Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Untuk seminggu yang pertama, aku masih tidak kuat untuk menghindarkan perasaan kurang senang tatkala mata-mata yang memandang penuh dengan pandangan sinis dan jelek. Rasa ingin sahaja aku menjeritkan kepada mereka bahawa perbuatan itu bukanlah terlalu besar untuk disensasikan. Tapi seperti kata Fariha, ini hanyalah secebis dari ujian dalam menguji kekuatanku untuk mengamalkan segala apa yang dipelajari sepanjang berhalaqah selama ini. Malah, aku cuba untuk mengukirkan senyuman tatkala mereka-mereka itu memandang aku sedemikian. Biarlah, yang penting aku harus terus kuat. Tidak semua akan membenci kita, masih ada yang menyayangi. DIA yang Maha Menyayangi. Aku membetulkan tali beg yang melurut jatuh dari bahu. Hari ini cuaca redup sahaja. Nampak macam nak hujan. Aku meraba-raba beg. Fuiihh, nasib baik bawa payung! Aku menuju ke perhentian bas berwarna merah itu yang selang beberapa langkah sahaja lagi. Sebaik aku tiba, hujan mula menitis menyapa bumi. Hanya ada seorang sahaja di perhentian tika ini namun dia berada di hujung bangku. Aku duduk sambil melihat-lihat poster iklan yang ditampal di dinding perhentian. "Pameran Khazanah Islam 23 Jun, Pertandingan Pidato Antara Kolej 13 Julai, Simposium Alam Sekitar 18 Julai. Laa, semua dah lepas! Buat apa tampal lagi kat sini, buat frust orang je. Ingatkan dapat pergi," aku mengomel melihat acara yang diiklankan. "Itulah, lain kali cubalah bermasyarakat sikit. Jangan asyik dengan buku sahaja," satu suara menyampuk. Aku segera berpaling ke belakang. "Huh, kau? Suka hati akulah nak asyik dengan buku ke, dengan apa ke. Asalkan tak menyusahkan orang?," aku menjawab pantas. Jantungku pantas mengepam darah ke kepala agar aku tidak pengsan akibat terperanjat tadi. Kus semangat! "Qis, kenapalah kau ni selalu macam ni dengan aku? Tak boleh ke kalau kau cakap elok-elok?," tanya Syaqir. Aku menyilangkan tangan ke hadapan. Terpandang sahaja dia, serta merta ingatan aku teringatkan kata-kata yang telah aku terima sejak dua tiga minggu kebelakangan ini. Apa dia tidak tahu semua itu? Tipu! "Ah, malaslah dengan kau ni," aku mendengus. Syaqir mengeluh kecil dan duduk di sebelahku. Aku segera menjarakkan kedudukan. Syaqir sedikit tersentak. "Takut tersentuh," kataku tanpa dipinta. Syaqir tersenyum. "Aku tak nak sentuh kau pun," balas Syaqir. Aku diam. "Qis, aku tahu kau dah lalui minggu yang menyakitkan kebelakangan ni. Aku tak sangka pula hal ni akan jadi besar macam ni. Sebenarnya malam tu kami cuma berborak-borak kosong sahaja lagipun yang ada malam tu cuma aku, Hasrul, Malik, Faizul dan Ranjeet. Manalah aku tahu diorang nak hebahkan citer tu...." "Cukup! Aku tak nak tahulah apa yang korang borakkan malam tu dan aku pun tak nak dengar lagi apa-apa pasal ni," aku menekup telinga. Syaqir mengerutkan kening. "Tapi Qis, betul aku tak buat cerita pun pasal kau. Aku cuma cakap kau dah tolong aku hari tu, itu saja!," Syaqir masih mahu bercerita. Aku melontarkan pandangan jauh ke tengah jalan, pura-pura tidak mendengar. "Qis, aku tahu kau marah dengan aku. Mesti kau fikir aku buat cerita ni, kan? Alaa Qis, relax la. Lagipun ni benda kecillah Qis. Kau janganlah emosional sangat," ujar Syaqir dengan nada selamba. Aku menjeling. "Perkara kecil kau kata? Jangan emosional ek? Aku tak tahulah kalau hati lelaki tu keras gila sampai tak dapat nak selami hati orang lain. Kau cakap senang, jangan emosional tapi kau tak tahu. Perempuan ni lain. Mulut perempuan ni lain, hati perempuan pun lain. Hati aku tak adalah sebeku hati kau!," aku berkata sambil mengacip geraham. Kenapalah lelaki selalu berfikir dengan akal? Cubalah sesekali berfikir dengan hati, pasti tidak susah untuk menyelami hati seorang perempuan. Hujan yang tadinya lebat semakin reda. Aku bingkas bangun meninjau kehadiran bas namun tidak pula kelihatan. Aku mendengus. Cepatlah datang, aku sudah tidak sanggup berhadapan dengan lelaki ini, aku memohon sendiri. "Qis, okeylah kalau kau masih nak marah aku. Tapi aku rasa aku pun ada hak juga untuk mempertahankan diri aku, kan? Sumpah, aku tak buat cerita pun pasal kau. Aku cuma cerita apa yang berlaku hari itu sahaja," kata-kata Syaqir yang berterusan itu membuatkan aku letih untuk mendengar. "Aku nak tanya. Dalam hidup kau, hanya ada aku ke? Dah tak ada orang lain yang kau nak cerita? Aku tak percayalah. Kalau sekadar kau cerita tentang hal aku belikan kau sosej hari tu, takkan sampai heboh macam tu? Takkan Hasrul tanya aku ni bercinta dengan kau ke tak? Kenapa orang cakap aku ni sayang dengan kau? Take care pasal kau. Takkan sebab aku bagi kau pinjam nota dan nasihatkan kau jaga kesihatan tu pun nak dihebohkan? Takkan sepanjang kau hidup tak pernah seorang pun buat benda-benda macam tu dengan kau?," aku menyerangnya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Syaqir memandang aku tepat. Lama, kemudian dia senyum. "Ada...," jawabnya perlahan. "Habis, apa yang herannya dengan apa yang aku dah buat tu? Aku buat tu atas dasar kawan lah!," aku melepaskan perasaan yang terpendam. Seorang mahasiswa yang baru tiba memandangku. Aku memandang sekilas. Syaqir tersenyum sebaik aku habis meluahkan. Aku jadi menyampah dengan ulahnya. Senyum, senyum... "Ada memang ada, tapi tak seistimewa kau," ucap Syaqir. Aku mengerutkan kening. Eh, aku silap dengar ke? Ah, buat tak dengar sahaja. "Qis, kalau kau rasa aku dah sebarkan fitnah tentang diri kau, kau silap Qis. Aku tidak akan pernah menyebarkan sesuatu yang menyakitkan hati orang yang aku sayang. Eh, maksud aku, aku sayang kawan-kawan aku. Takkan aku nak buat cerita pulak. Aku cuma cerita hal yang sebenarnya sahaja. Kalau kau dengar benda lain tu, mungkin dah jadi cerita atas cerita." Aku diam sahaja. Aku ingin mendengar setiap butir kata-katanya. Syaqir menarik nafas. "Qis, relaxlah." Aku menggetap geraham. "Relax, relax! Mulai hari ini jangan dekati aku lagi, baru aku dapat relax!," aku masih mengawal nada suara walaupun hatiku sudah membengkak lalu terus mencapai begku dan berlalu dari situ meredah hujan yang turun renyai-renyai. Syaqir terpaku di perhentian bas itu sebelum terduduk meraup wajahnya sendiri. Setelah jauh dari Syaqir, aku melepaskan sendu yang berbekam di dalam dada sebentar tadi. Ya Allah, aku gagal menahan kemarahanku. Ampunilah aku. Aku gagal dalam ujian imanMU. Syaitan pasti sedang berpesta dengan ledakan kemarahanku tadi. Ah, fikiranku kusut. Kepala terasa berpusing-pusing seperti baru turun dari roller coaster. Jelas sekali kemarahan telah membuatkan aku kekurangan oksigen di dalam kepala. Stress mula menyelubungi. Aku segera menyimpang ke salah satu blok terdekat dan menuju ke sebuah bangunan tertera di pintu, Surau Perempuan. Pasti disitu akanku temu ketenangan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan