Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Selama Ika jadi adik abang, baru abang sedar yang abang tak patut harapkan Ika jadi Ilya hanya kerana abang rindu dekat dia. Yang dah pergi tetap pergi."
Aku menoleh ke arah taman rekreasi yang kosong. Tiba-tiba terasa tanganku di tarik. Aku memandang Hafiz dengan riak tak percaya. Sekarang apa? Suka-suka je pegang tangan aku. Aku bukan Ilya! Hafiz memakaikan aku seutas gelang.
"Err... Abang tak tahu nak cakap macam mana. Tapi abang nak Ika tahu yang abang sayangkan Ika." Bergetar suara Hafiz. Aku tersentak. Sayang? Sebagai apa? Adik? Masih mengharapkan aku jadi Ilya? "Kalau abang harapkan Ika jadi Ilya, Ika minta maaf. Ika tak boleh," tegas aku bersuara. Hafiz mengangguk. "Tahu. Abang tahu. Just be yourself. Err... serius tak tahu nak cakap macam mana." Tanganku dilepaskan. Hafiz menggaru kepalanya. "Lepas abang habis belajar, dah dapat kerja, abang jumpa Ika. Ika tunggu abang ya? Sekarang ni Ika belajar je dulu. Kalau ada orang kacau Ika, jangan lupa yang Ika tunggu abang." Terkesan juga wajah Hafiz yang sedikit memerah walaupun kulitnya tidak begitu cerah.
Tapi apa yang dia cuba sampaikan? Cakap guna ayat yang berbelit-belit. Cuba cakap terus terang, tak payah nak belok kanan belok kiri. Cepat dan mudah nak faham. Kalau macam ni gayanya, terpaksalah aku minta tolong Angah alih bahasa' balik rumah nanti. Alahai...
"Kita makan nak?" usulku tiba-tiba. Hafiz terpinga-pinga memandangku. "Makan?" "Esok abang balik Ipoh, kan? Kita makan jom. Ika belanja."
Sambil berkata, aku mengingatkan kembali jumlah duit yang aku ada. Cukuplah rasanya. Melayanglah elaun bulan ni. Sebaik saja menghabiskan ayat, aku terus berjalan menuju ke gerai makanan yang lebih kurang 200 meter dari tempat kami duduk sekarang.
Sebaik sahaja melabuhkan duduk, aku memesan nasi ayam untuk kami. Hafiz memandang aku pelik apabila tak memberi dia peluang untuk memilih makanan sendiri. Haha.
"Nasi ayam kat sini, the best in Pontian tau!" ujarku memberitahu. "Kenapa pula? Kat tempat lain ada je yang sedap," bantah Hafiz. Aku tergelak. "Tak sama. Kat tempat lain ayam dia di goreng. Kat sini, di rebus." Hafiz mengangguk faham. Tak lama kemudian, dahinya berkerut. "Tapi tak kembang ke?" "Tak. Cubalah nanti."
Aku membuang pandang ke arah laut di belakang Hafiz yang duduk berhadapan denganku. Tak sampai pun 5 minit, nasi ayam yang dipesan tiba berserta air. Aku membasahkan nasi ayam dengan kuah sup yang disediakan. Kemudian aku menyudu nasi ke mulut dan aku kunyah perlahan.
"Tu salah teknik makan tu," tegur Hafiz tiba-tiba. Aku berasa pelik sekejap. Salah teknik? "Apa pulak? Betullah ni. Bukannya Ika makan suap masuk hidung pun." Hafiz ketawa. "Hisy, budak ni. Nasi ayam lawannya dengan sambal lada ni." Hafiz meluruskan jari telunjuk ke sambal lada di atas meja. "Sup tu, kita hirup masa makan. Bukannya curah atas nasi," tambahnya lagi. "Iye ke?" soalku tidak percaya. Hafiz menggelengkan kepalanya dengan senyuman di bibir. "Betul. Try buat. Barulah terasa nikmat makan nasi ayam." Aku cuba mengikut katanya. "Biasa je." "Huh, tak ada seni betul Ika ni. Nasi ayam ni favourite abang tahu?" Lah makan pun ada seni. Lantak awaklah Hafiz. Seni tak seni, janji aku makan.
"Dah sudah? Jom kita balik. Abang nak kemas barang lagi. Lepas ni kalau nak contact, kita mesej. Err... Ika. Ingat pesan abang tau!" Hafiz menjeling ke arah gelang yang terpasang elok di tangan aku. Aku memandangnya tanpa riak. "Ok." "Ahah!" Tiba-tiba Hafiz berhenti berjalan. Aku turut sama berhenti. Apahal pulak ni? Dari ekor mata, aku melihat Hafiz mengeluarkan sesuatu dari wallet-nya. Macam gambar tapi... "Nah," ujar Hafiz dengan senyuman meleret. Kepingan tadi disuakan kepada aku. Aku menyambut. Kemudian, seukir senyuman terukir di wajahku. Ini ke yang aku nampak masa kat KFC dulu? Gambar dia rupanya. "Belakang tu ada alamat. Kalau-kalau Ika nak bagi surat ke..." Hafiz senyum mengusik. Aku ketawa. "Surat? Kelakar je. Macam zaman dulu kala. Handset ada. Telefon je sudah." "Apapelah. Simpanlah baik-baik." Hafiz kembali mengatur langkah. Aku menyimpan gambar itu di dalam purse. Simpan dengan sebaik-baiknya seperti pesanan si pemberi.
Dan aku yakin itulah pertemuan kami yang terakhir. Alah, teknologi makin canggih. Kalau Hafiz dekat Alaska sekalipun, bukannya tak boleh berhubung. Cuma tak tahulah selalu ke tidak. Aku berjalan dengan Hafiz ke keretanya. Dia mengambil tempat duduk di bahagian pemandu. Sempat dia mengangkat tangan sebelum keretanya hilang dari pandangan. Aku menarik nafas panjang.
***
Malam itu baru aku teringat untuk menelefon Angah. Diam-diam aku membawa telefon rumah ke dalam bilik. Nombor telefon Angah aku dail satu persatu. Talian bersambung. Lama. Tak berangkat. Kali kedua aku dail, baru Angah menjawab.
"Apahal?" Suara Angah kedengaran di corong telefon. Aku ligat memikirkan ayat yang sesuai untuk bertanya. "Angah, kalau orang suruh kau tunggu dia tu apa maknanya?" "Lah... Tunggu je lah. Contoh, aku pergi kedai dengan kau. Lepas tu, aku suruh kau tunggu dekat kereta. Maknanya, kau kenalah tunggu aku sampai aku datang. Jangan pergi mana-mana. Nanti aku cari," terang Angah dengan jujur. Aku dah tak tahu nak ketawa atau nak marah. "Itu aku pun faham," ujarku dengan nada geram. "Habis tu?" tanya Angah dengan nada pelik. Aku terdiam sekejap. Nak cakap terus ke tak? "Tadi budak upper six tu jumpa aku..." laju aku menuturkan kata sebelum sempat otak menghantar jawapan. Angah tekun mendengar cerita aku.
"Weh, mamat tu serius tu dengan kau tu, Ika." Mendatar suara Angah. Tak dapat aku nak kesan sama ada dia marah ke apa. Aku mengerutkan dahi. "Maknanya?" "Dah dia bagi gelang. Tu gelang tanda lah tu," usik Angah. "Habislah kau. Nanti, dia habis belajar, dia terus propose kau ajak kahwin," giatnya lagi. Terasa muka aku panas. "Banyaklah kau. Dia main-main kot." Bantahku. "Eleh! Kau jugak yang cakap yang kau suka dia. Dia macam Alonglah. Apalah. Nanti aku cerita dengan ibu, eh!" Aku tersentak. Cerita dengan ibu? Ini yang aku benci ni. Semua aku cerita dekat dia, mesti nak cerita dekat ibu. Isk! "Hoi! Kau jangan nak buat cerita, eh! Memandai nak cerita kat ibu. Kalau ibu tahu, siap kau!" marahku. Angah ketawa. "Alah! Buat cerita apa? Betul apa. Nanti, aku cakap dekat ibu yang kau dah kena booked." Semakin kuat Angah ketawa. "Eh, nanti aku balik minggu depan, aku nak tengok tau gelang abang sayang kau bagi!" usiknya lagi. "Dahlah kau! Bencilah cakap dengan kau. Dah-dah. Nanti ibu dengar aku marah kau dalam bilik karang, habis aku kena sport check. Ok. Terima kasih banyak-banyak sebab membantu," sindirku. "Kalau ibu tahu, siaplah kau," ugutku kali terakhir. Angah hanya ketawa sehingga aku meletak telefon. Aku mendengus geram.
awt ckit cgat len ki wat la pnjg ckit bwu bez bace
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
haha..best..mst hafiz nak lamar ika tu..sbb tu book awak2..sweet stg citer ni..