BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Ogos 21, 2009
Cerpen : Kerana Suhana
Nama Pena : nadia nur zara

Setelah mengalunkan azan di telinga kanan dan membisikkan iqamat di telinga kiri, aku mengucup lembut ubun-ubun anakku. Inilah pertama kali aku mendukung cahaya mataku sendiri. Anak sulungku seorang puteri yang begitu sihat dan comel. Matanya bundar bak mata isteriku. Mulutnya mungil, semerah bibir isteriku. Alis matanya begitu cantik, persis milik isteriku. Segala-galanya menyerupai ibunya, yakni isteri yang ku cintai. Aku pandang wajah Suhana yang sedang terbaring lemah di atas katil.

"Terima kasih sayang, kerana melahirkan anak untuk abang," ucapku, ikhlas dari hati.

Suhana hanya mampu meleret senyum nipis di wajahnya. Mungkin dia keletihan kerana telah bertarung nyawa, cuba melahirkan satu lagi nyawa ke dunia ini. Perlahan-lahan aku tunduk dan mengucup ubun-ubun Suhana pula. Dia tampak terkesima namun akhirnya dia tersenyum senang.

Setahun berlalu begitu pantas. Anak kecilku, Ratna Ayu binti Ezhar Shah, sudah pandai bertatih. Aku sungguh gembira melihat keletahnya yang lincah dan penuh bersemangat itu. Ada-ada sahaja benda yang dilakukannya untuk menarik perhatianku. Berbeza sungguh sikap Ratna dengan perawakan Suhana yang pendiam itu. Sudahlah aku jenis yang berat mulut, ditambah pula dengan sikap Suhana yang lebih gemar membisu. Jika tiada Ratna Ayu, rumah ini pasti sunyi sepi ibarat sebuah pustaka.

Masih segar lagi di dalam memoriku ketika pertama kali aku melihat Suhana. Ketika itu ibu bapaku mengheret aku untuk mengunjungi rumah sahabat lama mereka, Haji Mahmud. Setahu aku Haji Mahmud sudah bercerai dan berkahwin lain. Namun kerana aku anak yang patuh dan jarang membantah kata-kata orang tuaku, maka permintaan mereka diturutkan sahaja.

Pada waktu itulah aku ternampak Suhana, anak sulung Haji Mahmud. Selama dua minit mataku tidak berkedip daripada terus memandangnya. Setiap gerak-gerinya begitu menarik perhatianku. Saat itu, aku sedar hatiku sudah terpaut kepadanya.

"Kamu sukakan dia?" bisik ayahku yang pantas sahaja menyedari tingkahlaku itu. Aku yang tidak mampu menjawab soalan itu hanya mampu untuk tersenyum.

Dua bulan aku berfikir panjang mengenai Suhana. Akhirnya aku tekad. Tidak mahu melepaskan jodoh yang kunanti-nantikan selama ini, aku terus meminta ibu bapaku menghantar rombongan untuk melamarnya. Sudah tentulah mereka orang yang paling gembira sekali bila mendengar permintaanku itu kerana mereka memang sudah lama berkenan dengan Suhana.

Sebagai seorang anak, sudah pasti aku juga berasa gembira kerana telah menunaikan impian ibu dan ayahku yang tercinta.

Sebaik sahaja Suhana habis sahaja bersekolah, kami ditunangkan. Dua bulan kemudian kami terus bernikah. Dan tiga bulan selepas itu, ibu bapaku disahkan bertukar status menjadi datuk dan nenek. Begitu cepatnya fasa hidupku berubah. Daripada seorang anak kepada seorang suami dan kini menjadi seorang ayah.

Selama menjadi suami Suhana, aku cuba sedaya upaya untuk memenuhi segala permintaannya dan keperluannya. Aku masih ingat lagi, ketika aku dan Suhana yang sedang sarat mengandung berjalan-jalan di pekan, Suhana tiba-tiba sahaja hilang dari sisiku. Aku panik dan pantas mencarinya. Ke mana dia menghilang? Adakah dia telah sesat? Fikiranku diasak sejuta rasa kebimbangan. Aku kelam-kabut cuba mencarinya.

Akhirnya kutemui Suhana yang sedang berdiri di hadapan kedai perhiasan. Matanya begitu asyik memerhatikan arca kristal berbentuk seekor swan yang dipamerkan di dinding kaca pameran kedai itu. Aku sendiri jatuh suka pada ukiran tersebut. Begitu teliti dan indah ukiran kristal itu.

"Abang ingat Suhana hilang ke mana tadi. Rupa-rupanya ada kat sini," sapaku, mematikan lamunannya. Suhana terus berpaling ke arahku.

"Suhana minta maaf kalau buat abang risau," jawabnya, penuh rasa bersalah. Aku tersenyum lalu menggelengkan kepala. Aku tidak kisah dengan semua itu. apa yang penting, Suhana tidak apa-apa.

Pada keesokan harinya, aku datang semula ke kedai tersebut untuk membeli swan itu. Walaupun harganya agak mahal namun aku langsung tidak mahu memikirkan soal itu. Aku terus menghadiahkan swan kristal kepada Suhana dan ternyata Suhana begitu gembira. Pertama kali aku melihat Suhana seceria itu sehingga dia mendakap diriku dalam kegembiraan. Aku sendiri terpempan dibuatnya.

"Terima kasih abang! Suhana betul-betul suka dengan swan ni." ucap Suhana yang masih memeluk diriku.

"Err.. sama-sama," jawabku, gugup.

Suhana yang tersedar cepat-cepat menjarakkan diri. Wajahnya merah menahan malu. Betapa comelnya wajah Suhana pada waktu itu.

"Abang, Su dah siap masak ni. Jom makan," ajak Suhana, membawa aku ke alam realiti. Aku mengangguk dan bangun ke arah ruang makan. Keletah Ratna yang begitu manja dengan diriku, meminta-minta aku menyuapkan makanan ke mulutnya. Suhana pula tersenyum dan sesekali tertawa melihat kerenah Ratna di meja makan. Betapa aku terasa bahagia dengan suasana pada waktu ini.

Seperti biasa, pada pagi itu aku datang ke kerja dengan membawa bekalan makanan yang disediakan oleh air tangan Suhana sendiri. Aku tersenyum sehingga ke telinga melihat bekalan makananku itu. Tidak sabar rasanya untuk menunggu waktu makan tengah hari kerana aku ingin sekali menjamah bekalan yang disediakan oleh Suhana.

"Amboi, Ezhar! Kalau iya pun suka, tak perlulah kau tenung bekalan makanan kau sampai begitu sekali." Seloroh Haris, rakan sepejabatku yang duduk di bertentangan dengan mejaku. Aku hanya mampu tersengih mendengar kata-katanya. Gambar Suhana dan Ratna yang berbingkai indah di atas meja kutatap dan kuusap penuh kasih.

"Ezhar, minggu depan awak dan Haris akan dihantar untuk mewakili syarikat kita dalam kursus yang dianjurkan oleh ibu pejabat. Ini surat arahan dari ketua kuku besi kita tu," kata Darlina, tiba-tiba muncul di depan mejaku.

"Kursus lagi? Kenapalah ketua kita tu suka sangat hantar aku dengan Ezhar pergi ke kursus-kursus macam ni? Dah takde orang lain ke?" keluh Haris lalu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Berita mengenai kursus yang akan diadakan di Langkawi itu ternyata meresahkan Haris namun aku menerimanya dengan hati terbuka. Mungkin rezeki Ratna, fikirku.

"Abang nak pergi kursus? Berapa lama?" soal Suhana bila diberitahu mengenai kursus tersebut. Surat arahan ketuaku digenggam Suhana dengan kuat. Aku perhatikan wajah Suhana yang jelas menunjukkan rasa tidak suka dengan berita itu. Mungkin dia bimbang ditinggalkan bersendirian bersama-sama Ratna.

"Seminggu aje. Tapi kalau Su tak nak duduk sorang-sorang, abang boleh panggil adik abang, Ezzah, datang temankan Su kat sini," cadangku. Suhana akhirnya beralah denganku.

Dengan berat hati aku membawa bagasi ke lapangan terbang. Baru empat hari di Langkawi, aku sudah mula menjadi cacing kepanasan. Aku begitu rindu kepada Suhana dan juga puteriku, Ratna. Entah mengapa hatiku meronta-ronta untuk pulang ke rumah. Namun kerjaku di sini menjadi tanggungjawab yang utama. Aku cuba bersabar.

Kursus itu akhirnya tamat pada hari keenam. Aku cepat-cepat mengemas pakaianku dan terus terbang semula ke Johor. Sengaja aku tidak mahu memberitahu Suhana kerana aku ingin mengejutkan dirinya. Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Senai, aku kelam-kabut berkejar untuk mendapatkan teksi. Ketika itulah aku berlaga bahu dengan seorang lelaki yang juga terkejar-kejar seperti diriku.

"Sorry!" ucapnya lalu menghilang pergi. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Satu nada dering yang nyaring menarik-narik perhatianku. Aku tunduk dan mendapati ada telefon yang berada di hujung kaki. Aku tunduk dan mencapai telefon itu.

Mataku terus terpaku pada skrin telefon itu. Wajah Suhana terpapar di skrin. Nombor telefon Suhana sedang memanggil-manggil. Aku keliru. Suhana menelefon siapa? Baru saja aku ingin menjawab, lelaki yang bertembung dengan aku sebentar tadi datang semula dengan termengah-mengah.

"Itu telefon saya," tuturnya sebelum sempat aku bertanya. Telefon bertukar tangan. Lelaki itu menjawab panggilan.

"Hello Su sayang. I ada kat airport ni. Dalam sepuluh minit I akan sampai Restoran Cherana tu. Okay, I miss you."

Setiap kata-kata lelaki itu bagaikan halilintar yang menyambar di kaki langit. Tak mungkin! Aku tidak percaya dengan semua itu. Mungkin itu Suhana lain. Tapi mengapa gambar Suhana ada pada skrin telefon itu? Mengapa nombor telefon Suhana terpapar pada skrin yang sama?

Aku cuba mencari kepastian. Lelaki misteri itu ku ekori sehinggalah aku tiba di Restoran Cherana. Kakiku terasa lemah longlai apabila mendapati Suhana sedang menunggu di restoran itu. Tanpa segan silu dia memeluk lelaki tersebut. Betapa hatiku terasa hancur melihat adegan itu. Aku sendiri tidak berpeluang untuk menerima dakapan seperti itu. Suhana dan lelaki itu begitu mesra sehingga begitu menyakitkan pandangan mataku. Tidak mahu menonton kecurangan isteri sendiri, aku mengambil keputusan untuk terus meninggalkan tempat itu. Langsung tidak kutoleh ke belakang. Hatiku sakit!

Sebaik sahaja aku tiba di rumah, aku mendapati Ratna sudah pun lena dibuai mimpi. Adikku, Ezzah, pula sedang leka menonton slot Cerekarama di ruang tamu.

"Eh, abang dah balik? Kenapa tak bagitahu?" tanya Ezzah, hairan. Aku cuba tersenyum, mahu menyembunyikan apa yang sedang kurasakan pada waktu itu. kalaulah Ezzah tahu, pasti perkara ini akan sampai ke telinga ibu bapanya. Dia tidak mahu masalah rumahtangganya menggusarkan jiwa kedua orang tuanya itu.

"Kak Su kamu ada?" Aku sengaja bertanya soalan yang sudah ku tahu jawapannya.

"Kak Su cakap dia keluar pergi rumah kawannya. Ada kenduri cukur jambul." Jawapan Ezzah membuatkan hatiku semakin remuk. Beg ditarik lemah ke dalam bilik.

Suhana balik sebelum tengah malam. Dia nyata terkejut melihat kehadiranku di ruang tamu pada malam itu. Wajahnya pucat lesi. Jika ditoreh sekalipun, pasti tidak akan berdarah.

"Bila abang balik? Bukankah abang sepatutnya balik esok?" soal Suhana, gugup.

"Kursus abang habis awal. Sebab tu abang balik cepat. Su ke mana tadi?" Aku bertanya. Langsung aku tidak menunjukkan sebarang rasa marah atau curiga di raut wajah. Lebih-lebih dengan kehadiran Ezzah di dalam rumah pada tika itu.

"Su.. Su pergi rumah kawan. Ada kenduri cukur jambul tadi," Suhana tergagap-gagap menjawab. Aku perhatikan tangannya yang kosong itu. Sepatutnya ada ole-ole seperti bunga telur dan bunga rampai yang diberi kepada tetamu kenduri seperti itu. Kenapalah dia perlu menipu?

"Mesti kawan Su tu lupa nak bagi bunga telur dan bunga rampai kepada Su kan?"

"Eh, taklah! Su yang terlupa bawa balik tadi." Dalih Suhana, masih cuba memberi alasan.

Seminggu berlalu begitu sahaja. Aku melayani Suhana sama seperti kebiasaannya. Antara aku dan dia, sememangnya tiada perbualan mesra atau gelak ketawa seperti pasangan suami isteri yang lain. Hubungan kami tak ubah seperti saling melengkapi antara satu sama lain.

Namun kini kulihat Suhana semakin berubah. Sering sahaja dia berkepit dengan telefon bimbitnya. Berbalas mesej kemudian tersenyum sendiri. Kadang-kadang dia berbual-bual dengan lama sehingga Ratna seolah diabaikan. Ratna semakin jauh daripada Suhana dan semakin dekat dengan diriku. Aku terasa bersalah pula pada puteri sulungku itu. Aku ingin menegur Suhana tetapi bagaimana?

"Mungkin ini dugaan dalam hidupku." Sejalur ayat itu terkelar dari mulutku ketika aku sendirian di tempat kerja. Hari ini aku datang tanpa membawa bekalan dari rumah. Suhana terlupa untuk menyediakan makanan untukku. Aku cuma mampu mengeluh kesal. Hendak tak hendak, aku terpaksa makan di luar.

"Isteri kau tak siapkan bekalan makanan kau ke?" soal Haris, hairan bila aku mengikutinya keluar makan tengah hari. Kedai mamak yang dikunjungi pada waktu itu begitu sibuk dengan kehadiran pekerja-pekerja seperti kami. Masing-masing datang untuk menjamu selera.

"Aku tertinggal bekalan di rumah," jawabku, berbohong. Mana mungkin aku memberitahunya mengenai masalah rumahtanggaku?

Aku pasrah. Mungkin kerana aku jarang-jarang bersolat malam kepadaNya lalu aku ditimpa dugaan seberat ini. Sejak dari hari itu, aku bangun malam lalu bersujud kepada Tuhan sekalian alam. Setiap malam aku memohon ampun di atas segala kekhilafan diri selama ini. Aku juga tidak putus-putus memanjatkan doa, memohon agar isteriku kembali kepada diriku. Selebihnya, aku berserah kepada Tuhan.

Suatu malam, ketika aku sedang leka membaca akhbar di dalam bilik, Suhana tiba-tiba menguak pintu lalu masuk ke dalam. Wajahnya tampak begitu sugul. Seolah-olah ada masalah negara yang sedang membebani fikirannya.

"Ada apa Su?" aku bertanya, lembut. Tangisannya tiba-tiba pecah. Aku terkejut. Akhbar di tangan terus ku letak ke tepi. Dalam sedu-sedan dia memberitahu aku mengenai Fahren, bekas teman lelakinya.


"Maafkan Su, bang. Su dah tipu abang. Su dah hancurkan kepercayaan abang. Selama ini, Su selalu keluar dengan Fahren, bekas kekasih Su dulu. Su tak tahu kenapa Su boleh berlaku curang pada abang. Tapi Su tak sanggup tipu abang lagi. Su bersalah pada abang, pada anak kita. Su jahat," luahnya dengan suara tersekat-sekat. Air jernih berjuraian deras di pipi. Wajahnya yang comel itu sudah comot dan basah dengan air mata.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Akhirnya dia memberitahu jua hal itu kepadaku. Perkara yang sudah lama ku ketahui sejak dua bulan yang lalu.

"Abang tak salahkan Su. Abang mungkin dah menjadi suami Su tapi abang gagal menjadi kekasih untuk Su. Abang sayangkan Su. Jangan tinggalkan abang, Su. Abang tak sanggup kehilangan Su. Abang tak nak keluarga kita berpecah-belah sebab orang luar. Su sanggup ke tengok Ratna terseksa atas perbuatan kita?" rayuku kepadanya. Aku tidak rela melepaskan Suhana. Aku sayangkan Suhana. Aku cintakan isteriku itu.


"Su cintakan dia, bang. Su betul-betul sayangkan Fahren. Tapi Su sayangkan Ratna juga. Su tak mahu keluarga kita bercerai-berai macam keluarga Su. Su tak mahu semua tu terjadi pada anak kita." Suhana menangis lagi. Dia memekup wajahnya. Dia seperti keliru dengan kehendak dirinya sendiri.

Aku meraup wajahku. Ternyata apa yang ku berikan selama ini tidak cukup untuk mengikat hati Suhana. Setelah apa yang aku lakukan, dia masih punya perasaan pada lelaki lain. Aku benar-benar patah hati. Terasa seperti langsung tidak dihargai oleh isteriku sendiri. Adakah aku yang salah, kerana tidak pandai mempamerkan kasih, meluahkan sayang? Salah akukah, jika kata-kataku tidak semanis madu?


Wajah Suhana kutatap buat kesekian kalinya. Aku tidak tahu apa yang menyebabkannya berterus-terang dengan diriku. Namun aku sedar dia di dalam dilema saat itu. Dia tersepit di antara aku dan Fahren.


"Kalau Su rasa tak bahagia dengan abang, kalau Su langsung tak punya apa-apa perasaan pada abang, Su tinggalkan abang. Carilah kebahagiaan Su."

Suhana nyata terperanjat dengan kata-kataku. Dia terdongak dan memandang wajahku dengan rasa tidak percaya. "Abang?! Apa abang cakap ni?"

"Pilihan ada di tangan Su. Abang Cuma nak Su tahu, abang sayangkan Su lebih dari segala-galanya. Maafkan abang kalau abang tak pernah luahkan rasa sayang abang kepada Su. Bagi abang, cinta itu untuk dirasai. Untuk dihayati. Tetapi kalau abang Cuma bertepuk sebelah tangan, abang tak boleh buat apa-apa. Cinta, kasih dan sayang, semua tu tak boleh dipaksa-paksa."

Suhana terdiam kelu. Tiada sebarang kata yang mampu terkeluar dari mulutnya saat itu. Aku pula terus bangun dan keluar dari bilik tersebut. Aku mahu memberikan ruang untuknya berfikir mengenai kami berdua. Aku mengambil keputusan untuk tidur di bilik anakku.

Keesokan pagi, aku bangun dengan rasa berdebar-debar. Aku bimbang jika Suhana sudah tiada lagi di dalam hidupku dan Ratna. Aku risau jika dia memilih Fahren, bukannya diriku. Aku melangkah perlahan ke arah pintu bilik kami berdua. Sekeping sampul dilekatkan di pintu. Terketar-ketar tanganku mencapai sampul tersebut. Sepucuk surat dikeluarkan dan perlahan-lahan aku membacanya.

-Su dah tinggalkan Fahren. Su berjanji, mulai hari ini Su akan cuba menjadi isteri yang baik untuk abang dan ibu yang baik untuk anak kita. Maafkan Su.

Aku tersenyum lega. Terasa hilang segala bebanan yang mencengkam jiwa. Pintu dikuak perlahan dan kulihat Suhana sedang tidur lena di atas katil. Aku tersentuh dan terharu kerana masih ada ruang untukku di dalam hidupnya. Terima kasih, Su.
posted by Penulisan2u @ 4:52 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
8 Comments:
  • At 21/8/09 2:59 PTG, Blogger Azah Rahaman said…

    best sesangat...

     

  • At 22/8/09 1:49 PTG, Blogger LiNa said…

    waa...
    best2..
    xsmua laki leh maafkan isteri yg dh curang..

     

  • At 22/8/09 8:27 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lain drpd lain...
    citer best sgt

     

  • At 22/8/09 9:31 PTG, Anonymous ayma yana said…

    bez cite nie..
    ade byk pngajarn yg dperolehi..
    setia lah pd yg syg..
    hehe..2 yg saya dpt..
    well done, writer!!

     

  • At 25/8/09 4:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    its nice but macam mana cakap pun tak banyak tapi boleh ada anak?

     

  • At 31/8/09 8:00 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story...

     

  • At 13/9/09 1:33 PG, Blogger Hawa A Latip said…

    yes! cinta tuk dirasai.
    tapi kadang2 perlu jugak ditunjukkan dan diluahkan dgn kata2, sebab kadang2 xsemua org boleh baca pemikiran kita.
    kisah yang simple tapi cukup menyentuh jiwa dan raga.

     

  • At 17/5/11 3:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waa.. best.. snang nyer Ezhar maafkn istri die..
    blom prnah lagi bce cite ni.. thumb up!

    zira91

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group