Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ros dah lari! Dia dah lari!" ujar Hasliza membuatkan tetamu-tetamu yang bertandang turut sama terkedu.
"Jangan buat kelakar Liza," ujar Farhan Hasri.
"Kau ingat aku ada masa nak buat lawak ke? Ni! Kalau kau tak percaya aku serius, ni buktinya!" balas Hasliza lalu mengunjukkan sehelai kertas pada Farhan Hasri yang segak berbaju melayu rona putih gading siap bersampin sulaman emas dan songkok hitam.
Pantas Farhan Hasri merampas kertas itu dari tangan Hasliza. Matanya membulat membaca patah demi patah yang tertera di atas kertas tersebut. Darah merah menyerbu ke mukanya. Hati mula hangat membahang. Benarkah? Benarkah apa yang ditatapnya kala ini?
Assalammualaikum w.b.t.
Kasihku, Hasri.
Saya tahu awak pasti terkejut besar apabila surat ini tiba di tangan awak. Tentu awak tertanya-tanya mengapa saya buat begini. Maaf, saya tidak dapat beri awak jawapannya. Saya harus pergi. Entah mengapa, hati saya rasa kurang enak. Mungkin rasa cinta pada awak semakin pudar. Entah sejak bila, saya kurang pasti. Terus-terang, saya tak yakin akan perkahwinan ini. Saya tak yakin yang kita mampu bahagia. Dunia rumah tangga, merupakan satu dunia di mana kita harus saling menyayangi, saling mempercayai dan saling menyintai. Namun, perasaan sayang dan cinta dalam hati saya sudah semakin menghilang.
Hasri,
Mungkin awak rasa saya seorang yang pentingkan diri. Mungkin awak fikir saya seorang yang kejam. Tapi, jauh di sudut hati, saya juga tidak menyangka yang hal ini boleh terjadi. Apa gunanya kita teruskan dengan hubungan ini andai tiada cinta di hati?
Saya minta maaf. Benar-benar minta maaf. Izinkan saya bersendirian buat sementara waktu ini. Bila saya pulang, saya akan beri awak penjelasan. Atau, mungkin kita tak akan berjumpa lagi. Walau apa pun, saya ucapkan terima kasih. Terima kasih kerana pernah membahagiakan saya. Terima kasih kerana mengajar saya erti cinta dan rindu.
Akhir kata, semoga awak bahagia sentiasa. Hidup baik-baik dan terus berusaha menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Sekian.
Salam akhir,
Rosalina
Surat itu dikeronyok dengan jemarinya yang besar dan kasar itu. Gila! Rosalina sudah gila!
"Hasri, betul ke Lina dah lari?" tanya Puan Radziah, ibu Rosalina.
Farhan Hasri hanya mampu menganggukan kepala. Hasliza yang berdiri di sebelah dipandang dengan tajam. Kecut perut juga Hasliza menerima pandangan Farhan Hasri itu.
"Allah!" ucap Puan Radziah sebelum rebah ke atas permaidani merah bercorak awan larat itu.
Ruang tamu rumah kampung itu mula riuh. Hasliza segera menerpa pada Puan Radziah sementara Farhan Hasri berlari keluar menuruni anak tangga menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan lalu kereta Proton Perdana V6 mula meluncur laju meninggalkan halaman rumah yang sedang dilanda kecoh.
* * * * *
SUARA tetamu-tetamu yang berbisik menampar pendengaran Hasliza sekaligus membingitkan telinga. Hingar-bingar yang berlaku sebentar tadi mulai reda. Dalam hati, tidak putus-putus dia merungut. Dia sendiri terpempan sewaktu masuk ke bilik Rosalina yang sunyi tanpa penghuni tadi. Sepucuk surat yang dilipat kemas diletak di atas meja menarik perhatiannya. Lantas, dia bergerak ke sana dan membuka surat tersebut. Selepas selesai membaca, dia terus berlari ke ruang tamu sehinggalah kekecohan sebentar tadi berlaku.
Puan Radziah sedang berehat di bilik. Wanita itu memang menghidap penyakit tekanan darah tinggi. Emak Farhan Hasri sedang menjaganya. Hasliza ada menghubungi telefon bimbit Farhan Hasri namun tidak berangkat. Telefon bimbit Rosalina apatah lagi. Hanya suara voicemail yang menjawab panggilannya. Tindakan Rosalina benar-benar di luar batas pemikirannya. Pengantin perempuan lari saat dia bakal diijabkabulkan dalam beberapa minit sahaja lagi. Apa agaknya yang telah merasuk Rosalina? Bunyi deringan telefon bimbit menarik perhatian Hasliza. Nama Hafiz Hakimi tertera di skrin. Pantas Hasliza menekan butang hijau.
"Lina ada kat sana?" belum sempat Hasliza memberi salam, suara Hafiz Hakimi terlebih dahulu menyapa.
"Aku tanya ada ke tidak?" soal Hafiz Hakimi semula.
"Kau ni kenapa? Dahlah tak datang, tiba-tiba tanya soalan macam ni pula. Pelik aku,"
"Ish, kau ni... soalan aku mudah je. Lina ada kat sana atau tak? Itu je..."
"Tak ada. Dia..." belum sempat Hasliza meneruskan kata, panggilan dimatikan.
Lantas fikiran Hasliza mula diasak ragu. Kenapa Hafiz Hakimi bertanya begitu?
* * * * *
FARHAN HASRI memandang kaki langit yang mula disimbahi cahaya kemerahan. Telefon bimbit yang digenggamnya diletakkan di tepi. Duduk di atas rumput menghijau sambil menghayati panorama matahari terbenam menghadirkan ketenangan dalam hati. Walau untuk seketika, dia harus bertenang, menyusun semula segala yang berlaku hari ini. Di sinilah tempat dia melamar Rosalina beberapa minggu yang lalu. Masih segar diingatan kenangan pada waktu itu. Tidak mungkin akan dilupa. Kenangan itu akan disimpan utuh di lubuk hati.
Puas dia berfikir dan terus berfikir namun tetap tidak menemui jawapan mengapa Rosalina bertindak begitu. Apakah selama ini cintanya pada gadis itu tidak pernah dihargai? Siapa dirinya pada pandangan Rosalina? Cinta Rosalina padanya semakin pudar? Mustahil! Farhan Hasri yakin, bukan Rosalina yang menulis surat tersebut. Namun hakikatnya, Farhan Hasri tahu, tulisan tangan itu merupakan tulisan tangan Rosalina.
Telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan dari Hasliza. Farhan Hasri membiarkan. Tiada mood untuk berbual dengan sesiapa buat masa ini. Dia lebih memikirkan tentang Rosalina. Agaknya, ke mana gadis itu menghilangkan diri?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
lama tunggu, akhirnya sambung juga!!
wah, semakin menarik. sambung cepat ya!