Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Yes!" Dari jauh ku lihat susuk tubuh yang ku kenali. Keadaan kantin yang lengang buat hatiku sedikit tidak segan untuk merapati tubuh itu.
"Woi!" Sergahku dari arah belakang. Reaksi terkejut beruk Shahrul buat aku ketawa bagai nak pecah perut.
"Shila kau ni tak reti bagi salam ke? Kalau aku tercekik macam mana? Kau nak aku mati ke?Kau ni takde kerja lain ke?" Suara Shahrul sedikit keras. Mungkin dia benar-benar marah. Aku sedikit kaget. Nasib tiada orang berdekatan Shahrul.
"Perkembangan terbaru macam mana? Dapat dating tak semalam" Tanyaku sebaik sahaja melabuhkan punggungku di sebelahnya. Melihat mulutnya yang mencebik ku tahu Shahrul sedikit kecewa. Gadis yang mencuri hatinya pasti menolak lagi. Sudah empat semester gadis itu cuba di dekati. Empat semester jugalah aku mengenali Shahrul. Sampai sekarang juga ku ketahui jarum Shahrul belum mengena lagi. Bukan aku tidak tahu sebabnya gadis itu jual mahal. Sengaja ku rahsiakan dari Shahrul segalanya.
"Tulah aku dah kata kau ni mamat perasan je. Nak kata kau tak hensem memang hensem lagi datuk aku.He..Tapi boleh tahan lah. Kau rasa dia nak apa ha?" Dengan muka tidak malu aku mengambil karipap di atas pinggan Shahrul.
"Kau ingat dia macam kau ke? Main sebat je mana-mana lelaki. Lagi dia jual mahal lagi aku suka. Ni yang di katakan Thrill." Perli Shahrul. Tangannya cepat memukul tanganku yang baru hendak mencapai Karipap kali ke dua.Biarpun sinis aku tidak ambil hati-hati kata Shahrul.
"Kau nak makan pergi ambik lain. Kau tahu tu tak siapa punya kuih ini?"Seraya itu mataku memandang ke arah muncung Shahrul di halakan. Wajah yang cukup membuatkan tekakku loya kelihatan di kaunter pembayaran.
"Kau dengan Boroi ke? Takpelah aku chow dulu." Ku lihat Shahrul sekadar menggeleng kepala. Bukan dia tidak tahu kenapa aku cukup anti dengan Boroi. Mulutnya mengalahkan perempuan. Bisanya buat aku tak tahan bila berdepan Boroi. Gelaran yang ku beri sejak pertama kali ku bersua di minggu Orientasi. Serta merta memori kembali pada saat itu....
"Shila, kau suka dekat Shah ye...Aku tengok kau ni pantang nampak Shahrul mesti kau bertempek kat situ juga." Memang mulut mamat ini berbisa. Macamlah aku perempuan gatal. Geram betul bila di ingat semula.
"Eh!Besok jangan lupa ada test tau Logistic management. Nanti jangan pula kau kata aku tak ingatkan kau."Langkah ku atur sendirian tanpa teman. Aku dengan Shahrul tidak sama tutorial semester ini. Yang malangnya dengan boroi aku sekelas. Menyampah betul.
"Wei Donat. Marilah makan dulu. Abang Shahrul belanja."Belum sempat aku melangkah Boroi dah perasan kelibat aku. Memang mulut dia memang berbisa. Sesuka hati dia panggil aku Donat. Geram betul Aku. Aku memaling muka padanya.
"Jangan kata abang Shahrul belanja, hatta putera Charles nak belanja pun aku taknak makan. Selagi ada muka tak malu macam kau memang tak selera aku di buatnya." Muka Boroi menyengih betul-betul menambah sakit hati aku.
"Kau makan tak makan pun muka tetap macam donat. Bagus juga aku ye. Boleh tolong kau kuruskan Badan. Nantilah bila kau nak makan aku akan muncul kan depan matakau. Gerenti sebulan kau kurus punya."Ujar Boroi di iringi dengan gelak tawa.
"Aku gemuk ke kurus ke apa kau susah pulak. Dari kau yang kurus kering macam papan lapis tapi perut boroi. Melantak je tahunya."Aku masih tidak mengalah.
"Mana pulak aku tak susah. Aku susah hati apa kalau kawan aku ini dapat awek macam donat. Tak padan. Macam putera raja dengan teaddy Bear."Sakan Boroi mengertawakan aku. Aku lihat pun Shahrul tergelak sama. Pabila melihat mataku yang besar cepat-cepat dia menerkup mulutnya. Cepat-cepat kakiku melangkah. Sakit hatiku melihat gelagat Boroi. Aku sendiri tidak tahu bila perang kami meletus. Yang aku tahu pantang boroi menegur pasti aku menempelaknya.
***************************
"Padan ar muka kau. Silap-silap haribulan kau jadi bini dia." Sakan Nurliza, rakan serumahku mengertawakanku apabilaku menceritakan apa yang terjadi tengahari tadi. Melihat mimik mukaku yang kegelian bertambah kuat ketawa Nurliza.
"Tolonglah....simpang 44 malaikat boroi tu jadi suami aku.Eeeei baik aku membujang sampai mati."Tanganku ligat melipat beberapa helai kain bajuku.
"Ish!kau ni mulut. Sungguhke kau nak membujang sampai tua. Cabulnya mulut. Nak aku aminn kan ke doa kau tadi?"Ku tahu Nurliza pura-pura menadah tangan.
"Eh!kau janganlah...aku tarik balik kata-kata aku tadi. Kau ni teruklah.Takkan nak doakan kawan kau yang cute ni tak kahwin-kahwin."Cepat-cepat tanganku memukul tapak tangan Nurliza yang menadah. Suka sangat budak ini ketawa. Cakap sikit je dia ketawa.
Panggg!"Bunyi hempasan pintu tiba-tiba buat aku dan Nurliza tersentak. Suasana yang kecoh sebentar tadi bertukar sunyi sepi. Terkejut aku dan Nurliza di buatnya.
"Mangkuk hayun betullah...apasal dengan minah tu?" Hairan aku melihat keadaan Fazlina yang mengamuk tiba-tiba. Sejak balik kuliah dia banyak mengurungkan diri dalam bilik. Tidak dapat ku teka apa yang mengacau emosinya. Nak ku tanya takut tersilap kata. Meskipun kami serumah hampir 4 semesta tetapi aku memang tidak rapat dengannya. Entahlah dari awal lagi aku tidak berkenan untuk menjadikan dia rakan rapatku.Hanya Nurliza dan Yusnita yang akrab dengannya.
"Apa lagi gaduh dengan Hisyamlah itu. Kau tahulah Hisyam tu kan banyak kawan perempuan. Tadi ada discussion pun dengan student perempuan je." Aku mengangguk faham masalah yang melanda Fazlina. Kes cemburulah ini. Mata Nurliza mula tertumpu pada skrin televisyen.
"Tapi kan dia dari dulu dah tahu perangai Hisyam tu. Sebelum bercinta lagi dia dah tahu Hisyam tu paling fomous kat kampus kita ini, dah sah awek pun keliling pinggang. Orang hensemlah katakan. Dia mesti dah fikir semua tu sebelum bercinta dengan mamat tu." Dalam aku dok mengomel denyap-senyap aku merampas sebungkus mamie di tangan Liza.
"Wei tak malu betul curi aku punya mamie....Eleh kau ni....at least dah kita ni awek dia mestilah jaga perasaan sikit."Nurliza seolah menyokong Fazlina. Kawan baik katakan..
"Dah tu apahal pulak nak mengamuk tiba-tiba kat rumah ini. Ingat dia sorang je bayar sewa ke? Sakit hati betul aku di buatnya. Nak orang jaga perasaan kita, kita pun kenalah tahu jaga perasaan orang cik kak oi." Sengaja ku kuatkan nada suaraku. Biar minah itu dengar. Cepat-cepat pehaku di pukul Nurliza.
"Ish kau ni...Tak payahlah nak mencurah minyak dalam api. Sabarlah ye...aku belanja kau mamie ni." Tersengih Nurliza memujukku yang sememangnya angin dengan sikap orang yang sebegitu. "Entahlah korang ni. Perempuan memang banyak songeh."Aku berkira-kira angkat punggung.
"Aik!Dah tu kau tu bukan perempuan ke?Dah kena kat batang hidung baru kau tahu."Aku hanya mencebik dengar kata Nurliza. Memang aku tidak faham kenapalah perempuan suka cari nahas. Buat makan hati aje bercinta dengan lelaki macam ini. Pergi mana-mana mesti berkepit dengan perempuan. Saling berganti perempuan bila bertembung dengan mamat ini. Pasal ini jugalah aku tidak mahu memberitahu pada Shahrul gadis yang di puja sudah berpunya. Tengok dari gaya hubungan macam ini memang tidak akan lama bertahan. Jadi Shahrul masih ada harapan. Buat apalah aku nak menghancurkan harapannya.
**************************************
"Alamak! Sakit perut pulak. Time tengah saat genting ni pulak dia buat hal" Masa yang tinggal setengah jam lagi buat aku tak keruan. Soalan logistic management banyak lagi aku tak jawab. Kang aku keluar dah tak sempat jawab. Hatiku mula tak keruan. Langsung tak dapat kufikirkan jawapan. Aku cuba bertahan selama mungkin.
"Perhatian para pelajar semua..Masa tinggal lima belas minit lagi. Dan anda tidak dibenarkan keluar dewan sehingga di beritahu." Terkerut-kerut mukaku menahan dari ‘khazanah’ itu keluar. Ku menjeling sebelah. Shahrul mengangkat kening seolah-olah bertanya sesuatu. Aku hanya menggeleng kepala. Boroi yang duduk sebaris denganku turut menoleh. Biasalah masa ujian macam ini mesti dia duduk sebelah perempuan. Terutama sebelah Zurnidah. Sempat Boroi mengenyit sebelah mata padaku. Seraya itu ku hala buku lima ke arahnya.
"Itu yang duduk tengah-tengah tu kenapa berbual? Kalau saya nampak lagi saya tidak teragak-agak mengambil kertas kamu." Seraya itu semua mata tertumpu ke arah kami. Dan aku juga pura-pura memandang ke arah lain. Cover line. Teruk betul En.Rizal ini. Aku bukannya meniru. Buat malu kompeni aje. Kepala otakku tidak lagi tertumpu pada kertas putih itu. Mata ku tertumpu pada jam yang tersergam indah di depan dewan kuliah 2.
"Ok semua pelajar minta perhatian. Letakkan pen anda di atas meja. Masa sudah tamat.......
"Wei tolong jaga barang aku sat. Aku Tak tahan nak berak ni." Cepat-cepat aku melangkah tanpa sempat Shahrul berkata apa-apa. Yang kusempat lihat Gigi Shahrul tersusun indah pabila mendengar permintaanku. Apa yang di gelikan pun aku tak faham dengan mamat itu.
"Korang ni bercinta ke?" Tiba-tiba aku rasa nak menampar orang aje.Yang minah ni menggatal tanya dekat Shahrul kenapa. Rasa nak aku cubit je mulut perempuan ini. Dua kali lima dengan Boroi. Padan sangatlah kalau dia dengan Boroi. Dua-dua mulut tiada insuran. Berdiri sahaja di muka pintu ku lihat Shahrul dan Fazlina sedang berbual mesra.
"Wei lamanya kau berak." Laung Shahrul pabila melihat aku tercegat di pintu belakang dewan. Aku mengangkat tangan lemah. Sakit masih terasa walaupun dah melepaskan segalanya.
"Kau berak batu ke apa?
" Berak emas!Kau nak ke?" Ku halakan tangan kiri ke muka Shahrul. Cepat-cepat tanganku ditepis. Dan sebelah lagi tangannya menutup hidung.
"Oklah Shah. Faz balik dulu....kak oi cepat sikit balik. Malam ni turn kau masak tau. Jangan lupa." Sempat Fazlina mencuit bahuku. Mencebik aku melihat sikap Fazlina. Aku sendiri tak faham macammana Shahrul boleh berkenan dengan Minah ni. Nak kata lawa sangat memanglah tak boleh aku nafikan. Kulit putih kemerahan. Bulu mata melentik. Hidung pun comel. Masalahnya perempuan ni perangai suka sangat menggedik. Jalan pun tergedik-gedik. Tetapi rasanya yang tergedik-gediklah lelaki suka.
"Yang kau ni apasal dari tadi asyik tersengih macam kerang busuk.!hensome sangatlah muka tu." Ku menoleh kebelakang. Melihat dengan siapa lelaki ini tersenyum manis.
"Tak payah kau nak tengok belakang. Aku Cuma rasa geli hati dengar soalan Faz. Bukan sorang dua yang tanya. Ramai yang tanya tau" Cepat-cepat aku mengemas peralatanku diatas meja. Cuak aku mendengar kata-kata Shah. Aku dapat menganggak apa di fikiran Shahrul. Mesti takde benda lain. Aku pun dah pernah kena.Memang bukan seorang bertanya. Dah banyak pelajar sekuliahku bertanya padaku. Mungkin kerana kami selalu duduk bersama dalam kuliah. Bila ada asignment pun nama aku dah dia memang satu dalam kertas kerja. Mestilah buat orang keliru. Bila aku menidakkannya ramai pula yang tidak percaya..
"Aku pun nak tahu jawapan ini dari kau. Kalau orang tanyalah yang kita ini...............
"Dah!kau jangan nak merapu. Yang penting aku nak balik sekarang. Ni pun rasa nak membuang lagi. Cepatlah!Baru cakap sekejap dengan Faz dah angau." Kakiku melangkah laju tanpa pedulikkan Shah di belakang. Jauh disudut hati aku rasa gusar memikirkan semua itu
apsal web ni susah nak klik sambungan cerita ..hadoiii
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cite yang bagus jugak, sy hrp akhir cite nie pasti lagi menarik.tapi sape nama "aku" yang dimaksudkan?