Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Fariq, ada apa-apa yang awak nak tanya saya?" tanya Anis sambil memandang wajah Fariq yang menunduk. Fariq mengangkat wajahnya. Kelihatan wajah itu kurang bermaya.
"Tak ada apa-apa," jawab Fariq. Anis tersenyum kecil. Dia tahu isi hati lelaki itu. tentu dia sedang memikirkan tentang hubungan antara dia dan Aiman Daniel. Lelaki ini sengaja menyembunyikannya. Mungkin kerana dia juga memikirkan tentang keadaannya yang tidak sihat. Ah, lelaki ini terlalu baik.
"Jangan tipu. Awak fikir tentang perbualan tadi, kan? Awak tanyalah apa sahaja. Saya akan jawab," kata Anis lembut. Fariq meraup wajahnya setalah mendengar kata-kata itu.
"Kenapa? Kenapa Daniel? Kenapa mesti dia? Kawan baik saya!" bentak Fariq tetapi masih perlahan. Anis hanya tenang memerhatikan Fariq.
"Saya tak sangka langsung!" bentak Fariq lagi.
"Sudahlah. Saya dah lupakan semua itu. Awak pun harus lupakan. Anggap aja awak tak tahu apa-apa," ujar Anis. Fariq memandangnya tepat.
"Lupakan? Setelah apa yang dia buat pada awak?!" Fariq membentak. Anis tersenyum kecil.
"Ya. Saya dah mahu ingat lagi. Saya tak ada hubungan dia langsung. Saya mahu hidup aman dengan Danny!" Anis memandang Fariq yang duduk di kerusi di sisi katilnya meminta pengertian. Wajah Fariq jelas dalam keadaan menegang.
"Jadi, sekarang apa yang awak nak buat?" tanya Fariq kembali tenang. Anis menundukkan wajahnya.
"Saya nak berhenti kerja dan cari kerja baru. Saya dah tak nak jumpa dengan dia lagi," ujar Anis. Fariq kelihatan sedang berfikir seketika.
"Daniel ada di dalam hospital sekarang. Tentu banyak kerja yang akan tertangguh nanti. Dia tak akan biarkan awak berhenti kerja," kata Fariq. Anis tiba-tiba teringat. Dia mengeluh perlahan.
"Macam mana sekarang?" Anis menggigit bibir sambil berfikir. Akhirnya Fariq mengangkat wajahnya.
"Beginilah. Awak tetap kerja di sana dulu. Bila awak dah dapat kerja baru, barulah awak berhenti. Setuju?" cadang Fariq. Anis berfikir seketika. Macam mana ni?
"Hm, biar saya fikirkan dulu," Anis tersenyum kecil. Tiba-tiba Daniel menerpa ke arah Fariq.
"Danny dah mandi?" tanya Fariq sambil menciut hidung Daniel. kanak-kanak lelaki itu ketawa kecil.
"Dah. Wangi, kan?" tanya Daniel sambil tersengeh. Dia duduk di atas riba Fariq. Anis hanya memerhati dengan senyuman. Layanan Fariq terhadap Daniel langsung tidak berubah walaupun dia sudah tahu perkara sebenar. Lelaki ini, betul-betul baik.
***************************
Aiman Daniel medengus kasar. Wajahnya berubah kelat. Stephanie di sebelahnya tersenyum kecil.
"Kenapa ni?" tanya Stephanie manja. Aiman Daniel merenung tajam dinding bilik. Moodnya betul-betul tidak baik sejak ditampar Anis beberapa hari lepas. Oleh sebab itulah dia memecut laju keretanya keluar dari pejabat. Dan lebih malang lagi, dia dilanggar dan meyebabkan dia melanggar orang lain. Seorang terkorban! Walaupun dia tahu dia tidak sebaik mana, tetapi dia tidaklah senang dengan menambahkan lagi mangsa korban kemalangan jalan raya di dunia ini. Huh!
"Daniel," Aiman Daniel memandang mamanya di sudut katil. Dia perasan, wajah mamanya kelat apabila terpandang Stephanie di sisinya tetapi dia tak peduli. Entah mengapa mamanya memang tidak menyukai Stephanie sejak dia menjadi teman wanitanya. Jikalau dulu, wanita seperti Stephanielah yang mamanya gembar-gemburkan sesuai untuknya tapi sekarang, fikiran mamanya sudah berubah sepenuhnya. Apa sudah jadi ni?
"Daniel, tolong sur.."
"Mama, jangan mulakan!" bentak Aiman Daniel. Dia tiada masa untuk melayani sikap mamanya sekarang. Ditambah dengan kesakitan di tangan dan kepalanya, dia betul-betul tidak ada hati.
"Jangan tinggikan suara dengan mama!" keras suara papanya. Aiman Daniel mendengus kasar. Yalah, sekarang papanya sudah berpihak pada mamanya.
"Maaf, saya rasa lebih baik saya pergi sekarang," Stephanie tersenyum kecil lalu menghilang disebalik pintu. Aiman Daniel memukul kuat katilnya dengan tangannya yang tidak cedera.
"Puas hati mama dan papa sekarang?!" bentak Aiman Daniel. Dia membaringkan tubuh di atas katil dan menarik selimut menutupi tubuhnya. Puan Sri Maria menghampirinya.
"Mama ada sesuatu nak cakap," ujar mamanya. Aiman Daniel membuka mata.
"Esok boleh? Daniel nak tidur," pintanya. Puan Sri Maria menggeleng. Aiman Daniel menarik nafas.
"Apa yang penting sangat tu?" Aiman Daniel duduk kembali di atas katil. Puan Sri Maria dan papanya duduk di sisinya.
"Daniel ingat, Anis dan Mak Timah? Pembantu kita dulu?" tanya Puan Sri Maria. Aiman Daniel segera memeluk tubuh. Dia betul-betul tak suka mendengar nama Anis. Menaikkan kembali suhu kemarahannya.
"Maksud mama, orang gaji yang curi barang kemas mama dulu?" tanya Daniel dengan nada sindiran. Wajah mamanya kelihatan pucat. Dia berpandangan sebentar dengan suaminya.
"Er, sebenarnya orang yang Daniel langgar tu Mak Timah. Dia tinggal serumah dengan Anis," terang papanya. Aiman Daniel tersentak. Mak Timah?
"So?" Aiman Daniel mengangkat sebelah keningnya. Mama dan papanya berpandangan seketika lalu memandangnya kembali.
"Papa nak Daniel melawat Anis dan minta maaf dengan dia," ujar papanya. Aiman Daniel membulatkan mata dan segera berdiri.
"Apa? Tak nak! Bukan salah Daniel Mak Timah mati. Lagipun, dia tu bukannnya anak Mak Timah pun. Buat apa mintak maaf dengan pencuri tu? Tak logik betul!" bentak Aiman Daniel. Mama dan papanya turut berdiri.
"Dia bukan pencuri, Daniel," keras suara papanya. Aiman Daniel ketawa geli hati.
"Ye ke? Kan dia yang curi barang kemas mama dulu. Papa dah lupa?" sindir Aiman Daniel. Mama dan papanya kelihatan terdiam. Tidak boleh menjawab. Apatah lagi mamanya.
Dia tidak sanggup mengakui kesalahannya. Dulu, dia hanya mereka cerita sahaja tentang kecurian barang kemasnya agar suami dan anaknya tidak mengetahui apa-apa di sebalik kehilangan Mak Timah dan Anis. Lagipun dia tidak mahu kata-kata Anis dulu tersebar di kalangan jiran-jiran. Dia tahu, jika dia mengatakan perkara sebenar, suaminya pasti akan mencari Anis semula. Suaminya arif benar perangai anak lelakinya. Tentu dia akan mempercayai cerita Anis yang di anggapnya tidak masuk akal dulu.
"Sudahlah papa, mama. Daniel tak ada masa nak minta maaf dari perempuan tu. Buat pening kepala je. Lagipun Daniel benci dia. Sesuka hati je nak tampar orang. Tak sedar diri sendiri perempuan murahan!" Aiman Daniel melepaskan geram.
"Daniel!" papanya membentak. Dia tidak suka anaknya berkata begitu. Aiman Daniel semakin marah. Dia membaringkan tubuhnya di atsa katil dan terus memejamkan mata. Dia sudah malas bertekak lagi
peh memang bestlah cite..memang bvengang gila perangai sial aiman daniel cam sial jerr...napelah cam tuh laa dah langgar mati orang yang si puan sri tuh napelah cam mangkuk sangat citelah dah buat slah napelah duk sorak222 sangat laa berdosa dan sat u lagi wahai cik baby pink nih cepatlah sambung xsabar nak tunggu kalu boleh buat citenya biar semua aiman daniel dan family nya tau hal sebnar then biar fariq dan anis kahwin biar terlopang aiman daniel kerana melepaskan pempuan sebaik aniss buat camtulah endingnya baru apdam muka kat aiman cam sial jerr
best cte ni,tp npe pndek sgt.pnceritaan anda mmpu mmbuatkn pmbace tdk sbr mbce crita slanjutnya.truskan usaha anda.kuragkn pgunaan kata ksr,bole pengaruhi pmbce yg mmbcenya
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
almk pdek je..
tgh klimaks niee 2 jdnye..
ok. smbg cpt..