BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Ogos 21, 2009
Cerpen : Sudikah Kau, Azizah?
Nama Pena : RON APILZA

"Jaja, sudikah kau menjadi suri hidupku? Menjalani hari-hari yang susah dan senang bersamaku? Lautan api sama-sama kita renangi…."


"Hei! Qan… kau berlatih drama ya? Bila pementasannya. Aku tak tahu pun. Kau buat part time berlakon ke?" soal Dinzly bertalu-talu.


"Mana ada. Ini bukan latihan nak buat drama atau teater. Aku berlatih nak meminang Jaja lah beb! Sepupu kau tu…"


Ha! Ha! Ha! Dinzly tidak dapat menahan tawanya dari meledak begitu. Hatinya bagai digeletek mendengar luahan dari mulut Esqan. Ada hati nak meminang Jaja konon!


"Hello…pinang meminang bukan kerja kita, itu kerja orang tua. Kat negara kita ni penuh dengan adat dan tradisi melayu. Nak meminang anak orang tak boleh terjah macam tu aje. Ada step-step dia. Contohnya, merisik, meminang, bernikah, bersanding dan macam-macam lagi. Nantilah aku cari buku bab-bab nikah kahwin dengan adat melayu. Kau boleh baca buat panduan."


"Bagus. Bagus. Thank you Dinzly. Kaulah sahabat aku yang paling rajin tolong aku. Nanti aku belanja makan, okey!"


"Kawan dengan kau ni buat aku makin gemuk. Kau suka rasuah aku dengan makanan. Lain kali tukarlah sikit, bagi duit ke…" Dinzly mengusik Esqan.


"No problem. Anything can do but you must help me this time. Teach me how to propose to Jaja completely, with full of passion…"


"Geli aku tengok gaya kau melentuk macam tu. Geli tau!"


Dinzly sudah tidak tahan melihat perangai Esqan yang berlebih-lebihan beraksi manja. Mereka ketawa bersama akhirnya sehingga terguling-guling di atas lantai.


"Aku ada cadangan."


"About what? The proposal?" soal Esqan penuh minat setelah ketawa mereka reda.


"Kau propose dalam bahasa Arab. Dia kan fasih…lagi dia teruja, terus terima kau!"


"Dia yang fasih, aku pulak buta huruf bab-bab bahasa Arab ni. Aku kenal Alif, Baa, Taa…lepas tu tak habis belajar. Tak mahu aku. Buat malu aje."


"Ya tak ya jugak! Nanti kaum lelaki satu Malaya malu. Tak boleh. Kena cari jalan lain."


Mereka berdua terkebil-kebil memandang siling. Inilah masalahnya, mat saleh celup ni yang nak kahwin, aku pula yang pening. Bebel Dinzly di dalam hati. Dahulu masa bercinta pun begitu, aku juga yang jadi mangsa! Dah nasib badan dapat kawan macam ni…


"Yang nak kahwin kau atau aku?" soal Dinzly masih lagi merenung siling biliknya.


"Mestilah aku!"


"Hah! Kalau gitu kau fikir sendiri. Sia-sia aje aku perah otak untuk orang lain. Sekarang aku nak tidur, kau tenung siling tu sampai tembus ke langit. Nanti dapat lah idea…he…he…"


Esqan termangu-mangu melihat Dinzly yang telah berkalih ke atas tilam kerasnya. Tinggal satu semester sahaja lagi pengajian mereka akan tamat. Selepas ini dia berkira-kira mahu bekerja di pejabat ayahnya. Esqan membayangkan perjalanan hidupnya begitu mudah, tanpa perlu ada selok belok yang memeningkan kepala.


***


"Awak serius ke berkawan dengan Esqan tu, Jaja? Pernah keluar dengan dia tak? Jangan berkawan serius dengan orang lelaki sampai awak kenal betul hati budinya. Awak kena tahu asal usulnya, agamanya dan juga kekayaannya. Itu yang digariskan oleh junjungan besar Nabi kita. Yang lain-lain awak dah nampak, yang tersembunyi awak kena lihat dengan mata hati, lihat dengan iman, Jaja."


Panjang lebar Nur Asyikin memberikan nasihat. Nur Asyikin sahabat sekursus dan sering bergandingan dengannya menghadiri pelbagai kelas fardu Ain selepas waktu kuliah. Jaja mendengar penuh khusyuk nasihat dari kawan baiknya itu. Sesekali dia membetulkan tudungnya yang dihembus angin petang.


"Terima kasih, Nur. Saya akan guna nasihat awak ini sampai bila-bila. Sekarang pun saya sedang menilainya dengan mata hati. Kami pun tak keluar berdua, biasanya kami ditemani oleh Dinzly. Dia nampak baik, menyenangkan. Lurus betul dia. Jarang-jarang saya tengok orang kita yang balik dari overseas macam dia. Saya dengan Dinzly sedang mencuba membimbingnya. Dinzly dengan caranya dan saya dengan cara saya. So far, Alhamdulillah…" balas Jaja tanpa berselindung.


"Tetapi kena ingat Jaja, setelah penat lelah dan usaha awak ini semua berhasil, sekiranya dia bukan jodoh awak, awak kena reda. Setidak-tidaknya awak telah membuat satu ibadah, satu kebajikan untuk orang lain."


"Saya faham Nur. Niat saya sebenarnya nak tolong dia, dedahkan dia dengan ajaran Nabi kita, perasaan sayang yang timbul pula adalah satu anugerah. Takdir kemudian hari nanti, biar Tuhan tentukan. Sekarang ini kita lalui dengan reda. Biarlah yang baik-baik hendaknya takdir kita orang nanti."


Nur Asyikin mengangkat tangan mengaminkan doa dan harapan yang diluahkan oleh Azizah. Lalu gadis berwajah lembut itu menghadiahkan senyuman tanda ucapan terima kasihnya. Mereka berhenti berbual apabila terpandang kelibat Ustazah Maimunah memasuki pintu surau itu.


***


"Eh Qan! Dah dapat idea belum? Kata nak propose cousin aku."


"Aku buntu beb! Chance keluar berdua pun tak pernah dapat, ini pulak nak propose depan orang. Susah lah..kau ada idea?"


"Aku? Pun sama macam kau…buntu. Yang kau pun belum habis belajar kenapa rushing nak kahwin. Macam tak menyempat aje. Aku takut kau kena reject dengan emak bapak dia. Mana ada emak bapak nak lepaskan anak dia dengan orang tak bekerja macam kau. Cuba fakir lojik sikit, beb!"


"Betul kata kau tu. Tapi selagi belum kahwin, nak cuit dia sikit pun tak boleh. Dia asyik berstokin, lepas tu nak nampak kulit dia, punyalah susah!Aku ingat baju dia mesti berlapis-lapis. Betul tak Dinzly?"


Dinzly bantai tersenyum memanjang, nasib kaulah Esqan…


"Tapi kau jangan salah sangka. Aku ikhlas cintakan dia. Makin lama aku kenal dia, makin sayang aku padanya, Dinzly. Wanita macam ini yang pandai menghargai dirinya sendiri, tentu dia biasa menghargai orang lain. Tapi…kenapa kau tak macam dia?"


Hisy! Ke situ pulak soalan ‘mat saleh’ celup ni.


"Aku ini lelaki, Jaja tu perempuan. Takkan aku nak berselubung macam dia, sedangkan aurat lelaki dengan bukan muhrimnya ialah dari pusat hingga paras lututnya. Itu pun kau kena belajar, Qan. Nanti kita cari buku pasal aurat lelaki dan perempuan pulak, okey?"


"Banyak betul yang aku tak tahu, Dinzly. Aku rasa malu sangat dengan kau, dengan Jaja dan orang sekeliling aku. Nama aje aku ni orang Islam, tapi…"


Dinzly merenung Esqan yang seolah-olah berada jauh dari dunia nyata. Mindanya yang bercelaru mengundang mendung di wajahnya. Hilang sebentar celotehnya yang bertanya itu dan ini sebentar tadi.


"Islam atau bukan Islam terletak pada iman kita, Qan. Walau nama kau berbau Inggeris ke, nama Cina ke atau India, kau tetap seorang muslim kalau kau mengaku mengEsakanNya."


Esqan mengangguk faham. Lama kelamaan dia mendapat sesuatu yang di cari-cari selama ini iaitu cahaya ketenangan.


"Kau nampak rock tapi…bab agama kau terror betul. Mana kau belajar semua ni, Dinzly. Salute betul aku kat kau."


"Kita orang kat sini dari kecil dah masuk sekolah agama, paling tidak, habis sampai darjah enam. Kalau lulus, boleh masuk kelas khas. Jadi semua asas fardu ain memang dah biasa, amalan hari-hari."


Sekali lagi Esqan terkedu. Begitu bangga dia mendengar penjelasan dari mulut rakannya itu.


"Dah habis kau tanya? Aku nak kira ni.."


"Kira apa pulak?" soal Esqan kehairanan.


"Aku nak bagi kau bil…consultant bil. Tak kan mulut berbuih free aje, mesti kena bayar. Penat beb! Kau pulak soal bertalu-talu. Fuh! Nasib baik boleh jawab…" jawab Dinzly selamba.


Esqan memukul Dinzly dengan buku ditangannya dengan sekuat tenaga kerana mengenakannya hari itu. Orang tengah khusyuk, dia boleh main-main pulak. Dia berhenti memukul apabila rakannya itu megaduh kesakitan dan mengangkat bendera putih.


"Ha! Jangan berhenti fikir macam mana nak propose cousin aku! Nanti melepas!"


Dinzly sudah menghilang ke dalam bilik air.


***


"Ayah, saya nak kahwin. Saya dah ada pilihan hati dan saya memang betul-betul cintakan dia, ayah."


"Hm…baguslah. Kau dah ada wawasan. Kau dah pandai merancang masa depan. Nanti kalau dah bersedia, bagitahu ayah."


Professor Harussaini merenung anak bujang satu-satunya dalam keluarga itu dengan lirikan senyum penuh makna. Surat khabar di tangan di letakkan di atas meja. Nampaknya perbincangan ini menarik, fikirnya.


"Kalau esok lusa, ayah? Boleh tak?"


Professor Harussaini ketawa terbahak-bahak mendengar kenyataan ikhlas yang keluar dari mulut anaknya itu.


"Esqan, I know you are so excited to get married to a girl you love. But in this country, you should attend to wedding courses, you must have the strongest financial background to support your daily activities and bla…bla…. We are not in that English country anymore which meaning if you are jobless, they will give you an allowance. I’m happy to hear that you have intention to get married or settledown, my son. But…let your study finish first, then find a suitable job. After that, my support are all for you."


"But ayah…"


"Kamu mengingatkan zaman ayah bercinta dengan ibu kamu dulu. Sebelum pergi overseas, kami bernikah dahulu. Masa itu ayah dan ibu kamu baru berumur 19 tahun. Tetapi masa itu, cabaran tak banyak sangat macam sekarang. La ni…belum tentu kamu akan kahwin dengan orang yang kamu temui sekarang. Bercinta dengan orang lain, bertunang pulak dengan si polan dan kahwin pulak dengan si polan yang lain. For now, put extra effort on your final exam and more careful not playful! Okey!"


Selepas menuturkan nasihat tersebut, Prof. Harussaini menepuk-nepuk belakang anaknya. Esqan terdiam sejenak memikirkan sedalam-dalamnya nasihat yang diberikan itu. Jarang sekali ayahnya bercakap panjang lebar begitu.


***


"Aku kena postpone niat aku dulu lah beb! Kena study sampai habis and then fikir nak cari job. Maybe after working one or two years, then only I make my decision."


"Aik, tak ada angin, tak ada ribut…kau tiba-tiba jadi other person. This is not Esqan yang aku kenal. Why my friend?"


"Kena berubah dan fikir positif dari sekarang lah beb! Aku nak face the challenges. Aku nak buktikan kepada Jaja yang aku ni bukan berangan kosong. Ayah aku kata, kalau nak kahwin kena ada kerja. So, dari saat ini aku nak berubah menjadi orang…"


"Ha! Ha! Ha! …aku tengok kau cukup sifat macam orang…" Dinzly ketawa kuat.


"Sebelum ini aku macam orang-orang…"


"Mana kau dapat perkataan tu. Kelakar lah kau ni."


"Ayah aku yang bagitahu.."


"Kau tahu apa ke bendanya tu?"


Esqan menggeleng. Dia hanya meminjam kata-kata ayahnya.


"Orang-orang tu umpama benda yang pesawah gunakan untuk menakutkan burung atau binatang yang nak makan hasil tanaman mereka. Tapi dia ringan dan mudah rosak. Macam tak ada kekuatan, tak ada pendirian. Kadang-kadang binatang pun tak takut…"


"Oh! Patutlah…"


"Jadi mulai sekarang kita kena ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi." Selamba Dinzly menjawab.


"Patutlah Jaja jalan asyik tunduk aje, dia ikut resmi padi rupanya." Esqan menyampuk pula.


"Pandai cakap, tahu maknanya tak?"


"Tak."


"Kau ni kan…dah berapa tahun balik Malaysia, itu pun tak tahu."


"Sorry beb! Yang straight forward aku tahu lah…itu yang kau cakap tu, apa benda? Kat sana mana ada main ini semua…"


"Hm…maksudnya Jaja tak suka kat kau! Sebab tu dia jalan tunduk aje."


"Jangan nak tipu aku. Selalu kita keluar bertiga, dia senyum aje. Tak ada pun masam muka kat aku. Orang Inggeris kata kalau perempuan itu senyum tandanya suka, cinta…ada faham!"


"Hai, tercabar nampak. Takut si dia dikebas orang ke?"


"Seriuslah sikit, apa ke benda tu."


"Maknanya…nanti kita pergi cari buku-buku pepatah lama, buku peribahasa. Nanti kau tahu banyak lagi maksud dan kiasan bangsa kita. Ada faham."


Hish! Anti klimaks betul si Dinzly ni. Ada ke patut macam ini; Getus Esqan geram. Berkawan dengan Dinzly membawanya mengenali adat budaya bangsa melayu dan asas kehidupan sebagai muslim sebenar. Walau kadangkala Dinzly seperti tidak serius, tetapi sebenarnya dalam tidak sedar lelaki melayu itu banyak mengajarnya erti kehidupan.


***


"Mak cik boleh tolong simpankan Jaja untuk saya tak. Saya kena bagi masa untuk diri saya dalam membina kerjaya sebelum saya boleh meminang dia. Saya serius nak kahwin dengan dia, mak cik."


Bersendirian bertemu dengan penjaga Azizah a.k.a Jaja iaitu ibu Dinzly tidak membuatkan Esqan kekok. Lagipun dia sudah selalu ke situ ketika hujung minggu. Setiap kali menjamah hidangan yang dimasak oleh Jaja, dia akan merasa bahagia dan bangga sekali, tidak tahu mengapa.


"Apa maksud kamu, Esqan? Mak cik tak faham."


"Jangan terima kalau ada sesiapa nak pinang dia. Kira macam saya dah booked dia lah mak cik." Ujar Esqan dengan ceria.


"Tak boleh macam tu, Esqan. Mak cik tak boleh selamanya nak simpan dia kat rumah ini. Dia pun ada hak untuk teruskan hidup. Lagipun tak lama lagi dia dah nak pergi…"


"Pergi mana mak cik? Saya tak tahu pun. Dinzly tak cakap pun. Dia nak ke mana mak cik?"


"Dia nak sambung belajar kat Mesir."


"Apa? Mesir?"


"Bila tu mak cik?"


"Tawaran dah dapat. Sebaik habis final exam nanti dia dah kena ready lah tu…"


Esqan terduduk mendengar perkhabaran terbaru itu. Kurang asam punya kawan! Kau nak sorokkan dari aku ya! Geram betul dia dengan Dinzly yang menyimpan berita ini daripadanya.


***


"Kenapa awak nak pergi Mesir? Jauh sangat tu…macam mana saya nak jumpa awak nanti. Takkan empat tahun awak kat sana, saya kat sini. Merana saya nanti, Jaja."


Dinzly yang duduk tidak jauh dari Jaja dan Esqan hanya tersengih. Teringat kejadian semalam ketika Esqan membelasahnya di bilik asrama kerana merahsiakan berita tersebut. Padahal dia sendiri tidak diberitahu! Dah nasib badan berkawan pula dengan orang yang tengah angau! Bisiknya kepada diri sendiri.


Jaja yang seperti biasa sopan menutup aurat, berstokin, berseluar longgar dan mengenakan blaus tebal separas lutut, sentiasa menguntum senyum ketika mendengar butir bicara dari mulut Esqan. Sekali pandang gayanya persis model muslimah dari Timur Tengah. Tambahan pula Jaja memang berdarah kacukan Arab di sebelah ayahnya.


"Tawakal Esqan. Kalau ada jodoh kita tak ke mana. Awak tak percaya pada Qada’ dan Qadar ke? Empat tahun bukannya lama."


"Tak boleh jadi. Saya nak ikut awak ke Mesir."


"Apa awak nak buat kat sana nanti. Nak kerja atau belajar? Kalau belajar kena tengok course..awak kena fasih bahasa Arab."


‘Bahasa Arab? Itu musuh utama aku. Kalau belajar dari sekarang, alamat cuma hafal huruf jawi aje lah…eee tensionnya! Marah Esqan pada diri sendiri.


Dinzly tersenyum lagi melihat Esqan yang sudah menggaru-garu kepalanya. Mesti tension habis tu…


"Jaja, kita kahwin nak. Saya ikut awak ke Mesir bukan sebagai pelajar tetapi suami awak. Nak tak?" Esqan akhirnya berterus terang sahaja.


Jaja terkedu mendengar luahan Esqan yang amat berterus terang, manakala Dinzly di sebelahnya turut sama tercengang. Nak kahwin? Gila apa? Benak Dinzly berperang sendiri.


Esqan nyaris memegang bahu Jaja tetapi sempat mengundurkan tangannya. Dinzly hampir-hampir bertindak ke atas rakannya itu tetapi tidak jadi apabila Esqan juga tidak jadi hendak memegang Jaja. Fuh! Nasib baik. Kalau tidak aku debuk kau tadi! Gumam Dinzly dalam hati.


"Jaja, sudikah kah awak jadi suri hidup saya, memasak untuk saya dan susah senang dengan saya?"


Dinzly yang sedari tadi panas hati kembali senyum mendengar lamaran kedua kalinya daripada Esqan terhadap sepupunya, Jaja. Dia mencuri pandang kepada Jaja yang telah memerah pipinya dek malu mendengar luahan hati pemuda itu yang terlalu berterus terang.


"Ja, kalau suka cakap. Tak suka pun cakap. Apa diam aje…" usik Dinzly yang duduk tidak jauh darinya.


"Eh! Senang awak cakap. Tanyalah mak cik. Dia kan penjaga saya." jawab Jaja kepada Dinzly.


"Bukan mak cik yang nak kahwin dengan Esqan ni, tapi awak. Esqan ni okey, cuma ada bab-bab tertentu awak kena bantu dia. Dia sayang sangat kat awak, Jaja. Tak ada satu hari hidup dia tak menyebut nama awak."


Esqan tersenyum lebar apabila rahsianya dibongkar oleh Dinzly, rahsianya yang asyik angaukan Jaja.


"Nantilah saya fikirkan. Sekarang belum ada jawapan." Ujar Jaja lembut.


"Sampai esok kalau masih tak ada jawapan, kira awak setujulah ya." Pinta Esqan mengharap.


"Insya’Allah, malam ini saya beritahu."


"Yess! Aku nak kahwin dengan Jaja."


"Gelojoh benor kau ni! Malulah sikit dengan aku ni." Usik Dinzly berseloroh.


"Excited beb!"


"Nanti kalau dah kahwin, kau yang jadi imam tau Qan, bukannya Jaja. Ingat tu."


"Itu aku tahulah. Aku kan dah belajar dari kau."


Jaja di sebelah ikut tertawa. Hatinya tersentuh melihatkan ketulusan dan kesungguhan lelaki itu mendekatinya, menyelami cara kehidupannya yang jauh berbeza daripada dunia sosialnya.


"Orang tua kau macam mana?"


"Entah! Nanti balik baru bincang. Paksa dia orang sponsored lah. Apa lagi…"


***


Selesai mengambil wuduk Esqan membentang sejadah untuk menunaikan solat Maghrib. Siang tadi selesai sudah majlis akad nikah antara dia dengan gadis idamannya, Azizah. Majlis ringkas itu dihadiri oleh sanak saudara, rakan-rakan rapat termasuk kedua ibu bapa Esqan yang akhirnya akur dengan kehendak anak bujangnya itu. Malangnya ibu bapa Azizah yang bekerja di kedutaan Malaysia di Berlin tidak dapat pulang menyaksikan perkahwinan anak perempuannya itu. Hanya telefon dan video conference menjadi penghubung mereka anak beranak.


"Allahuakbar!"


Esqan telah mengangkat takbir untuk menunaikan rukun Islam ke dua itu. Jaja yang baru melangkah masuk ke bilik mereka ketika itu terkejut menyaksikan cara Esqan bersolat.


"Awak…buat apa ni?"


Esqan yang diterpa oleh Jaja terkejut dan solatnya terhenti.


"Saya nak solat Maghrib."


"Arah kiblat bukan ke situ, kena menghadap sebelah sana."


"Ya ke? Kat rumah saya ikut arah pintu. Tak sama ke?" soal Esqan kembali.


"Rumah awak kat area Jelutong, sini kan dah kawasan Seremban. Arah kiblat tak sama mengikut tempat. Kena guna kompas kalau nak tentukan arahnya. Kenapa tak tanya saya dulu?"


Esqan tersengih malu. Hari pertama jadi suami dah buat salah. Apalah nasib badan…


Setelah usai solat Maghrib, Jaja mengangkat Al-Quran dan duduk di sebelah suaminya itu. Esqan tahu itu kitab suci al-Quran. Tiba-tiba jantungnya berdegut kencang bimbang jika Jaja memintanya membacakan ayat-ayat suci di dalamnya.


"Maaf awak, saya nak cakap dulu ni. Saya tak lancar baca al-Quran."


"Tak apa. Saya faham. Saya nak ajar lah ni, awak kena ikut tau."


"Ohh! Boleh…." Cepat Esqan menjawab.


Jaja melemparkan senyumannya untuk Esqan, lelaki yang telah sah bergelar suaminya. Dia berjanji kepada dirinya sendiri untuk menjadi muslimah yang baik terutamanya membimbing Esqan ke jalan hidup yang lebih baik.
posted by Penulisan2u @ 5:00 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
11 Comments:
  • At 22/8/09 9:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story..ade islamic value.

     

  • At 25/8/09 12:29 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    comel je si esqan tu...
    hahaha..
    lebih kan lg cerita camni ye...

     

  • At 25/8/09 1:12 PTG, Anonymous ara said…

    ya..nice story..
    anywhre keep it up writer..

     

  • At 25/8/09 6:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best nyer..
    swet je jaja 2...

     

  • At 27/8/09 3:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tingin nk jd cm jaja,hehe..insyallah

     

  • At 2/9/09 11:14 PG, Anonymous nurindah said…

    salam Ramadhan,
    :) aka tak habis tersenyum.Good Luck,dik

     

  • At 4/9/09 1:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    chomey sngt larr...
    laki camtu..
    haha

     

  • At 7/9/09 7:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    erm...

    jlan crte agk mnrik

    c0z ader ilamic value..

    truskn usha lg..

    gud luck...=p

     

  • At 7/9/09 7:06 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    erm...

    jlan crte agk mnrik

    c0z ader islamic value..

    truskn usha lg..

    gud luck...=p

     

  • At 10/9/09 1:37 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite ni telalu mendatar... takde cabaran dlm pecintaan pasangan ni...

     

  • At 5/4/10 9:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    alamak...comelnye...ade lgi ke lki yg mcm 2??sggp belajar agama...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group