Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Jam tangan berjenama ditilik Aiman Daniel untuk kesekian kalinya. Dia merenggangkan ikatan tali lehernya dan bersandar ke kerusi. Pandangannya tertumpu pada seorang wanita yang sedang tersenyum padanya. Aiman Daniel membalas senyuman itu.
"Ah, perempuan," Aiman Daniel meraup rambutnya perlahan. Dia sudah lali dengan situasi itu. Kemana sahaja dia pergi, pasti dia menjadi perhatian. Dia bukannya tidak suka malah dia gembira. Ini adalah satu kelebihannya. Dia senang melayan mereka semua. Oleh sebab itulah dia dicop kaki perempuan. Dia tidak kisah. Mereka semua sukakannya kerana rupa dan harta. Dan dia cuma mahukan sedikit balasan atas apa yang telah dia curahkan pada mereka. Apa itu? Alah, macamlah tak tahu lagi. Fikirlah sendiri.
"Kenapa nak jumpa aku?" tiba-tiba wajah Fariq terlayar di layar matanya. Wajah kawan baiknya itu kelihatan tidak senang dengannya. Kenapa?
"Kenapa? Aku tak boleh jumpa kau ke?" balas Aiman Daniel kembali sambil merenung tajam Fariq yang sedang kelihatan bersahaja. Dia memandang wanita yang tersenyum kepadanya tadi. Pandangan wanita itu kini beralih pada Fariq pula. Ah, perempuan. Senang sahaja beralih arah pada yang baru. Tidak pernah setia pada yang satu. Itulah sifat perempuan yang paling dibencinya. Itulah juga salah satu faktor kenapa dia susah setia pada seorang perempuan. Tapi sekarang, dia sudah bosan. Lagipun, dia sudah jatuh sayang pada Stephanie, model terkenal negara ini. Hm, tiada salahnya mencuba untuk setia.
"Sibuk bercinta dengan Anis ke?" dia menyindir. Fariq kelihatan terkejut dia berkata begitu.
"Hm, mungkin juga," balas Fariq. Wajahnya dibiarkan selamba. Kini dia terasa tidak senang setiap kali melihat wajah kawan baiknya itu. Mungkin setelah apa yang telah lelaki itu lakukan terhadap Anis, rasa kurang senangnya muncul. Aiman Daniel pula memandang curiga.
"Kau gila ke? Perempuan tu bukan perempuan baik-baik," kata Aiman Daniel sinis. Fariq tersentak. Amarah mula menguasainya.
"Kau tahu dari mana dia bukan perempuan baik-baik?" bentak Fariq pula. Tangannya menggenggam penumbuk. Aiman Daniel ketawa sinis.
"Dia pernah jadi orang gaji di rumah aku. Dia pencuri tau. Habis barang kemas mama aku dia curi," bentak Aima Daniel pula. Fariq mengalih pandang. Sedikit terkejut dengan tuduhan itu. Dia kenal Anis. Dia tak akan berbuat perkara itu. Pasti Aiman Daniel mereka cerita.
"Aku tak percaya," balas Fariq ringkas. Aiman Daniel memeluk tubuh menahan geram. Di matanya terlayar Anis yang kelihatan manis sepanjang masa. Diakui, Anis memang cantik tapi perangainya tidaklah secantik mana. Entah apa yang dibuat Anis sehingga rakan baiknya ini langsung tidak mempercayainya. Geram Aiman Daniel bertambah.
"Itu hak kau tapi untuk pengetahuan kau, mama aku yang beritahu. Takkan mama aku nak bohong," dia masih tidak putus asa. Fariq mendengus perlahan.
"Aku kenal Anis. Dia takkan buat perkara itu," jawab Fariq malas. Dia betul-betul sedang bengang dengan Aiman Daniel. Kenapa dia memusuhi Anis? Tidak cukupkah apa yang dia sudah buat dulu sehingga Anis menderita dulu?
"Betul kau kenal dia? Kau tahu tak, dia ada anak luar nikah! Kau masih sukakan dia?!" tanya Aiman Daniel kasar. Fariq tersentak. Dari mana dia tahu?
"Ya," jawab Fariq. Aiman Daniel menepuk perlahan meja melepaskan geram.
"Kau gila?! Kau nak ke perempuan macam tu? Entah siapa bapak budak tu. Kau masih percaya dia perempuan baik-baik?!" tanya Aiman Daniel kuat. Fariq merenung tajam Aiman Daniel. Berani dia berkata begitu?! Sedangkan dia yang menjadi punca semua itu.
"Kau tahu siapa ayah budak itu?" tanya Fariq sinis. Aiman Daniel tersentak. Lain macam je nada Fariq.
"Kau tahu ke?" tanya Aiman Daniel kembali. Lagaknya bersahaja walaupun hatinya meronta-ronta ingin tahu. Fariq pula hanya meraut wajahnya. Dia hampir-hampir sahaja memecahkan rahsia besar itu.
"Ah, lupakan," Fariq memalingkan wajah. Semakin curiga hati Aiman Daniel.
"Kau ke?" ringkas soalan itu. Kening Fariq berkerut.
"Aku apa?" tanya Fariq kembali. Aiman Daniel tersenyum sinis.
"Kau ke bapak budak tu? Perempuan itu perempuan simpanan kau? Hm, tak sangka aku," kata Aiman Daniel bersahaja. Fariq membentak meja kuat. Terkejut pengunjung restoran lain tetapi Aiman Daniel masih dengan raut tenang.
"Aku bukan macam kau!" bantak Fariq kuat lalu berlalu meninggalkan Aiman Daniel dengan wajah memerah. Aiman Daniel bengun selepas Fariq beredar. Wang dicampak ke atas meja sambil dia juga melangkah keluar dengan wajah merah padam
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
padan muke aiman...
jalan cerita ok...
cuma buat 'double check up' sebelum upload novel...