Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hanya tinggal lebih kurang satu jam untuk mencecah tarikh 1 Januari. Warga kota membanjiri sekitar tempat tumpuan temasya di Kuala Lumpur seperti KLCC, Dataran Merdeka, hotel-hotel, disko-disko dan pelbagai lagi tempat yang menjadi pilihan belia zaman sekarang untuk bersukaria dan bergembira. Mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk menghiburkan hati dalam meraikan tahun baru. Berkobar-kobar di dada mereka menyematkan azam baru—walaupun azam tahun-tahun lepas hanya ditunaikan separuh jalan. Masjid-masjid, surau-surau dan lain-lain tempat ibadah hanya dipenuhi oleh warga tua yang menyedari bahawa tahun baru adalah peluang yang diberikan Yang Maha Esa untuk semua umatnya memperbaiki diri dan melunaskan hutang-hutang mereka kepadaNya. Namun tidak semua warga kota sibuk bergembira dan menyerah diri kepada Tuhan. Masih ada yang sedang berperang dengan konflik hidup masing-masing ketika ini...
*************************************
Sebuah kereta Toyota putih menyusur laju membelah pekat malam. Pemandunya kerap menoleh-noleh ke seat belakang, ke arah isterinya yang sarat mengandung, dan kini sedang dalam kesakitan untuk melahirkan zuriat pertama mereka. "Cepat sikit, bang. Tak tahan saya ni," gesa si isteri sambil mengusap-usap perutnya. Kusyen yang membaluti tempat duduknya dirasakan basah dan melekit. Mentubannya telah pun pecah. Jarak contraction yang dialaminya pula makin kerap dan rapat. "Sabar, yang. Kita dah nak sampai ni," pujuk si suami dengan nada cemas. Hatinya yang berdebar hebat hanya Tuhan saja yang tahu. "Tak boleh tahan, bang. Baby dah nak keluar!" Makin gelabah lelaki itu jadinya. Hampir dia terlepas simpang masuk ke pusat bersalin bertaraf lima bintang yang terletak di tepi jalan besar itu. Diberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu masuk. Lelaki itu berlari keluar dari kereta dan meluru masuk ke kaunter pendaftaran. "Tolong saya. Isteri saya dah nak bersalin dalam kereta," tercungap-cungap dia meminta pertolongan dari dua orang attendan hospital di situ. "Encik ada kad perubatan isteri encik?" pinta atendan tersebut. "Ada dalam kereta. Tetapi isteri saya mendaftar dengan Hospital Kuala Lumpur." "Hospital Kuala Lumpur? Kalau macam tu, minta maaflah, encik. Kami tak boleh terima isteri encik di sini. Hospital ini hanya untuk ibu-ibu yang telah mendaftar dengan kami sahaja." "Tapi, isteri saya betul-betul dah nak bersalin. Baby dah nak keluar!" "Kalau macam tu, baiklah encik segera bawa dia ke Hospital Kuala Lumpur." "Tapi hospital tu jauh lagi, mungkin tak sempat. Tak boleh ke awak minta mana-mana doktor keluar tolong sambut anak saya. Lahir dalam kereta pun tak apalah, asalkan ada doktor yang membantu." "Minta maaf, encik. Semua doktor sibuk sangat malam ni. Ramai pulak pesakit kami yang sedang dalam labour. Saya nasihatkan encik bawa isteri encik ke hospital lain yang berdekatan." Ketika itu, terdengar jeritan isterinya dari luar. Dia berpaling semula kepada atendan tersebut. "Tolonglah saya. Saya benar-benar merayu ni. Awak pun boleh tolong isteri saya bersalin." "Sekali lagi saya minta maaf, encik. Saya tak berani buat apa-apa tanpa kebenaran pihak berkuasa kami. Saya tak mahu bertanggungjawab kalau ada apa-apa yang tak diingini berlaku." Lelaki itu mula naik radang. "Pergi jahanamlah awak punya tanggungjawab! Kenapa tak fikir tanggungjawab awak sesama manusia?" Setelah diherdiknya atendan tersebut, lelaki itu berlari ke kereta mendapatkan isterinya yang sedang menangis dalam kesakitan. "Abang, kepala baby dah nak keluar. Macam mana ni? Mana doktor?" "Tak ada seorang pun nak tolong kita. Semuanya sombong! Mentang-mentanglah ini hospital elite, hanya untuk orang-orang kaya dan berpengaruh. Orang macam kita ni dipandang sebelah mata saja!" lelaki itu berkata dengan geram. Diusap-usapnya kepala dan perut isterinya dengan penuh kasih sayang. "Abang akan bawa awak ke hospital lain. Tahan ye?" Makin kuat raungan wanita itu mendengarkan kata-kata suaminya. Hatinya makin sebak dengan nasib yang menimpa. Sudahlah gesanya tiba lebih awal dari yang dijangka. Persediaan bayi masih banyak yang tidak mencukupi. Kini, bayi hampir keluar tapi tidak ada doktor yang datang menyambut. Hanya tangisan yang mampu dikeluarkan. Suaminya hanya mampu tumpang menangis. Apalah dayanya. Dia tidak tahu apa-apa langsung tentang menyambut kelahiran bayi. Kelahiran anak kucing pun tidak pernah dilihatnya, inikan pula anak manusia. Pedal minyak ditekan habis ke lantai, kereta Toyota putih itu dipandu selaju mungkin. Tiba di satu selekoh menghampiri Bulatan Pahang, sebuah kereta lain yang sedang sarat dengan anak muda yang ghairah menyambut tahun baru memintas laju di hadapan. Lelaki itu tersentak. Tidak mungkin dia sempat mengelak. Pertembungan ngeri antara besi dengan besi menjadi akibatnya.
Satu keratan dalam akhbar nasional seterusnya melaporkan...
KUALA LUMPUR 1 Jan – Sembilan orang bayi telah selamat dilahirkan di Pusat Perubatan Seri Mahkota di sini, semalam. Bayi-bayi itu dianggap istimewa dan dicatatkan dalam satu senarai khas sempena ulang tahun pertama penubuhan pusat tersebut yang jatuh pada setiap awal tahun. Senarai khas ‘Zuriat Istimewa Tahun Baru’ itu meliputi kesemua sembilan orang bayi yang dilahirkan sebaik selepas pukul 12.00 tengah malam kelmarin. Mereka diiktiraf sebagai anak-anak angkat bagi pusat perubatan tersebut dan akan diberi layanan istimewa untuk sebarang rawatan susulan dan seumpamanya. Menurut jurucakap pihak terbabit, senarai itu diwujudkan bagi mengeratkan lagi hubungan pusat itu dengan orang ramai.
ish..ape punya pengawai hosptal la.. nyawa dua org manusia di hujung tanduk pun blh dibuat main2..x kesian kat pompuan mengandung tu ke? buatnya jd kat isteri sndiri lagi naya..!! hye sbb x berdaftar, tak leh nak smbut baby tu lahir.. kpd mawar baiduri..jln citer ni dh bagus.. hope teruskan usaha lagi..
cerita yg menarik dan penuh dgn tragis...syabas, teruskan usaha Mawar Baiduri. - orang pulau Banggi-
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerita yang menarik..bagus..teruskan usaha Mawar Baiduri dalam penulisan.. sambung lagi ya..