Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Entah kenapa..malam ini aku dapat rasakan hidupku indah dengan kehadiran Nial untuk melayan kerenah anak-anak. Dapat aku saksikan kebahagian anak-anakku..tetapi mana mungkin hatiku menerima kehadirannya sebegitu sahaja bila pahitnya lebih banyak daripada manis. Mungkin hati perempuan lain, akan mudah dipujuk rayu..tetapi diriku kini terasa keras sekali. Mungkin kerana kesakitan yang aku alami dulu sudah melebihi hadnya sehingga bahagia yang ada di depanku begitu susah untukku terima seadanya.
Akibat keletihan yang amat sangat, Ain dan Awish tertidur di dalam kereta semasa perjalanan pulang ke rumah. Yang tinggal hanya kesepian yang melanda antara diriku dengan Nial. "Aya cuti sampai bila" Aku kalih pandangan untuk melihat mukanya..Bila saje dia membalas pandanganku, aku lantas melarikan pandangan. "Sampai hari selasa" "Balik ke sana pun hari selasa?" "Tak tentu lagi" Apa yang ditanya, itulah yang aku jawab. Seakan terpaksa. Akhirnya aku terdengar keluhan di mulutnya. Sehingga sampai di rumah, dia hanya membisu. Agaknya terasa hati dengan diriku ini. Merajuk? Biarkanlah dia. Tanpa aku suruh, diangkatnya Ain dan kemudian Awish..Dulu-dulu lagi dia melarang aku mengangkat anak-anak. Katanya, Awish dan Ain sudah terlalu berat untukku angkat sedangkan aku bertubuh kecil. Nial tak sedar bahawa selama ini aku sudah biasa..Tetapi malas aku nak bertekak dengannya di malam hari begini. Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam. Nial pula tidak ada langsung menunjukkan dia akan meninggalkan rumah ni…Takkan dia pun nak bermalam di sini..Nak disuruh balik..tak sampai hati.Dari tadi Aya lihat Nial begitu asyik menonton TV di ruang tamu..Siap posing maut lagi..mentang-mentanglah minat bola. "Awak tak mahu ba.." Belum sempat aku habiskan ayat, timbul rasa simpatiku pada Nial saat itu… Aku ingatkan dia sedang menonton TV, rupa-rupanya TV yang tonton dia. Lena terus!! Letih sangat agaknya… Lantas tanganku ini ringan sahaja mengambil selimut dan menyelimuti Nial yang terlena di atas sofa waktu itu. ‘Dah kira baik aku biarkan dia tidur di situ..’ Aya menghayunkan kaki menuju ke bilik tidur sementara Nial mengukirkan senyuman dalam diam. Pura-pura dia tertidur tadi. Sekeras-keras Aya, ada sifat baik hatinya lagi..Itulah yang Nial fahami tentang tingkah laku Aya baru-baru ini.Di depan sahaja dia melenting bagai nak rak..tetapi kalau dibuat-buat tidur macam ni, tak akan sampai hatinya Aya mahu menghalau…malah bicara Aya makin lembut bila melihat Nial keletihan tadi. Memang betul pun Nial keletihan petang tadi, namun untuk anak dan isteri tercinta dia rela lakukan apa sahaja untuk menebus dosa-dosa lalu… Akhirnya Nial terlena dalam memikirkan penyelesaian kemelut hidupnya itu. Pagi itu, selepas menunaikan solat subuh, Nial menyambung tidurnya. Dari jauh Aya merenung Nial yang sedang lena diulit mimpi barangkali. Hendak diturutkan hati supaya melihat Nial dari jarak yang dekat, Aya takut Nial akan tersedar. Entah kenapa sejak beberapa hari ini, hatinya lembut bila melihat Nial yang begitu nekad untuk kembali hidup seperti dulu. Kalau dulu hati Aya boleh dikeraskan dek kenangan pahit hidupnya. Namun sekarang, bila anak-anak nyata dapat menerima Nial seadanya malah amat menyayangi Nial menyebabkan hatiku pasrah dengan kehendak anak-anak. Kadangkala kita tidak boleh memikirkan kepentingan sendiri semata-mata walhal ada insan lain yang merana. Tapi hakikat sebenar pada waktu ini adalah perasaan takut masih tebal dalam diriku ini untuk menentang keluarga Nial…Kalau setakat diriku sendiri, aku dapat atasinya..tetapi bila dalam percaturan ini melibatkan Awish…perasaan takut tidak dapat aku hindari… Takut Nial tersedar dengan tingkahku ini..aku melangkah kaki ke dapur untuk siapkan sarapan pagi untuk anak-anak..Entah bila Nial sudah terpacak di tepiku tanpa aku sedar..Tiba-tiba Nial mengucup pipiku membuatkan aku tersentak. "Good morning sayang…Jauhnya termenung" Tindakan drastiknya itu membuatkan aku kelu. Tapi aneh, Aya langsung tidak terasa ingin memarahi Nial.. "Masih khayal lagi ya!!" Nial mengusap pipiku lembut membuatkan hati Aya yang selama ini sudah lama hilang debar itu berdebar dan terasa macam ingin tercabut jantung ini pada saat itu. Nial tersenyum lebar melihat telatah isterinya saat itu. Tadi dia mengambil langkah berani mati dengan mengucup Aya. Nial tahu, kalau silap haribulan Aya akan melenting terus..Namun reaksi Aya yang kebingungan itu membuatkan hatinya digeletek gembira dan bahagia. "Fikirkan apa ni?" "Tak ada apa-apa" Nial malas untuk mengganggu mood Aya dengan mengungkitkan apa yang difikirkan Aya. Mungkin teringatkan kenangan lepas. Kalau betul, nanti tak pasal-pasal akan mencetuskan amarah Aya..Baik Nial tidak memaksa..lagi selamat. "Masak apa?" "Mee hoon goreng dengan karipap segera aje" "Mmm…bau macam sedap. Dah lama abang tak rasa masakan Aya" Lantas jari Nial cepat saje mencubit mee hoon yang disendukkan Aya ke beks hidangan..dan secepat kilat saje tangan Aya mencubit Nial. "Owh..sakitlah sayang..Pagi-pagi dah kena dera dengan isteri" "Tak senonohlah awak ni. Kalau ya pun lapar..duduk la dulu..nanti saya sendukkan" Walaupun dimarah begitu, Nial terasa ingin meloncat kegembiraan. Mana tak nya..Tiada lagi marah benci..Cuma marah-marah sayang. Nial berharap sangat keadaan harmoni sebegini selama hayat hidupnya. Tanpa Aya, hidup Nial selama ini begitu sukar sekali. Ditambah lagi selepas Nial tahu bahawa dia sudah ada anak. Tidak akan Nial persiakan peluang yang Aya berikan ini. "Marah ke?" Akibat terlalu melayan fikiran, Nial membuatkan Aya serba salah "Lapar sangat ke?" Tambah Aya bila melihat Nial masih berdiam diri. ‘Aduhai sayang…Aya tak tahu betapa gembiranya abang melihat Aya menerima abang kembali’ "Taklah..abang fikirkan sesuatu tadi" "Oh…kalau Nial nak makan, duduklah..nanti Aya siapkan airnya" Setelah dihidangkan makanan untuk Nial..Aya segera ingin meninggalkan Nial makan sendirian..Sebenarnya, Aya sudah tidak betah berdua-duaan dengan Nial sejak perasaan pelik ini hadir kembali dalam dirinya. "Aya tak makan sama?" "Makanlah dulu..Aya nak tengok Awish dan Ain..nanti mereka pelik pula bila bangun berada kat tempat asing" "Kalau macam tu, kita makan nantilah…Kita tunggu anak-anak kita bangun" Cepat saje Nial menyaingi langkah Aya. Sementara Aya makin tidak keruan.Nak ditegah, memang tak ada salahnya pun Nial masuk ke biliknya…Doa Aya dalam hati semoga anak-anaknya sudah bangun, nanti tidaklah dia jadi kera sumbang di hadapan Nial…Aneh!! Perasaan marahku pada Nial seakan sudah hilang terus dalam diriku dan yang tinggal perasaan sayang dan cinta padanya yang kian timbul dan ia semakin utuh dari hari ke hari. Malah perasaan ini lebih kuat berbanding dulu!! Secara jujurnya, aku amat takut dengan perasaan yang wujud ini. Sesampainya aku di bilik, aku lihat anak-anakku terkebil-kebil di atas katil..Mana tidaknya, mereka membesar di bilik yang lain dan tak pernah sekalipun berkunjung ke sini. "Anak mama dah bangun.." Aku mendapatkan mereka..Sementara Nial memerhatikan dari jauh telatah Aya dan anak-anaknya..Bahagia terbit di hati. "Papa pun ada kat sini hari ni" jerit Awish. "Ya sayang…kan hari ni hari cuti" didukung anaknya itu sementara Aya memeluk Ain. "Jom pergi mandi..nanti kita makan" ajakku.. "Awish nak mandi dengan papa!!" Tiba-tiba itu yang terkeluar dari mulut Awish..Nial tersenyum sumbing..Mana tidaknya, belum pernah dalam hidupnya memandikan budak-budak..Aya merenung Nial yang kehilangan kata itu. "Papa dah mandi tadi sayang..jom mama mandikan" "Alah…mama pun dah mandi..Nape papa tak boleh pulak??" Pegangan Awish makin erat di leher Nial..Baru Nial tahu anaknya rupanya degil..sama macam Nial juga. "Tak apalah…biar abang mandikan anak-anak. Jom kita mandi" Terus mereka menjerit gembira. Aku membiarkan Nial memandikan mereka. Sudah berapa kali mataku mengerling jam di dinding..Yang membuatkan aku bimbang, sudah lebih sejam mereka dalam bilik air. Masih tak siap-siap lagi. Dan aku tidak boleh menunggu lagi. Bila saje aku membuka pintu bilik air, betapa terkejutnya aku saat itu. Anak dengan papanya pun sama..Berendam dalam tab mandi, bermandi sabun. "Tak siap lagi ke? Tak sejuk?" "Mama…" teriak anak-anakku dan Nial hanya tersenyum… "Jomlah mandi mama.." ajak Ain tiba-tiba.. "Dah..cukup!!Cepat keluar dari situ sebelum mama marah" "Ala mama ni..tak best la..papa!!" Ain meminta tolong. "Dahlah…jom kita makan pula..mama dah masak best!!Lepas makan papa bawa jalan-jalan" "Yea.." dua-dua anak-anakku menjerit riang… ‘Nial ni memang pandai mengumpan anak-anakku..ada sahaja rencananya yang secara langsung melibatkan aku.. Makan pagi itu di meriahkan gelak ketawa Ain dan Awish..
saya dapat mengahyati cerita ini dan saya mahu terus membaca cerita selanjutnya saya nak tahu kenapa Aya dan nial tak seperti pasngan suami isteri yang lain.
adizah_8281@yahoo.com.my
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wah bbunga2..
best cpt smbung..