Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku diamuk resah. Perasaanku jadi tidak menentu. Aku tidak senang duduk dibuatnya. Banyak betul perkara yang perlu diuruskan. Mejaku bersepah dengan kertas-kertas kerja yang perlu disiapkan. Aku berpeluh. Padahal penghawa dingin di bilikku sudahpun diturunkan hingga ke tahap paling minimum.
Ketika aku sedang sibuk menandatangani beberapa cek, Irsyad masuk ke bilikku tanpa diundang. Wajahnya begitu ceria.
"Sibuk je." Gurauku.
Muhd Irsyad Isyraff bin Datuk Malik. Lelaki yang telah membesar bersamaku, merupakan Pengurus Besar Kewangan di MR Interprise. Aku pula merupakan Pengurus Besar Pemasaran. Syarikat ini ditubuhkan bersama oleh ayahku dan ayahnya, Datuk Malik. Jika ayahku atau Datuk Malik mempunyai urusan di luar, kamilah yang mengendalikan syarikat ini.
Dia tersengih lantas duduk di hadapanku dengan selamba. "What the.." Dia terkejut memandang mejaku yang bersepah lantas tergelak.
Aku memuncungkan bibirku. "Datang sini ingat nak tolong, lagi nak gelakkan orang." Aku berpura-pura merajuk.
"Ok, fine. Aku nak tolong tapi tak reti nak tolong apa. Ini bukan kepakaran aku, Layla." Dia tersenyum. Sengaja mencari alasan.
Aku menjeling tajam. Yelah, dia tu Pengurus Besar Kewangan. Pasti kurang pakar tentang pelaburan dan pemasaran ini. Lantas aku tersenyum. "Ada. Ada benda yang kau boleh tolong."
Dahinya berkerut hingga bulu keningnya bertemu. "Apa dia?"
"Tolong kemas!" Lantang suaraku. Lantas aku memegang lengannya supaya dia tidak dapat melarikan diri. Dia bergelut ingin melepaskan diri. Aku memegang erat lengannya. Akhirnya dia mengalah.
"Yelah, aku tolong. Lepaskanlah tangan aku dulu." Dia mencebikkan bibirnya.
Padan muka! Perlahan-lahan aku melepaskan tangannya. "Cepat kemas!" Aku mengarah. Lagakku seperti puan di sebuah rumah dan dia merupakan orang gaji.
Tiba-tiba, dia bangun dan terus melarikan diri sambil tergelak-gelak.
"Irsyad!" Jeritku. Budak ni nak kena ni!
Sebelum dia pergi, dia sempat lagi mengucapkan selamat tinggal. "Bye, sayang."
Lantas pintuku tertutup rapat. Aku tersenyum dan mengeleng. Aku dan dia memang rapat. Macam pasangan kekasih pun ada gak. Tapi itu tidak mungkin terjadi. Entah kenapa, aku sedikitpun tidak menaruh perasaan terhadapnya. Yang ada cuma perasaan sayang sebagai sahabat. Mungkin dia juga begitu. Nak kata dia tidak kacak, dia memang kacak. Serasanya, hampir semua staf perempuan di sini meminatinya. Wajahnya bersih dari sebarang cela. Rambutnya dipacakkan. Kononnya nak bergayalah tu. Dia memakai kaca mata berbingkai putih. Dan dia sentiasa kemas setiap hari. Tetapi pintu hati ini tidak pernah terbuka untuk menerimanya. Mungkin sudah ketentuan Allah, dia bukanlah jodohku.
*************************************
Aku pulang ke rumah seperti biasa. Aku mengurut tengkukku. Penat yang teramat sangat kerana kerja yang bertimbun di pejabat.
"Hah, anak ibu dah balik. Mari makan." Suara ibuku dari dapur menegurku. Mungkin sedang menyiapkan makan malam. Rumahku tiada pembantu rumah. Ibukulah yang melakukan kerja-kerja rumah. Katanya, mengupah pembantu rumah membahayakan kerana banyak kes-kes kecurian dan bermacam-macam lagi.
"Kejap ye ibu. Nak tukar baju." Sahutku dengan nada yang lemah sambil meniti tangga hingga ke pintu bilikku. Kalau diikutkan hati ingin saja aku terus tidur di bilikku. Tetapi bimbang diceramah oleh ibuku yang mementingkan kesihatan keluarga kami.
Aku turun ke dapur setelah selesai solat isyak. Ketika itu, ibuku dan ayahku sudah duduk di meja makan sedang menungguku. Aku duduk di salah sebuah kerusi kosong. Hanya kami bertiga. A simple family. Aku merupakan anak tunggal. Akulah kakak, akulah adik.
"Penat nampak. Banyak sangat kerja ke?" Ayahku memulakan perbualan ketika kami baru sahaja selesai makan malam.
Aku mengeluh. "Macam tulah ayah. Gold Holdings yang nak melabur kat syarikat kita tu ada problem sikit." Aku memasamkan mukaku.
"Masalah apa?" Ayahku mula bimbang.
Hendak saja aku cerita tentang masalah Gold Holdings yang tidak bersetuju dengan syarat yang kami kemukakan. Tetapi melihatkan kesihatan ayahku yang kini semakin teruk, aku melupakan niatku.
Ayahku mengangguk. "Nanti ayah cuba bincang dengan En. Fauzan."
Aku mengerti. Aku malas hendak layan dengan pengurus besar Gold Holdings itu. Terlalu banyak kerenah. Sentiasa mencari alasan untuk menolak cadanganku ketika mesyuarat tempoh hari. Muka je hensem tetapi menyakitkan hati. Dia hampir sebaya denganku. Mungkin mewarisi syarikat itu dari ayahnya.
Aku masuk ke bilik setelah larut malam. Aku baring di atas katilku sambil memandang siling. Moga hari esok akan lebih indah.
permulaan introduction penulis tidak membosankan.have a good performance
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
permulaan yang baik.... teruskan....