Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sesudah bacaan Yasin para tetamu yang hadir mengalunkan pula bacaan tahlil. Perasaan sayu menyelubungi hati Hani. Dia turut berada di kalangan tetamu wanita yang duduk secara bulatan di bilik solat yang agak luas. Cukup untuk memuatkan kira-kira tiga puluh jemaah. Kadangkala dapat dirasakan tangan ibu mertua yang berada disebelahnya menepuk pahanya perlahan. Mungkin ibu mertuanya mengerti perasaannya tika ini. Selesai majlis bacaan, tetamu diarahkan ke khemah dihalaman untuk menjamu selera.
"Along, tolong bagi-bagikan bungkusan ni pada tetamu perempuan. Afif, ini untuk tetamu lelaki."ujar Encik Razif kepada cucu dan anaknya.
Bungkusan mengandungi bunga telur, potpourri dan manisan. Hani memangku anaknya Aqil. Dia duduk dimeja bulat di taman mini di luar rumah. tidak jauh dari khemah untuk jemputan wanita. Kakak iparnya, Laila menghampiri kedua beranak itu sambil membawa dua gelas berisi minuman. Di letakkan minuman tersebut diatas meja. "Aqil comel. Mari sini kat mak long." Bayi yang sihat dan comel itu bertukar tempat duduk.
"Safia balik Damansara bila?"
"Esok petang kak. Malas lah balik pagi. Lagipun dah tampal notis kat kedai. Minggu ni tutup. Akak balik bila?"
Hani memandang tepat kearah kakak iparnya. Seorang setiausaha di pejabat suaminya sendiri. Cantik dan jelita orangnya. Cuma orangnya genit. Jika tinggi sedikit boleh lulus untuk menjadi seorang model.
"Akak balik pagi. Nak hantar along balik asrama lagi. Isnin abang Imi kena pergi Sabah. Banyak nak kena siapkan."
"Ala akak ni, apa susah. Berhentilah kerja. Tak payah nak berpenat." Minuman sirap limau disisip sedikit.
"Kita tak boleh bergantung sepenuhnya pada suami. Kalau apa-apa jadikan susah. Pasti Safia faham sebab Safia dah alamikan?"
"Itu takdir Safia kak. Akak lain…" ujarnya.
"Akak tak lain. Sama je macam Safia. Telinga dua, mata dua, hidung satu…."
Gurauan kakak iparnya disambut dengan deraian ketawa. Tidak kuat. Bimbang dikatakan tidak sopan oleh tetamu. Anak saudaranya Hanif yang berusia empat tahun berlari kearah mereka. Petah si cilik itu mengatur kata-kata disambut dengan tawa oleh ipar duai itu.
Selesai bersalaman dengan Encik Razif, Amir meminta izin untuk pulang. Sempat dia perkenalkan rakan karibnya kepada tuan rumah. Selepas berbual lebih kurang mereka menapak pulang kerumah. Setengah jam kemudian ibu Amir, Puan Hamidah pulang. Di lihat Amir dan Aaron khusyuk menonton di ruang tamu. Kedua-dua rakan sebaya itu dilihat terperanjat apabila mendengar Puan Hamidah memberi salam.
"Agaknya kalau pencuri masuk kamu mesti tak sedar. Lain kali tutuplah pintu."
Ibunya duduk disebelah Aaron. Amir berbaring di sofa bertentangan.
"Masuklah kalau nak merasa penangan silat and taekwondo kami berdua."
Matanya masih tertancap di skrin televisyen.Tiba-tiba Amir bingkas duduk menghadap ibunya.
"Mak, tadi Amir macam nampak Safia."
"Kenapa? Kamu berkenan ke?"
"Tak adalah. Amir cuma bagitau apa yang Amir nampak je. Comel anak dia. Geram Amir tengok."
"Buat apa geram kat anak orang. Kamu kahwin dapat anak sendiri." Ujar ibunya.
Aaron disebelah tersengih mendengar kata-kata Puan Hamidah.
"Amir tunggu Aaron dulu."
Mati terus senyuman di bibir Aaron.
"Apa kaitan dengan aku pula? Mak kau suruh kau."
"Tapi ko pun anak mak aku juga. Anak angkat dia. Ko dululah."
"Apa-apalah kamu berdua ni. Mak naik atas dulu." Ujar Puan Hamidah sambil berlalu.
Malam semakin larut namun Aaron yang berbaring di atas tilam empuk dibilik tamu masih tidak dapat melelapkan mata. Puas mengiring ke kiri ditukar posisi ke kanan. Kemudian menelentang. Betul ke apa yang mata aku nampak tadi? Ayu sungguh Hani malam ni. And that little boy also cute likes her mother. Tapi tak nampak pun husband dia. Kenapa sejak akhir-akhir ni aku mudah sangat terserempak dengan dia? Gosh, what is exactly happened with me?
"Safia, macam mana dengan kedai? Ok?"
Abang iparnya menegur sebaik mereka sekeluarga duduk menjamu sarapan pagi.
"Alahamdulillah. Semuanya ok. Tapi Safia rasa kita kena tambah lagi mesin basuh dalam dua buah lagi..." Ujarnya. Tangan kanannya mencapai sebiji karipap sardin.
"Baguslah Safia. Senang hati ibu dengar. Tapi cukup ke Ila dengan Tina Bantu kamu? Nanti tak menang tangan pula kamu kat kedai tu.."
Giliran ibu mertuanya pula yang menyampuk.
"Diorang cekap ibu. Safia pun kalah dengan diorang. Buat masa ni tak ada pula pelanggan cakap tak puas hati sebab masa diorang ambil pakaian diorang senyum memanjang je…" tutur Hani disambut derail tawa oleh bapa mertuanya dan abang iparnya.
"Mana tak panjang senyumnya kalau baju diorang kedai yang basuh.." ujar Abang Imi.
Perbualan mereka sekeluarga berubah kepada topic untuk bercuti bersama-sama dan bermacam lagi perancangan yang bakal mereka lakukan kemudian hari.
"Akak bila balik?"
Selamba Afif duduk di sebelah Hani yang sedang tekun membaca majalah diruang menonton di tingkat atas.
"Makk..."
Dengan pantas majalah yang dipegangnya terlepas dari tangan lalu tercampak mengenai pemuda belasan tahun yang berada disebelahnya.
"Ish akak ni. Membaca ke berangan?"
Majalah dekorasi kediaman di belek sambil lewa oleh Afif. Tiada satu isi didalam majalah itu menarik minatnya.
"Kamu tu yang buat akak terkejut. Akak tengah khusyuk membaca tiba-tiba kamu datang. Dah lah kuat suaranya. Akak ni normal lagi tau."
Hani menekan butang ‘ON’ pada alat kawalan jauh televisyen. Mood untuk membacanya sudah hilang.
"Akak sekarang dah sombong eh dengan Afif. Yelah, orang tu dah jadi tokey kedai…"
"Eh, kamu kan ramai kawan buat apa nak kawan dengan akak. Lagipun kamu dah habis spm. Tak perlu nak concentrate pada study buat masa ni. Pergi lah enjoy dengan kawan-kawan"
"Akak ni memang la dah sombong dengan Afif."
Bingkas Afif bangun dan berlalu meninggalkan Hani keseorangan di ruang itu.
Budak ni merajuk ke? Tak faham aku. Tiba-tiba jadi sensitive. Datang bulan ke apa? Rungut Hani sambil kakinya melangkah menuju ke bilik tidur Afif yang terletak bersebelahan bilik tidurnya. Lantas dia menolak daun pintu bilik. Matanya terarah pada Afif yang sedang leka menaip sesuatu di computer.
"Akak tak belajar sivik ke? Kalau masuk bilik orang kena lah ketuk pintu dulu..." Ujar Afif tanpa menoleh kearahnya.
"Baik bos. Apology for being rude boss..."
Hani mengetuk daun pintu yang sudah tersedia terkuak luas.
"Masuk..."
"Afif kenapa? Tiba-tiba macam merajuk dengan akak je..." soal Hani lembut. Dia duduk di birai katil bujang milik Afif.
Hani memerhatikan setiap sudut bilik anak bujang itu. Ini pertama kali dia menjejaki kedalam bilik itu. Cantik dekorasinya. Kombinasi dua warna latar yang amat kontra tetapi berjaya menghasilkan satu pemandangan yang menarik. Mungkin boleh dikatakan perasaan yang menyenangkan apabila berada di bilik ini. Afif masih tekun di hadapan computer sambil jari jemarinya lincah menaip.
"Encik katil, tolong bagitau bos awak saya keluar dulu. Cakap kat dia mulut dan telinga tu tuhan bagi suruh pakai. Bukan buat aksesori je.."
Hani sudah sedia berdiri apabila ketawa kuat menerpa telinganya.
"Rilek la Kak Safi. Orang saja je nak kenakan akak..."
Terdiam Hani apabila mendengar namanya dipanggil sedemikian. Sepanjang hayatnya hanya seorang insan yang memanggilnya begitu iaitu arwah suaminya.
"Hello... Hello kak..." Afif melambai tangannya mengejutkan Hani dari lamunan.
"Laa... Tadi cakap kat orang. Sekarang dia pula yang pasang aksesori…"
"Oh, sorry. Akak macam dengar Aqil menangis je. Akak pergi tengok kejap nanti akak datang balik."
Hani sudah tidak mampu membendung perasaannya. Laju dia melangkah menuju biliknya. Bayi comel yang sedang nyenyak tidur di tatap lama. Setitis air mata mengalir. Lama kelamaan semakin laju menuruni tubir matanya.
betul..betul nk lagi rase mcm da mantap gaya bahasa tema wpun biasa tp tetap tertunggu2 perkembangannya.. da bole buat buku nih tahniah kp penulis
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sket je..nak lagi