Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Lambat lagi ke papa?," "Sabarlah Shadiq. Kan dah sarapan tadi. Takkan dah lapar sangat? Tunggu kejap aje. Dah nak siap pun..," "Hmm…Tunggu pun tunggulah..," Razman tersenyum memandang wajah anak bongsunya yang termangu menongkat dagu di meja. "Papa! Pleaselah. Not again?," Suara lemah itu membuat dia menoleh. Melihat wajah Marisha yang jelas hampa. Dia tersenyum lagi. Sudah tahu apa penyebab wajah itu berubah hampa. "What?,"soalnya sambil tersengih. "Takkan sardin lagi, papa? Macam dah tak ada lauk lain kat Malaysia ni,"Marisha bertanya sambil menarik kerusi. "Alah Along. Papa dengan sardin mana boleh berpisah. Makan ajelah. Tak baik merungut," "Yalah. Adik tu hantu sardin, bolehlah…," Razman tersenyum lucu. Sambal sardin yang sudah siap, dihidangkan ke meja. "Along tak nak sardin, makanlah sup sayur tu…," "Hmm..sardin…sup sayur…sambal telur…sardin…," "Dah..dah… jangan nak merungut depan rezeki. Apa yang ada, kita makan. Papa malas nak makan kat luar. Papa malas nak keluar," Marisha mencemik. "Apa lagi tu? Pergilah ambil pinggan,"arah Razman sambil bergerak mengambil jug sirap di dalam peti sejuk. "Adiklah. Papa masak lauk favourite adik tu kan? Adik lah pergi ambil pinggan," "Bukan adik tak nak ambil. Tapi, adik kan kecik lagi. Nanti pecah. Macam mana?," "Alasan…," Shadiq tersengih. "Risha… ambil pinggan. Hidangkan nasi untuk adik," "Yalah..yalah…. Papa ni. Semua kerja kakak kena buat. Adik tu… makan aje kerjanya. Kalau ambil orang gaji kan senang…," "Papa ada anak dara. Nak ambil orang gaji buat apa?," "Apa pulak. Risha baru sebelas tahun…," "Yalah. Dah besarlah tu. Kan?," "Yang sebenarnya, papa tu kedekut,"Marisha bersuara geram. Razman tergelak. Perlahan melabuhkan punggung ke kerusi. Memerhati Marisha menceduk nasi untuk Shadiq. "Papa!," "Kenapa dik?," "Kereta. Kereta mama tu. Mama dah balik! Yey! Mama dah balik," Belum sempat bersuara, Shadiq sudah berlari meninggalkan ruang makan. Marisha pula menjenguk sekilas melalui jendela dapur. Kemudian menyambung semula kerjanya yang terhenti. "Kenapa tak pergi sambut mama?," "Malaslah papa. Nanti mesti kena marah tu…," "Tak baik. Pergilah kejap," Marisha menggeleng. "Papa nak nasi tak?," Giliran Razman pula menggeleng. "Adik! Kenapa ni? Mama penat ni. Jangan kacau mama dulu? Please…," Hati Razman berdetak tiba-tiba. Suara lantang Jasmin melekat di telinganya. Membuat rasa geram cepat bertandang di hatinya. "Kan kakak dah cakap…Betul kan papa? Kan dah kena marah," Razman diam. Shadiq muncul bersama wajah menahan tangis. "Padan muka. Lain kali, pergi lagi dekat mama…Kan free aje kena marah," "Kakak…,"Razman bersuara perlahan. Tidak senang mendengar kata-kata anak perempuannya itu. "Apa pulak. Betul apa cakap kakak…," "Papa tak suka kakak cakap macam tu," Marisha diam sambil menarik muncung. "Kenapa mama dah tak sayang kita, papa?,"Shadiq bersuara hiba. Membawa diri ke pelukan Razman. Razman kelu. Sudah letih sebenarnya untuk memberi sejuta jawapan yang indah-indah untuk didengar anak-anaknya. Marisha sendiri sudah mula dapat membezakan antara alasan-alasan indah yang dia serapkan dengan kenyataan yang mereka tempuhi saban hari. "Tadi adik cakap lapar kan? Kakak dah hidang nasi tu. Makan dengan kakak," "Dah tak rasa nak makan,"rengek Shadiq sedih. "Sudah…makan aje. Kakak, tengokkan adik," Marisha cuma memandang. Razman mengangkat punggung sambil dudukkan Shadiq ke kerusi. "Papa tak nak makan sekali?," Razman tersenyum. "Kakak makan dengan adik dulu. Papa belum lapar,"ujarnya sambil berlalu. Ingin mencari bayang Jasmin. Tiada di ruang tamu, dia meniti anak tangga menuju ke tingkat atas. Pintu bilik yang sedikit terbuka, memberitahu Jasmin berada di bilik. Pantas dia menuju ke bilik. Menolak daun pintu. Bertemu pada sekujur tubuh Jasmin yang terbaring di katil. "What’s wrong with you, Min?," Jasmin membuka mata. "What?," Razman merenung tajam. "Macam tu ke cara you layan anak?," "Kenapa? Apa pula yang tak kena?," "Berlari Shadiq dapatkan you, sebaik dia dengar kereta you. You tahu tak? Sampai hati you marah-marah dia macam tu," "I penatlah," "Kalau pun penat, janganlah buat macam tu kat anak-anak. Mereka dah pandai simpan emosi. Adiq tu rindukan you…," "Alah.. perkara kecillah. Janganlah nak besar-besarkan," "Perkara kecil? Risha dah mula jauhkan diri dari you, you tahu tak?," "Budak-budak, Raz. Hari ni mereka marah, esok marah tu dah hilang. Apa yang nak dirisaukan? Sekarang ni, budak-budak tu yang tak puas hati, atau you yang tak puas hati?," Razman tergelak sumbang. Jasmin bangkit dari baring. Memandang wajah Razman bersama senyum sinis. "I tak puas hati? Tak timbul langsung soal I tak puas hati," "Ya ke? Dah tu, kenapa Nampak aje muka I terus nak cari pasal ni?," "I tak kisah apa you nak buat, as long you tak ulang apa yang you dah buat dulu. And… selagi you tak abaikan anak-anak. I told you already," "So, sekarang ni, kenapa you nak bising-bising pula?," "Sebab you dah abaikan anak-anak. Dulu you cakap lain, sekarang you buat lain," Jasmin mencemik. Bergerak ke arah beg pakaiannya yang elok terletak di tepi katil. Belum cukup rajin untuk dia kemaskan. "Bila masa I abaikan mereka. I pergi course. Bukan pergi makan angin. Takkan I nak bawa anak-anak. And, macamlah you tak pernah out station. Kan? You ni, memang sengaja nak cari pasal dengan I. Nak cari salah I. Nak buang I terus dari hidup you kan? Sebab tu semua yang I buat semuanya salah kat mata you," "Min, apa I rasa dah tak penting. Apa yang penting sekarang, Risha dah tak nak jumpa you. Adiq menangis Tanya kenapa mama dah tak sayang dia? Kenapa jadi macam tu? Cuba you fikir and you tanya diri you, kenapa sampai mereka rasa macam tu?," Jasmin menjeling. Wajah serius Razman dibalas dengan muncung panjang. "Entah-entah you yang racun fikiran budak-budak tu. Suruh budak-budak tu benci kat I," "What?," "Manalah tahu. Saja nak cari jalan nak berpisah dengan I," Razman mengeluh keras. Kata-katannya seakan tidak diterima langsung oleh Jasmin. Geramnya juga sudah semakin menebal. Bicara perempuan itu juga sudah mula melencong. "Memang itu yang paling baik. Memang itu yang paling tepat,"dia bersuara menahan geram. Jasmin diam. Hilang kata-kata. Tidak mahu lagi meneruskan bicara tentang hubungan mereka. Razman mengeluh panjang. "You know something, I tak rasa you mahu teruskan semua ni, sebab anak-anak…,"akhirnya dia bersuara ketus. Jasmin mendongak. "Apa maksud you?," "Cuma you saja yang tahu, Min. I pun tak tahu apa yang bermain kat kepala you tu. Cuma satu I nak cakap, jangan sampai I nekad dengan keputusan I dulu. You cakap, you nak teruskan semua ni, demi anak-anak. And, sebab tak sampai hati nak pisahkan anak-anak dengan ibu mereka, I turut kehendak you. Tapi, rasanya sekarang ni, anak-anak dah tak penting pada you, kan?," "What do you mean? Apa yang sedang you fikirkan Raz? Jangan berani nak pisahkan I dengan anak-anak I," "It’s up to you, Jasmin. You yang tentukan sendiri apa yang you mahukan. I dah bagi keputusan I dulu. Tapi, I tutup mata demi anak-anak. But now, kalau macam ni you buat kat anak-anak, I tak menyesal dengan keputusan I tu," Jasmin diam. Razman menutup bicara. Cuma ingin menanti reaksi Jasmin. "I… I rindu untuk hidup macam dulu Raz…," Razman tergelak sumbang. Mustahil. Mustahil untuk dia teruskan hidup ini seperti dulu. "You tahu itu mustahil bagi I," Jawapan Razman membuat Jasmin tertunduk. Dia tahu dirinya yang bersalah. Namun, meneruskan hidup dengan cara sebegini, membuat dia tersepit. Membuat jiwanya memberontak. "You cakap, you dah maafkan I?,"rendah suara Jasmin meminta ruang untuk diberi satu lagi peluang. "I maafkan you. Tapi, tak mungkin I boleh terima you semula. Terima you seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Tak mungkin. At least tidak sehingga ke saat ini," "Raz…," "I tak nak cakap pasal kita. These nothing yang perlu kita bincang. Sekarang I nak you ingat tanggungjawab you sebagai ibu kepada Risha dan Shadiq. Ingat. Jangan sampai I hilang sabar,"pantas Razman menyampuk. Tidak mahu berbincang tentang perkara yang menghiris perasaannya itu. Tidak mahu membuat amarahnya muncul semula. Tidak mahu perasaannya bergalau rasa benci semula. "Kita perlu bincang, Raz," "For me, semuanya dah jelas. Tak ada apa yang hendak dibincang. Cukup. Jangan ingatkan I pada perkara tu lagi. I tak nak ingat. I tak nak fikir," "I tak boleh hidup macam ni, Raz," "I tak pernah paksa you hidup macam ni. You bebas pilih apa pun pilihan yang you nak. I tak ada rasa nak halang pun. You tak boleh hidup dengan I, then tinggalkan kami. I boleh jaga anak-anak. I yakin anak-anak lebih terurus dengan I," "You dah ada calon ibu baru ke untuk mereka? Beria-ia benar bunyinya,"suara sendu Jasmin tiba-tiba berganti sinis. Razman bergerak menuju ke pintu. Tidak mahu melayan tuduhan melulu Jasmin. Kalau dilayan, pasti pertengkaran akan berlanjutan. Tiada guna bertengkar tentang sesuatu yang sudah musnah. Apa yang lebih penting, seboleh-bolehnya, dia tidak mahu masalah antara dia dan Jasmin menjejaskan perasaan Marisha dan Shadiq. Dia tahu mustahil untuk dia mengimbangi itu semua. Namun, sekurang-kurangnya dia sudah sedaya – upaya mencuba. Mengenepikan egonya sebagai lelaki demi Shadiq dan Marisha. Menyekat segala bayangan menyakitkan daripada menjelma setiap kali dia memandang wajah Jasmin. Sungguh tidak mudah untuk dia lakukan semua itu. Meletak perasaannya di tempat terakhir juga demi Shadiq dan Marisha. "Raz! You nak ke mana? I belum habis cakap," Razman berhenti di pintu. Menoleh. "I tak ada apa lagi nak cakap. Better you turun and ambil hati Risha and Adiq,"dia bersuara sambil berlalu. Meninggalkan Jasmin menahan rasa. Sikap acuh tidak acuh itu membakar perasaannya. Betul-betul dia dipinggirkan. Razman benar-benar tidak dapat menerimanya. Perhatian Razman padanya sudah lama hilang. Ternyata kata-kata Razman semuanya telah terkota. Namun, dia tidak layak untuk meletakkan kesalahan di bahu Razman. Dia yang mulakan segala kemelut ini. Dia yang khilaf. Dan, dia yang salah. Tanpa sedar, pipinya basah perlahan-lahan. "I miss you, Raz…,"
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan