Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku menghempap tubuh di atas sofa. Sudah setahun aku tinggal di apartment kat Wangsa Maju ni dengan Azila dan Linda. Duduk tiga orang pun macam duduk sorang-sorang je. Linda aku tak kisah sebab kalau dia balik lambat pun mesti ada kerja kat pejabat. Lagipun kami memang rapat dan aku kenal ngan dia. Sekarang ni pulak dia ada kat kampung. Tapi minah Zila tu pulak bukan selalu lekat dekat rumah. Kerja sekali ngan aku jugak tapi jawatan aku lagi besar dari dia tu pun siap boleh balik awal lagi dari dia. Kerja pegawai pemasaran je bukan sibuk mana pun, entah-entah dok mengurat kat pejabat lagi. Geram betul la! Dia ingat ni rumah dia kot. Aku bagi tumpang pun dah kira baik.. Memang aku tak suka dengan dia sebab dia tu pemalas. Duduk rumah orang tapi tak pernah tolong buat kerja. Aku beristighfar sebentar. Kenapa dengan aku ni asyik marah-marah dari tadi?
Sayup-sayup azan kedengaran. Aku terus berlalu untuk mengambil wudhuk. Mengikut kata ibu, banyak fadhilat yang kita dapat kalau berwudhuk tepat pada masanya. Pernah aku mendapat info dari internet yang wudhuk ni boleh menghilangkan rasa marah. Memang betul, sejuk je hati aku ni selepas berwudhuk, fikiran pun jadi tenang. Telekung di dalam bilik solat ku capai lalu segera menunaikan kewajipan kepada ALLAH s.w.t
Seusai solat, aku membuat kerja yang tertangguh di pejabat. Waktu kat pejabat, satu kerja pun aku tak sentuh sebab sakit hati ngan Susan. Time ni baru nak kalut buat kerja. Memang padan muka aku! Kerja, kerja dan kerja.. Mataku terasa berat apabila jam di dinding sudah pun menunjukkan nombor satu.
------------------------
Kelopak mataku buka perlahan-lahan. Entah bila aku boleh tertidur depan laptop ni. Kenapa rasa lain ni? Jam di hadapan ku tatap. Pukul 7.00 pagi. Eh.. Ku tatap buat kali kedua. Hah? 9.00 pagi! Ya ALLAH!.. kenapa aku bangun lambat sangat?
Aku bergegas mencapai kunci kereta Honda City milikku selepas bersiap kemudian bergerak ke Syarikat Berjaya Holdings Sdn Bhd. Langkahku pantas menaiki tangga sampai tingkat empat. Sampai tingkat tiga, kakiku terseliuh hampir sahaja aku tejatuh.
"Auch!" Mujur tiada sesiapa di situ. Terhenjut-henjut juga aku menaiki tangga. Pedih kaki aku ni bila sampai di pejabat. Aku duduk sebentar di atas sofa tempat menunggu tetamu sambil memicit-micit kakiku seketika.
“Kenapa pulak nie?" mendengarkan suara itu aku mengangkat wajah. Izam?.. Ramai yang mengatakan dia ada menaruh perasaan padaku. Dahulu aku tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan namun sejak minggu lepas lelaki ini meluahkan perasaannya padaku, barula aku tahu semua cerita itu benar. Semenjak minggu lepas jugalah, aku berusaha melarikan diri dari Izam kerana tidak mahu dia mengungkit hal tersebut. Tapi hari ini, melihat wajahnya membuatkan rasa bersalah muncul di hatiku kerana disebabkan aku dia terluka. Ya Tuhan, tabahkanlah hati lelaki ini.
“Err.. tak ada a.."
“Tak ada apa-apa? Tengok kaki pun dah merah" belum sempat aku meneruskan ayat, dia memintas terlebih dahulu. Kenapa lah saya tak boleh cintakan awak, Izam? Janganlah terlalu baik dengan saya, awak buat saya sedih.
“Tunggu jap" aku mengangguk lemah kepadanya. Mataku menuruti langkahnya. Dia membuka peti kecemasan kemudian mengambil ubat luka, iodin dan kain pembalut. Izam duduk di hadapanku kemudian menarik perlahan kakiku. Takkanlah aku nak bagi dia buat kot?
“Nanti saya buat sendiri" aku berkata tegas padanya. Sepasang mata sedang merenungku tajam. Adam.. Tolong jangan salah faham.. Dari biliknya, dapat ku lihat lelaki itu melemparkan pandangan tajam padaku.
“Tapi.."
“Please lah.. Saya buat sendiri ok?" kali ini aku seolah-olah memberi arahan padanya. Maafkan saya Izam. Saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak. Cuma saya tak nak awak terluka lagi. Aku dengar keluhan dari Izam
Semua alat membalut dan menyapu luka ku ambil masuk ke dalam bilik pejabatku. Sedikit pun aku tidak menoleh ke belakang. Keluhan ku lepaskan apabila duduk di kerusi. Tanganku meraup wajah. Aku membuat panggilan interkom kepada Atiqah dan menyuruhnya datang ke bilikku.Nyata dia tidak keberatan. Sementara menunggu Atikah, fail di hadapan meja yang berselerakan ku susun kemas. Bunga ros merah di dalam pasu kaca ku tatap lembut sambil tanganku leka bermain-main dengannya.
“Berduri tapi cantik kan?"
“Emm.. ros boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.. Ia sungguh istimewa.." tanpa sedar aku mengungkap kata-kata itu. Adam? Macam mana lelaki ni ada dalam bilik aku bukan aku suruh Atikah ke yang datang? Terkejut aku melihat wajah lelaki itu. Hatiku sering berkata lirikan matanya, cara dia memandangku seolah-olah dapat ku tafsirkan sesuatu. Mungkin perasaan ku sahaja. Aku menyimpul senyuman padanya.
“Atikah suruh I yang datang cause dia kena keluar sekejap.. so Fiya tak kisahkan?" huh? Nampak sangat dia tipu. Sekalipun Atikah keluar, takkanlah Atikah nak suruh bos ganti tempat dia pulak. Nak tipu pun fikirlah dulu cik abang oi. Tapi hatiku diulit bahagia mendengar dia memanggil aku Fiya. Terasa begitu mesra didengari. Sebelum ini hanya keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja memanggil aku sebegitu. Aku memandangnya lama. Dia begitu kacak sehinggakan aku seolah-olah tak mahu mengalihkan mata ke arah lain.
“Kenapa pandang I macam tu?" baruku sedar diriku turut diperhatikan. Mata ku arah ke luar tingkap.
“Err.. I suka bila you panggil I Fiya.. tu je.." aku mengutuk perlakuanku. Malunya, mesti dia fikir bukan-bukan bila aku tengok dia macam tu. Tapi bukan-bukan ke memang betul? Hmm..
“Oh.. Lepas ni I panggil you Fiya, ok sayang? aku hanya membalas dengan anggukan. Eh.. bukan ke dia panggil aku sayang? What! Relax.. relax, jangan perasan sangat.
“You nak minum apa-apa? I ambilkan" sengaja aku mencari peluang untuk keluar dari bilik sebentar. Berlama-lamaan dengan si dia boleh membuatkan penyakit ku datang kembali
“Boleh jugak.. Coffee" Putik dicita ulam mendatang. Thanks Adam sayang..
“Auch.." kakiku tiba-tiba terasa pedih sambil berdenyut-denyut apabila bergerak. Aku memandang kakiku yang mula berdarah akibat terkena bucu meja. Ni lah padahnya biarkan luka tu melarat. Tanpa disuruh Adam membasuh lukaku berhati-hati kemudian membalut kakiku. Spontan hatiku berdegup kencang apabila tangannya menyentuh kulit. Mengapa diriku begitu protes tika Izam ingin membalut lukaku tapi mudah sahaja membiarkan Adam merawatku?
Aku merenungnya lama. Pandangan kami bertaut. Adakah kau tahu apa yang tersirat dalam hatiku?
ouh.. takpe3.. nanti jangan lupa yer hantar n3 seterusnya
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
okey....cepat2 skit tau....i'll be waiting...
nk tgk ctra yg strusnya...hehe