Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Usai bersiap,Farisya turun ke dapur untuk membuat sarapan. Dia membuka peti sejuk melihat kalau-kalau ada sesuatu untuk dimasak. Semuanya kosong. Yang ada hanyalah dua botol yang berisi air mineral. 'Dapur punya la besar tapi satu apa pun tak de…apa aku nak makan ni…' rungut Farisya sambil memegang perutnya. Semakin berkeroncong.
Dia menanti Haziq di ruang tamu. Di ambil sebuah majalah hiburan tempatan lalu diselak helaian demi helaian. Terlalu banyak gosip yang di paparkan oleh majalah terbabit. Konflik rumah tangga juga tidak terkecuali menjadi tatapan peminat hiburan. Sudah berkali-kali dia menguap. Matahari sudah semakin terang menyinarkan cahayanya namun kelibat Haziq masih belum juga muncul.
Dia melangkah longlai menuju ke bilik. Ingin di ketuk namun tangannya terhenti. Dia teringat kejadian semalam. 'Macam mana ni. Perut aku dah start bawak lagu hip hop dah ni….' Farisya masih lagi tercegat di hadapan bilik. 'Argghhh.. aku tak kira… aku dah tak tahan dah ni.' Tangannya pantas mengetuk pintu bilik. Namun tiada jawapan. 'Ala….jangan la macam ni…aku dah tak larat dah ni…' Dia mencuba sekali lagi. Di ketuk pintu itu bertalu-talu. Habis tangannya merah.
Dipulas tombol pintu yang tidak berkunci perlahan-lahan. Matanya meninjau keadaan sekeliling. Takut ternampak adegan yang tidak sepatutnya dan pandangan beralih ke arah katil. 'Tidur lagi mamat ni…aku ingat dah pergi mandi…' Farisya menggeleng. Habis seluruh tubuh Haziq diselubungi comforter tebal.
"Awak….jom keluar…saya lapar la," Farisya mencuit-cuit comforter yang di gunakan Haziq. Tiada jawapan. "Awak… bangun la.. tak kerja ke hari ni." Farisya mula mengoncang comforter tersebut. 'Aikss asal ringan je badan dia…' wajah Farisya bertukar warna. Pucat tak berdarah. Apa yang telah berlaku? Dadanya berdebar-debar. Ingin menyingkap comforter yang digunakan Haziq. Perlahan-lahan comforter itu ditarik.
"Apa yang kau buat tu?" Hampir tercabut jantung Farisya. Haziq menyandarkan tubuhnya di dinding. Dia sudah siap memakai seluar pendek sambil mengesat rambutnya yang basah. 'Nasib baik aku tak mati… gila punya laki…aku ingat dia tidur lagi… tapi asal aku tak dengar bunyi air kalau kata dia tengah mandi..' Farisya mengurut dada. Semangatnya lemah.
"Er… tak de apa-apa," kerana terlalu terperanjat dengan jerkahan Haziq sehingga membuat Farisya terduduk di sisi katil. "Kau ingat aku dah mati ke?" sindir Haziq. Dia melangkah ke meja solek. Menyisir rambutnya kemas sambil matanya melirik kepada Farisya. Farisya tunduk apabila sedar Haziq sedang merenungnya di sebalik cermin.
"Kenapa diam pulak. Tadi bukan main kuat lagi kau menjerit panggil aku." Haziq duduk di sofa. Matanya masih merenung Farisya. Farisya kaku dengan panahan mata Haziq yang galak merenungnya.
"Woit…dah jadi bisu ke?" jerkah Haziq. 'Suka-suka je nak jerkah aku…' rungut Farisya dalam hati. Hatinya tidak tahan melihat tubuh Haziq yang terdedah. Ataupun lelaki itu sengaja menguji tahap kesabarannya. "Saya nak buat sarapan tapi kat dapur tu kosong. Bukannya ada apa pun. Dapur je cantik tapi satu apa pun tak de. Awak tak masak ke sebelum ni?" Farisya bangun. Di ambil comforter di atas katil lalu melipatnya. Haziq tersenyum melihat Farisya sudah memuncungkan mulutnya. Dapat juga ia mengalihkan perhatian.
"Kau nak suruh aku masak? Aku sorang je yang makan membazir kalau masak. Baik aku makan dekat rumah mama," "Eiii…pemalas," "Bukan malas. Tak mahu membazir. Lain la kalau kau duduk dengan aku," ingin di usik Farisya. Haziq tahu Farisya tidak selesa bersamanya. Sengaja ingin menayangkan tubuhnya kepada Farisya.
"Cepat la. Saya lapar ni," Farisya geram kerana Haziq masih tidak mahu berganjak. "Nak ke mana pulak tu?" Terbantut langkah Farisya. Haziq memandangnya dengan wajah serius. 'Suka hati aku la nak pergi mana pun …daripada aku cakap dengan mamat tiang lampu ni …baik aku blah.'
"Duduk!" arah Haziq namun tidak diendahkan. Farisya berjalan pantas ingin cepat keluar. Haziq bangun dari sofa apabila melihat Farisya sudah menghampiri pintu. Farisya terkejut ketika Haziq merentap pergelangan tangannya.
Dengan sekali kilas, Farisya sudah berada dalam dakapannya. Memori ketika di kota London bertaut kembali. Farisya meronta minta di lepaskan. Suasana menjadi sunyi. Farisya kaku. Fikirannya tidak dapat mencari akal untuk mengelak.
"Kau nak lari ke mana? Aku takkan benarkan kau pergi jauh dari aku. Kau faham tu," Haziq berbisik di telinga Farisya. Farisya terpaku.
Haziq tersenyum apabila tiada penolakan dari Farisya. Perlahan tangannya menyentuh dagu Farisya lalu di dongakkan. Mata mereka bersatu. Farisya gugup. Situasi begini membuatkan dirinya seperti hendak pitam. Di tambah pula dengan keadaan perut yang kosong membuatkan dirinya semakin lemah.
Tetapi padangannya tertancap kepada suatu objek yang melekat dihelaian langsir. Dan….
"Arrrrggghhhhhhh," Haziq terpinga dengan jeritan isterinya. Malah pelukan Farisya semakin erat. Suasana menjadi kelam kabut. Jeritan Farisya membingitkan.
*******
Farisya menyuap perlahan burger di tangannya. Matanya diarah ke tempat lain. Tidak sanggup untuk dia menatap lelaki di hadapannya. Malu dengan kejadian yang tak di sangka-sangka membuat Farisya lebih rela mendiamkan diri. Dia melihat Haziq begitu berselera sekali menikmati hidangannya. Di kuis kentang goreng yang masih berbaki. Seleranya mati. Serba tidak kena dibuatnya.
"Kenapa tak habiskan," soal Haziq. Lucu dengan peristiwa ketika di rumah membuatkan senyumannya masih terukir dibibir. Adegan yang sepatutnya menjadi romantic bertukar menjadi haru biru apabila Farisya menjerit ketakutan kerana terlihat seekor lipas yang merayap di helaian langsir.
"Dah kenyang," jawab Farisya pendek. Geram dengan senyuman Haziq berbau sindiran. "Bila nak start buat praktikal?" Farisya mengambil sehelai tisu lalu dikesat bibirnya yang munggil itu. "Praktikal start minggu depan. Kenapa?" "Saja. Ada barang yang kau nak beli untuk pratikal nanti?" Farisya menggeleng. Semuanya sudah disiapkan lebih awal. Bukan jenisnya untuk melakukan sesuatu kerja di saat terakhir. "Ermm…saya nak minta izin dari awak. Saya ingat nak balik kampong. Dah lama saya tak balik jenguk ibu. Rindu pula rasanya," Farisya tunduk. Kerinduan di hati terhadap ibu tercinta mengundang sebak namun masih mampu di tahan. Malu andai Haziq dapat melihat air matanya yang bergenang.
"Berapa lama?" Haziq menyandarkan tubuhnya. Keriuhan didalam restoren tersebut membuatkan dia kembali menegakkan tubuhnya. Dengan cara itu, dia lebih dekat dengan Farisya.
"Dua tiga hari je. Lagipun saya nak prepare untuk praktikal awal sikit," cadang Farisya. Dirinya berharap Haziq dapat membenarkannya untuk pulang ke kampung. Ini bermakna, dirinya akan berjauhan dengan suaminya. "Boleh. Tapi dengan syarat," Farisya menanti sambungan ayat Haziq.
"Kau kena balik dengan aku. And one more thing, kau kena layan aku as your husband," senyuman Haziq melebar apabila melihat wajah terkejut Farisya. 'Matilah aku kali ni….i'm trape….'
"Setuju atau tak terpulang pada kau," Haziq memberi kata dua pada Farisya untuk membuat pilihan. Andai dilauh mati emak, andai ditelan mati bapa. Itulah yang dirasainya ketika itu. "Awak memang nak kenakan sayakan. Tak pe. Saya terima. Jaga awak," Farisya memberi kemenangan kepada Haziq. Haziq hanya tersenyum. Sudah berkali-kali Farisya terpaksa mengalah.
"Jom. Aku nak beli barang. Banyak benda yang kena beli untuk rumah tu. Nanti ingatkan aku untuk singgah di kedai perabot. Lagi satu aku nak tanya. Kau ni pandai masak ke?" 'Eleh..belum rasa belum tau la…aku gerenti siap jilat jari kau nanti..tunggu la ..' "Apa, awak ingat saya ni koman sangat ke. Tak guna la saya jadi orang perempuan kalau tak tahu masak," Haziq senyum dengan jawapan Farisya. Haziq bangun dan di ikuti Farisya. Mereka berjalan beriringan seperti dua merpati terbang sejoli. Haziz mengenggam erat jemari Farisya. Farisya hanya membiarkan kerana tidak mahu menjatuhkan air muka suaminya. Dalam hati, dirinya terasa senang. Senang dimanjai oleh lelaki itu.
Farisya sudah tidak larat untuk berjalan. Haziq masih lagi belum puas dengan apa yang dibelinya. Tiba di satu butik ekslusif pakaian untuk wanita, Haziq menarik tangan Farisya. Haziq mengambil sepasang blouse dan di hulurkan kepada Farisya. Farisya mengangkat kening.
"Pergi cuba baju ni." Arah Haziq. Farisya membelek baju yang di hulurkan. Terbeliak matanya melihat potongan leher blouse tersebut terlalu luas. Andai Farisya memakai blouse yang diberikan Haziq, sudah pasti apa yang disembunyikan selama ini terpampang. Cukup seksi. Farisya menghulurkan kembali kepada Haziq. 'Gila! Ada ke dia bagi baju aku macam tak cukup kain ni…dia ingat aku ni apa...'
"Apa yang tak kena? Pergilah," tegas Haziq. Farisya mengeleng laju. "Banyak yang tak kena. Seksi sangat. Awak nak bagi semua orang tengok apa yang sepatutnya untuk awak je. Saya ni bukannye kolot sangat tapi nak berfesyen pun kena la jaga nama baik suami sama," Haziq tertarik dengan jawapan isterinya. Dia akui dengan kata-kata Zakuan mengenai isterinya. Farisya memang istimewa.
"Untuk aku?" Farisya tersilap kata. Haziq tersenyum nakal. Tahu apa yang bermain di fikiran Haziq.
Dia sendiri tidak pernah melihat Farisya berpakaian seksi. Tidak seperti Irma atau Tasha yang sering mengenakan pakaian yang terlalu menjolok mata. Itu yang membezakan antara mereka. Di letakkan semula blouse itu dan beralih ke rekaan blouse yang lain. Satu persatu di ajukan kepada Farisya tetapi tiada satu pun berjaya menarik minat Farisya. Tangannya juga sudah lenguh. Wajahnya berubah. Mengapa tiada satupun blouse yang mampu menarik minat Farisya.
Farisya memberi isyarat kepada Haziq supaya berhenti. Tidak sampai hatinya melihat wajah Haziq begitu. Seperti kecewa lagaknya. Dia berjalan ke satu sudut dan kembali bersama sepasang blouse yang sedikit kasual. Jauh di sudut hati, Haziq memuji cita rasa isterinya. 'Boleh tahan taste minah ni… aku ingat tak tahu langsung…' puji Haziq.
Blouse itu tidak menampakkan ciri-ciri yang seksi namun masih mampu membuatkan si pemakai kelihatan anggun dan menawan. Farisya tahu serba sedikit tentang dunia fesyen yang sesuai untuk wanita seperti dirinya dari majalah-majalah.
Farisya melangkah keluar dari bilik persalinan. Di angkat keningnya sambil tersenyum. Dia menggayakan blouse yang dipilihnya di hadapan Haziq. Haziq memeluk tubuh sambil mengangguk. Mengakui akan keayuan Farisya memang nampak sesuai dengan apa saja yang dipakainya.
"Not bad," Farisya mengibarkan rambutnya dan kembali ke bilik persalinan. 'Baru kau tahu siapa aku…hehehe…aksyen je tu…' Farisya ketawa sendirian apabila teringatkan pandangan mata Haziq yang kagum melihatnya. Hatinya berbunga riang.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hehe comelnye pasangan ni. good writing. i love it. keep it up!