BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Julai 06, 2009
Novel : Pergilah Air Mata 35
Nama Pena : Hanni Ramsul

Helaian demi helaian majalah di tangan, dibelek tanpa niat untuk membaca. Sedikit bosan sebenarnya. Juga sedikit bercelaru perasaannya. Terfikir akan pesanan ringkas yang masuk ke dalam peti pesanan ringkas telefon bimbitnya. Hatinya sudah sedikit tenteram. Tetapi, pesanan itu, membuat lautan perasaannya berkocak lagi.
[ Ikmal cakap, kau dah tahu. Maafkan aku. Aku tahu sudah terlalu lama kau tahu. Tapi, bukan dari aku. Maafkan aku. Bukan niat aku nak rahsiakan, tapi, aku tak tahu macam mana nak jelaskan situasi aku dan Ikmla. Aku Cuma mahu lihat ada senyum lagi di bibir dia. Aku benar-benar minta maaf. Aku tak berniat nak rampas dia dari kau. Sungguh aku tak berniat begitu]
Patah-patah perkataan itu bagai melekat di kepala. Satu-satu dia hafal. Cukup lama Maria menyepi. Semalam, kata-kata itu yang Maria kirim. Mulanya dia tersentap. Mulanya dia kecewa. Sedih. Kesedihan yang berulang. Namun, dia harus sedar. Dia tidak boleh mementingkan perasaanya. Betul kata Maria. Ikmla berhak tersenyum semula. Kalau Maria mampu kembalikan senyum dan tawa Ikmal, dia rela Maria menjadi peneman Ikmal. Lelaki sebaik Ikmal tidak sepatutnya melalui semua kesedihan ini.
"Hai Ina… gelisah je akak tengok. Kenapa?,"
Sabrina menoleh. Mainan perasaan yang mula membuai rasa sayu, hilang satu persatu. Jamilah tercegat di hadapannya.
"Gelisah? Nak gelisah kenapa?,"Sabrina bertanya hairan. Ketarakah kegelisahan pada wajahnya? Jamilah tersenyum panjang.
"Macam dirancang-rancang ya. Kaki Ina macam ni. Puan Dayana pula tiba-tiba out station. Lama pula tu. Macam saja je nak elokkan hubungan Ina dengan Encik Badrul ya?,"
Sabrina mengangkat muka sekali lagi. Majalah di tangannya, ditutup seketika. Memandang wajah Jamilah. Elokkan hubungan dia dengan Badrul? Elok ke? Rasanya sama sahaja. Tidak mungkin hubungannya dengan lelaki itu akan elok.
"Jangan cakap macam tulah, kak,"akhirnya dia bersuara.
"Kenapa pula? Kita ni manusia biasa, Ina. Takkan kita mampu nak melawan kehendak takdir. Kalau dah ditetapkan macam tu, mana boleh kita nak ubah?,"
Sabrina diam. Membuka semula majalah di tangan. Tidak mahu menyambung bicara Jamilah. Bimbang makin terkuak pintu-pintu perasaan yang cuba dia tutup rapat-rapat di agam hatinya. Betul dia tidak akan mampu mengubah takdir. Tetapi, dia tidak mahu menurut kata hati yang mula menghasut ini. Dia tidak mahu memungkiri janji yang telah dia lafazkan pada Dayana. Dia yang bermatian-matian meyakinkan Dayana, tidak akan ada-apa antara dia dan Badrul. Itulah yang memberi Dayana kekuatan untuk berkahwin dengan Badrul. Dan kini, dia mula risau pada perasaannya sendiri. Mula rasa bersalah pada Dayana. Dia tidak mahu mungkir janji.
"Diam pula,"
"Janganlah kacau saya Kak Milah. Tengah baca cerpen ni. Best pula tu,"
Jamilah tergelak. Nampak sangat Sabrina Cuba lari dari perbualan mereka.
"Nak apa-apa tak? Akak nak masuk ni. Akak boleh tolong ambilkan,"
Sabrina menggeleng.
"Nak duduk kat sini, atau…nak masuk?,"
"Tak apa. Saya dah boleh jalan sendiri. Saya masuk sendiri nanti,"
"Hmm..yalah. Akak pun tak mahu lama kat sini,"
"Kenapa pula? Datin panggil ya?,"
"Taklah,"
"Kalau tak, kenapa nak masuk cepat-cepat? Duduklah sini. Sembang dengan saya,"
"Dah ada yang datang nak bersembang tu…,"
Sabrina menoleh. Memandang kosong ke arah Badrul yang jelas sedang menuju ke arahnya.
"Saya rasa, baik saya masuk kot,"
"Pulak…,"
Sabrina tersenyum kelat. Perlahan dia mengangkat punggung dari buaian.
"Nak ke mana ni?,"
Belum sempat dia melangkah turun dari buaian, Badrul sudah tercegat di hadapannya.
"Nak masuk. Dah lama kat luar ni. Bosan pula rasanya,"Sabrina menyusun kata. Jamilah tersenyum kecil. Sabrina berbohong.
"Duduklah dulu,"Badrul bersuara selamba sambil melabuhkan punggung ke buaian besi. Membuat buaian itu bergerak sedikit. Sabrina diam sejenak.
"Duduklah,"
Dia menoleh. Memandang wajah Badrul. Melihat wajah Badrul tanpa riak marahnya, tidak sampai hati pula untuk menghampakan lelaki itu. Sudahnya dia duduk semula. Kaku di sebelah Badrul. Jamilah perlahan-lahan mengatur langkah meninggalkan dia dengan Badrul. Meninggalkan suasana sepi antara dia dan Badrul. Sesekali dia mengerling ke arah Badrul. Lelaki itu leka bersandar pada buaian. Jauh sekali pandangan lelaki. Pasti fikiran pun sedang menerawang jauh. Melihat keadaan Badrul, dia tunduk. Membuka semula majalah di tangan. Menyambung semula bacaannya yang terhenti dek usikan Jamilah sebentar tadi.
"Kau nak keluar?,"
"Hah?,"
"Aku Tanya, kau nak keluar?,"
Sabrina menggeleng.
"Kenapa tak nak pula? Orang ajak keluar , jual mahal. Kena kurung, cakap bosan,"
Sabrina merenung wajah Badrul. Siapa sebenarnya yang sedang bosan sekarang? Badrul atau dia?
"Jomlah,"ajak Badrul sekali lagi.
"Nak keluar buat apa?,"
"Beli barang untuk bilik kau. Aku tengok kosong sangat. Beli TV ke, perakam DVD ke…perabot ke. Apa-apa yang kau berkenanlah,"
"Tak payahlah,"
"Kenapa tak payah?,"
"Kaki saya belum sembuh betul. Malaslah nak keluar,"Sabrina bersuara sambil tersenyum. Yakin dengan alasan kukuhnya. Padahal dia serik. Serik melayan Badrul keluar membeli-belah. Cerewet Badrul mengalahkan perempuan. Selebihnya, dia memang tidak mahu bersama lelaki itu. Sebaik menjawab soalan itu, dia kembali memberi focus pada majalah di tangannya. Membiarkan suasana kembali membeku.
"Baru hari ni aku Nampak muka kau,"
Sabrina mengangkat muka sekali lagi.
"Tak boleh nak jalan sangat, so malas nak ke sana sini. Nanti nak kena susahkan Kak Milah pula,"
"Dah tu, berkurung je dalam bilik?,"
"Kenapa awak Tanya?,"soal Sabrina tanpa menjawab soalan Badrul.
"Tak bosan ke?,"
Sabrina tergelak. Memandang wajah Badrul yang serius. Lebih enam bulan lelaki itu melayannya tidak ubah seperti tawanan perang, baru hari ini, Badrul bertanyakan dia soalan itu. Lucu rasanya.
"Apa yang lucu? Kelakar ke soalan aku tu?,"
Sabrina menggeleng.
"Dah tu, kenapa gelak?,"
"Saja,"
Badrul menjeling. Melawak pula gadis ini.
"Kau belum jawab soalan aku,"
"Yang mana? Yang bosan tu?,"
Badrul membuang pandang. Sedikit geram. Terasa Sabrina sedang mempermainkannya.
"Dah enam bulan lebih awak train saya. Mana boleh saya rasa bosan. Kena kurung ni… saya rasa macam dah biasa sangat. Dah lupa dah macam -mana rasa bosan tu,"
Badrul ternganga. Hilang kata-kata. Dalam lembut Sabrina menghentamnya.
"Kau sindir aku?,"
Sabrina menggeleng.
"Mana ada? Saya cakap benda betul je,"
"Makin berani kau sekarang ya? Tak sayang mulut?,"
Sabrina tersenyum kecil.
"Maaflah. Saya tak bermaksud nak menyindir. Cuma, soalan awak, memang lucu sikit bunyinya,"
Badrul diam. Bila diproses semula kata-kata Sabrina, terasa dia seperti kejam pula. Membuat gadis itu lupa bagaimana rasanya bosan? Berlebihan pula luahan perasaan Sabrina. Luahan perasaan secara halus. Secara tidak langsung.
"Betul kau bosan duduk di rumah?,"
Sabrina membetulkan duduk. Ternyata topic yang dibawa Badrul kedengaran menarik di telinganya.
"Kalau saya bosan, kenapa?,"
Badrul diam seketika. Berfikir tentang apa yang ingin dia sampaikan.
"Awak nak benarkan saya kerja ke?,"soal Sabrina tidak sabar. Badrul memandang wajah yang sudah sedikit ceria itu.
"Well…,"dia teragak-agak. Serba-salah meliaht reaksi Sabrina.
"Betul?,"Sabrina bertanya lagi. Membetulkan duduk. Hampir bersila menghadap badrul.
Badrul diam seketika melihat wajah teruja itu. Berseri- seri dengan renungannya yang bersinar. Sabrina terlalu berharap. Terasa menyesal dia mengajukan soalan yang jawapannya memang belum dia ada.
"Well…Yes and no,"akhirnya dia menjawab perlahan. Tidak sampai hati memberi jawapan yang terlalu mengecewakan.
Lebar senyum yang terukir di bibir Sabrina.
"Yes and no?,"soal gadis itu sedikit hairan., namun senyum ceria tidak lekang di bibirnya. Rasanya itulah senyum Sabrina yang paling manis yang pernah dia lihat. Senyuman yang mungkin membias rasa sebenar di hati gadis itu. Nampak sungguh semulajadi.
Badrul mengangguk sambil turut tersenyum. Membuat Sabrina tergelak bahagia.
"Serius? Serius saya boleh kerja?,"suara girang itu tiba-tiba terlontar tanpa dapat ditahan-tahan. Erat jari Badrul digenggamnya. Badrul tersenyum kelat. Tidak dapat dinafikan, dia suka melihat wajah girang itu. Namun, risau pula melihat kegembiraan yang sedikit berlebihan itu.
"Dengan abah,"Badrul bersuara pendek.
"Apa?,"soal Sabrina hairan.
"Kerja dengan abah,"
Senyum Sabrina hilang perlahan-lahan. Dia mengeluh panjang sambil bersandar semula di buaian. Tangan badrul yang digenggam erat, terlerai perlahan-lahan. Kecewa. Tidak mungkin dia akan bekerja di situ. Dia tidak mahu.
"Saya nak kerja kat tempat yang tak ada awak,"ujarnya perlahan.
"Aku pula tak akan benarkan kau kerja di tempat yang tak ada aku,"
"Kenapa?,"
"Kenapa? Kau Tanya aku kenapa? Jawapannya senang saja, Sabrina. Aku tak mahu kau jumpa lelaki tu, selagi kau masih bergelar isteri aku. Aku tahu, kau memang mahu keluar dari rumah ini, dan cari dia kan?,"
Sabrina diam. Rupa-rupanya puncanya masih lagi Ikmal. Rupa-rupanya marah Badrul pada Ikmal masih meluap-luap.
"Saya tak akan cari sesiapa, Bad,"
"Aku susah nak percaya. So, kalau kau nak kerja, kau boleh kerja dengan abah. Aku boleh perhatikan kau selalu. Dua kali aku tangkap kau dengan lelaki tu. Itu dah cukup untuk aku lebih berhati-hati,"
"Kalau macam tu, saya duduk di rumah sajalah,"
Badrul Cuma memandang wajah girang Sabrina yang hilang perlahan-lahan. Ada rasa kasihan. Tetapi, dia tidak mahu berlembut dengan Sabrina. Seribu satu rencana di kepala gadis itu, tidak terjangkau dek fikirannya. Alasan mahu mengambil barang di rumah sewa, Sabrina boleh ke sana dan berjumpa dengan lelaki itu. Permintaan untuk keluar sebentar, sekali lagi dia menangkap Sabrina bersama lelaki yang sama. Sukar untuk dia meletakkan kepercayaan pada gadis itu lagi. Dia mesti hati-hati.
"Kenapa kau tak nak kerja dengan abah?,"
Sabrina mengangkat muka. Membalas renungan Badrul.
"Saya tak nak kerja dengan awak,"ujar Sabrina beterus-terang.
"Kenapa?,"
"Nanti mesti Dayana tak senang, kan? Mesti dia rasa tak selesa sebab saya selalu ada dengan awak,"
Badrul tersenyum. Ke situ rupanya fikiran Sabrina.
"Dia tak kisah. Aku yakin,"
"Awak silap. Dia perempuan. Mestilah dia kisah,"
"Whatever. Yang penting, aku dah offer, tapi kau yang tolak. Jangan mengada-ngada nak mengadu kat abah, aku tak bagi kau kerja ya,"
Sabrina menjeling.
"Tak ada masa saya nak mengadu,"
Badrul tersenyum. Matanya melirik pada kaki Sabrina. Sudah tidak lagi berbalut. Cuma ada plaster yang menutup lukanya.
"Dah betul-betul baik ke, luka tu?,"
"Okaylah. Dah okay,"
Badrul mengangguk perlahan. Kemudian diam. Tiba-tiba ketandusan topik untuk terus berbicara. Aneh. Kadang-kadang begitu banyak yang boleh dia bualkan dengan gadis ini. Dan, pada masa yang lain, minda seakan tidak berfungsi untuk menyusun kata-kata. Agak lama dia berdiam diri, sudahnya dia Cuma mampu mengeluh perlahan. Menoleh ke arah Sabrina yang kebetulan sedang menoleh padanya juga. Sama –sama kekeringan idea. Itu dia pasti.
"Apa pandang-pandang?,"soalnya sekadar menutup rasa canggung. Sebagai lelaki, terasa sedikit lemah kalau sampai Sabrina tahu dia kelu untuk menyambung bicara. Sabrina tersenyum. Melihat wajah dan mendengar soalan Badrul, membuat dia tersenyum. Rasa kecewanya seolah hilang seketika.
"Awaklah. Apa pandang-pandang? Saya pulak,"balasnya lembut.
Mendengar jawapan itu, Badrul tergelak. Sabrina turut sama tergelak kecil. Sebelum kedua-duanya kembali membisu.
"Jom masuklah. Dah petang,"akhirnya dia bersuara.
"Awak pergi dulu. Saya masuk kejap lagi,"
"Kau nak buat apa lagi kat sini?,"
Sabrina tersenyum tanpa menjawab. Badrul pula sekadar menjungkit bahu. Duduk di situ dan saling membisu, rasanya lebih baik dia tinggalkan Sabrina sendirian.
"Aku masuk dulu,"
Sabrina mengangguk sambil tersenyum lagi. Lega melihat Badrul bergerak mahu meninggalkannya.
"And, kalau kau rasa nak kerja dengan abah, aku izinkan kau kerja. Kalau tempat lain, kau duduk saja di rumah,"
Sabrina diam. Tidak menjawab. Badrul pula menyambung langkahnya. Tidak mungkin dia akan benarkan dirinya terus hampir dengan Badrul. Tidak mungkin.

****
posted by Penulisan2u @ 3:45 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
10 Comments:
  • At 6/7/09 9:37 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Jalan cerita yang cukup menarik. Tapi adakah lagi wanita yang sabar dan bodoh seperti Sabrina. Menurut sahaja apa yang ditentukan dalam hidupnya. Kehidupan yang mampu membunuh terus jiwa Sabrena. Berilah kesempatan untuk Sabrena menjadi insan normal. Punya kehidupan yang sedikit ceria dalam menempuhi hidupnya yang mendatang.

     

  • At 6/7/09 10:05 PG, Anonymous cantik said…

    Cerita yg amat bagus, ketaatan isteri kepada seorang suami wlupun pd hakikatnya si suami hya acuh x acuh kpd isteri pertamanya. Mta kak Hani cepat2 sambung citer ni X sabar nak tgu episod selanjutnya....

     

  • At 6/7/09 10:47 PG, Anonymous alyaarissa said…

    lm dh tggu tau smbgan cite ni....
    nape pendek je...
    nk lg..cpt2 smbg k...
    apa2 pn hidup sabrina!!...hehehe.....

     

  • At 6/7/09 7:20 PTG, Blogger be said…

    mengharapkan sinar bahagia buat sabrina,best sangat jalan cerita ni,sampai pergi kerja pun masih terbayang2 segala isi cerita...harap kak hani update cepat2nya,saya dah jadi peminat dan penunggu setia,lima bintang wat kak hani...

     

  • At 7/7/09 10:42 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    memang la cite ni best....
    geram pun ada gak..
    sebab lama sgt cite ni nak load..
    rasanye bnyk lagi ke episod cite ni...

     

  • At 7/7/09 12:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    dah kuar lom novel ni?

     

  • At 8/7/09 12:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita yang menarik x nak buat novel ke (buku)
    kalau buat bg tahu saya nak beli...
    buat tambah koleksi cerita yg menarik
    saya bagi 5 bintang (*****)

     

  • At 9/7/09 12:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    erm...da bis ke cite ni?
    mcm tergantung je..tgh syok baca ni..best sgt..
    cane dgn dayana? xkan badrul tahan je..
    sabrina plak smpai bila mcm tu...
    iskh3.. sedey..

     

  • At 22/7/09 12:48 PG, Blogger aishah zamberi said…

    sekali lgi mahu mengucapkn tahniah kerana cerita yang best..

    ade kelainan disitu (isu kawen 2)...walaupun cerite nih saya yakin, semua pembace mesti nk ending badrul dgn sabrina.....

    saya rase cerita ini mmg perlu dinovelkan...

    hanni best~

    -aishah zamberi-

     

  • At 12/5/10 8:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mata aku dah berpinar -pinar baca citer ni taip apa2pun citer ni mmg best harap happy ending.mahal la mahal kitak.

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group