Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pagi Ahad seperti yang dijanjikan, aku bersiap untuk bertemu Hafiz. Ah! Mimpi apa dia agaknya tiba-tiba ajak jumpa? Angah semalam petang dah balik. Itu pun abah hantar. Walhal boleh sangat naik bas ekspres maju yang tambangnya RM4.10 tu. Duit minyak kereta lagi mahal daripada tu.
Aku menapak ke arah tembok batu di tepi laut sebaik sahaja memakirkan motor. Sementara menunggu Hafiz, aku membeli 2 air kelapa yang dijual di gerai yang berhampiran. Satu untuk aku, satu lagi untuk dia. Aku tersenyum sendiri.
Jam di tangan kanan ku kerling. Aish! Tak pernah-pernah lambat tiba-tiba lambat ni kenapa? Takkan baru 2 bulan tak jumpa dah berubah? Nak kata banyak kereta atas jalan macam tak logik. Jalan kat Pontian bukannya macam jalan Skudai – JB yang sibuknya macam apa?
"Sorry lambat," tegur Hafiz lalu mengambil tempat di sebelahku. Aku menghulurkan air tanpa memandangnya. "Kenapa tiba-tiba nak jumpa, ni?" Hafiz mencapai cawan plastik yang aku hulurkan. Perlahan-lahan air di dalamnya di sedut. "Ada benda nak cakap," ujarnya perlahan. Aku menoleh ke arahnya. Wajahnya sedikit keruh. Apahal pula Hafiz ni? Kening di dahi aku jungkitkan. Bertanya. Hafiz menarik nafas dalam. "Lepas ni kita tak dapat jumpa lagi, Ika." Lirih sekali suara yang dikeluarkan Hafiz. Aku terkedu. Tak dapat jumpa? "Kenapa?" hampir tidak kedengaran aku bertanya. "Abang nak balik rumah abang," ujarnya. Aku tergelak. "Pandai buat lawak, eh? Macamlah rumah abang macam Pontian – Perlis jauhnya sampai tak boleh nak jumpa langsung," ujarku dalam ketawa. Riak wajah Hafiz tidak berubah. Eh, mamat ni nak pindah ke? "Ika, abang duduk Ipoh." Sebaris ayat itu terus mematikan tawaku.
Ipoh? Okay. Memang aku tak pernah jejak kaki kat sana. Mak orang Mersing. Abah orang Pontian. Apahal aku nak ke Ipoh? Arwah Along dulu belajar dekat KL. Angah kat UTM Skudai tu hah. Aku pulak nanti entah-entah dekat Skudai jugak.
Harap dia cerita semua pasal dia. Kalau tak semua, 90% pun dah okay sangat! Bila orang tanya aku yang terpinga-pinga nak jawab. Misteri betul! Lepas ni, boleh cerita kat Angah. Aku tersenyum di dalam hati.
"Rumah abang memang dekat Ipoh. Tapi bukan dekat bandar Ipoh sebenarnya. Dekat Simpang Pulai," ujarnya. Diam. "Abang datang sini sebab ayah abang yang suruh. Dia tengok abang down sangat lepas Ilya pergi," tambahnya. Hafiz membuang pandang ke arah laut. "Ina sepupu abang. Abang tinggal dekat rumah Ina untuk 2 tahun ni. Masuk form 6 kat sini. Tak sangka pula jumpa Ika." Hafiz tersenyum nipis.
Patutlah tak pernah nampak muka dia kat Pontian. Dulu dia cakap, sekolah dia tak ada Tingkatan 6. Erm. Tapi mungkin juga memang tak ada Tingkatan 6 kat sekolah lama dia. Mesti dia teruk sangat lepas Ilya meninggal. Tapi, kalau keputusan SPM dia teruk yang amat, macam mana boleh ambil Sains untuk Tingkatan 6 ni? Musykil. Takpe! Lepas ni aku korek semua rahsia dia.
"Sekarang abang dah habis belajar dan abang rasa dah sampai masa abang balik kampung. Mungkin lepas ni kita susah sikit nak jumpa. Atau tak dapat jumpa lagi."
Berat Hafiz menuturkan kata. Aku diam berfikir soalan apa yang aku nak tanya dulu. Diri dia? Keluarga? Rumah dia? Pelajaran dia? Rahsia sulit kerajaan negeri = personal life dia? Argh! Banyak yang aku tak tahu dan nak sangat-sangat tahu. Tapi malu, oh!
"Ika?" teguran Hafiz mematikan lamunanku. Aku menyahut. Satu senyuman aku hadiahkan kepadanya. "Bila abang nak berangkat?" soalku tanpa perasaan. Lebih kepada sembunyikan perasaan yang semacam je ni. "Esok." "Esok? Cepatnya! Kenapa tak hari ni je?!" Nak je aku jerit dekat Hafiz sebab tak beritahu awal-awal. Wajah Hafiz berubah kelat. "Tak sabar abang nak pergi eh?" Aku mendengus. "Lain kali cakaplah awal-awal. Ni, baru hari ni? Apalah!" ujarku berbaur kecewa. Diam.
"Abang sebenarnya anak sulung eh?" Aku menukar topik. Hafiz mengangguk mengiyakan. "Abang 3 beradik. I’m the first. Second Ilya. Third Khairul Azam. Azam form 3 sekarang ni. Ada apa lagi nak tahu?" soalnya dengan sengih mengusik. Aku termalu sekejap. Eh, 3 beradik je? Macam aku. Aku tersenyum sendiri. Tapi... "Syamil siapa pulak?" "Mana kenal?" soalnya dengan dahi berkerut. "Oh, ya! Classmate Ika. Ina ada cakap. Lupa pula." Diam. "Dia adik Ina." Oh. Okay. Lagi apa yang aku nak tahu? Tadi macam banyak sangat soalan. Bila nak tanya, semua lupa. "Macam mana abang boleh ambik sains untuk STPM?" Pantas Hafiz menoleh ke arahku. "Kenapa?" "Tak adalah. Kalau result teruk takkan senang-senang nak ambil sains." "Silap besar abang. Abang tak mohon Matrik lepas SPM. Ingat result ok terus nak masuk UTM. Tapi tulah. Diploma pula memang tak mohon." Aku tekun mendengar. "Tapi, kesilapan abang tu taklah abang rugi sangat. Sebab abang dapat jumpa Ika." Hafiz tersenyum. Aku dah menyanyi-nyanyi di dalam hati.
"So, lepas ni tak dapat jumpalah?" Hafiz diam sejenak. "Kalau nak jumpa pun masa ambil result. Lepas tu tak tahulah. Insya Allah. Kita akan jumpa jugak masa abang dah dapat degree nanti. Masa mula kerja."
Lamanya. Entah-entah masa tu dia pun dah ada kehidupan sendiri. Erm. Patut ke aku cakap yang aku dah mula suka dia? Isk. Macam tak sesuai pulak. Nanti mau aku kena marah sebab sibuk dok cintan-cintun masa belajar.
"Ika," panggil Hafiz lembut. Aku menoleh. "Ya?" "Abang nak minta maaf kat Ika." "Kenapa?" "Secara jujurnya abang selalu mengharapkan Ika macam Ilya." Terasa hancur hati aku. Patut pun aku tak cakap yang aku sayang sangat dekat dia. "Kadang-kadang tu, memang abang terasa dengan Ilya bila abang jumpa Ika." Diam. "Tapi, bila kita rapat baru abang perasan yang Ika lain sangat dengan Ilya." Aku memandang laut yang terbentang. Beberapa buah kapal tengah belayar jauh di sana. "Ika pendiam. Kalau dengan orang langsung tak tegur. Serius." Hafiz tersenyum nipis. "Ilya pulak mulut bising. Peramah. Suka buat kelakar. Walaupun tengah sakit, dia tak suka kalau orang sedih tengok dia." Hafiz tersenyum pahit.
Kenapa Hafiz perlu cakap semua ni? Nak ingatkan aku yang dia tak pernah anggap aku ni lebih dari seorang adik? Okay. Kalau itu maksud dia, tak perlu nak bercerita tentang betapa bezanya aku dengan Ilya. Nampak sangat yang selama ni Hafiz tak pernah tengok aku sebagai Ika tapi sebagai Ilya. Aduhai hati. Sabarlah.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sedihnya..bile agaknye ika akn dpt jumpe hafiz lagi..?
agaknye hafiz tu nk luah perasaan sebelum nk pindh ke ipoh..