Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"KITA kahwin, ya sayang?" lamar Saiful sebaik sahaja nampak muka Nazifa yang sedang termenung jauh. Ada sendu di wajah itu. Bagai tidak dapat untuk ditafsirkan. Nazifa hanya diam. Seperti tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Saiful.
"Sayang? Kenapa ni?" tanya Saiful entah untuk kali yang ke berapa. Tadi sudah ditanyanya pada gadis itu, namun Nazifa hanya membungkam. Sedikit pun gadis itu tidak bersuara.
Itu yang membuatkan dia mengeluarkan lamaran itu supaya Nazifa tergerak hati juga untuk bercakap dengannya. Lagipun, memang sudah lama dia mahu melamar gadis itu menjadi suri hidupnya.
Saiful mencapai jemari Nazifa lalu diramasnya lembut. Mata gadis itu yang membengkak ditenung penuh simpati. Tentu Nazifa mempunyai masalah berat. Dan dia tidak mahu memaksa gadis itu untuk menceritakan masalah itu jika gadis itu tidak bersedia untuk menceritakannya.
Saiful melepaskan keluhan panjang apabila langsung tidak mendapat reaksi dari Nazifa. Dirinya bagaikan sedang berinteraksi dengan mayat hidup. Tangan Nazifa yang digenggamnya tadi dilepaskan perlahan-lahan. Kecewa dengan sikap Nazifa yang tidak langsung mahu melayannya.
"Bi.." panggil Nazifa lembut dengan tiba-tiba. Keningnya berkerut-kerut. Bagai sedang memikirkan sesuatu.
"Bi.." panggil Nazifa lagi lalu dia tiba-tiba sebak sendirian. Tidak tahu bagaimana mahu memberitahu lelaki yang amat dicintainya itu yang dia mahu memutuskan hubungan mereka.
"Syhh..kenapa ni, Ifa? Ha, sayang?" soal Saiful lembut, ingin menenangkan Nazifa yang sedang menangis teresak-esak. Tangan Nazifa dicapainya semula lalu digenggam erat. Bagai ingin menyuntik semangat pada gadis itu untuk terus kuatkan hati. Airmata Nazifa yang mengalir diseka lembut olehnya.
"Bi..Ifa.." kata Nazifa lagi dengan linangan airmata yang tiada penghujung. Wajah Saiful kini dipandangnya penuh kasih. Mata mereka bertaut.
"Ifa tak mahu kahwin lagi, ya? Sorry kalau bi melamar terlalu awal.." kata Saiful dengan rasa bersalah. Sangkanya Nazifa menangis kerana lamarannya tadi.
"Tak, bi. Ifa minta maaf, bi. Ifa tak dapat teruskan lagi hubungan kita.." getus Nazifa sambil menangis teresak-esak. Perit sekali hatinya ketika mengucapkan kata-kata itu. Bagai ditusuk-tusuk oleh sembilu.
Dia terpaksa memutuskan hubungannya dengan lelaki itu kerana sedar yang dirinya sudah tidak layak lagi untuk berdampingan dengan Saiful. Dia sudah tidak suci lagi!
Saiful terkedu apabila mendengar kata-kata Nazifa. Bagaikan tidak percaya yang gadis itu baru sahaja meminta untuk berpisah dengannya. Wajahnya diraup berkali-kali lalu tangan Nazifa digenggamnya dengan semakin erat.
"Ifa main-main aje kan? Cakap yang Ifa main-main dengan bi! Ifa kan selalu kenakan bi? Kali ini bi takkan terkena lagi dengan sayang.." Saiful begitu mengharapkan yang Nazifa benar-benar bergurau dengannya. Tetapi, tegakah gadis itu bermain dengan hatinya? Saiful berdebar-debar menunggu jawapan Nazifa.
"Tak, bi..Ifa serius. Ifa minta maaf. I’m so sorry.."
"Ifa, kenapa Ifa cakap macam ni, sayang? Kenapa tiba-tiba ni? You know that I love you so much?" soal Saiful dengan wajah yang serius. Ingin gadis itu berterus-terang padanya tentang sebab sebenar disebalik keputusan yang mengejutkannya itu.
Adakah Nazifa sudah tidak cintakan dia lagi? Atau dia ada buat salah? Atau..gadis itu sudah mempunyai lelaki lain? Berbagai-bagai soalan menerjah di fikiran Saiful ketika itu.
"Ifa tahu, bi. Ifa tahu bi sayangkan Ifa, bi cintakan Ifa. But, I can’t love you anymore..really, bi. Ifa minta maaf!" ujar Nazifa dalam esakan yang masih berbaki. Airmatanya seakan tidak mahu berhenti lagi. Tubuhnya bagai ingin melayang kerana terlalu lemah dirasakan dirinya ketika kata-kata perpisahan tadi keluar dari bibirnya.
Ingin diceritakan peristiwa hitam itu pada Saiful namun lidahnya kelu. Lebih-lebih lagi, dia tidak mahu lelaki itu tahu yang dia sudah tidak suci. Dia tidak mahu Saiful salah faham pada dirinya.
"Ifa! Sampai hati Ifa cakap macam ni pada bi?! Tergamaknya Ifa kecewakan hati bi?" Saiful sebak. Airmata bergenang di kelopak matanya. Dia cuba menahan airmatanya dari tumpah. Bahu Nazifa digenggam erat lalu dia membalikkan tubuh gadis itu supaya menentangnya.
Nazifa terdiam seribu bahasa. Ingin ditatap wajah Saiful juga dia tidak mahu. Dia hanya menundukkan wajah menyembunyikan rasa sendu dihati. Biarlah perit perasaan ini asalkan masa hadapan Saiful tidak akan terjejas kerana dia.
"Ifa ada lelaki lain? Kenapa Ifa buat bi macam ni?! Apa salah bi?!!" jerit Saiful dengan airmata yang kian tumpah. Badannya bergetar. Sungguh dia kecewa. Dia tidak sangka kasih sayang yang dibina selama ini runtuh begitu sahaja. Punah harapan untuk dia bersama gadis kesayangannya itu.
"Bi!! Ifa tak macam tu! Ifa bukan macam tu, bi! Hanya bi seorang yang Ifa sayang..tapi, takdir dah menentukan jodoh kita hanya setakat ini, bi..Ifa minta maaf. Tolong jangan cari Ifa lagi lepas Majlis Graduation nanti..lepaskan Ifa!" Ifa mula bangun. Dia ingin melangkah pergi namun tangannya segera dipaut lagi oleh Saiful.
Nazifa menoleh. Lelaki itu sedang teresak kecil kerana menangis. Maafkan Ifa, bi..Ifa terpaksa buat begini. Ifa sudah tidak layak lagi untuk bi..hati Nazifa berdesis sayu.
"Bi terlalu sayangkan Ifa..tolong jangan tinggalkan bi, sayang. Bi merayu! Ifa aje yang bi cinta. Bi tak sanggup berpisah dengan sayang..bi terlalu cintakan sayang.." ucap Saiful dengan linangan airmata. Nazifa juga sebak dan mengalirkan airmata. Wajah kedua-duanya sudah kuyup.
"Ifa minta maaf..ini aje yang terbaik buat kita, bi..Ifa pergi dulu. Tolong jangan cari Ifa lagi lepas ni.." ujar Nazifa sambil menarik tangannya dari pegangan Saiful. Dia terus berlari pergi meninggalkan Saiful yang sedang tertahan-tahan kerana teresak menangis.
FARIS meledakkan tawa besar. Puas hatinya menyaksikan drama yang baru sahaja berlangsung di depan matanya. Dalam sembunyi-sembunyi dia mengekori Nazifa tadi. Dia tahu, tentu Nazifa ingin berjumpa dengan Saiful untuk meminta perpisahan. Dia gembira melihat betapa terseksanya hati Nazifa dan Saiful sebentar tadi.
"Lepas ini, Nazifa milik aku sepenuhnya! Ini Syed Faris Farizal lah! Tak ada perempuan yang akan menolak aku! Walaupun Nazifa sendiri. Dia dah menjadi milik aku mulai sekarang! Aku yakin, dia tentu akan meminta supaya aku bertanggungjawab..no way!" gelak Faris sehinggakan terhoyong-hayang badannya ke kiri dan ke kanan.
Faris menuju ke kereta Caldina GT4 nya. Perlahan-lahan dia memandu keretanya keluar dari kawasan kampus Kolej IT berkenaan dengan perasaan puas hati dan bangga. Tidak sabar lagi untuk dia mendengar dari mulut Nazifa bahawa gadis itu ingin bersama dengannya.
Tidak lama kemudian, kereta Faris tiba dihadapan kawasan letak kenderaan apartment Murni, tempat Nazifa menginap didalam kampus Universiti Tenaga Nasional itu. Dengan sabar, Faris menunggu dengan senyuman.
Seketika kemudian, Nazifa kelihatan tiba dengan hanya berjalan kaki. Hari ini merupakan hari terakhir dia di kampus. Barang-barangnya sudah dikemas seminggu lepas lagi. Nazifa terlalu gembira untuk pulang ke rumahnya, tetapi panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Tidak tersangka olehnya, peristiwa hitam itu tiba-tiba berlaku dalam hidupnya yang sedia bahagia. Semuanya terlalu sempurna sebelum ini.
Keluarga yang bahagia, teman lelaki yang cintakannya sepenuh hati dan kegembiraan kerana berjaya membawa balik segulung ijazah tidak lama lagi. Kini kebahagiaannya telah diragut oleh jantan keparat itu! Jantan dayus yang tak guna!
Nazifa teramat sedih dan pilu. Wajah gadis itu cukup menunjukkan bahawa dia sedang tertekan dan dalam kesedihan yang teramat sangat.
Nazifa melalui kereta Faris tanpa disedari olehnya. Faris terus turun dari keretanya dengan pantas. Lengan Nazifa yang sedang mengelamun lantas ditarik olehnya. Nazifa tersentak dan tergamam melihat lelaki dihadapannya. Apa lagi yang jantan ini mahu agaknya?!!
"Apa ni? Lepaskan akulah! Jantan keparat! Aku dah kata jangan muncul depan mata aku lagi, kan?! Lepaskan aku!!" jerkah Nazifa dengan lantang. Faris terus melepaskan tangan Nazifa. Dia bimbang orang disekelilingnya akan mendengar jerit pekik gadis itu. Dia juga yang susah nanti.
"I peduli apa dengan ugutan you? You ingat I takut sangat pada you?!" senyum Faris sinis. Nazifa sudah malas mahu bertekak. Sakit benar hatinya melihat muka Faris yang seperti mengejeknya.
"Kau pleaselah nyah dari hidup aku! Aku tak suka tengok kau kat depan mata aku! Kalau kau tak pergi, aku jerit!!" bentak Nazifa keras sambil mengugut Faris.
"You berani, jeritlah! Ingat, Ifa..I ada gambar kita bersama semalam. You ingat I bodoh, ya? You berani buat pandai, I sebarkan gambar-gambar ni. Mahu tak?" ugut Faris kembali.
"Hei, jantan! Apa yang kau nak sebenarnya? Kau nak tubuh aku? Kan kau dah dapat semalam! Tanpa kerelaan aku, kau rogol aku! Kau nak apa lagi? Just leave me alone, can you? Biarkan aku teruskan hidup aku!!" bentak Nazifa lagi. Airmatanya mengalir laju kerana terkenangkan peristiwa semalam. Hatinya bagai dirobek-robek. Sebak sudah dirasakan olehnya sekarang.
"Rogol? Tapi dalam gambar ni, you macam rela aje bersama dengan I, sayang..you tak percaya? You nak tengok, ke?" kata Faris sinis. Dia menyuakan telefon bimbitnya pada Nazifa lalu ditepis kuat oleh gadis itu.
"Baik kau pergi sekarang jugak!!" jerit Nazifa. Faris tersentak.
"You tentu nakkan I bertanggungjawab tetapi you malu nak cakap kan? Jangan harap I nakkan you!" Faris meneka sendiri lalu ketawa. Dia hairan kenapa Nazifa tidak menyebut ayat yang ditunggu-tunggu olehnya iaitu menyuruhnya bertanggungjawab.
"Hah? Tanggungjawab? Jantan macam kau tahu ke apa itu tanggunjawab?! Lagipun, kalau jantan macam kau ni memang sampai aku mati pun aku takkan minta supaya kau bertanggunjawab ke atas aku! Biar aku mati lagi bagus dari aku merayu-rayu pada kau supaya bertanggunjawab!" Nazifa meluahkan kata-kata pedih itu dengan wajah penuh kebencian. Airmatanya yang sedia mengalir, diseka pantas.
Pannggg!! Sebuah penampar hinggap dipipi Nazifa sehingga gadis itu jatuh terduduk. Terketar-ketar badan Nazifa kerana menahan kesakitan dipipinya yang terasa menyengat. Airmatanya berlinangan lagi kerana menahan keperitan tamparan tangan lelaki itu.
"You dengar sini baik-baik, Ifa! I takkan lepaskan you..you larilah mana pun you nak lari..I tetap ikut you. Ingat! Kalau you cuba buat benda bukan-bukan, I sebarkan gambar-gambar ni..you faham? You milik I selama-lamanya! Berani you tolak I? You malukan I..I takkan lepaskan you!" gertak Faris sambil menuding jari ke wajah Nazifa tanda dia sedang memberi amaran.
Dengan langkah yang laju, Faris menaiki keretanya dengan perasaan sakit hati. Begitu keras hati gadis itu. Kenapa dia tidak mahu tunduk pada aku? Kenapa?! Arghhh..!! bentak Faris sendirian.
Nazifa hanya menangis dan terus menangis. Ya, Allah..andai ini dugaan yang perlu ku tempuhi, Engkau berikanlah aku ketabahan..doa Nazifa dalam hatinya sambil cuba bangun. Perit masih terasa dipipinya yang berbekas merah kesan tamparan dari Faris tadi.
mkin panas ler....i like...i like... msti akhir nti, ifa ngan faris 2 gk kn.... tol x? msti nti faris dh ske kt ifa n kwen ngan ifa kn... best nye.....truskan! tp..jht gle la faris 2!!hhuh...klau sy, dh lme kne belasah agknye faris 2...sabo2... pnulis xde blog ke??
bagus ifa!! hahaha... jgn tunduk kat mamat yg x guna tu. selamber je nak main paksa2 org?? ingat perempuan ni anak patung ke?? pape pn, thanks. ada blog??
Tiade kate-kate yg dpt dgmbarkan. memang kesian gileeerr kt ifa. tu la ifa cantik sgt. Hish ! kejam kejam
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Amauni..thx coz dh sambung cite nie..cite u mmg best