BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Julai 27, 2009
Novel : Ironinya Sebuah Cinta 8
Nama Pena : MentariBiru

Aku sedang mengulangkaji nota-nota yang telah aku buat semalam bila Shamila masuk ke bilik.
"Eh Sham! Kau dari mana?," aku tersenyum saat melihatnya setelah hampir tiga minggu kami tidak saling menyapa. Kalau ada pun hanyalah sepatah dua kata.
Shamila melihat ke arahku sekilas sebelum menuju ke almari pakaiannya. Dia mengeluarkan beg sandang yang selalu dibawanya ke kuliah. Aku melihatnya sekali lalu sebelum mencapai dua gelas mug dan menuangkan air panas yang telah ku jerang tadi. Aku mencapai dua paket Milo Fuzz dan memasukkannya ke dalam mug.
"Jom kita minum, Sham," pelawaku. Shamila rancak memasukkan pakaiannya ke dalam beg sandang Nike itu. Aku mengerutkan kening. Pelawaanku langsung tidak diendahkannya.
"Sham... kau nak pergi mana?," soalku.
"Tidur bilik member," balasnya sepatah. Aku duduk di sebelahnya sambil cuba mencari idea bagaimana mahu mencipta suasana yang lebih mesra.
"Bilik siapa? Bukan apa nanti kalau ada orang cari kau bolehlah aku bagitahu, kan?," aku memaniskan roman muka.
Shamila menarik nafas dalam. Dia memandang ke arahku. Aku masih lagi tersenyum padanya. Sudah lama aku tidak mendengar suaranya mengusikku, suara gelak tawanya dan suara dia menyanyi-nyanyi lagu penyanyi kegemarannya, Ziana Zain. Shamila mempunyai suara yang nyaring dan jika dia menyanyi lagu Ziana Zain, pitchingnya pasti tidak lari. Ewah, macam juri AF pulak aku ni!
"Bilik Farhana. Bolehkan?," soalnya. Aku mengangkat kening. Eh, dia minta izin aku ke?
"Ooh, Farhana yang selalu main badminton dengan kau tu yer? Berapa hari?."
"Tak tahu lagi. Tengoklah!," balasnya acuh tak acuh. Dia bingkas bangun dan mencapai begnya.
"Minum dulu Sham," pelawaku. Dia menggeleng.
"Tak apalah. Terima kasih sahaja."
"Minumlah dulu. Aku dah buatkan ni," pujukku. Shamila akhirnya mengalah. Aku tersenyum. Shamila memang tidak gemar membiarkan makanan terbazir begitu sahaja apatah lagi Milo panas kesukaannya.
Shamila menghirup perlahan-lahan. Wap panas berlari-lari keluar dari muka mug. Aku mengeluarkan biskut kering dan beberapa biskut beraneka jenis dari dalam tin lalu ku susunkan di atas piring bercorak bunga tulip hijau itu.
"Makanlah biskut ni dulu sementara tunggu air tu sejuk, Sham. Kang melecur pula lidah kau," aku mempelawa sambil mengusiknya. Shamila senyum kecil lalu mencapai biskut perisa kopi.
Aku berkira-kira mahu memulakan perbualan dengan Shamila namun tidak tahu bagaimana. Aku menggigit bibir bawah sambil melihat Shamila yang sedang menikmati biskut Julie’s. Aku menghirup sedikit minumanku. Aduh, panas ya!
"Kau kenapa? Minumlah perlahan-lahan. Kan panas tu," Shamila menegurku. Aku menelan angin.
"Ermm... Lamakan Farhana tak datang sini? Selalunya rajin juga dia datang singgah," aku memulakan perbualan. Shamila memandangku.
"Dia sibuk kot. Entahlah," balas Shamila.
"Kenapa tak ajak dia datang tidur sini aje? Lagipun kan ada toto? Boleh bentang dan tidur sekali. Best jugak tidur ramai-ramai ni sekali-sekala," selaku ceria. Shamila mencicah biskut kering dan menyuapnya ke mulut.
"Tak apalah. Lagipun, kami ada folio nak disiapkan. Kang mengganggu kau pula," balas Shamila.
"Eh, apa pulak mengganggu! Aku tak kisah pun," balasku. Aku gembira kerana Shamila sudah mula mahu berborak denganku, biarpun isunya tidak seberapa.
"Oraitlah, Qis. Aku pergi dulu," Shamila bingkas bangun sambil mencapai mug dan bekas pencuci.
"Tak apalah, kau letak aje sini. Karang aku basuh sekali dengan yang aku punya. Lagipun, kau nak cepatkan?," ujarku. Shamila meletakkan kembali mug.
"Okeylah kalau macam tu. Thanks. Aku pergi dulu. Maybe esok lusa aku balik. Banyak keje kami ni," maklum Shamila. Aku mengangguk dan menghantarnya hingga ke muka pintu.
"Take care, Qis. Ada apa-apa, contact je aku," ujar Shamila. Aku kehairanan namun segera mengangguk.
"Kau pun sama," balasku.
Shamila lalu meninggalkan aku keseorangan di bilik ini, mungkin untuk dua hari. Ah, harapnya kepulangan dia nanti akan membawa kembali ceria di dalam bilik ini.


Tok, tok, tok! Aku cepat-cepat menanggalkan telekung sembahyang. Tidak mahu membiarkan tetamuku itu tertunggu-tunggu di luar.
"Sham?," soalku. Eh, kata nak tidur dua tiga hari tapi baru semalam dia meninggalkanku. Tanpa menjawab pertanyaanku, Shamila terus merangkul aku membuatkanku kebingungan, kelu tanpa kata.
"Eh, Sham! Kenapa ni? Takkan rindu aku sampai macam ni kot! Masuklah dulu. Jangan buat drama depan bilik ni pula," ujarku. Terkekek Shamila ketawa kecil sambil merungkaikan pelukannya. Dia mengesat hingus. Aku membawanya duduk di katil.
"Kenapa kau nangis-nangis ni? Aku ingatkan kau nak tidur dua tiga hari kat bilik Farhana. Tak sempat aku nak rindu kau," selorohku sambil melipat telekung sembahyang. Shamila mencaai tanganku dan menggenggamnya.
"Maafkan aku, Qis. Aku bersalah dengan kau," tuturnya. Aku mengerutkan kening.

"Bersalah? Kau dah buat apa?," soalku. Shamila menggigit bibir.
"Aku... aku tak patut tuduh kau macam tu. Sepatutnya aku dengar apa yang kau nak cakapkan. Aku tak boleh terima khabar angin tu macam tu aje. Aku berat sebelah, Qis," Shamila memandangku. Matanya sayu mengharapkan maafku. Aku tersenyum padanya.
"Apalah yang kau merepek ni... aku dah lupakan pun. Aku tahu, manusia itu tidak sempurna. Ada salah dan silapnya," balasku. Shamila menggeleng.
"Tapi aku ni jahat, kan? Sepatutnya waktu kau dalam keadaan macam tu, aku berada di sisi kau dan bukannya mengasingkan diri dan salahkan kau."

Zupp! Kata-kata Shamila kembali membuatkan parutku berdarah. Memang aku tak nafikan yang aku turut terluka dengan sikap beberapa orang temanku. Membiarkan aku terkapai-kapai seorang diri menghadapi masalah apatah lagi bila dicemuh oleh orang-orang di sekelilingku. Saat itulah aku ini tidak diakui lagi sebagai orang yang dikenali, aku ini orang yang penuh bermuka-muka dan sebagainya lagi. Sudahlah hatiku pedih dengan cerita-cerita begitu, ditambah pula dengan tohmahan dari orang-orang yang pernah rapat denganku dulu. Membuatkanku mengenali siapa itu dia teman sejati.
Aku menarik nafas. Cuba menghilangkan perasaan sedih yang tiba-tiba menyapa itu. Aku cuba tersenyum kepada Shamila. Tadi aku menyatakan yang aku sudah melupakan semuanya. Ya, aku harus jujur. Aku memegang bahunya.

"Mana ada kau jahat! Kau ni... nakal aje!," aku mencuit hidungnya sambil ketawa kecil. Shamila turut mengikut rentakku tetapi tidak lama. Ia mati kemudiannya.

"Qis, kau menangislah kalau kau rasa itu yang kau perlukan. Luahkanlah Qis agar aku juga tahu isi hati kau yang sebenar. Kau misteri, Qis. Kau..."

"Lone ranger?," tukasku. Shamila mengangguk. Aku mengulum senyum.

"Tidak. Aku tak perlu menangis. Ini cuma ujian yang kecil, fitnah memang mudah tersebar di akhir zaman ini. Aku tak kisah pun sebenarnya kalau orang nak kata aku ni lone ranger ke apa. Actually pada aku, walaupun zahirnya korang nampak aku keseorangan tapi aku rasa ada ramai di sekeliling aku. Aku tak tahu macam mana nak cerita tapi aku rasa aku ada tempat untuk aku bercerita, untuk aku rasa disayangi. Lagipun aku tak buat musuh dengan sesiapa kan? So, semua orang adalah kawan aku," jawabku girang. Aku lihat Shamila mengerutkan kening.

"Kau tak boring ke tak ada kawan? Maksud aku, tak ada geng! Macam tak happening la nak buat apa-apa," soal Shamila. Aku mengalihkan telekung yang sudah ku lipat lalu mencapai bantal kecil yang ada di hujung katil.

"Kau ni, macam yang aku cakap tadi la. Semua orang kawan aku. Semua orang dah jadi geng aku," balasku sambil ketawa kecil.

"Bukanlah, maksud aku...,"

"Aku faham," pintasku.

Nampaknya perang dingin kami sudah berakhir dengan sendirinya. Shamila sudah mahu berborak-borak denganku. Baguslah, aku suka bertukar-tukar fikiran dengannya macam sekarang ini.
"Sham, Rasulullah SAW ada bersabda; Berpersatuan itu lebih baik daripada bersendirian. Dengan bersatu kita akan kuat, kita akan dapat mengalahkan yang lain. Tapi kehidupan kita hari ini bukan lagi berpersatuan tetapi berpuak. Hidup berpuak-puak ini menjadikan kita orang yang mementingkan puak hinggakan yang salah dibenarkan, yang benar terkadang disalahkan. Kerana berpuak, kita berani untuk melakukan kesalahan kerana kita tahu bahawa kita akan ada pembelaan daripada puak kita hatta perkara tu kita tahu salah. Lagipun, bila berpuak kita akan ada perasaan ‘takut dia terluka’. Member buat salah pun kita diamkan sahaja kerana takut dia terasa dan kita sesama geng akan bergaduh. Maafkan aku Sham. Bukan niat aku nak perkecilkan sesiapa," pintaku bila menyedari kata-kataku mungkin akan mengguris perasaan Shamila walaupun aku sebenarnya tidak tahu hubungan Shamila dengan teman-teman baiknya. Namun padaku, mereka semua sahabat yang baik.

"Tak apa, teruskan. Aku tak kisah pun. Aku tahu kau sedang menasihati aku, kan?," balas Shamila. Aku mengangguk.

"Contoh yang paling mudah untuk kita lihat ialah bila ada dua geng. Kita katalah geng A dan geng B. Apabila salah seorang dari geng A bergaduh dengan geng B, seluruh geng A akan bergaduh dengan geng B. Ini semua atas dasar jiwa kumpulan. Macam cubit paha kanan, paha kiri terasa jugalah kononnya. Kalau ada 10 orang dalam satu kumpulan, bukankah dah jadi 20 orang yang bergaduh? Kacau bilau dunia ini kalau ada beratus-ratus geng pula. Cuba kalau dia itu tidak ada geng, jumlah yang bergaduh cumalah dua. Dan pasti masalah ini akan terus jadi berangkai kerana masing-masing akan punya dendam. Dan percayalah, kalau seseorang itu sudah sering terbiasa untuk hidup berkumpulan, dia tidak akan betah untuk hidup sendirian. Silap-silap hari bulan kerana nak mengelakkan rasa tidak betah ini, termasuk geng yang ntah apa-apa pula," aku tergelak sendiri.

Aku tidak tahu sama ada Shamila boleh menerimanya atau tidak kerana dia diam sahaja daripada tadi. Memang, kadang-kadang aku terasa sukar dan takut untuk berkata-kata kerana bimbang akan melukai hati orang tetapi aku hanya berserah kepada Allah. Aku cuma menyatakan kebenaran hatta pahit sekalipun. Aku pun tidaklah selembut bicara seperti Fariha dalam menasihat tetapi aku cuba menyampaikan juga dengan harapan mengingatkan diriku juga. Amal makruf nahi mungkar, itu sahaja nawaituku.
"Habis tu, salahlah kalau kita ada kumpulan member-member?" Shamila menongkat dagunya sambil matanya memandang tepat ke arahku. Aku menggeleng.

"Tak salah. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (jahiliyah) bermusuh-musuhan, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung. Itulah sebenarnya fungsi sahabat. Menyeru ke arah makruf dan mencegah perkara yang mungkar!"

Shamila menarik nafas dalam. "Teman itu bukan macam papan skate, belum main gilap dah main pijak. Teman bukan macam bola sepak, belum dapat kejar dah dapat sepak. Teman bukan macam bulu tangkis, belum main pegang dah main pukul. Tapi teman itu ibarat ragbi, belum dapat rebut dah dapat lindung," Shamila bermadah. Aku juga biasa dengar mendengar kiasan seperti itu. Indah dan mendalam maknanya kalau dihayati.

Aku mendepangkan tangan dan Shamila menyambut. Kami saling berdakapan. Hilang seluruh kekeruhan selama ini. Sebenarnya jauh di sudut hati aku tertanya-tanya kenapa terlalu cepat dia pulang. Adakah Shamila hanya berbohong kepadaku mengatakan dia mempunyai projek untuk disiapkan? Atau sememangnya kerja dia telah siap lebih awal? Atau mungkin dia lari seketika daripadaku untuk mendapatkan ketenangan dan berfikir? Dan Farhana telah menasihatinya dengan baik sebagai seorang sahabat? Entahlah... aku tidak mahu bertanya. Bimbang nanti akan mengeruhkan lagi bunga suasana yang baru sahaja mewangi ini. Kadang-kadang sesuatu perkara itu tidak semuanya kita harus tahu. Tidak tahu itu lebih baik. Shamila melepaskan rangkulan.

"Qis, apa pendapat kau dengan gosip?," tanya Shamila. Aku mengerutkan kening.

"Kenapa kau tanya macam tu pula?," balasku.

"Tidak ada apa-apa. Cuma nak tahu pendapat kau sahaja." Aku menarik nafas dalam.

"Entahlah, aku no comment. Cuma pada aku tidak usahlah kita lebih-lebih mengumpat ni. Terkadang, aku sendiri pun salah juga so, tak nak komen lebih-lebih pasal orang," jawabku, tergeleng.

Aku jadi teringat dengan satu firman Allah yang ditafsirkan oleh Ibnu Kathir. Waltanzur nafsumma qaddamat lighad. Hisablah diri kamu sebelum kamu menghisab diri orang lain dan lihatlah apakah yang kurang daripada melakukan amalan baik untuk bekalan di hari pembalasan kamu dan pembentangan kamu di hadapan Allah nanti.

"Qis, aku teringin sangat nak tahu siapa sebenarnya Hawa Qistina ini. Meskipun aku sebilik dengan kau tapi kau susah nak dijangka. Kau memang ramah tetapi aku tetap merasakan sikap berahsia kau. Tapi tidak mengapalah. Itu yang menjadikan kau unik dan sentiasa membuatkan orang ingin mendekati kau. Dan aku juga bersyukur kerana peribadi dan sikap kau membuatkan aku sedar bahawa manusia itu tidak boleh dinilai melalui luaran sahaja."

Aku hampir tergelak.

"Apa yang kau cakap ni? Syahdu je aku dengar," akhirnya tawaku lepas juga. Shamila menampar pahaku perlahan.

"Betul kata kau dulu. Iman manusia itu hanya Allah yang tahu. Aku tengok kau tak adalah berjubah dan berbaju kurung sepanjang masa. Tidak pula bertudung bulat macam budak-budak usrah kau yang lain. Tapi pengisian hidup kau, penuh dengan ilmu agama. Kau berfesyen tetapi kau tetap islamik. Kalau tak keterlaluan, bolehlah aku katakan yang kau ni muslimah moden. Aku suka dengan cara kau. Ringkas sahaja. Hidup kau melambangkan kesederhanaan Qis. Aku selalu salah sangka dengan kau tapi kau tetap berbaik-baik dengan aku. Kau tak pernah marah aku nak buat itu ini tapi kau selalu memberi aku ingatan tentang kehidupan selepas mati. Qis, ajarlah aku Qis," ujar Shamila.
Aku kaget. Aku pulangkan semua pujian dan kekagumannya terhadapku kepadaMU ya Tuhan! Sham, kenapalah kau menguji aku dengan pujian-pujian seperti ini? Sesungguhnya aku ini hamba yang hina, tidak layak dipuji. Aku juga bukanlah yang terbaik untuk kau jadikan panduan. Aku ini masih banyak kekhilafannya.

"Sham, janganlah kau bandingkan aku dengan mereka yang lain. Aku tidak mampu nak jadi seperti muslimat usrah yang lain dan aku bukanlah yang terbaik dalam bab agama ini. Aku cuma berpegang pada prinsip; Apa yang hendak kita laksanakan, kembali kepada Al-Quran dan as-Sunnah. Lagipun, Islam itu mudah. Berpakaian indah itu juga salah satu sunnah. Aku tidak mahir dalam memberi kau pengisian yang sempurna, kalau kau berminat bolehlah aku ajak kau untuk join kumpulan usrah yang Persatuan Mahasiswa Islam anjurkan itu. InsyaAllah, banyak ilmu yang akan kau perolehi. InsyaAllah, Allah akan melapangkan dada kita dalam mencari hidayah. Allah akan menolong hambaNYA yang membantu agamaNYA ," kataku.

"Tapi aku malu....," balas Shamila. Aku menggeleng.

"Jangan malu dalam menuntut ilmu, Sham." Akhirnya, Shamila mendapat sedikit keyakinan dan kemahuan untuk bersama-samaku mengikuti halaqah pada hujung minggu. Biarpun permulaannya agak terlewat, namun pada aku perjalanannya baru sahaja bermula. Kelewatan itu tidak pernah menjadi penanda aras dalam mencari redha Illahi. Kelewatan bukanlah bermakna tidak sampai tetapi berlengah-lengah tanpa tujuan itulah yang menjadi perhentian yang cukup mensia-siakan.


Shamila sudah pun lena di katil sebelah. Aku yang baru terjaga terkebil-kebil menatap siling. Perbualan dengan Shamila tadi membuatkan aku terfikir tentang sikapku terhadap seseorang selama ini. Aku jadi takut bila menyedari rupanya ada yang mengagumi sikap dan sifatku selama ini. Siapalah aku untuk dikagumi? Hati aku tidak bersih. Masih kotor dengan dendam, sakit hati dan dengki. Aku bukanlah sebaik manusia yang mempunyai peribadi muslimah sebenar. Tidak! Ah, kacau sungguh! Sebaiknya, aku harus segera menyucikan hatiku. Lebihkan istighfar dan buang segala perbualan yang lagha. Mantapkan ibadah dan lemparkan maksiat. Teguhkan ketaqwaan dan leraikan kekotoran fikiran. Aku bukannya baik! Tidak, aku bukan gadis yang baik. Aku bukan muslimah contoh. Aku masih kotor, masih hina, masih durjana. Jangan mengagumi aku. Aku kotor! Lalu, kotor apakah tiada cara untuk membersihkannya?, hatiku berbisik. Ada. Ada caranya, jawabku sendiri. Ya, caranya dengan bertaubat dan sucikan ia dengan ajaran Al-Quran.
Aku bingkas bangun dan menuju ke bilik air. Aku mahu berwuduk dan bermunajat. Tidurku tadi terganggu dengan kerisauan yang tiada taranya ini. Aku harus berbicara dengan Sang Pencipta. Semoga DIA dapat meleraikan keresahanku ini dan semoga DIA mengurniakanku ketenangan yang maha tenang.

Di saat bintang-bintang sunyi sendirian menghias dada langit tanpa bulan aku sujud di tikar sejadah, berkhalwat dengan Sang Khaliqku. Ku curahkan segala keresahan yang bertingkah-tingkah dalam jiwaku. Aku sampaikan segala rahsia hati kerana hanya DIA yang mengerti. Aku bertaubat di atas segala kesalahanku yang lalu dan semoga DIA menerima segala tangis taubatku ini. Dan, aku juga terdetik untuk memaafkan semua yang telah melukakan hatiku... termasuklah Syaqir. Ya, aku memaafkan mereka dengan seikhlas hati. Siapalah aku... tidak tertanding dengan sifat pemaaf Illahi. Menjelang dinihari, aku tidur sebentar sebelum terjaga saat Subuh memberi salam.
posted by Penulisan2u @ 4:33 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
0 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group