Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bab 2 Sepuluh minit sebelum pukul 10.00 pagi, Farisya dan rakan-rakannya masuk ke dewan. Semasa taklimat, Farisya dapat lihat di kiri, kanan dan hadapannya, ada pelajar yang tertidur, ada yang berbual-bual dan ada juga yang bermesej di telefon bimbit. Dalam hatinya berkata, mungkin inilah salah satu bezanya pelajar tempatan dengan pelajar di negara luar. Dia menggeleng kepala perlahan. Dia bertekad akan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi kebanggaan mama dan papanya. Lebih kurang jam 12.30 tengahari taklimat selesai. Banyak perkara yang diterangkan dapat dicatit oleh Farisya. Itu semua sebagai panduan kepadanya semasa berada di kolej ini. Mereka menuju ke kafeteria untuk menjamu makan tengahari. Walaupun lauk pauk tidak sesedap masakan Mak Temah, Farisya tidak kisah asalkan mengenyangkan dan berkhasiat. Dia sabar menanti giliran manakala ada yang memotong barisan berebut-rebut kerana bimbang kehabisan lauk. Begitulah tingkah laku pelajar tempatan. Tidak tertib. Farisya tidak mahu terikut-ikut budaya tidak baik. Dia tidak pandai berebut kerana sejak kecil telah diajar bersopan santun dan berbudi bahasa. Akhirnya tiba juga gilirannya sedangkan rakan-rakannya yang lain sudah hampir selesai makan. Laila dan Rini menunggunya di meja makan. "Apasal lambat sangat? Tengok! Tinggal sayur saja," kata Laila yang menggeleng-geleng kepala kerana kasihan dengan Farisya. "Alah..tak apa. Sayur juga lauk. Baik untuk kesihatan juga," jawab Farisya. "Farisya, kita tak boleh lurus sangat. Nanti tiap-tiap hari kau makan nasi dan sayur saja. Mana ada zat dan protein," kata Rini pula. "Nah..ambil ayam ini. Aku ambil dua ketul tadi," kata Laila sambil meletakkan ayam goreng berempah itu ke pinggan Farisya. "Eh Laila, apasal kau ambil dua? Tamak betul," Rini menyampuk. "Alah..bukan ada orang marah. Tapi bagus juga. Ada hikmahnya. Tengok, boleh juga aku beri pada Farisya kan," Laila membalas sambil tergelak berdekahdekah sehingga orang di sekeliling memandang ke arahnya.
"Eleh..alasanlah kau. Habistu kalau Sya dah ada ayam?" Uji Rini pula. "Aku makanlah dua-dua sekali. Apa yang susahnya," jawab Laila selamba. Rini dan Farisya pula tergelak dengan perangai Laila. Pertama kali Farisya berjumpa dengan orang yang cakap lepas tetapi baik hati seperti Laila. Selesai makan mereka berjalan mahu pulang ke asrama. "Fuh ! Nasib baik tak berapa jauh. Kalau tidak, boleh kurus aku. Kau orang pula jadi tengkorak hidup," Laila berjenaka lagi. Rini dan Farisya sudah mula biasa dengan perangai Laila yang sentiasa senang hati itu. Menurut Rini, mereka bukan dari kalangan orang senang. Laila sudah ketiadaan ibu sejak umurnya 14 tahun dan Rini sendiri mempunyai adik beradik yang ramai. Siapa sangka Laila yang sentiasa tergelak dan berjenaka itu sudah kehilangan ibu. Dia memang seorang yang tabah. Tidak pernah bersedih dengan takdir Allah. Jika Farisya berada di tempat Laila, tidak mungkin akan sekuat dan secekal itu. Dia berjanji dengan mereka untuk membantu apa yang terdaya jika mereka memerlukan. Sesampai di bilik, mereka merebahkan diri di katil masing-masing. Letih benar nampaknya. Dengan cuaca yang panas terik dan pelajar yang ramai mendaftar, sedikit sebanyak merimaskan. Farisya mengganti pakaian sebelum ke bilik air untuk mencuci muka dan membersihkan diri. Laila dan Rini sekejap sahaja sudah diulit mimpi. Farisya tidak selesa berehat jika dirinya tidak dibersihkan terlebih dahulu. Sesudah segar barulah dia merebahkan dirinya ke katil. Dia cuba melelapkan mata tetapi tidak mahu tidur juga. Dicapai telefon bimbit lalu menghubungi rumahnya. "Hello, boleh cakap dengan Puan Hajah Fatemah," Farisya menyamar. Dia tahu Mak temah pasti tidak cam suaranya di telefon kerana sebelum ini sudah beberapa kali dia menyakat Mak temah. "Ya, saya Fatemah. Ini siapa ya?" tanya Mak Temah serius. "Saya dari bank. Puan Fatemah tak bayar ansuran kereta selama lebih dari tiga bulan," Farisya meneruskan. "Eh ! Maaf ya cik, tuan eh puan..aku eh saya tak pernah beli kereta. Salah orang barangkali," jawab Mak Temah tersasul-sasul. 7 Farisya tergelak kecil Kasihan pula dia pada Mak Temah. Selalu sangat dipermainkan. Farisya geli hati dengan gelagat Mak Temah yang tergagap-gagap. "Ish..Mak Temah, Ini Eisya la. Sampai hati Mak Temah tak kenal suara Eisya," Farisya mengaku lalu tergelak. "La..budak bertuah ni. Buat suspend Mak Temah saja," balas Mak temah berbahasa Inggeris pula. "Hihihi..alah janganlah marah, Mak Temah. Mak Temah kalau tak marah nampak muda tau. Lebih muda dari mama," usik Farisya lagi. "Alah..sudahlah. Nak menyakat Mak Temah saja. Ni..kamu apa khabar? Macam mana belajar? Ramai kawan? Kalau tak selesa beritahu. Nanti Mak Temah minta mama kamu tukar ke tempat lain," jawab Mak Temah panjang lebar. "Amboi..banyaknya soalan. Eisya sihat-sihat saja. Semua bagus di sini. Kawan pun bagus. Mak Temah tu jaga kesihatan. Jangan ingat kerja saja," Farisya menasihati Mak Temah pula. "Iyalah. Mak Temah tahu. Mana ada kerja sangat di rumah ni. Tambah pula kamu tak ada. Lagilah kurang kerja Mak Temah," kali ini Mak Temah pula yang mengusik Farisya. Farisya tergelak kecil. Dia sedar selama ini dia memang banyak menyusahkan Mak Temah. Dengan Mak Temahlah dia bermanja jika mama dan papanya sibuk bekerja. Adakalanya mama dan papanya terpaksa bekerja di luar bandar. Dengan Mak Temahlah dia mengadu semua perkara. "Itulah sebabnya Eisya tinggal di asrama supaya Mak Temah boleh berehat sedikit dari gangguan Eisya," balas Farisya pula sambil tergelak lagi. "Siapa ada di rumah Mak Temah?" tambahnya lagi. "Tak ada siapa. Semua keluar. Kamu faham-faham sajalah orang di rumah ini semuanya sibuk. Kamu juga bila sudah bekerja nanti pasti sibuk macam mereka juga. Kamu telefon waktu malam nantilah. Atau mahu pesan saja?" kata Mak Temah yang sudah biasa dengan ahli keluarga Farisya. "Emmm..tak apalah Mak Temah. Sya saja telefon. Tak ada kerja. Baru selesai taklimat. Malam nanti baru mula orientasi. Kirim salam sajalah dengan mama, papa dan abang-abang ya. Assalamualaikum," Farisya mengakhiri perbualan. 8
emmmmm...b0le tahan jugak jalan cerita ni....teruskan usaha anda
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
emmmmm...b0le tahan jugak jalan cerita ni....teruskan usaha anda