Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"TAK GUNA!!" bentak Faris seorang dirinya di dalam bilik. Setelah sampai di rumahnya tadi, dia terus sahaja meluru masuk ke dalam bilik. Ibunya ada juga menegur dia sebelum itu tetapi tidak dilayan. Amarahnya menggila. Ya, dia sangat gilakan Nazifa. Kenapa susah sangat untuk gadis itu menerima aku? Kenapa?
Masih terngiang-ngiang ucapan Nazifa tadi, bergema dalam fikirannya membuatkan Faris bertambah tertekan. Dengan kasar, dia menghempaskan tubuhnya ke katil. Sambil berbaring, dia meraup-raup wajahnya dengan kasar. Wajah Nazifa yang sedang memandangnya dengan wajah penuh kebencian terbayang diruangan matanya.
"Arghh! Kenapa?!" Faris terjerit kecil. Dia bangun lalu menolak semua benda yang terdapat di meja bersebelahan dengan katilnya. Habis jatuh semuanya, pecah berderai di atas lantai. Hatinya belum puas. Dia bangun pula menuju ke kerusi kayu yang terletak berdekatan balkoni. Ditendangnya sekuat hati kerusi tersebut.
"Aku tak akan biarkan kau terlepas dari genggaman aku, Ifa! Sekali aku dah cop yang kau milik aku, kau akan jadi milik aku selama-lamanya!" bentak Faris lagi dengan nafas yang naik turun. Sakit hatinya masih menggunung apabila terkenangkan riak wajah Nazifa yang membencinya.
"Ahh! Aku akan buatkan kau cintakan aku! Kau tunggu aje, Ifa! Walaupun aku terpaksa gunakan taktik kotor lagi..yang pentingnya kau jadi milik aku!" Faris meledakkan ketawa besar dengan kepala yang terangguk-angguk.
Tukk! Tuukk! Tukk! Kedengaran pintu biliknya diketuk. Tentu ibunya yang berada di luar. Faris terdiam dari ketawa. Dia cuba mengawal perasaannya. Tidak mahu ibunya perasan. Perlahan-lahan dia bangun menuju ke pintu bilik.
"Ris, kenapa dengan kau nak? Kamu tak sihat ke? Mummy dengar kau jerit tadi. Lepas tu, bunyi bising macam benda pecah. Kau buat apa, nak?" Datin Sharifah Rosmah bersuara lembut. Bahu anaknya diusap-usap. Mereka masih berada di muka pintu ketika itu.
"Tak ada apa-apalah, mummy..Ris bengang dengan lecturer. Ada ke patut carry marks Ris dia tolak suku dari markah penuh tu. Sebab Ris tak pergi kelas dua kali aje, mummy! Tak adil kan?" Faris berpura-pura merungut di hadapan ibunya.
Datin Sharifah Rosmah tersenyum kecil. Lucu juga dengan wajah yang sedang dibuat oleh Faris ketika itu.
"Laa..sebab perkara itu aje? Sampai mengamuk sakan macam ni? Kau ni memanglah, Ris. Mummy kena carikan isteri untuk kau. Manalah tahu kau berubah lepas kahwin. Panas baran sangat perangai kau ni, nak!" gumam Datin Sharifah Rosmah pula selepas tawanya berhenti.
Faris terkulat-kulat apabila ibunya menyebut tentang isteri. Tidak mahulah dia berkahwin begitu awal. Wait, kahwin?! Kahwin? Faris tiba-tiba terfikirkan sesuatu apabila ibunya menyebut perkataan kahwin.
"Mummy, Ris dah ada calon!" laju sahaja ayat itu dikeluarkan dari mulutnya. Datin Sharifah Rosmah terkebil-kebil. Bagai tidak percaya bahawa yang bercakap pasal calon isteri itu adalah anak lelaki tunggalnya itu.
"Eh, kau ni biar betul Ris? Bila kau bercinta? Mummy tak pernah tahu pun?"
"Adalah, mummy!"
"Kau ni bukan boleh percaya. Bukan ke kau selalu aje kutuk perempuan bila mummy bincang soal kahwin? Kau tak pernah langsung pun tunjukkan minat kau nak kahwin. Ini tiba-tiba pulak dah?" Datin Sharifah Rosmah menjeling pandang wajah Faris yang kelihatan berubah tegang.
"Mummy, ada sesetengah perkara tu memang Ris rahsiakan dari mummy. Iyalah, nak buat surprise macam ni kan. Mana best kalau beritahu awal-awal.." Faris tersengih panjang pula secara tiba-tiba. Tadi bukan main lagi muka masam! Datin Sharifah Rosmah sudah ketawa kecil melihat keletah Faris.
"Iya ke? Bawalah dia berjumpa mummy, nak! Mummy teringin jumpa bakal menantu mummy. Nampaknya tak lama lagi, dapatlah mummy merasa jadi nenek!"
"Betul tu, mummy. Nantilah Ris bincang dengan dia dulu, ya? Dia tu jenis yang agak pemalu, so Ris kena pujuk dia!" Faris senyum kecil.
"Baguslah tu, Ris! Mummy tunggu, tau? Jangan hampakan mummy pulak?!" senyum Datin Sharifah Rosmah meleret. Senang hatinya mendengar berita baik sebegini. Lega rasanya apabila perkara yang selalu dibimbangi olehnya sudah tampak semakin baik.
"PAPA! Mama! Kak Ifa dah balik ni!" laung Nazira dengan lantang dari halaman di luar rumah banglo tiga tingkat tersebut. Nazira berlari mendapatkan Nazifa yang sedang melangkah longlai dari perut keretanya. Tubuh Nazifa lantas dipeluk erat oleh adik perempuannya.
Nazifa sebak apabila merasai pelukan erat satu-satunya adik perempuannya itu. Hatinya yang lara terasa bertambah pedih. Bagaimana agaknya penerimaan keluarganya tentang masalahnya? Adakah mereka akan mempercayaiku?
Ya, Allah..sesungguhnya aku bimbangkan tanggapan keluargaku terhadapku..Engkau tabahkanlah hatiku..berikanlah aku kekuatan untuk memberitahu kedua ibubapaku..Rintih Nazifa dalam hatinya. Airmata tiba-tiba merembes keluar dari tubir matanya.
"Eh, kak. Kenapa akak menangis ni?" Nazira kaget apabila terasa bahunya basah. Dia melonggarkan pelukan. Wajah kakaknya dipandang penuh tanda tanya. Nazifa hanya tunduk menyembunyikan rasa yang bergolak di dalam jiwanya.
"Tak ada apa-apa, Ira. Akak terlalu rindukan Ira dan papa mama..dah lama sangat tak jumpa family, ni yang jadi begini!" bohong Nazifa dalam senyuman pahit. Airmatanya masih mengalir laju di pipi melihat wajah Nazira yang kelihatan risau.
"Akak ni! Buatkan Ira risau aje tau?! Ira masuk dulu, ya? Sebenarnya tadi Ira tengah buat kerja sekolah. Saje keluar nak ambil angin. Tengok-tengok akak balik pulak!" senyum Nazira.
"Oh, ye ke? Pergilah siapkan dulu kerja sekolah Ira, okey?" kata Nazifa lembut sambil menyeka airmatanya. Nazira angguk dengan senyuman lantas berlalu. Serentak dengan itu, Dato’ Adham kelihatan sedang tergesa-gesa keluar dari perut rumah.
"Ifa! Baru balik, ya? How are you, my dear?!" jerit Dato’ Adham sebaik sahaja ternampak anak sulungnya itu. Dia mendepangkan tangannya sambil tersenyum ke arah Nazifa.
Namun, tiada langsung tindak balas dari gadis itu yang hanya memandang kosong ke arahnya. Selalunya, Nazifa tentu ceria dan berlari memeluknya sebaik sahaja sampai di rumah. Tetapi kali ini, bagai ada sesuatu yang mengganggu fikiran anak gadisnya itu. Dato’ Adham tiba-tiba terdiam apabila ternampak mata Nazifa yang basah dengan air jernih.
"Papa! Ifa rindu papa.." Nazifa berjalan ke arah Dato’ Adham lalu mencapai tangan orang tua itu. Dia menyalami dan mencium tangan papanya penuh kasih. Dato’ Adham masih diam dan asyik memerhatikan Nazifa. Wajahnya berkerut-kerut dengan riak kerisauan.
"Kenapa ni, sayang? Macam sedih aje? Kenapa menangis ni?" soal Dato’ Adham laju. Dia menyeka airmata Nazifa yang masih mengalir.
"Tak ada apa-apa. Ifa terlalu rindukan family.." hanya itu alasan yang keluar. Nazifa terus melangkah bersama Dato’ Adham ke dalam rumah.
Dato’ Adham berlalu ke bilik bacaannya selepas itu. Katanya ingin menyelesaikan sedikit masalah pejabat. Ahh, bapanya itu memang begitu. Sampaikan di rumah pun masih fikirkan soal pejabat. Memang Nazifa sudah kenal bapanya. Tetapi lelaki itu tidak pernah mengabaikan keluarga walau sesibuk mana dia dengan urusan perniagaannya.
"Ifa! Mama ada masakkan masakan kegemaran Ifa! Ifa dah makan ke? Kalau belum, jomlah makan sekali nanti, ya?" Datin Hazwani berteriak dari dapur. Nazifa segera berlari mendapatkan ibunya lalu menyalami tangan orang tua itu penuh syahdu.
Dia sebak lagi. Kenapa keluargaku terlalu baik padaku? Bagaimana jika mereka tahu tentang perkara itu? Tentu mereka kecewa dengan aku! Mama, papa, Ira..maafkan Ifa sebab tidak dapat pertahankan maruah Ifa. Ifa dah tak suci lagi, ma..pa..Ifa takut nak menghadapi masa akan datang! Nazifa merintih dalam hati sambil memeluk ibunya.
Dia menangis lagi mengenangkan ibunya itu yang sanggup memasak bermacam jenis lauk-pauk kegemarannya. Semua ahli keluarganya begitu meraikan kepulangannya. Yang menambah parah di jiwanya ialah, kesemua mereka nampak begitu gembira dengan kepulangannya.
Sedangkan dia? Kecewa dan tiada semangat lagi untuk meneruskan hidup. Dunianya seakan gelap gelita. Masa hadapan yang selalunya terpampang cerah di ruangan matanya sebelum ini menjadi semakin kabur dan kelam.
"Ifa okey ke?" soalan Datin Hazwani mematikan lamunan Nazifa. Pelukan dilepaskan lalu Nazifa tunduk menyeka airmata. Datin Hazwani menepuk-nepuk belakang Nazifa lembut, ingin menenangkan anak gadisnya itu.
Walaupun hairan, dia tetap menganggap bahawa airmata Nazifa itu adalah airmata kegembiraan. Iyalah, anaknya itu sudah tamat belajar dan akan tinggal bersama keluarga mereka untuk satu tempoh yang agak lama.
"Dahlah, Ifa pergi mandi dulu. Dah solat nanti Ifa turun, ya? Kita makan bersama..dah lama kan Ifa tak makan sama-sama dengan kami?" Datin Hazwani berkata lembut sambil mengusap rambut ikal Nazifa penuh kasih sayang.
Ya, sayangnya dia pada kedua orang anak gadisnya begitu utuh. Ibubapa mana yang tidak sayangkan anak-anak mereka? Tambahan lagi, Nazifa seorang yang lemah lembut dan mendengar kata. Tidak pernah sesekali mengecewakan kedua orang tuanya sejak kecil lagi.
Itu yang membuatkan sayang Datin Hazwani dan Dato’ Adham mencurah-curah buat gadis itu. Bukan mereka sahaja, malah ramai lagi orang yang menyenangi sifat yang ada dalam diri Nazifa. Memang amat membanggakan keluarganya.
"Mama, Ifa minta maaf.." ucap Nazifa tiba-tiba. Datin Hazwani berkerut-kerut. Pelik.
"Kenapa minta maaf? Ifa tak ada salah pada mama pun.." ujar Datin Hazwani dengan perasaan berbaur. Antara hairan dan ingin tahu. Ada juga rasa bimbang dihatinya melihat sikap Nazifa yang berubah pelik.
"Ifa minta maaf, ma.. Ifa.." Nazifa ingin bersuara tetapi lidahnya tiba-tiba kelu. Dia ingin membuka mulutnya lagi tetapi..
"Akak! Ada call! Abang Saiful call.." laung Nazira yang tiba-tiba menyampuk dari arah ruang tamu. Niat Nazifa untuk berbicara dengan ibunya terbantut.
Serta-merta tumpuannya tumpah pada kata-kata adiknya tadi. Nazifa kaget. Saiful? Dia sebak kembali mengenangkan perpisahan mereka semalam. Sungguh merobek-robek sanubarinya jika diingat semula.
"Cakap kat dia, akak mandi.." getus Nazifa laju. Dia berlari pula naik ke biliknya selepas itu meninggalkan Datin Hazwani terkebil-kebil dalam perasaan risau. Bagai ada sesuatu yang disembunyikan oleh anak gadisnya itu.
"MAT, walau macam mana pun, aku nak kau jayakan rancangan ni! Kalau tidak, mampus kau aku kerjakan!" tempelak Faris melepaskan amarah apabila Mat seakan-akan tidak mahu menyertai dia dalam rancangannya.
"Tapi..tapi, bos..saya.." teragak-agak Mat bersuara. Takut jika menaikkan lagi amarah Faris. Tentu dia akan dibelasah lagi dengan lelaki itu seperti dulu!
Mat menelan liur mengingatkan semula bagaimana dia dibelasah oleh orang-orang yang diupah oleh Faris dahulu kerana tidak melakukan tugas dengan baik. Memang dia takutkan Faris apabila lelaki itu sedang marah.
"Tak ada tapi-tapi! Kau buat aje. Bukannya aku tak bagi kau upah! Kau ikut cakap aku, kau selamat dan dapat habuan. Kalau kau tak ikut cakap aku, kau dapat sakit dan tak dapat apa-apa habuan pun. Kau nak pilih yang mana satu?!" bentak Faris lagi. Mat terketar-ketar kini. Mata Faris tajam memandangnya.
"Ba..ba..baiklah, bos! Saya akan turut permintaan bos tu.." ujar Mat akhirnya mengalah. Faris tersenyum puas hati. Tunggulah kau, Ifa! Aku akan jadikan kau milik aku selama-lamanya.
"Bagus! Kalau dari awal kau cakap terus yang kau setuju kan baik? Tak perlu aku habiskan masa dan tenaga aku aje nak ‘pujuk’ kau!" kata Faris bersama ketawa besar. Suka hatinya ketika itu.
Mat yang melihat Faris sedang ketawa turut sama ketawa walaupun jelas yang tawanya itu hanya dipaksa. Gerunnya dia dengan lelaki bernama Faris ini! Dahlah banyak pengaruh.
Macam-macam Faris itu boleh buat jika dia tidak turuti kata-kata lelaki itu. Agaknya begitulah gaya hidup orang kaya. Ada duit, digunakan sesuka hati sehinggakan sanggup menggelapkan jiwa sendiri demi mendapatkan apa jua yang diingini. Mat hanya mampu mengeluh di dalam hati.
aha..btul tuh.. best2..sya sokong sume karya sis.. ehehehe..chaiyok2!! sambung lagi kat blog ek.. cni lmbat sikit update..huhu impatiently waiting for next chap.. :)
thx to all yg tggu n3 criter nih!~ hurmm..kalo nk bace kt my blog ok jugakk.. huhu visit http://arminua.blogspot.com and leave comments there~ :) thx~ ^^
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best lah amauni..
sambung cpt2 sikit yer? huhuhu