Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Eh, liya. Bila lagi kau nak masuk kerja ni hah?." "Aku cuti lah. Kalau aku tak masuk pun kenapa? Kau rindu kat aku ke?." "Hmm..masalahnya bukan aku. Tu bos kau tu. Kesian aku tengok dia. Buat air sendiri. Buat itu ini pun sendiri." Bos aku? Syaitan tu dah lepas ke? "Datuk tu?." "Datuk apa pula?." Eh, Amirah ni nak mainkan aku ke? Siapa lagi bos aku sekarang kalau bukan orang tua sial tu?
Ke mana pula semua barang-barang aku ni? Dah lah aku sampai aje tadi semua orang tengok aku lain macam. Takkan diorang dah tahu pasal kes aku tu? Tapi siapa yang gatal sangat mulut tu? Bos? Ish, dia bukan macam tu orangnya. Dia jarang nak malukan orang. Tapi kalau bukan dia siapa lagi? Mana ada orang lain yang tahu pasal kes orang tua gatal tu. "Eh, Liya? What are you doing here?." Khairani? "I kerja lah. Ke saya dah kena fired ni? Barang-barang I semua dah tak ada. Siapa yang buang?." Aku risau separuh mati, dia boleh pula senyum macam ni. Kenapa dengan semua orang ni hah? "Rani? I kena fired ke?." "Fired? Siapa fired you?." "Habis mana barang-barang I?." Khairani menggeleng. "You tak tahu ke I dah kena balik ke position I? Ini meja I sekarang." Kena balik position asal? Tapi itu dia. Aku ni????
"PA." "Bos ni kan. Suspend saya tahu?." Dia ketawa sungguh-sungguh. Manalah aku tahu dia exchange semua position kami. Dania jadi secretary, aku jadi PA.....again. "Tak happy ke nak kerja dengan saya ni?." "Happy kalau bos tak dera saya lagi. Macam dulu." "Hmm...itu kita bincang kemudian. Happy tak happy, awak tetap kena kerja dengan saya. Kecuali..." "Kecuali apa?." Dia sengih aje macam kerang busuk. "Kecuali kalau awak nak jadi PA datuk." "Bos ni!!!!."
Memandangkan cuti sekolah dah mula, tak ada siapa nak jaga Rania dan Adib. Mak pula kena siapkan semua jahitan dia. Customer pun dah sibuk tanya tempahan. Nasib aku memang baik bila bos izinkan aku cuti empat hari. Sementara cuti, lebih baik kami pulang ke rumah nenek. "Hah, Adib. Mandi kat telaga tu baik-baik." "Ya, nek." Petang-petang begini, waktu kecil dulu aku dan Farah selalu berenang kat sungai belakang rumah. Bogel aje. Budak-budak. Tak tahu malu. Masa tu aku lah yang nak sangat jadi ketua. Minta izin kat ayah yang garang tu. Nasib baik dia izinkan tapi kadang-kadang bila dia tak ada kat rumah, aku tetap memandai-mandai lari bawa tayar getah. Malamnya, bila ayah sampai di rumah, tak sah kalau aku tak kena satu pelempang sulung dia.
"Kak, bangun." "Grrr…." Orang baru nak tidur, dah ada yang nak mengganggu. Dahlah penat tolong nenek korek ubi kayu tadi. "Kak, bangunlah cepat." "Ada apa ni hah?." Rania tertunjuk-tunjuk ke arah pintu. Tapi aku yang tengah mamai ni tak nampak satu apa benda pun. "Kawan akak tu. Dia nak jumpa akak sekarang." Kawan? Aku kat kampung ni mana ada kawan. Takkan kawan-kawan dari office kot? Jauh-jauh datang dari KL? "Siapa?." "Abang Armand. Dia cakap dia kawan akak. Cepatlah keluar. Dah lama dia tunggu tu." "Armand?."
Ah, malunya aku dia nampak aku tidur tadi. Kalau tidur elok-elok tu tak mengapalah. Ini aku selamba aje tidur terbongkang kat sofa dengan kaki berkangkang. Aduh, tak sopannya aku… Dia ni pula tak reti agaknya nak berhenti mengejek orang. Asal nampak aku, senyum. Nampak aje, senyum. Bukan dia aje, malah nenek pun ikut sekongkol dengan Adib dan Rania. Rania lah yang gatal sangat mulut cerita kat nenek pasal kes petang tadi tu. Hish…geramnya. "Liya, jom makan malam. Nenek tahu liya laparkan?." "Tak nak lah saya makan." "Lah, kenapa pula? Lagipun kan Armand ada tu. Dia tetamu liya, kenalah layan." "Sebab dia adalah, saya tak ingin nak makan." "Tak baik macam ni. Tetamu kena dihormati." "Dia pun tak hormatkan saya, nek. Ketawakan orang tu, tak hormatlah tu." "Liya merajuk ke?." "Huh, tak kuasa saya nak merajuk. Kalau kena pujuk tu tak apalah juga."
Ya Allah, perut aku ni pun satu. Tak tahu nak bekerjasama langsung. Orang nak merajuk pun susah. Harap-harap ada lagilah lauk diorang makan tadi. Asam pedas ikan pari pula tu. Huih, rugi juga kalau tak merasa. Nenek kalau memasak, memang tak boleh lawan punya. Eh? Baru aku nak buka pintu, tiba-tiba pula ada dulang. Penuh dengan makanan. Siapa yang letak ni? Nenek kot. Aku tengok sekeliling tak ada sesiapa jadi tangan ni panjang aje menjangkau tapi belum pun sempat aku nak menarik dulangnya, tiba-tiba aje ada tangan yang menggenggam tangan ni. "Hai, lapar ke?." Dia? Cis, tak habis-habis nak malukan orang. "Lapar?." Nadanya berubah ikhlas. Walaupun malu, aku tetap angguk. Lama kami bertentang mata. Dia senyum. Kenapa? "Lucu sangat ke kalau saya lapar pun?." "Lucu? Siapa cakap lucu?." "Dah tu yang bos senyum-senyum tu kenapa? Gila?." Bertambah kuat dia ketawa. "Berkemungkinan akan gila tapi tergila-gilakan PA saya ni." "Mulalah nak merapu tu. Memang nyanyuk." "Ok, saya tak nak senyum lagi. Jom saya teman awak makan. Makan sorang-sorang ni tak best." Anehnya, aku ikut aje dia ke dapur. Dia layan aku macam puteri. Panaskan lauk, hidangkan makanan, sendukkan nasi, tuangkan air suam, siramkan tangan. Semuanya dia yang buat. "Eh, kenapa ada dua pinggan?." "Nak satu aje ke?." Aku yang tak mengerti apa-apa ni angguk saja. Dah aku aje yang nak makan. Takkan sampai dua pinggan kot. "Ok, jom makan." "Tapi kenapa letak nasi macam bukit ni? Tak habis karang, hah membazir lagi." "Apa nak membazir pula. Saya makan separuh, awak makan separuh." "What? Bos lapar lagi ke? Besarnya perut." "Siapa cakap saya lapar lagi? Memang saya lapar sejak dari KL lagi. Ingat nak makan dengan awak tadi tapi…" "Lah, bos tunggu saya ke? Kesiannya." Dia angguk. Memang aku menyesal. Manalah aku tahu dia nak makan dengan aku juga. Perlahan-lahan aku mula menyuap. Dia turut menyuap. Dia tengok aku, aku tengok dia dan akhirnya kami makan sambil ketawa. Aku betul-betul terlupa yang kami makan sepinggan. Sekali lagi. Dia cubit ikan, aku ambil sayur. Beberapa kali pula dicecahkannya isi ikan ke dalam kuah sebelum aku akan cepat-cepat merebut. Aku juga terlupa hakikat aku melayaninya dengan mesra tanpa ada tudung di kepala sampailah sebelum aku masuk ke bilik, dia berbisik memuji kecantikan rambutku.
Assalamualaikum Kak Tyea, Smlm adalah mlm pertama perkenalan saya dg novel andalusias ni. Tahniah kepada penulis sbb berjaya menimbulkan rasa tidak sabar untuk ke sambungan yg seterusnya. Cork tulisan yg senang difahami dan ringan bahasa cukup membuat saya tersenyum sendiri, tapi x gila lagi tau!Tahniah sekali lagi dan Insya Allah satu hari nanti berjaya diterbikan sebagai novel. usaha lebih lagi yeh!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best2. cpt smbung.