Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku membelek dua pucuk pistol dan satu M16 yang baru aku beli di lorong gelap di bandar yang terletak beberapa kilometer dari tempat persembunyianku. Pistol ini jenis Colt 45 M1911 Automatic Gun yang agak mahal harganya sehingga mencecah puluhan ribu ringgit . Nasib baiklah aku ada simpanan sendiri dalam bank dan nasib baik jugalah akaun bank aku tidak disenaraihitam kerana aku telah godam sistem bank supaya nama aku masih kekal dalam senarai akaun. Mataku berkalih pula pada jaket kalis peluru yang aku cipta sendiri selama 3 tahun dan tidak lupa juga beberapa bom tangan automatik yang mampu meletupkan bangunan setinggi 5 tingkat dalam sekelip mata .
Aku juga mencipta bom berkomputer yang menyerupai telefon bimbit yang telah aku setkan kod untuk meletupkannya apabila bom itu dibawa ke sasaran yang sepatutnya. Tujuan aku adalah untuk memperdayakan ahli geng Black mereka supaya kerja aku lebih senang kelak. Aku mencapai pula radar pengesan musuh dalam bentuk kaca mata yang aku reka sendiri .Aku menguji fungsinya beberapa kali. Mungkin ia dapat membantu aku sebagai langkah keselamatan apabila diserang hendap nanti. Aku berpuas hati apabila mendapat radar itu berfungsi dengan baik. Setakat ini aku telah menghabiskan hampir setengah juta untuk mencipta pelbagai alat canggih seperti ini. Duit itu semua adalah hasil rompakan aku dan Razif beberapa tahun lepas yang mencecah berjuta-juta ringgit. Aku tak kisah menghabiskan duit sebanyak manapun, janji aku dapat mencapai matlamatku yang satu itu.
Aku tekad, esok aku akan berangkat ke Golok dan akan menggunakan sungai Golok sebagai rentasan utama. Hari ni aku sudah cukup bersedia untuk berhadapan dengan Black. Janjiku untuk membalas dendam atas kematian Razif 3 tahun lalu akan aku kotakan. Aku akan pastikan Black tidak bernafas lagi di dunia ini. Darah akan dibalas dengan darah. Ingat tu Black!
Selama 3 tahun aku menyusun strategi serangan untuk menembusi port Black yang agak ketat pengawalannya . Pusat operasinya di bawah tanah dan laluan masuk ke tempat mereka berkumpul dipisahkan oleh pintu tembaga yang mempunyai kata kunci untuk membukanya .Hanya ahli geng Black yang boleh memasuki tempat itu .Ada lagi satu tempat yang lebih dalam, iaitu tempat terletaknya bilik ketua geng ini yang dikenali sebagai nama Black. Hanya beberapa orang yang dibenarkan memasukinya iaitu orang paling kanannya .Di situ kawalan keselamatannya lebih ketat. Walaupun mereka kumpulan gangster yang terkenal tetapi sistem pengawalan dan keselamatan ahli kumpulannya sangat canggih sehingga polis sendiri belum pernah berjaya untuk menembusi port itu. Tapi, aku mendapat idea untuk mencari mana-mana ahli geng Black tak kiralah dengan cara macam mana sekalipun untuk memudahkan aku untuk memasuki port mereka . Aku tidak teragak-agak untuk membunuh mereka sekiranya apa yang aku hajati tidak tercapai. Aku tersenyum puas kerana aku terlalu yakin yang strategi aku kali ni pasti akan berjaya menghapuskan Black 100%!
" Triit..Triit..," bunyi handphoneku membantutkan agendaku sebentar tadi. Hish, siapa pulak yang telefon malam-malam buta ni! Aku paling pantang kalau ada orang mengganggu aku di saat aku sedang menjalankan operasiku yang biasanya berlangsung pada waktu dinihari begini. Aku melihat nama yang tertera di handphoneku. Intan? Tanpa berfikir panjang ,aku terus menjawab.
" Hello..," sepatah aku menyapa.
" Bapak..tolong ke sini sekarang pak..Imran demam teruk, kepalanya panas bangat..Badannya penuh dengan bisul. Ibu Intan enggak tau untuk berbuat apa lagi..tolong kami pak..,cepatan ke sini.." suara bibik kedengaran di hujung talian. Aku panik. Imran demam panas? Jantungku berdegup kencang. Sungguh risau dengan apa yang berlaku.
" Kamu dekat mana sekarang, dah bawak Imran pergi hospital ?"
" Belum lagi pak..kami enggak berani..gelap bangat sih di luar sana..,lagi pula sepertinya hujan mahu turun.." suara bibik kedengaran panik.
" Okay..kamu jangan ke mana-mana ye..tunggu aku datang..," kataku lantas mematikan talian telefon. Aku terus mencapai jaket hitam di atas kerusiku dan keluar dari tempat persembunyianku di bilik bawah tanah untuk ke rumah Intan yang tidak jauh dari situ. Malam ini sungguh kelam . Bulan langsung tidak kelihatan. Bunyi guruh mula kedengaran menandakan tidak lama lagi hujan akan turun.
" Kamu tenang ya..aku akan bawa dia ke hospital. Kamu tunggu di sini..," kataku sebaik sahaja mendapatkan Imran. Wajahnya kelihatan pucat dan bibirnya kering, tubuhnya terketar-ketar kesejukan, bisul merayap pada hampir seluruh tubuhnya. Dahinya begitu panas . Aku terus mendukung Imran dan mendapatkan pintu keluar. Aku akan membawanya ke hospital secepat mungkin.
" Pak, kami mahu ikut. Kami enggak bisa biarkan Imran keseorangan di sana..," rayu bibik. Intan mengangguk menyetujui kata-kata bibik. Air mata membasahi pipi Intan. Aku serba salah.
" Enggak bisa..kamu duduk aja di sini..nanti kamu jatuh sakit..," kataku cuba menenangkan mereka . Aku tidak mahu lebih ramai lagi yang jatuh sakit.
" Enggak mau pak..Ibu Intan pun enggak mau..," bibik semakin cemas. Kini mereka berdua berada rapat denganku. Air mata membasahi pipi mereka. Aku kaget.
" Okay..kalau begitu, ikut saya tapi kamu mesti pegang bahu saya sepanjang masa. Jangan biar terlepas. Aku tak mahu apa-apa terjadi pada kamu..," aku terpaksa mengalah memandangkan keadaan Imran kelihatan makin teruk. Kami bertiga meredah kegelapan malam. Sampai di pertengahan jalan hujan turun dengan lebatnya. Kilat sabung menyabung. Aku menanggalkan jaketku dan menutup tubuh Imran, Aku semakin panik dengan keadaan itu namun aku masih cuba berlagak tenang . Tangan Intan aku pegang kemas supaya dia tidak terlepas.
" Bapak..Ibu Intan jatuh!" Jeritan bibik sayup-sayup kedengaran kerana bunyi hujan lebat yang terlalu kuat .Aku memandang ke belakang. Tak perasan pula tangannya terlepas dari genggamanku. Intan terduduk lesu di atas tanah dengan baju yang abash kuyup. Aku tanpa berlengah masa terus mendapatkan Intan .Intan seperti berkata sesuatu tapi aku langsung tidak mengerti.
" Pak..Ibu bilang kita kena pergi dulu. Bawak Imran ke rumah sakit. Dia bilang, biarkan saja dia di sini!" Teriak bibik. Hah tinggalkan Intan? Mana mungkin.
" Tidak, aku tak kan biarkan dia keseorangan!" Tanpa menghiraukan arahan bibik , aku mendapatkan Intan dan terus mendukungnya di belakangku. Aku menyuruh dia memaut leherku kemas-kemas. Sebelah tanganku memegang Imran dan sebelah lagi menyokong Intan di belakangku . Dengan langkah yang semakin semput dan dengan baju yang habis basah kuyup aku gagahkan jua untuk ke hospital yang hanya tinggal beberapa meter dari kami. Bibik mengekori dari belakang.
Sebaik sahaja aku tiba di unit kecemasan hospital pulau itu yang tidaklah besar mana, aku terus meletakkan Imran di atas katil pesakit. Aku mendudukkan Intan di kerusi yang terdapat di situ.
" Mana doktor?" Soalku pada jururawat di situ dengan kasar. Aku berang kerana sudah beberapa minit berlalu namun kelibat doktor tidak kelihatan. Imran hanya diberikan rawatan kecemasan oleh MA dan nurse yang terdapat di situ .Suasana agak lengang ,hanya tinggal kami bertiga dan mereka.
" Sabar ye encik..sebentar lagi doktor sampai. Dia dalam perjalanan..," jawab jururawat itu lembut.
" Heh!Hospital apa macam ni, tak ada doktor! Aku nak kau call doktor tu sekarang bagi dia cepat sikit. Kalau tak aku bunuh kau!" Amarahku semakin menjadi-jadi. Jururawat itu ketakutan mendengar ugutanku. Dia cepat-cepat mendail nombor doktor itu sekali lagi. Aku betul-betul tidak berpuas hati dengan rawatan di sini. Sepatutnya di unit kecemasan , doktor kena stand by atau oncall sekiranya apa-apa yang berlaku. Rasa berangku semakin parah apabila melihat Imran yang makin pucat. Intan pula meraung di sisi Imran. Aku tidak sanggup melihat adegan ini. Aku tidak sanggup melihat Imran terlantar sakit dan Intan pula bersedih. Aku mesti melakukan sesuatu. Belum sempat aku berbuat apa-apa, doktor sudah sampai.
" Hei, kenapa kau lambat sangat hah! Kau nak orang mati ke? Lembab la kau nih!" Aku terus menarik kolar baju doktor lelaki muda yang baru sahaja tiba di unit kecemasan. Dia tergaman melihat tindakan drastikku.
" Bapak! Bertenang pak..," bibik tiba-tiba memegang tanganku yang seakan mahu mencekik doktor itu . Intan menggelengkan kepala melihat tindakanku yang tidak disangka-sangka. Aku sebenarnya mudah hilang kawalan sekiranya menghadapi situasi tertekan seperti ini.
" Maaf Encik,saya ada emergency case tadi. Jangan risau , saya akan melihat anak encik sekarang..," kata doktor itu takut-takut. Aku melepaskan kolar bajunya kasar. Huh,nasib baik alasan yang boleh diterima! Kalau tak mampus dia aku kerjakan! Doktor itu segera mendapatkan Imran . Dia memeriksa Imran secara ringkas dan mengarahkan jururawat di situ memasukkan ubat melalui salur darah.
" Bagaimana dengan Imran doktor?" Aku tidak sabar-sabar ingin mengetahui keadaannya . Aku cemas ,lebih-lebih lagi Intan.
" Dari pemeriksaan yang saya lakukan, saya dapati Imran seperti menghidap penyakit demam campak .Tapi saya perlu mengesahkannya dengan ujian darah dan serologi. Setakat ini kami hanya memberi rawatan simptomatik padanya. Melihat keadaan dirinya sekarang, saya perlu admit dia untuk pemeriksaan lebih lanjut…," terang doktor lelaki itu yang memakai tag nama Dr.Farid dengan panjang lebar.
" Teruk kah keadaannya doc?" Giliran bibik pula bertanya . Wajah Intan nampak begitu risau mendengar penjelasan doktor itu.
" Penyakit ni biasa dialami oleh golongan kanak-kanak seusia Imran.. Dengan rawatan dan imunisasi yang akan kami berikan, InsyaAllah Imran akan selamat. Setakat ni jumlah kematian akibat penyakit ini hanyalah 0.5%, itupun kerana tidak mendapat rawatan awal. So, jangan risau okay..," aku lega mendengar jaminan dari Dr.Farid. Aku benar-benar takut jika terjadi apa-apa pada Imran . Aku tak mahu kehilangan kanak-kanak itu yang sangat aku sayangi. Cukuplah aku kehilangan Razif beberapa tahun dulu . Sungguh menyakitkan apabila kita kehilangan orang yang kita paling rapat dan paling sayang.
" Bapak..Ibu Intan ucapkan berbanyak terima kasih kerana cepatan membawa Imran ke rumah sakit. Kalau bapak enggak ada di sini, kami enggak tahu berbuat apa lagi..," kata bibik sambil memegang kedua-dua belah lenganku . Intan di sebelahnya tersenyum manis padaku dan mengangguk mengiyakan kata-kata bibik.
" Tak ada apa-apalah..kan aku dah cakap hari tu..keselamatan kamu keselamatan aku jugak..dan kebahagiaan kamu kebahagiaan aku jugak..," ikhlas aku menuturkan kata-kata itu. Mataku merenung dalam anak mata Intan. Aku sanggup melakukan apa sahaja untuk wanita yang aku cintai .Intan tersipu malu apabila perasan diri ditenung begitu. Nampaknya aku terpaksa tangguhkan rancanganku buat sementara waktu demi Intan dan Imran..
p/s : Episod cinta thriller sebelum ni (episode 1-6) ada di PAGE 3 dalam koleksi novel penulisan2u..harap maklum
adui org ganu cepat sket sambung tau. x menyabar nak tau ni ape jd pas tu.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
adehh ada rupanya sambungan cte ni..lamanyer nak sambung..huhu..
papepun cte ni best n mantap gle!!! cpt2 sambung yer
p/s : hariz tu ganas sgt la..tak leh ke wat die lemah lembut sikit..ngeeee