Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tawaran DZ minggu lepas masih bermain-main di benaknya. Menjadi tunang kontrak selama setahun. Gila. Memang gila. Kenapalah cepat sangat dia mengalah. 'Kenapalah boleh jumpa dengan mamat sengal macam tu. Menyusahkan hidup aku je. Adoi..boleh botak kepala aku fikir benda nilah.' Fenn mengomel dalam hati. Memang dia tidak boleh tidur bila memikirkan masalah itu. Siang malam asyik teringatkan benda tu saja. Kalau tak nak fikir, kena fikir jugak sebab dah janji dengan mangkuk jamban tu. Wa….amma appa…
"Faz, itu hari I nampak you dengan sorang mamat dekat parking. Siapa? Pakwe ye.." Raja yang jalan beriringan dengan Fenn menuju ke meeting room cuba mengorek rahsia. 'Ish, busy body betul lah tambi ni. Suka hati akulah nak jumpa dengan siapa pun.' "Ha'ah. Pakwe. Kenapa? You nak kenal dengan dia ke?" "Hai, nampaknya melepas lagi lah I kali ni." Raja buat muka seposen. "Bukan kali ni je. Memang takkan dapat." Saja Fenn menyakitkan hati Raja. Bukan boleh dilayan sangat tambi sorang ni. Nanti makin naik daun.
"Tak de kerja lain nenek ni. Berangan je. Ko kenapa? Cuba story kat aku." Macam nak tembus tv Fenn tenung. Problem memanjang minah ni sorang. Naik pening Mek. 'Nak cerita ke tak nak? Tapi kalau tak cerita kat Mek, nak cerita kat siapa lagi. Manalah tau, dia ada apa-apa idea.' "Mek, aku ada benda nak story kat kau ni. Tapi ko kena janji dulu tak boleh cerita kat orang lain tau." Fenn membetulkan duduknya menghadap Mek. "Aku tau. Ko memang penuh dengan problem." Jawab Mek selamba. "Tapi ni problem besar. Antara hidup dan mati." "Memanglah. Kalau tak hidup, mati lah." Mek dah mengekeh ketawa. 'Ish minah sorang ni. Orang betul-betul, dia main-main pulak. Sekali aku backhand kang, terus masuk kuali.' "Malas lah story macam ni. Orang serius, dia main-main pulak." Rajuk Fenn. Mek masih dengan ketawanya. "Ok..ok. Ala bucuk, bucuk. Aku gurau je. Ok, aku dengar ni." "Macam ni. Ko ingat kan dekat si Iqram tu. Hari tu aku jumpa dia. Eh, bukan. Dia datang jumpa aku." "Sama lah tu. Ko jumpa dia jugak. Hah, apa lagi dia nak. Budak ni, sekali tak kena flying kick aku, memang tak serik tau." Jelas sekali Mek begitu tidak menyenangi Iqram. Berkerut mukanya menahan marah. "Dia ajak aku tunang." 'Cakap je lah terus. Senang.' "WHAT!!!" Mek menjerit kuat. Agaknya satu apartment ni pun boleh dengar. 'Aku dah agak dah. Mesti minah ni terkejut beruk.' "Ko biar benar Fenn. Habis tu kau terima ke?" Mek masih terkejut. "Tu yang aku tengah pening ni. Aku tak tahu nak buat macam mana. Dia kata, tunang setahun pastu putus lah. Nak bagi mama dia happy je." "Hah? Mangkuk jamban punya mamat. Otak orang biol mana dia pakai ni? Suka-suka hati nak suruh jadi tunang dia. Lepas puas maki orang selori, pastu senang-senang pulak nak suruh jadi tunang. Ish, sengal tahap gaban betullah mamat ni." Mek menumbuk-numbuk bantal tanda geram. "Tu lah. Mula-mula aku pun fikir macam tu. Dah puas aku tolak. Dia tetap jugak merayu-rayu. Kau tahu lah aku kan. Mana tahan kalau orang merayu-rayu macam tu." "Ish, tak boleh Fenn. Tak boleh. Biar padan muka dia. Ajar sikit." Memang marah benar Mek dengan Iqram. "Tapi bila dia kata dia nak mama dia happy, aku jadi serba salah lah pulak. Disebabkan aku, auntie masuk wad. Aku fikir, kalau aku terima maybe aku boleh tebus kesilapan aku tu." "Ko tak salahlah Fenn. Kan auntie tu dah maafkan kau. Salah dia jugak kan. Lagipun, kalau kau terima, lepas tu putus, aku rasa terus masuk kubur auntie tu." "Ish, ko ni tak baik Mek doa macam tu." Tapi memang betul pun apa yang Mek kata tu. "Takde lah. Betul apa aku cakap. Aku Cuma bagi pandangan aku je. Tapi, kalau kau rasa kau nak terima lamaran tu, depends la." 'Kesian betul kawan aku ni. Lepas satu-satu masalah. Nasib kau la Fenn.' "Nantilah aku fikir balik. Tapi sekarang ni kan aku rasa…" Muka Fenn berkerut. "Rasa apa?" Mek hairan. Kenapa pulak minah ni? "Laparlah..hehehe…" Fenn sengih, dah macam kambing pak Hassan. "Ceh, kurang asam keping betullah. Aku ingatkan apa tadi." Bantal yang dipegang tadi selamat mendarat di muka Fenn.
Masalah dia dan DZ mesti diselesaikan hari ini juga. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting, lepas ni, dia boleh hidup dengan aman. "Aku tak boleh terima idea kau. Aku mintak maaf tapi aku tetap tak setuju. Kau cari je lah orang lain." Fenn terus-terang. Itu yang sebaiknya. "Tapi hari tu kan kau kata kau setuju." "Bila masa pulak aku kata aku setuju. Aku kata aku akan fikirkan dulu la." Sekolah darjah berapa mamat ni? Benda senang macam tu pun tak boleh beza ke. "Sama lah tu. Tapi please lah. Kenapa taknak pulak ni?" DZ buat suara kesian. "Eh, ko ni tak faham bahasa ke? Aku kata aku tak nak, maknanya aku tak nak lah. Dah lah, aku busy. Lepas ni ko jangan ganggu aku lagi. Lepas ni, aku tak kenal ko dan ko pun tak perlu nak buat-buat kenal aku lagi. Faham?" panggilan terus diputuskan. 'Huh lega. Masalah dah settle. Sekarang, aku boleh hidup dengan aman tanpa gangguan makhluk tu lagi.' "Hello…Damn!" DZ menghentak tangannya ke meja. 'Tak pe. Aku akan buat sampai ko setuju dengan cadangan aku walau dengan apa cara sekali pun. Ko tunggu je lah nanti. Masa tu nanti, ko sendiri yang akan merayu-rayu nak kahwin dengan aku.' DZ senyum penuh makna.
jalan cerita awak mmang bagus, tapi sya mcm takut aje klau dia kawin dgn angah, sebabnya mcm dua2 suka sama suka aje...kesian kt DZ.APA2 pun buat lah smbungan cpat2 yek. crita sepupuku suamiku pun best jugak. tak sabar rasanya, tapi klau buat buku tajuk kena tukar bagi sedap skit bunyinye.tajuk ceritere dah biasa dengar....pilih tajuk cinta pertama cukuplah k..
best...bila nk de sambungan nyer yer..x sabar nk baca ni..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kawin.....mmmhhhh tu pepandai sangat sapa yang ssh