Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Apa kau buat ni? Habis baju aku." Marah Sherry. Apa taknya, aku dengan tak sengaja telah menumpahkan air kopi pada bajunya dan mug tu terhempas ke lantai. Salah dia juga, ada ke patut dia suruh aku bawa fail yang maha tebal dengan mug berisi air sekaligus. Dia pula yang jalan kat depan aku terkedek-kedek menggelek punggungnya.
"Maaf cik Sherry." Hanya itu mampu ku ucapkan.
"Dah, sekarang ni kau bawa fail ni ke meja. Lepas tu kau ambil penyapu dan penyodok dengan mop sekali. Kau bersihkan tempat ni cepat." Jerkahnya. Aku menunduk kepala ke bawah.
"Apa tercegat lagi. Cepat pergi sekarang...!!!!!" pekiknya lagi.
"Takpelah cik, biar mak cik yang buat. Bukan kerja cik bersihkan ofis kita ni pun." Mak cik cleaner atau Mak Tom membantah aku untuk membersihkan lantai yang telah dicemari dengan mug yang pecah serta tumpahan air kopi.
"Takpe mak cik. Saya yang buat salah, jadi saya yang kena bersihkan tempat tu." Aku berdegil untuk membersihkan kotoran itu juga.
"Degil sungguh cik ni. Ikut ciklah." Dia menarik nafas ketat melihatkan kedegilanku.
"Mak cik tunggu je. Nanti saya hantar balik ke sini. Saya pergi dulu ye mak cik." Ucapku sopan. Aku berjalan menaiki lif ke tingkat 4 dimana terletaknya ofisku.
Aku membersihkan serpihan mug yang pecah, ku kutip lalu kumasukkan ke dalam plastik sampah. Setelah selesai, kumop lantai yang terkena tumpahan air kopi. Sedang elok aku mengemop, tiba-tiba bunyi betik masak jatuh ke lantai.
"Bos....alamak. Macam mana boleh jadi macamni." Segeraku angkat badan bos yang boleh tahan beratnya. Dia mengaduh perlahan dan perlahan bangkit berdiri.
"Takpe...takpe..saya ok. Salah saya juga, mata kemana tadi. Tak perasan lantai licin. Awak buat apa kat sini?" dia memandang aku yang sedang buat pose dengan mop ditangan.
"Saya bersihkan lantai ni bos. Tak sengaja tadi terjatuhkan mug. Air pun tumpahlah kat lantai." Jawabku dengan jujur dan lurus.
"Eh..ni kan bukan kerja awak. Kerja awak kat dalam ofis sana bukan mop lantai."
"Takpelah. Saya suka buat kerja ni kat rumah." Aku tersengih-sengih macam tiram busuk.
"Ada-ada je jawapan awak. Takpelah, kejap lagi masuk ofis saya." Dia berpesan padaku sebelum menapak ke biliknya. Sudah...kenapa pula ni?
"Mak cik, seperti yang saya janjikan. Nah, terima kasih." Ucapku pada Mak Tom.
"Rajin betul kamu ni." Pujinya.
"Mak cik, tadi tengah saya syok mop lantai. Bos ada lalu dan tegur saya." Terangku.
"Hah..bos? Habis mak cik kena marah nanti. Kamulah ni, kan mak cik dah kata. Biar mak cik yang bersihkan tempat tu." Mak Tom sedikit pucat.
"Takde apalah mak cik. Bos jatuh tadi. Lantai licin, mata dia pula ke mana. Dah gedebuk terjatuh macam betik busuk." Selorohku. Mak Tom yang dengar terus ketawa mengekek.
"Oklah mak cik. Saya dah lambat ni. Bos nak jumpa saya sekarang ni." Aku meminta diri.
"Yelah. Elok-elok." Pesannya.
Tok! Tok! Tok!
Aku mengetuk pintu bilik yang tertera nama Badrul Amri lengkap dengan jawatannya.
"Masuk" kedengaran suara dari dalam menjemputku masuk ke dalam. Kupulas tombol pintu dan menapak ke dalam.
"Assalammualaikum bos." Aku memberi salam.
"Wa’laikumsalam. Duduklah. Ada benda saya nak bincang ni." Palawanya.
"Bos nak pecat saya ke?" aku sudah kepucatan membayangkan diriku ditendang keluar dari syarikat atas kesalahan yang telah kubuat (ada ke?).
"Apa pula macam tu. Pandai-pandai je. Saja je saya nak berkenalan dengan awak. Tak boleh ke?" soalnya bersahaja.
"Boleh, tapi....weird sikitlah bos." Jawabku dengan jujur. Mana tak, ingat ada buat salah ke tadi, takpun nak naikkan pangkat ke. Hehe. Perasan je.
"Pelik ke bila seorang bos nak kenal dengan pekerjanya?" soalnya semula.
"Tak..tak.." jawapku sedikit gugup.
"Awak sekarang buat kerja apa?"
"Hah..?" aku ternganga sedikit.
"Maksud saya. Awak ni kerja sebagai apa kat syarikat ni?" soalnya lagi.
"Kerani, bos." Jawabku lambat.
"Ok, kerani. Tapi kenapa sejak saya mula-mula langkah kaki masuk ke sini....macam-macam pekerjaan yang saya tengok awak buat."
"Maksud bos?"
"Yelah, hari pertama saya kat sini. Awak jadi jaguh sukan larian. Kemudian saya nampak awak bancuh air. Tadi pula, saya tengok awak jadi cleaner." Terangnya.
"Apa nak pelik pula bos, bancuh air tu kan perkara biasa kalau kita nak minum." Jawab aku sambil tergelak kecil.
"Memang biasa, tapi akan jadi luar biasa kalau awak bancuh air untuk pekerja lain. Sedangkan dia bukan bos awak yang patut awak patuhi arahannya." Aku menundukkan muka ke lantai.
"Lepas ni, saya nak tengok awak buat je kerja awak sebagai kerani. Jangan buat kerja selain dari kerja awak. Jangan dengar arahan dari sesiapa kecuali bos awak."
"Faham bos." Aku menganggukkan kepala.
"Lagi satu..." aku buat muka ikan emas comel padanya.
"Jangan pura-pura dengar apa yang saya cakap ni. Dengar arahan saya, balik ke tempat awak sekarang. Sesiapa pun takkan ganggu kerja awak lagi. Siapa ganggu bagitahu saya." Ucapnya sambil tersenyum nakal padaku.
"Terima kasih bos. Saya mintak diri dulu." Pintaku.
tak sangka cite ni bes giler. saya ni hantu novel tapi baru hari ni baca online. x sangka bes pulak. bila nak sambung?
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best.
ade blog tak