BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Julai 05, 2009
Novel : Ironinya Sebuah Cinta 6
Nama Pena : MentariBiru

Sejak hari itu, Shamila sudah jarang berbual-bual denganku. Malah, tiap kali aku berada di bilik, dia pasti akan keluar dan pulang lewat-lewat malam, sekadar untuk tidur. Hati aku betul-betul kecewa dengan sikap teman sebilikku ini. Namun apalah yang mampu aku lakukan.
Seperti biasa, hujung minggu itu aku khususkan untuk usrah bersama kumpulanku. Aku memang menantikan janji temu ini kerana berharap ia akan dapat mengubatkan lara hatiku yang telah seminggu terpendam, semuanya kerana gara-gara cerita antara aku dan Syaqir itu. Malah, yang lebih membuatkan fikiranku tidak tenang bila terlalu banyak SMS dari rakan-rakan usrahku bertanyakan hal itu. Mungkin hal percintaan adalah sesuatu yang biasa di kalangan pemuda dan pemudi zaman sekarang tetapi yang membezakan kisah aku adalah kerana aku juga berbeza daripada pemudi yang lain.
Aku melangkah masuk ke dalam bilik seminar Pusat Islam yang sudah sedia terpasang penghawa dingin. Alhamdulillah, hilang sedikit bahang yang mengikutku sepanjang perjalanan ke sini tadi. Husna, Fadhilah dan Asrar telah datang lebih awal dariku. Ya, mereka memang awal kerana usrah kami hanya akan bermula jam dua petang. Jam di tanganku menunjukkan pukul 1.45 petang sekarang.
"Assalamualaikum, sahabat-sahabat," salamku.
"Wa’alaikumsalam, ya Hawa," balas sahabat-sahabatku sambil meraikan kehadiranku.
"Dah lama antunna semua sampai?," soalku mengambil tempat di sebelah anak kacukan Pakistan-Turki, Asrar. Panggilan antunna sudah terbiasa dalam pergaulanku kerana sudah hampir dua tahun bersama dengan mereka semua. Bukannya hendak berlagak macam orang Arab tapi, entahlah... amalan klise kumpulan usrah kot! Hahaha...
"Dari jam sebelas lagi. Kami ada discussion tadi disini. Jadi, terus stayback sahaja," balas Husna yang duduk setentang denganku. Fadhilah mengangguk. Aku memahami kerana mereka bertiga mengambil jurusan yang sama iaitu Pengajian Bahasa Arab. Hanya aku, Fatema dan naqibah kami, Fariha sahaja jurusan lain. Masing-masing Sains Haiwan, Sains Komuniti dan Pengajian Ilmu Syariah.
Tidak sampai lima minit, Fariha masuk dan duduk di sebelah Husna.
"Maaf, ana ada hal sedikit di pejabat kolej tadi," jelas Fariha akan kelewatannya.
"Tidak mengapa. Tak adalah lewat sangat pun, Far," balas Asrar. Fariha tersenyum.
"Jadi, boleh kita mulakan majlis kita hari ini? Semua dah ada ke?," tanya Fariha.
"Fatema tidak dapat datang, dia ada mesyuarat sekretariat, minggu depan pertandingan menulis khat dah bermula," aku menjelaskan ketidakhadiran Fatema yang bertindak selaku Pengarah Program pertandingan pada minggu depan itu. Fariha kelihatan mengangguk. Kami semua lantas mengeluarkan kitab tafsir al-Quran masing-masing.
"Sebelum itu ana nak ingatkan, minggu depan kita akan adakan forum bicara Ad-Din di dewan fakulti sains. Tajuknya kalau tak salah ana, Mencari Sinar Hidayah Di Celah Gelita Iman. Harap antunna semua dapat meluangkan masa hujung minggu nanti. InsyaAllah, pengisian majlis itu akan memberi manfaat yang besar untuk kita semua. Minta maklumkan pada sahabat-sahabat yang lain, ya?," pinta Fariha.
"InsyaAllah. Tajuknya menarik! Siapa panelnya, ukhti?," soal Fadhilah. Fariha kelihatan mengeluarkan buku nota kecilnya.
"Ustaz Shauqi Fauzi, Dr. Jamilah dan Ustazah Bahiyah," maklum Fariha. Kami semua membuntangkan mata.
"MasyaAllah, panelnya best-best! Semoga Allah melapangkan hujung minggu ana nanti," balas Fadhilah.
"Ana juga," Husna tidak ketinggalan. Aku dan Asrar hanya mengangguk.
"InsyaAllah. Firman Allah dalam surah al-Mukminuun; Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Baiklah, kita teruskan dengan tujuan kita," Fariha mengembalikan kami kepada tujuan sebenar perjumpaan.
"Minggu ini, kita akan membicarakan surah Al-Ahzab. Namun terlebih dahulu izinkan ana menjelaskan sedikit tentang surah ini. Secara ringkasnya, surah ini diturunkan di Madinah. Al-Ahzab bermaksud golongan-golongan yang bersekutu yakni berhubungan dengan peperangan Al Ahzab, iaitu peperangan yang dilancarkan oleh orang-orang Yahudi, kaum munafik dan orang-orang musyrik terhadap orang-orang mukmin di Madinah. Surah ini menceritakan tentang ujian Allah yang amat berat iaitu sampai menguji keteguhan iman kaum muslimin. Baiklah, kita jangan melengahkan masa lagi. Ana akan bacakan ayat 9 hingga 12 dan antunna semua lihat maksudnya, ya?
"Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan (9). Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut) dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. (10) Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. (11) Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja. (12)," Fariha mengalunkan bacaan al-Quran dengan tartil yang sangat baik.
"Maka dalam ayat yang tadi, ALLAH SWT telah memberitahu kita bahawa ujian itu adalah sesuatu yang datangnya daripada Allah jua, sama ada ujian yang menggembirakan hati atau meresahkan jiwa. Bagi orang-orang yang beriman, mereka akan tabah dalam menghadapi setiap ujian yang getir dan ingat bahawa ujian adalah sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNYA. Ujian yang Allah timpakan kepada kita adalah tanda Allah mengingati kita. Namun sebaliknya bagi orang yang goyah iman, mereka akan mengatakan bahawa kesusahan yang Allah timpakan adalah kerana Allah benci dan tidak berpegang pada janji Maha Penyayangnya sedangkan sesungguhnya, Allah adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui. DIA mengetahui akan sesuatu yang tidak kita semua ketahui, yang tersembunyi," jelas Fariha.
Asrar di sebelahku kelihatan mencatat sesuatu dalam buku nota kecilnya yang selalu dibawa setiap kali usrah diadakan. Husna mengangkat tangan. Fariha mengangguk memberi laluan.
"Far, macam mana pulak jika ada sesetengah orang yang menangis apabila ditimpa musibah. Contohnya bila ada saudara maranya yang meninggal. Adakah dia dikira hamba yang tidak menerima ketentuan Allah?," soal Husna, anak kelahiran Kedah dalam loghat yang pekat.
Aku mengalih pandang ke arah Fariha, menunggu jawapan dari gadis yang bertudung bulat itu. Bila melihatkan penampilan Fariha, terasa kerdil sahaja diriku. Yalah, aku cuma memakai tudung empat segi sahaja, tidak bulat dan besar sepertinya. Cuma, aku masih melabuhkan tudungku sehingga menutup dada, syarat menutup aurat yang sebenarnya. Ramai yang salah anggap, bila meletakkan sehelai kain di atas kepala sudah dikira bertudung. Apalah ertinya bertudung jika tidak menutup aurat?
Soalnya disini ialah menutup aurat, bukan bertudung. Aurat seorang muslimah ialah seluruh anggota badan kecuali kedua-dua tapak tangan dan muka, bukan kepala yang bulat itu sahaja sedangkan dada dan leher terpampang untuk tontonan lelaki ajnabi. Kejadian perempuan itu terlalu seni kerana itu, Allah telah mewajibkan ke atas setiap muslimah agar melabuhkan tudung sehingga ke paras dada.
"Terima kasih Husna kerana bertanya. Sebenarnya sahabat-sahabat, menangis bila ditimpa ujian Allah itu bukanlah bermakna dia hamba yang tidak bersyukur dan tidak bertaqwa. Tangisan ialah luahan emosi yang normal. Malah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menangis tatkala kewafatan isteri dan datuk Baginda. Menangisi pemergian orang yang tersayang bukan menjadi satu amalan yang kufur tetapi, yang menjadi tegahan baginda Rasulullah ialah meratap, meraung-raung seperti sesetengah orang yang menyiksa diri sendiri seolah-olah tidak mahu menerima ketentuan Allah. Itu yang dilarang baginda Rasul. Siapa yang tidak sedih jika orang yang bertahun bersama tiba-tiba meninggalkan kita buat selama-lamanya, kan?," Fariha bersuara penuh hikmah dan perlahan.
Kami semua mengangguk-anggukkan kepala.
"Baiklah, ada sebarang soalan lagi berkaitan surah yang telah ana bacakan tadi?," soal Fariha.
Kami semua terdiam sebentar. Aku berkira-kira dalam hati sama ada mahu bertanya atau tidak. Bukanlah malu untuk bertanya (apa nak malu, sudah dua tahun bersama dan ini pula adalah majlis ilmu) tetapi, aku tidak tahu sama ada mereka semua sudah tahu atau tidak. Kalau sudah tahu, senanglah cerita tetapi bagaimana pula kalau tidak tahu? Adus, malunya! Tentu mereka tidak sangka aku boleh berkelakuan begitu. Eh, bukan aku yang berkelakuan cuma berita yang tersebar itu yang tidak betul. Bagaimana pula kalau tiba-tiba mereka mengasingkan diri daripada aku? Mungkin mereka malu untuk berkawan lagi kerana nanti nama mereka atau nama usrah ini akan tercemar. Muslimah usrah main-main cinta? Cinta kampus? Macam cerita Yusri dengan Erra, Kuliah Cinta? Oh tidak... aku menggelengkan kepala.
"Kenapa nti tergeleng-geleng ni?," soal Asrar di sebelahku. Aku tersentak.
"Eh, nampak ke?," soalku diluar sedar.
"Mana pulak tak nampak, dari tadi lagi tangan nti tu dok kira-kira something, pastu tergeleng-geleng pula tu," balas Husna. Aku melopong.
Eh, sampai macam tu ke? Aku ingatkan aku berkira-kira dalam minda sahaja. Hehehe... nak tak nak, aku sengih sahaja kepada mereka semua. Husna menutup mulut, lucu. Fariha, Asrar dan Fadhilah tersenyum melihat ulahku.
"Err... ana ada masalah," tuturku perlahan. Semua sahabatku memberikan perhatian.
"Teruskan," ujar Fariha. Aku menarik nafas dalam. Sesungguhnya, teramat malu diri ini untuk bercerita. Terasa bagai terbuka seluruh hijab yang menutupku. Cerita yang tersebar ini sungguh menguji diriku sebagai hambaNYA yang lemah. Aku menggetap bibir cuba mencari kekuatan.
"Ana tidak tahu bagaimana nak mulakan..." aku menundukkan kepala. Tanganku menggetis-getis kuku.
"Nti malu?," soal Fariha. Aku tidak menjawab. Sebagai naqibah, memang dia yang biasanya menjadi kaunselor utama kami. Kewibawaannya memang tidak dapat dinafikan. Dia memang berdakwah dan dakwahnya dengan kasih sayang. Bukan dengan paksaan. Dia tidak pernah berburuk sangka dan sentiasa berfikiran positif.
"Ana tahu antunna semua sebenarnya dah dengar berita ini. Seluruh kolej sedang bercakap-cakap soal ana. Ana bukannya orang glamor kolej sampai harus diperbualkan begini. Tapi sekarang nampaknya ana memang dah jadi glamor pun!"
Fariha tergelak.
"Err... kalian ada dengar tak cerita ana dengan Syaqir tu?," soalku teragak-agak.
"Ada dengar tapi, sekadar dengar sahajalah. Kami tak percaya. Tapi alangkah baik kalau nti dapat ceritakan hal yang sebenarnya juga," jawab Asrar. Aku mengangguk.
"Sebenarnya, ana dengan Syaqir tak adalah rapat sangat. Kenal gitu-gitu sahaja sementelahan kami sekelas. Pada hari kejadian tu, maksud ana punca ana dituduh tu, dia kena gastrik. Ana tak sampai hati nak biarkan dia macam tu jadi ana belikan dia makanan. Tak tahulah pula benda tu salah dan jadi umpatan orang."
"Kawan dia tak ada ke?," soal Fariha. Aku menjongket bahu.
"Mungkin antunna semua tak berapa jelas. Lepas ana beri makanan tu kat dia, ana terus masuk ke library. Ana tak duduk-duduk berdua dengan dia pun." Husna tersengih.
"Tapi, takkan sebab itu sahaja nti terus dituduh? Mesti ada sebab lain ni," acah Fadhilah. Aku membuntangkan mata. Ish…
"Tak tahulah pula ana tapi rasanya ana dengan dia memang tak ada apa-apa pun," balasku. Fadhilah tersenyum kambing.
"Ana pun kenal jugak Syaqir tu sebab ana pernah bekerja dengan dia waktu jalankan projek Bakti Rumah Anak-anak Yatim. Boleh tahan orangnya, takkan nti tak ada apa-apa kot?," Fadhilah masih memprovokku. Aku mengerutkan kening. Fariha berdehem sekali. Aku mula jadi tak keruan.
"Eh, apa yang nti cuba maksudkan ini Fadhilah? Maksud nti, ana bercinta dengan dia?," tekaku. Fadhilah mengangkat bahu.
"MasyaAllah… sungguh, ana tidak ada apa-apa dengan dia. InsyaAllah, hubungan yang ana jalinkan buat masa sekarang hanyalah sekadar kawan biasa sahaja. Ana ada prinsip yang tersendiri dalam bab itu," balasku sambil menundukkan kepala.
"Iya? Apa prinsipnya?," soal Fariha sambil tersenyum kecil. Aduhai, kenapalah mereka ini mengacahku? Teruskan pada jawapan tidak bolehkah?
"Err… tidak payahlah! Ana malu," jawabku, langsung tidak memandang mereka. Sungguh, bila berbicara soal hati dan perasaan, aku mudah diterjah rasa malu yang amat. Bagiku, ini soal yang sulit.
"Apa yang nak dimalukan wahai Hawa? Kongsilah," Fadhilah masih mengusikku. Aku menggetap bibir.
"Sudahlah, sudahlah! Jangan mengusik lagi. Ana tahu, Hawa memang malu dalam soal ini," Fariha meleraikan keadaan. Husna, Fadhilah dan Asrar di sebelahku ketawa mengekek.
"Wahh, rupanya Hawa kita ni pemalu juga orangnya ya? Ingatkan plain dalam semua hal!," ucap Asrar. Aku mencubit tangannya. Dia mengaduh kecil.
"Yelah, asyik dia je yang kenakan kita selama ini. Dah kena kat dia, merah habis pipi tu," balas Husna pula. Aku mencebik.
"Baiklah akhi-akhi sekalian... ada pendapat bagaimana untuk kurangkan bebanan Hawa?," soal Fariha. Semua diam. Aku menghela nafas perlahan.
"Pada pendapat ana, nti biarkan sahaja rumours ni. Lama-lama nanti, orang pun bosan untuk bercakap benda yang sama," kata Husna.
Aku memandangnya. Ya, kalau ikutkan begitulah yang ingin aku lakukan. Tapi, hati ini sering diterjah rasa marah dan kecewa kerana diumpat dan diperkatakan. Ingin sahaja aku balas kata-kata mereka namun apalah dayaku. Mulut tempayan bolehlah ditutup.
"Aduhai sahabat-sahabatku, kalaulah perasaan ana ni senang sekali nak dipadamkan, tak apalah juga. Tapi ana ada juga rasa geram, rasa nak marah," balasku selamba.
"Ya, ana tahu itu. Tapi nti sabarlah, ana percaya benda ni takkan lama," balas Husna.
"Betul tu. Lagipun, kalau betul nti di pihak yang betul, kebenaran akan muncul juga. Buat tak tahu sahaja Hawa," sampuk Fadhilah.
Fariha tersenyum. Baguslah, nampaknya ahli usrah kami masih berjiwa seorang insan, yang mengambil berat akan satu sama lain.
"Asrar?," soal Fariha, beralih ke arah Asrar. Gadis itu hanya tersenyum sambil menggeleng.
"Ana juga berpendapat untuk diam sahaja. Biarkanlah. Sedangkan junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang sangat mulia dan maksum itu pun dihina dan diumpat keji, dituduh gila, digelar ahli sihir dan sebagainya, inikan pula kita umatnya yang serba kekurangan," balas Asrar. Aku memuncung.
"As, memanglah kalau nak dibandingkan perjuangan Rasulullah dengan masalah ana ni, jauh bezanya. Kecik aje...," selaku perlahan.
Fariha mengangguk mendengarkan jawapan rakan-rakan usrah. Dia menulis sesuatu di dalam buku catatannya.
"Ini pula pendapat ana. Mungkin tidak sebaik pendapat antunna semua tapi sekurang-kurangnya kita berkongsi, ya?," ujar Fariha sambil melirik ke arahku. Aku mengangguk. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya kalian sudah menunaikan tanggungjawab sebagai sahabat. Menegur dengan hikmah, mengasihi kerana Allah, memberikan perhatian dan tidak membiarkan aku keseorangan. Setiap orang Islam itu adalah bersaudara. Sedih bila sahabatnya perih, senang saat sahabatnya suka dan menangis tika sahabatnya duka.
"Allah SWT pernah berfirman dalam al Quran yang maksudnya lebih kurang begini; Apakah mereka itu merasakan diri mereka sudah cukup beriman sedangkan mereka tidak diuji?," Fariha menarik nafas.
"Sahabat-sahabat sekalian. Setiap yang berlaku dalam hidup kita sebenarnya satu ujian dan tarbiyah daripada Allah. Malah kalau tak salah ana, ada seorang pemikir Islam mengatakan bahawa kesenangan dan kekayaan itu merupakan satu penyakit dan kesusahan dan kesakitan itu sebenarnya merupakan satu nikmat. Namun berbeza pula bagi kita. Bila mendapat kesenangan dan kemewahan, kita akan menganggap itu sebagai nikmat dan sebaliknya sehinggakan ada orang yang berkeluh kesah bila ditimpa malang.
Seharusnya, setiap kali kita ditimpa kesusahan atau diberi kesenangan, fikiran harus menyedarkan hati agar tidak bersedih atau riak. Disitulah letaknya tunjang keimanan kita. Berbalik kepada ujian yang menimpa Hawa, boleh ya kalau ana tukar masalah kepada ujian?," pinta Fariha. Aku tersenyum.
"InsyaAllah," jawabku. Fariha meneruskan.
"Ujian yang menimpa Hawa pada pandangan ana sangat bermakna. Bersyukurlah nti kerana Allah cukup menyayangi nti. Allah timpakan ujian ini buat nti di saat nti masih belajar dan muda. Kasihanlah pada diri nti andai ujian ini menimpa di saat nti sudah tua dan tidak berdaya untuk mencari kesedaran dan melakukan perubahan."
"Apa maksud nti?," soalku berkerut kening.
"Maafkan ana. Bukan maksud ana nak perkecilkan perkara yang menimpa nti ini. Jangan salah faham ya akhi? Sebenarnya dalam hidup kita ada bermacam-macam cara Allah sampaikan peringatan dan hidayahnya. Ada orang yang memperoleh hidayah dengan memuhasabah kembali ujian yang menimpanya. Ada juga yang Allah sampaikan dengan bisikan naluri. Malah, ada juga yang mendapat hidayah setelah membaca buku-buku agama atau mungkin juga apabila melihat kejadian-kejadian yang membuktikan keagungan Allah SWT. Kerana itu, kita tidak harus memperkecilkan apa jua perkara yang berlaku dalam kehidupan kita. Dari sekecil-kecil kejadian sehinggalah kepada kejadian yang berat untuk ditanggung. Itulah yang orang kita sering ucapkan, "Sabarlah, ada hikmah di sebalik semua ini". Hikmah itulah sebenarnya tarbiyah yang Allah sampaikan. Namun, untuk menyedari kehadiran hikmah ini ialah bila hati kita sedar. Hati kita hidup. Hati yang sentiasa ingin dekat dengan Allah. Hati yang sering mendambakan cinta Yang Maha Esa. Hati yang hidup hanya ada pada orang yang berfikir.
Kejadian manusia itu dijanjikan Allah yang paling sempurna. Namun kesempurnaan itu betul-betul jadi sempurna bila dalam diri ada iman. Yang mana iman pula terbahagi kepada beberapa peringkat. Biasa dengarkan alim, wara’, zuhud? Itulah peringkat-peringkat iman. Orang yang dahagakan kemanisan iman sentiasa berusaha untuk mencari kebenaran dan sering memperbetulkan kesilapan diri. Syukur pada Allah SWT kerana telah menjentikkan hidayah dalam hati nti.
Inilah yang ana nampak sebagai tarbiyah Allah kepada nti, Hawa. Cakap-cakap orang ini kalau nti ubahkan pemikiran, boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada diri nti khususnya dan kepada para sahabat usrah amnya. Jangan fikir negatif. Nti terimalah cakap-cakap orang ini dengan dada yang lapang dan fikiran yang positif. Hadapinya dengan penuh rasa insaf. Memanglah kalau sebagai manusia, hati siapa yang tidak sakit bila diumpat dan dikeji tapi terimalah dengan perasaan yang tenang. InsyaAllah, bukan setakat nti yang akan tenang tetapi orang-orang sekeliling juga akan kagum dengan ketabahan nti sebagai Muslim dan langsung berhenti dari mengata-ngata di belakang nti. Ingatlah saat junjungan besar Nabi SAW menghadapi kecaman dari kaum kafir dulu, seperti kata Asrar tadi. Itu lagi hebat dari dugaan ini, ya ukhti," ujar Fariha panjang lebar. Bibirnya yang merah itu sungguh cantik apatah lagi bila menuturkan kata-kata yang indah begini, menjadikan ia anugerah yang sangat bererti.
"Baiklah, ana akan berusaha. Tapi bagaimana kalau ana masih rasa kecewa dan nak marah terhadap orang yang mengata-ngata ana itu?," soalku.
"Cubalah nti baca A’uzubillah hi minas syaitannirrajim dan bacalah al Fatihah dan sedekahkanlah buat orang yang mengata-ngata nti itu. Sesungguhnya, syaitan itu berada dalam setiap salur darah anak Adam dan sentiasa berusaha untuk menghasut ke jalan kemungkaran," jawab Fariha.
Kami semua terdiam. Hatiku ini nyata sedikit terubat dengan nasihat yang tulus daripada seorang naqibah yang cukup berkaliber ini. Aku mula mengerti bahawa dalam hidup ini memang terlalu banyak permainan dan sandiwara yang jikalau terlepas pandang akan menenggelamkan kewarasan akal fikiran. Dunia hari ini memang cukup mencabar lantas kitalah yang harus mengawalnya agar ia tidak mengawal kita.
Harus aku akui hari ini, kita terlalu mudah malafazkan cinta tanpa mengetahui erti sebenarnya. Kita sering melafazkan sepuluh perkara tetapi ternyata apa yang dilafazkan itu adalah sia-sia belaka. Sepuluh perkara itu ialah:

• Kita menyatakan kecintaan kepada Allah tetapi kita meninggalkan segala yang diperintahkanNYA
• Kita menyatakan cinta kepada Rasul tetapi sunnahnya kita abaikan
• Kita kata syaitan itu musuh yang nyata tetapi kita mengikut telunjuknya
• Kita menginginkan tempat di syurga tetapi amalan untuk ke syurga tidak pernah kita lakukan
• Kita kata takut untuk ke neraka tetapi amalan kita satu pun tidak menjauhkan kita daripadanya
• Kita kata kita beriman dengan Al-Quran tetapi kita tidak beramal dengannya
• Kita percaya dengan adanya para malaikat pencatit amalan tetapi kita sering lupa kehadirannya dan membuat perkara keji dan mungkar
• Kita yakin bahawa hari pembalasan itu akan tiba tetapi kita tidak pernah bersedia untuk menghadapinya
• Kita kata dunia ini sementara tetapi dunia juga yang kita kejar
• Kita pasti negeri akhirat itu kekal abadi kita tidak pernah mendambakannya

Ya, aku harus terus tabah dalam menghadapi setiap ujian yang mendatangiku. Aku tidak ingin menjadi orang yang lemah. Setiap orang mukmin itu mempunyai senjata yang paling ampuh yakni doa. Yup! Aku harus terus berdoa untuk aku terus teguh menghadapi segala pancaroba dunia. Jika DIA menunaikan terus apa yang aku pinta, itu tandanya Allah menyayangiku. Namun jika DIA lambat memberi, bererti DIA mahu menguji kesabaranku tetapi, jika DIA tidak mengurniakannya langsung di dunia, aku harus bersabar kerana ganjaran di akhirat lebih bererti berbanding segala yang ada di dunia dan sudah pasti Allah Maha Mengetahui. Mana tahu, tentu apa yang aku pinta itu tidak sesuai lalu diganti pula dengan yang lebih baik. Malahan, di akhirat tiada yang dapat memberi melainkan ALLAH SWT. Hanya Allah yang dapat membantu kita nanti. Ahhh, leganya hatiku. Aku tersenyum pada sahabat-sahabatku.
"Terima kasih, ukhti!," ucapku penuh rasa kasih. Kami bersalaman penuh erat. Syukurlah, aku dikurniakan teman-teman yang berfikiran islamik. Yang berfikir dengan hikmah, yang ikhlas menyelesaikan masalah, yang menyampai penuh dakwah dan yang sentiasa memberiku ilham dan inayah. Sebaik-baik teman ialah yang bila mana kata-katanya membuat kita bertambah pengetahuan, amalan-amalannya mengingatkan kita dengan negeri akhirat dan bila bersamanya membuatkan kita teringat akan Allah SWT.
"Sama-sama, Hawa. InsyaAllah, kita akan bersahabat ikhlas kerana Allah. Kami semua tidak tegar melihat seorang sahabat terkontang-kanting menanggung fitnah seorang diri. Meskipun tidak mampu untuk kami membendung serakan fitnah itu tetapi sekurang-kurangnya, kami harap kami dapat meneguhkan ketabahan dan kesabaran nti. InsyaAllah, kami tidak akan membiarkan saudara seislam kita tertindas apatah lagi sahabat yang kami sayang ini," ujar Husna sambil mendakapku erat. Aku turut membalas dakapannya.
Sahabat-sahabat Umairah yang lain hanya melihat kami dengan senyuman yang tidak lekang. Tanpaku sedari, setitis air mata jatuh ke pipiku, terharu. Oh, terima kasih Tuhan! Terima kasih di atas anugerah persahabatan ini dan kurniaan hidayahMU.
posted by Penulisan2u @ 5:33 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
1 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group