Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari ini adalah hari pertama dalam neraka buat aku.Aku akan jadi maid tak bergaji dirumah Zero.Semua ni pasal dia,kalau dia tak cabar aku depan semua orang..benda ni takkan terjadi..tapi,kalau pun dia cabar aku di tempat yang tersembunyi..aku akan tetap terima.Nanti,dia anggap aku penakut pula .
Bila aku bagi tau Mine tentang perjanjian itu,dia menunjukkan reaksi yang belum pernah dia tunjukkan pada siapa-siapa..bermakna aku orang pertama yang melihat dia sedemikian rupa.Begitu juga dengan Uncle Adin,lagi-lagi dia tau yang aku memang anti-Zero.Dia memang larang aku,tapi aku harus tepati janji.Aku juga menyuruh Uncle untuk menyembunyikan hal ni dari mama,papa..kalau diorang tahu,kemungkinan besar diorang akan tukarkan aku ke sekolah lain.
Aku tak boleh rapat dengan Zero,tapi..kalaupun boleh..fuuhh..gempa bumi pun aku taknak juga.Aku hanya tahu ada sesuatu yang terjadi pada kakak yang berkaitan dengan keluarga mereka.Dan seorang lelaki..aku tak tahu siapa lelaki tu..Ahh!! Biarlah..taknak peduli lagi..yang penting hari-hari ini berlalu dengan cepat.
Tritt! Tritt! Moon dikejutkan dengan bunyi dari handphonenya.Handphonenya disaluk dalam beg sandang.Mesej itu dibuka.
Zero: Masuklah!Tunggu apa lagi?tunggu pintu tu terbuka sendiri?
Witch: Kalau ko hak sangat..bukalah sendiri!
Zero: Masuk sendiri!
Witch: So,takpayah nak paksa2 orang masuk..aku boleh masuk sendiri.
"Keras kepala!" Getus Zero.Moon dipandang melalui kaca bersebelahan dengan pintu.Apa agaknya reaksi Moon bila masuk nanti,ya?
Moon menolak daun pintu.Sebaik saja pintu terbuka luas.Jantungnya seakan tersepit diantara paru-paru.Belum pernah dia melihat rumah sekotor dan sesemak ini.Even,kalau dibandingkan dengan kandang kuda di lading keluarganya,kalah-kalah kandang mereka.
Plastik keropok bersepah,kusyen tunggang-terbalik..macam baru lepas gempa bumi pun ada juga.Kulit kacang..ya ampun..bertaburan di merata tempat.Dalah cermin pun berminyak macam disembah dengan minyak pula.Kenapalah rumah dia boleh jadi begini??
"Wow!ini rumah apa??" Kata Moon seakan menyindir.
"Kau tak payahlah nak sindir-sindir aku,aku bukan suka-suka nak buat terjanjian dan seksa kau,tapi aku betul-betul perlukan orang gaji." Moon tergelak sinis.
"Bukan suka-suka??Kau tau tak,kau memang dah pun seksa aku hidup-hidup.Kau memang taukan aku tak pernah buat kerja-kerja ni."
"So,bila lagi kau nak mula..takkan kau dah ada suami baru nak mula belajar?"
"I don't need.." Suara Moon tiba-tiba bertukar rendah.Zero kehairanan.
"Mana orang gaji kau?Takkan seorang pun takda kot.." Namun hanya sementara.Moon kembali seperti biasa.Galak.Apalah dia ni..macam cuaca,pandai berubah-ubah.
"Diorang cuti seminggu." Jawab Zero.
"Cuti seminggukah,cuti selama-lamanya?" Sindir Moon lagi.
"Wei!Aku suruh kau masuk bukan nak dengar kata-kata kau ni,tapi kemaskan rumah ni,faham?" Kata Zero pula.Moon menjeling tajam.Sebal.
"Kau ingat aku nak sangat jejakkan kaki kat rumah kau ni..kalau bukan pasal perjanjian tu,aku takkan sesekali mendekati rumah ni apatah lagi menjejakkan kaki!" Balas Moon lagi.Zero mendengus kasar.
"Sudahlah..malas aku nak bercakap dengan kau.Semua tugas kau ada kat meja.Pastikan semuanya siap." Zero terus beredar.Bosan bertekak dengan Moon.Last-last,dia juga yang kalah.
Moon menuju ke meja seperti yang dimaksudkan.Sekeping kertas terbentang atas meja.Kertas A4 itu dibaca.
* Ruang tamu * Dapur * Lantai,cermin * Tab mandi * Siram bunga(depan & belakang) * Tandas * Cuci pinggan,mangkuk * Basuh kain * Jan lupa ambil kain kotor dlm bilik aku * Bersihkan kolam
"Oh..my God..bersihkan kolam??Sah..tak silap lagi dia memang nak musnahkan hidup aku..errr!!" Moon mendengus geram.Lengan bajunya disinsing ke bahu.Rambut lurusnya disanggul.
"Macam mana nak buat semua ni?Takkan aku nak tanya Aunty Munir pula..It's embarrassing." Moon mengomel sendiri.Di satu bilik..Zero tidak habis-habis tergelak Tiba-tiba,Moon menepuk dahi seakan terlupa sesuatu yang penting.Handphonenya dibawa keluar lalu mencari nombor seseorang.
"Hello..it's me,Moon.Mr.Tam,I'm sorry aku tak dapat hari ni.How about tomorrow?..oh..okey..Thank you,Mr.Tam." Kedengaran hampa nada suara Moon.Satu keluhan keluar dibibir Moon.
* * * * * * *
Akhirnya,semua kerja telah pun Moon siapkan.Kini,hanya tinggal kolam saja yang belum disentuh.Benda yang paling ditakutinya.Moon berdiri tidak jauh dari kolam.Disebabkan kolamlah,dia membenci Zero tahap dewa..dan ia kekal sehingga sekarang.Itulah perkara yanh dimimpinya hampir setiap hari.
Episode kebencian itu bermula sewaktu mereka masih berada di darjah 3.Sekolah mereka telah mengadakan perkhemahan di satu tempat.Moon kelas Biru,manakala Zero berada di kelas Hijau.Zero memang meminati Moon tapi terlalu cemburu bila Moon baik terlalu baik kepada semua orang.Moon seorang yang sungguh baik dan sikapnya seperti malaikat.
Walaupun barang-barangnya diambil,dia tak pernah marah..sekalipun duitnya dirampas,dia tidak pernah merungut apatah lagi melaporkan pada guru mereka.Dan bila orang menyoalnya.Jawapannya hanya satu. "Sebab dia kawan aku." Sejak itu muncul perasaan untuk mengubah Moon di hati Zero.Walau apapun terjadi,dia ingin Moon berubah.
Sepanjang perkhemahan itu,kakak Moon telah menjadi penjaga Moon.Zero pula berada di bawah jagaan abangnya.Masing-masing berumur 17 tahun.
9 tahun yang lalu…
"Moon,napa Moon tak pernah marah bila diorang ambil barang-barang Moon?" Soal Lily,kawan kepada Moon.Masing-masing berumur 9 tahun.
"Sebab..diorang kawan Moon..Moon sayangkan diorang." Jawabnya dengan senyuman.
"Kalau diorang pukul Moon,Moon marah tak?"
"Tapikan..kenapa kawan perlu pukul kawan?Kan kalau kena pukul,sakit?" "Jadi..Moon marah?"
"Entah..tapi aku tengok Zero tu selalu marah-marah,bentak-bentak Moon..kenapa ya?" Moon berfikir sejenak.Dia sendiri juga tidak tahu kenapa Zero suka sangat marah-marah dengannya sedangkan selama ini Moon tidak pernah menyakiti Zero.
"Mungkin aku pernah buat salah dengan dia kot?" Jawab Moon.Merelakan. Tiba-tiba..sebiji bola melantun ke kepala Moon.Moon tertunduk menahan sakit.
"Wei! Kenapa buat Moon begitu Zero?" Marah Lily.Selama ini dia bersabar dengan sikap biadap Zero terhadap Moon sebab itu kemahuan Moon sendiri..Tapi ini sudah melampau.Bagus kalau itu bola yang lembut,tapi ini..bola sepak.Mesti sakit!
"Dia sendiri yang tak elak,aku nak buat macam mana lagi." Jawab Zero selamba.Baru saja Lily hendak menjawab,Moon segera memintas.
"Tak apa Lily..Zero tak sengaja"
"Aku nampak Moon,dia sengaja!" Tegas Lily.Walaupun dia nampak perbuat Zero tapi dia tidak menjangkakan yang bola itu akan mengena Moon kerana Zero berada agak jauh dari mereka.
"Tak apalah..kau kan tau sikap Zero macam mana.Jomlah..kita pergi tempat Kak Hanna." Moon dan Lily bangkit dan segera beredar menuju ke tepi kolam.Tidak mahu masalah itu berpanjangan.Bukan mereka tak tahu sikap Zero yang baran tahap karma. Zero hanya memandang pemergian Moon dengan hati yang membara.Zero tidak mengalihkan langsung matanya dari Moon sehinggalah Moon dan Lily sampai ke tempat tujuan.Berdekatan dengan Hanna di tepi kolam.
"Makin lama,makin aku nak buli budak budak bengong tu..tak faham betul kenapa dia takda perasaan!" Hati Zero berbisik geram. Dengan langkah yang cepat dan tindakan yang diluar jangkaan,Zero menolak kasar tubuh Moon ke dalam kolam.Tanpa perasaan dan simpati,Zero hanya memandang Moon yang sedang timbul tenggelam.
"Moon!!!" Serentak itu satu jeritan berkumandang.Tidaak sampai sesaat,seorang lelaki telah terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Moon.Moon dibawa ke darat dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.Semua orang mengerumuni tempat itu.
"Moon..bangun..bangun Moon!Jangan buat kakak begini.." Terketar-ketar suara Hanna.Air matanya deras mengalir.
"Excuse me miss." Lelaki itu bersuara.Hana segera memberi ruang untuk lelaki itu.Lagaknya seperti seorang pakar.Dada Moon ditekan berulang,sejurus itu air keluar dari mulut Moon,Moon terbatuk.Segera lelaki itu membangunkan Moon.seraya itu tubuh Moon dipeluk.Ketakutan yang dirasainya masih belum berkurang.
"Moon okey?Jangan takut..kakak ada,ya?" Tubuh Moon dipeluk semula.Moon membatu,hanya nafasnya yang tidak stabil.Lelaki yang menyelamatkan Moon tadi bingkas berdiri.Dengan langkah yang cepat dia menghampiri Zero dan menghayun tangan.
PANG!! Pipi putih Zero bertukar merah akibat hayunan itu.
"Siapa ajar Zero buat begitu?!Jawab abang!!" Bentaknya.Walaupun begitu,tamparan tadi tidak memberi sebarang reaksi kepada Zero,tetapi sedikit memberi kesan kepada orang sekeliling,Mereka tergamam melihat budak itu ditampar termasuk Hanna.Hanna melangkah menghampiri mereka.Lily pula menggantikan Hanna untuk berada disisi Moon.
"Arr..aku minta maaf kalau aku menganggu..tapi aku rasa tak perlulah angkat tangan pada dia,cukuplah sekadar tinggikan suara pada dia." Kata Hanna.Zany langsung tidak memandang Hanna yang berad didepannya,matanya terus-menerus menikam tajam ke arah Zero.
"Zero,it's okey..Zero boleh cakap pada kakak..kakak tak marah,kakak Cuma nak tanya kenapa tolak Moon?" Lama Zero membisu.Zany mencekak pinggang,rasa marah masih bersisa dihatinya.Belum pernah Zero bersikap demikian.Malah,dia sungguh sopan dengan orang tua.
"Sebab Moon tu bodoh,terlalu lemah!!Aku benci sikapnya yang lemah!!" Habis saja ayatnya,dia terus berlari menuju ke bilik penginapan mereka.
"Zero!!" Panggilan Zany tidak dipedulikan,pintu bilik dihempas kuat.
"Thank you for helping me." Ucap Hanna.Zany berpaling dengan rambut yang basah terjuntai.
"Maafkan adik saya,dia belum pernah berkelakuan begini sebelum ni..i'm sorry."
"It's okey..aku rasa kau patut tengok Zero..kang hilang kau pula yang susah."
"Okey..by the way,I'm Zany." Zany menghulurkan salam.Salam itu disambut mesra.
"Aku Hanna."
"Nice to meet you..i'm going.Bye!" Zany berlalu tapi sempat memberikan senyuman yang mampu mencairkan mana-mana hati wanita.Hanna turut tersenyum.Seperti dia merasakan satu tarikan yang kuat antar mereka.Tapi,cepat-cepat fikiran itu dilontar jauh-jauh.Bila difikirkan,tanggungjawab yang sedang dipikulnya sekarang juga sudah cukup menjadikannya robot.Dia belum bersedia untuk membina perasaan itu. Hanna kembali ke tempat Moon,kelihatan Moon sedang tunduk memandang lantai,dia seakan hilang punca.Pucat tak berdarah.Mungkin dia masih terkejut,fikir Hanna.
* * * * * *
Sejak kejadian itu,Moon berubah seratus peratus dari sikap.Dia berubah menjadi dingin,bersikap acuh tak acuh,kadang-kadang dia boleh menjadi sangat kejam.Dia bukan lagi budak yang boleh dipijak oleh siapa pun,sehinggalah dia kehilangan Lily.Lily berpindah beberapa hari selepas kejadian itu berlaku. Tapi,keadaan menjadi lebih teruk apabila Hanna tiba-tiba sahaja menghilangkan diri sewaktu dia berumur 11 tahun.Dan itulah yang membelengu Moon sehingga sekarang.
P/s : Komen2lah..kalau ada yang korang tak suka..just tell me,sa akan perbaiki semuanya.EnjoY!
writer, cepat sambung... jalan cerita menarik... but then, tak berapa smooth... cerita tuk entry ni tak move, statik... boleh cepatkan lagi tak?! hehehehe anyway, all the best to u! keep on writing k! i'm waiting for the next entry....
awal2 bace ingatkn hanna da mati eh..hilang rupanya ye..hm..semakin menarik harap2 cerita hanna n zany bole dikembangkn lagi tak saba nk tunggu apa lagi jadi kt moon..
salam. bila bace citer nie rase macam bace komek jepun jea.. kenape ek...tapi best aaaa... teruskan k?///......... letaklah name sebenar watak best skit............keep your writing.=))........
bila bce citer ny kan,, trse mcm serupa dgn komik penguin prince .. komik jepun , karya motomi kyousuke 2 ..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ko punya cerpen nie memang takde ending ka... penat2 je baca.hehehe