BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Julai 15, 2009
Novel : Tak mampu ku hindari 3
Nama Pena : Sofi

Maria memerhati gelagat suami di halaman. Sekejap duduk, sekejap berdiri. Sekejap tersenyum, kemudian serius. Entah apa yang dibualkan, Maria tidak tahu. Yang pasti, sudah hampir sepuluh minit Hisyam menjawab panggilan telefon itu!

'Isy....tadi kata lapar sangat. Bila orang dah hidang, dia bergayut lak kat fon tu.' Gumamnya sambil menghempaskan diri ke atas kerusi. Lama dia menunggu sehinggalah akhirnya si suami kembali ke meja sambil tersenyum.

"Sedapnya.. jom kita makan!" Hisyam segera mencapai sudu dan garfu. Bihun goreng terus dijamah tanpa mempedulikan Maria yang tekun memerhati tingkahnya.

"Siapa yang telefon abang tadi tu?" Rasa ingin tahu menebal. Suara penuh cemburu. Masakan tidak, cara Hisyam tadi menimbulkan kecurigaan.

"Adalah.... kenapa Lia nak tahu?" Jawab Hisyam bersama senyum yang masih meleret.

"Perempuan?"

"Kenapa, kalau perempuan?" Balas Hisyam, sengaja menduga.

Maria diam. Perlahan-lahan dia bangun, mengangkat pinggan dan cawannya untuk dicuci di sinki. Dia tidak tahu apa yang harus dijawab. Takut Hisyam menuduh dia cemburu. Tapi, cemburukah dia?

"Isteri abang ni kuat sangat cemburu dan.... kuat sangat merajuk!" Entah bila Hisyam sudah berada di belakangnya. Tubuh didakap erat sambil dagu diletakkan di atas bahu Maria.

"Mana ada! Aiman tak kisah...." sengaja dialog drama itu disebut supaya Hisyam tidak lagi menuduh dirinya yang bukan-bukan.

"Aiman memang tak kisah. Tapi Lia? Nampak macam tak puas hati aje. Marah ek abang sembang lama-lama tadi. Tak nak tahu ke abang sembang ngan sapa?" Usik Hisyam terus-terusan.

"Dah tahu dah. Asyik tersengih-sengih macam kerang busuk aje tadi. Jadi, mesti abang sembang ngan girl friend, kan! Sampai isteri dok tunggu nak makan sama pun tak peduli." Omel Maria sambil menolak Hisyam menjauh. Dah terbukti, dia merajuk.

Hisyam gelengkan kepala. "Salah! Abang sembang ngan abah."

Abah? Wajah Maria serta merta berubah. Sepatah perkataan itu bisa menjadikan keadaan yang ceria bertukar suram. Bicaranya mati. Dia tidak mahu bersuara. Harapannya, kalau boleh, biarlah dengan kebisuannya ini, Hisyam tidak lagi menyentuh tentang lelaki itu.

Hisyam mengeluh. Perubahan di wajah isteri diamati. Secara mendadak, wajah itu kesuraman. Dia amat memahami. Sebaik sahaja perkataan itu disebut, Maria cuba mengelak daripada ia berlanjutan. Begitulah selalunya. 'Abah' bukan satu topik yang menarik di antara mereka berdua.

"Tengok tu! Bila abang sebut 'abah' aje, mulalah diam. Kenapa? Tadi beria-ia hendak tahu apa yang abang bualkan kat fon tu. Sekarang, kenapa bisu?" soal Hisyam galak. Diam Maria membuatnya bertanya lagi. Kali ini nada suara kedengaran tegas, "Lia, abang nak Lia jawab soalan abang ni betul-betul. Seikhlas-ikhlasnya. Lia sayangkan abah tak?"

Dia perlu tahu jawapan itu. Jawapan Maria adalah kunci kepada rahsia yang sudah lama disimpan. Tiba-tiba, wajah Mustafa sekilas di pandangan. Wajah sayu, penuh kedukaan. Penuh penderitaan.

Waktu itu, dia menziarahi bapa mertuanya. Orang tua itu tinggal sendirian. Ketika dia sampai, rumah usang itu kelihatan tidak terurus. Pada kebiasaannya, tidak begitu. Mustafa seorang yang bersih dan kemas. Hisyam berasa tidak sedap hati. Lantas daun pintu dibuka. Terkejutnya dia bila mendapati bapa mertuanya terbaring lesu. Orang tua itu sedang sakit. Tanpa berlengah, Mustafa dibawa ke hospital. Di situlah dia mengetahuinya.

"Kenapa, abah? Kenapa tak beritahu kami? Kenapa abah diamkan penyakit abah ni? Kalau abah beritahu, kan kita boleh ikhtiarkan sesuatu? Sama-sama?" Betapa terkejut mendapat berita tentang penyakit yang dideritai bapa mertuanya. Tidak dapat mempercayai bahawa Mustafa sudah di peringkat ketiga, peringkat kritikal kanser usus. Tidak menyangka bahawa selama ini bapa mertuanya menyembunyikan tentang itu.

"Abah tahu, kamu ambil berat hal abah. Terima kasih, Syam. Sebenarnya abah rela dapat penyakit ini. Biarlah abah seorang yang tanggung. Janganlah kamu risau sangat. Lagi pun, daripada hidup dalam kebencian, kan lebih baik abah mati?"

Mendengar kata-kata pilu ayah mertuanya, Hisyam dilanda kesedihan kerana dia tahu apa yang abah rintihkan. Dia tahu apakah yang menyebabkan kekecewaan abah.
Penolakan Maria! Keegoan Maria!

Maria sentiasa mengelakkan diri setiap kali ayahnya datang ke rumah mak. Walau puas dipujuk, isterinya itu tetap tidak mahu berbual-bual dengan Mustafa. Tidak mahu berbicara tentang ayahnya. Setiap kali dia mempertikaikan sikap biadap Maria terhadap lelaki itu, Maria pasti membisu. Setiap kali dia merayu agar Maria melupakan semua perbuatan lelaki itu, Maria membatu.

Ya, dia perlu tahu jawapan itu. Dia perlu mendengar alasan Maria!

Wajah suami direnung tajam. Tanpa respons, langkah diatur menuju ke ruang tamu. Pura-pura tidak mendengar soalan yang sudah entah kali yang ke berapa ditanya. Bagaimanapun, Hisyam juga sudah bertekad. Sekali ini, dia tidak mahu mengalah lagi. Dia inginkan jawapan kepada soalan itu. Langkah Maria diekori. Tubuh sasa kini diletakkan di sebelah isteri.

"Lia, kenapa Lia diam macam ni? Ini bukan kali pertama abang tanya pada Lia soalan tu. Dah berkali-kali! Setiap kali beginilah Lia. Diam dan bisu. Susah sangatkah hendak menjawabnya? Susah sangat ke nak jawab ya? Payah sangat ke nak jawab tidak?" soal dia keras.

Maria menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab, "Buat masa ini, tidak ada sedikit pun rasa sayang Lia untuk dia. Di masa depan, Lia tak tahu."

Bukan itu jawapan yang Hisyam mahu walau dia tahu memang itulah yang akan didengarinya. "Tapi, itu kan abah Lia?" Dia cuba memujuk.

Maria mula marah. Hisyam bagaikan tidak mahu mengerti mengapa dia menolak lelaki itu dari hidupnya. "Memang dia abah Lia. Sebab dia abah Lialah, Lia tak nak sayang dia. Dia tu bukan macam abah orang lain. Kasih sayang dia.... ni, parut kat belakang badan Lia ni...." Nada hiba bergema. Manik-manik halus menitis keluar dari sepasang mata.

"Lia, tak boleh ke Lia cuba melupakan? Cuba memaafkan?" Hisyam mula lemah demi terpandang titisan air mata itu.

"Kenapa, bang? Kenapa masih tak nak faham hati dan perasaan Lia? Kenapa nak memaksa sesuatu yang memang tak boleh Lia lakukan?" Bentak isterinya.

"Sayang, bukan macam tu! Cuma, abang rasa sudah sampai masanya untuk Lia melupakan kisah silam. Tak baik berdendam dengan abah. Berdosa!" Balas Hisyam lembut.

Kecilnya hati apabila suami masih tidak mahu memahami. "Senangnya abang cakap! Lupakan! Macam mana? Cuba abang beritahu Lia, macam mana Lia dapat melupakan apa yang dia dah buat pada Lia? Pada mak?" Soalnya penuh sendu.

"Sayang...."

"Di mata Lia ni asyik terpandang dia merampas duit kuih emak. Masih nampak dia menampar pipi emak, bila mak tak kasi dia ambil duit upah jahit yang emak dapat. Sepak terajang...semuanya! Untuk apa duit tu? Untuk dia habiskan di meja judi. Untuk dia belanja beli air haram itu!"

Hisyam segera memeluk isterinya. "Sayang, abang mintak maaf. Bukan niat abang nak bukak balik luka lama tu, cuma....."

Maria menggeleng. Hari ini, Hisyam perlu tahu mengapa dia menolak lelaki itu. Jadi dia ingin terus bercerita. Walau amat pedih hatinya untuk meluahkan, dia terpaksa. "Satu hari, dia balik dalam keadaan mabuk. Mintak duit emak lagi. Emak tak nak bagi, emak ditamparnya. Lia geram tengok dia buat macam tu. Tak sedar, Lia tolak dia sampai jatuh. Dia geram, tu yang dirotannya Lia. Bila mak rampas rotan tu, dia sebat Lia dengan tali pinggang pulak. Langsung tak ada belas kasihan, abang tahu tak?"

"Ya, Allah! Sampai macam gitu sekali?" Soal Hisyam sedih. Dia teringat peristiwa kali pertama dia melihat parut di belakang tubuh isterinya. Hatinya benar-benar tersayat. Parut itu hampir memenuhi keseluruhan bahagian belakang Maria. Air matanya sendiri menitis bila melihat parut itu yang memanjang dan berselirat. Bila ditanya, Maria hanya menggeleng. Demi menjaga hati isteri, persoalan itu tidak pernah ditimbulkan.

Hari ini, tidak tergambarkan kemarahannya kepada lelaki itu. Hatinya turut menyumpah-nyumpah. Dia hairan bagaimanakah seorang ayah sanggup melakukan begitu kepada anaknya. Apakah perasaan Mustafa semasa dia sedang memukul Maria dulu?

"Selama dua minggu Lia tak dapat pergi ke sekolah. Bila Lia pergi, entah kenapa, tersebar berita yang bukan-bukan tentang Lia. Lia difitnah kononnya Lia mengandung dan menggugurkan kandungan. Lia tak dapat hendak membela diri. Cikgu kata, kalau itu cerita palsu, Lia kena beritahu cerita yang sebenar. Tak kan Lia nak beritahu abah pukul Lia? Tak kan Lia nak jaja sikap buruk abah pada cikgu?"

Dalam tangis dia menyambung, "Jadi, Lia terpaksa bertukar sekolah. Ingat nak belajar di KL, nak tumpang rumah mak ngah malangnya pak ngah pulak diberhentikan kerja. Itulah sebabnya Lia nekad berhenti sekolah. Kalau tidak disebabkan tindakan orang tua tu, Lia tentu dah dapat capai cita-cita Lia untuk menjadi seorang akauntan!"

Hisyam mengeratkan pelukan. Rasa kasihan menyelubungi diri. Tidak mampu dia bersuara walau untuk memujuk. Tidak mampu dia hindari rasa kasihan yang memenuhi sanubari. Takdir sekejam ini mungkin dia sendiri tidak mampu menangani.

Sampai bila? Sampai bila harus begini? Sampai bila Maria enggan menerima Mustafa? Kerana kini, dia mendepani satu lagi realiti. Abah mengidap kanser yang sudah di peringkat kritikal. Abah yang sudah tidak mahu mengambil tahu tentang penyakitnya kerana kecewa dengan penolakan anak perempuannya.

"Selagi parut kan belakang tubuh Lia ni masih ada di situ, selagi itulah Lia tidak akan memaafkan lelaki itu!"

Lamunan Hisyam terganggu mendengar tutur kata Maria. Dia kesal. Niatnya memujuk sekeping hati isterinya untuk memaafkan, tidak berjaya. Dia tidak sanggup berkeras meminta Maria berbaik dengan abah. Dia tidak tergamak bila parut itu sentiasa menghantui matanya. Dia sebenarnya tersepit di tengah-tengah. Antara kasih sayang seorang suami dengan rasa tanggungjawab terhadap seorang bapa!
......................

Mereka kini dalam perjalanan balik ke Teluk Intan. Sudah agak lama mereka tidak menjenguk Aisyah, ibu Maria. Kalau dulu, Muaz menemani si ibu. Kini adik bongsu Maria itu sudah melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi, Gopeng. Jadi, ibu kesayangan hanya sendirian di kampung.

Terselit rasa bersalah kerana sering menolak ajakan Maria selama ini atas alasan kesibukannya. Hisyam tahu isterinya sedih walau tidak pernah sekalipun Maria menyuarakannya.

Ketika mereka sampai, hari sudah tinggi. Sebaik Hisyam memarkir kereta, Maria terus meluru masuk ke dalam rumah.

Bagaimanapun dia tidak bersedia dengan pandangan yang dilihat di dapur. Bulat sepasang matanya bila melihat Aisyah sedang makan sambil ketawa bersama seorang lelaki. Mereka kelihatan sungguh mesra. Di dalam hati Maria tertanya-tanya siapakah lelaki itu walaupun dia sudah dapat meneka. Arghh... lelaki itu!!

Demi terpandangkan Maria di muka pintu, ibunya kelihatan sangat terkejut. Dengan serta merta gelak tawa itu terhenti.

"Sayang!" Suara suaminya yang lembut berbisik di telinga, mengejutkan Maria. Hisyam memeluknya, kejap.

"Inilah sebabnya, kan? Inilah sebabnya mengapa abang tak mahu setiap kali Lia ajak abang balik ke sini. Abang dah tahu! Tapi, kenapa abang rahsiakan dari Lia? Abang pun subahat dengan mereka! Abang….."

"Syyy!"

Maria menangis di dada Hisyam. Kesedihan tidak terucapkan. Hati berdebar tidak menentu melihat kemesraan di antara emak dengan ayahnya. Ketawa ibunya itu menunjukkan rasa bahagia yang nyata. Bahagiakah ibunya bila bersama dengan lelaki itu? Lupakah ibunya kepada segala yang pernah lelaki itu lakukan kepada mereka? Kepada dirinya?

"Lia, biar mak terangkan, nak!"

"Tak payahlah mak nak terangkan apa-apa pada Lia. Semua dah jelas dah. Wah, gembira betul emak, ya? Boleh bersenda gurau dengan lelaki tu? Lia tak sangka perangai mak macam ni. Mak sanggup terima orang yang selama ini menyeksa hidup kita. Orang yang selama ini menyakitkan hati mak. Hati anak-anak mak! Mak dah lupa ke?" Jerit Maria. Buat pertama kali di dalam hidup, Maria marah kepada ibunya. Dia lupa dengan siapa dia berkata-kata.

"Mak tak pernah lupa, Lia!" Jawab Aisyah perlahan. Dia tahu, Maria berkecil hati dengan sikapnya yang sudah menerima Mustafa. Dia tahu, Maria merasa dirinya dikhianati.

"Tak pernah lupa, mak kata? Habis tu? Kenapa dia ada di sini? Di rumah kita. Kenapa, mak?" Maria menghalang ibunya berkata dengan mengangkat tangannya. "Hari ini, Lia nak tanya mak. Adakah mak nak ketepikan anak mak sebab lelaki ini? Adakah mak nak buang Lia sebab dia ni?"

"Lia, jangan cakap macam tu, sayang!" Aisyah cuba menahan tangis.

Maria semakin marah. Baginya air mata yang mengalir di pipi itu hanyalah satu kepura-puraan kini. "Tak payahlah menangis, mak! Air mata mak tu menyakitkan hati Lia. Sampai hati mak buat Lia macam ni! Hebat sangatkah lelaki ini sampai mak rindu benar pada pelukan dia, pada…….."

"Maria!!"

Suara Hisyam yang melengking kuat membuatkan Maria menoleh ke arahnya. Dia tahu Hisyam sangat marah kepadanya. Renungan sepasang mata itu menjelaskannya. Hisyam marahkan dirinya kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada ibunya. Dia tahu keterlanjurannya, tapi salahkah dia? Tiba-tiba dia mendengar suara itu buat pertama kali sejak sekian lama. Terketar-ketar dan amat perlahan.

"Jangan tengking dia, Syam. Biarkanlah! Dah lama sangat dia pendamkan kemarahannya." Mustafa kini sedang berdiri di hadapan anak perempuannya. Wajah itu ditatapi penuh rindu. Dia cuba memegang tangan Maria namun Maria segera mengelak. "Lia! Marahlah abah, abah mengaku salah. Tapi jangan sekali-kali Lia marahkan emak yang dah banyak berkorban untuk Lia dan adik-adik! Kalau Lia nak maki sekalipun, makilah abah saja!"

Bencinya Maria mendengar suara itu. Kemarahannya meluap-luap melihat wajah itu. Keras dia membalas, "Jadi, sekarang abah dah sedarlah, ya? Abah dah insaflah konon! Apa yang abah nak dari saya? Kemaafan?"

"Lia…." Lirih suara Aisyah menegur.

Maria segera merenung ibunya dan berkata, "Kenapa, mak? Oh ya tak ya juga! Mak bolehlah! Dari dulu pun, mak tak pernah cakap yang buruk tentang abah kan! Abah buat apa pun, semuanya elok!"

"Maria, dengar cakap abang ni!" Hisyam cuba memujuk.

Maria tidak peduli pujukan itu. Kebencian yang lama terpendam tidak mampu dikikis. Tangan Hisyam ditepisnya. Mata kembali merenung ayahnya.

"Dengar sini! Lia tak mungkin dapat memaafkan abah! Tak mungkin! Sebab, setiap kali bila nampak abah, Lia teringat perbuatan abah tu. Sakitnya di merata-rata tubuh Lia ni, abah tahu tak? Terbaring lesu. Makan pun tak dapat. Minum pun perit! Abah di mana masa tu? Puaskah hati abah buat begitu pada anak abah ni? Bahagiakah hidup abah selama ini sampai abah tak balik-balik?"

Kiranya soalan-soalan itulah yang ingin ditanya kepada ayahnya selama ini. Soalan-soalan yang sekian lama terpendam di hati. Soalan-soalan yang membeku di perasaan. Dua minggu dia terbaring, meniarap di atas lantai. Tidak terungkapkan kesakitannya waktu itu. Hendak bergerak sedikit pun dia tidak mampu. Lupakah emak pada kesengsaraannya itu. Lupakah dia?

"Hingga hari ini Lia masih tertanya-tanya mengapa abah sanggup pukul Lia sampai macam tu sekali. Apa dosa Lia pada abah? Apa dosa adik-adik? Apa yang kami dah buat sampai begitu sekali abah membenci?" Dia merintih sedih.

Mustafa tidak sanggup mendengar rintihan itu. Ingin sahaja tubuh Maria didakap untuk meringankan segala beban yang ditanggung. Ingin sahaja dia melutut memohon keampunan. Apa sahaja sanggup dilakukan agar Maria dapat melupakan.

"Lia, abah tahu abah salah. Lia tak salah apa-apa pada abah cuma abah saja. Maafkan abah....."

Banyak yang ingin dikatakan namun ayat itu sahaja yang terkeluar kerana Maria terlebih dahulu menyanggah. "Senangnya abah mengaku abah salah. Mudahnya abah hendak meminta maaf. Untuk pengetahuan abah, bukan di belakang Lia ini yang sakit sangat tapi di sini!" Maria berkata, menunjukkan tempat di mana hatinya berada. "Hati Lia ni yang sakit bila teringatkan abah, bila teringatkan perbuatan abah. Mak selalu kata yang Lia ni anak kesayangan abah, abah dah lupa ke? Lia tak pernah lupa! Bila Lia duduk sorang-sorang, Lia selalu ternampak abah Lia yang penyayang. Abah yang ajar Lia membaca. Yang kalau Lia buat salah, dia akan mencium pipi Lia. Lia selalu terbayang abah Lia yang baik. Bila dia balik kerja, mesti ada sesuatu untuk Lia walaupun hanya sebiji gula-gula! Lia ingat semua tu, abah! Tak pernah sekali Lia lupa. Lia rindu sangat pada abah Lia yang itu. Tapi dia tak ada dah. Bagi Lia, dia dah mati!"

Hisyam sudah meraih tubuh isterinya ke dalam dakapan. Hari ini dia melihat betapa tindakan ayah mertuanya telah menyebabkan isterinya itu terlalu menderita. Hari ini dia mula memahami kelukaan isterinya selama bertahun-tahun! Basah bajunya dek air mata Maria yang mengalir tanpa henti di dadanya.

"Lia, jangan begini, nak. Mari masuk dulu. Biar mak terangkan……"

"Kenapa mak buat begini pada Lia? Sampai hati mak?" Maria sudah terlalu sedih. Suara ibu yang lembut pun tidak dapat mengubati kelukaannya. Tangisan sudah tidak dapat dihentikan.

Hisyam berkata dengan lembut memujuk isterinya, "Lia, kita dengar dulu apa mak nak kata, sayang."

Maria menggelengkan kepala. "Tak payah. Lia nak balik KL."

Maria tidak menoleh ke arah ibunya lagi. Dia terus berjalan ke arah kereta, menunggu suaminya. Hatinya terlalu sedih dengan apa yang terjadi. Dirasakan ibunya sendiri telah belot kepadanya. Ibu adalah musuhnya sendiri bila dia sanggup menerima lelaki itu. Ibunya yang sangat disayangi kini berpaling tadah. Rupa-rupanya cinta kasih kepada lelaki yang bernama Mustafa itu melebihi kasih sayang kepada anak-anak.
Sampai hati mak, desahnya!!

Hisyam menggelengkan kepala. Dia menyalami tangan ayah dan ibu mertuanya dengan satu tekad, "Mak, abah, maafkan saya. Jangan fikirkan sangat kata-kata Lia tu. Dia sedang marah. Dia tak sedar apa yang dikatakannya. Bersabarlah. Jangan fikir yang bukan-bukan. Saya akan cuba pujuk dia. Saya nak tidur kat rumah rehat malam ni. Insya-Allah, dengan izinNya, saya akan bawa Maria ke rumah ini sebelum kami balik semula ke KL nanti."
posted by Penulisan2u @ 5:34 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
4 Comments:
  • At 16/7/09 2:40 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer ni best tp tergntung ar...
    ada smbungan tk citer nie????

     

  • At 16/7/09 12:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jalan cerita yang sgt bagus,kekecewaan seorg anak jelas ditonjolkan,
    gud job

     

  • At 17/7/09 11:33 PTG, Anonymous sofi said…

    cite ni b'sbg.
    pjg lg.
    harap terus sudi baca,k.

     

  • At 20/10/11 5:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnya crita nie....huhu...tak sabar nak baca smbg lepas nieT_T

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group