde la maut sangat pun.." jawab Dania mendabik dada. Sebenarnya kecut juga dia jawab soalan tadi. Paling takut soalan tentang percintaan Arziril. Hahaha.. kalau dia menang kali ni, sure dia gadis pertama yang bakal mencuri hati lelaki itu.
Dania tersenyum sendirian dengan penuh matlamat. Janji dia pada diri.. dia mesti menang contest ni! Mesti..!
*************************
Untuk kali yang keempat.. dia menerima hadiah dari seseorang yang tidak dikenali.. Kali ini adalah sekeping kad ucapan dan coklat berbentuk LOVE. Dania mencebik. Hari ni Valentine Day, ke?
Sumpah! Dia tidak pernah meraikan hari kekasih itu. Mana tidaknya.. seumur hidupnya hanya sekali dia bercinta. Pernah sekali juga la dia dilukai.. dan sehingga kini dia masih ingat peristiwa hitam bagi dirinya. Lelaki bernama Helmi betul-betul membuatkan dia berasa terhina. Lelaki itu pernah mempermainkan perasaannya suatu ketika dulu.. Sehingga kini dia tidak pernah memaafkan lelaki itu. Kenangan lama terimbas kembali..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Wahhh... besh..besh... cepat ler sambungannya...