BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Julai 24, 2009
Novel : Anaknya, Anakku Jua 1
Nama Pena : anarif

Nisa' mengerling jam di dinding pejabatnya. Sudah hampir pukul 5. Sekejap lagi Daniel akan datang untuk mengambilnya. Habislah, kerja banyak lagi ni. Marah lagi la Daniel. Bukan Nisa' tidak ada kereta, tapi keretanya dihantar ke bengkel untuk dibaiki kerana ada masalah sedikit. Seketika dia teringatkan bebelan Daniel. Nisa' ni workaholic, tak pentingkan dia la, asyik dengan kerja la, macam-macam lagi yang Daniel akan bebelkan. Penat juga nak memujuk. Akhirnya selalu dibiarkan Daniel bercakap sorang-sorang sehingga dia diam sendiri.

Akhirnya Nisa' memutuskan untuk menghentikan juga kerjanya walaupun bukanlah tabiatnya untuk bertangguh kerja. Demi Daniel dan hubungan mereka yang sudah berjalan baik selama 2 tahun, Nisa' mengalah. Lagi pula mereka akan bertunang hujung tahun ini. 6 bulan dari sekarang. Dan mengikut perancangan 3 bulan selepas itu pula mereka akan bernikah. Nisa' sedar dia perlu melatih diri dengan komitmen dari sekarang supaya apabila mereka berumahtangga dan munking mempunyai cahaya mata kelak, dia tidak akan kekok untuk membahagikan masa untuk rumahtangga dan kerjayanya.

Tepat pukul 5, dia sudah berada di lobi dan beberapa ketika kemudian, Daniel tiba dengan Proton Gen2nya.

"awal hari ni?" usik Daniel.

Nisa' mencebik.

"yelah, kalau tak nanti ada orang tu merajuk susah pulak saya." Nisa' memulangkan paku buah keras. Daniel ketawa kecil. Dia tidak mengambil hati bicara Nisa' sebaliknya dia bangga kerana buah hatinya itu sudah mula mengambil berat tegurannya.

"yela sayang. Sekarang kita nak makan kat mana?"

"tempat biasa je la. Saya penat. Boleh balik cepat sikit." Ujar Nisa'.

"ok. As you wish." Lalu Daniel pun meneruskan pemanduan ke restoran yang dimaksudkan Nisa'.

"eh, awak. Esok kereta saya dah boleh ambil. Mekanik tu dah telefon tadi. Esok pagi awak jemput saya, kita pergi bengkel sama-sama. Dari situ baru gerak asing-asing. Ok?" Tanya Nisa'.

"ok je. Macam tu awal sikit la. Takut lambat pulak masuk office nanti."

"ok. Pukul 7.30 kita gerak."

Apabila tiba di restoran tersebut, mereka terus menempah makanan dan sementara menunggu tempahan mereka tiba, mereka berbual-bual kosong perihal kerja dan majlis pertunangan mereka nanti. Tiba-tiba, Daniel bertanya.

"Nisa' nak anak nanti berapa orang?" pertanyaan itu membuatkan Nisa' tergamam.

"kenapa awak ni? Tak pernah Tanya macam tu tiba-tiba je." Air mukanya berubah merah menahan malu.

Daniel ketawa kecil melihat reaksi Nisa' yang sudah dijangkakan.

"kalau Daniel, Daniel nak 4 orang. 2 pasang. Kalau kembar lagi bagus." Ujar Daniel bersungguh-sungguh. Sengaja mahu mengusik gadis itu. Nisa' bertambah segan.

"pandaila awak. Awak beranak la sendiri. Saya tak nak."

"kalau saya boleh beranak, dah lama saya minta tau tapi tak boleh, nak buat macam mana kan? Nanti lawan hukum Tuhan pulak." Ujar Daniel lagi.

"kita cakap pasal lain la. Hah, nasik dah sampai!" ujar Nisa' riang apabila melihat pelayan membawakan makanan mereka. Daniel ketawa lagi namun dia sudah berhenti bercakap soal itu.

Mereka makan dengan senyap dan sebaik selesai, terus mereka bergerak pulang ke rumah.

Sebaik tiba di apartmentnya yang didudukinya seorang diri, Nisa' yang keletihan terus membersihkan diri dan menunaikan solat asar. Usai asar dia menunggu maghrib dan terus menunaikannya sebaik masuk waktu. Apabila teringatkan hari itu khamis malam jumaat, dia pantas mencapai naskhah Yasiin lalu membacanya penuh tekun dan khusyuk sehingga selesai. Sebaik azan isya" dia pantas menunaikan solat terakhir untuk hari itu. Sebaik selesai, dia terus merebahkan diri dan menaip mesej selamat malam kepada Daniel. Apabila mesej balasan Daniel masuk dan dibacanya, dia terus melelapkan matanya dan tertidur.

Nisa' merasakan dia baru sahaja terlelap apabila telefonnya berbunyi nyaring. Dengan mata terpisat-pisat, dia menjawab panggilan itu tanpa melihat nama pemanggilnya.

"helo…"

"helo, cik Khairunnisa" bt Saifullah ke yang bercakap ni?" suara itu kedengaran serius.
Nisa' terdiam. Matanya terbuka sedikit.

"ye saya. Awak siapa?" pantas dia mengesat-ngesat matanya yang masih kepedihan lantaran mengantuk yang teramat.

"saya dari Klinik Bersalin Aina. Boleh awak datang ke sini sekarang? Adik angkat awak sedang menunggu awak dan dia sangat memerlukan awak sekarang."

Adik angkat? Matanya terus segar. Klinik bersalin? Bila masa la aku ada adik angkat? Mengandung pulak tu.

"saya minta maaf tapi awak salah orang rasanya. Saya tak ada adik angkat, lagi pula yang bersalin. Saya minta maaf…"

"tapi cik, dia sebut nama penuh cik. Apa kata cik datang dulu? Keadaan dia tak berapa baik dan dia berharap dapat jumpa cik. Berapa kali dia merayu kami supaya menelefon cik."

"siapa dia?"

"nama dia suraya. Kami mohon cik datang dulu. Apa-apa hal cik cakap nanti bila cik dah bertemu dia."

"di mana tu?" suraya terus mengambil pen dan kertas yang memang tersedia di meja sisi katilnya lalu bersedia untuk menulis alamat yang dibacakan. Mujur dia tahu kawasan itu.

"baiklah, saya datang sekarang." Ujar Nisa' lalu talian dimatikan.

Nisa' termangu-mangu seketika. Dikerling jam telefon bimbitnya. Pukul 2.30 pagi. Aku bermimpi ke? Dicubitnya kedua-dua belah pipinya. Aww! Sakit! Nisa' mengusap-ngusap kembali pipinya yang dicubit. Ini bukan mimpi. Pantas Nisa' bersiap ala kadar, cukup dia menutup aurat, mencuci muka dan menggosok gigi. Seketika, Nisa' teringatkan sesuatu.

Alamak! Mana ada kereta! Daniel? Macam mana ya? Otaknya ligat. Daniel tak boleh diganggu tidurnya. Pantas dia teringat jirannya, Mala yang juga bujang dan tinggal tidak jauh dari rumahnya. Pantas dia mandail nombor Mala. Deringan terbiar lama sebelum kedengaran suara
Mala yang serak kerana terganggu tidurnya.

"mala, sorry sangat kacau tidur kau tapi aku ada hal la, nak pinjam kereta kau boleh? Kau tak payah ikut aku, pinjamkan kereta je. Boleh?" ujar Nisa' pantas

"hmm.ok. tunggu kat luar rumah."ujar mala berbasa-basi.

Pantas Nisa' keluar dari rumah menuju ke rumah mala yang selang beberapa pintu dari rumahnya. Dia menunggu beberapa ketika sebelum kedengaran selak dibuka dan tersembul wajah Mala yang keletihan dan mamai. Matanya masih tidak terbuka sepenuhnya.

"nah. Esok aku ambik balik." Huluran Mala di sebalik lubang gril disambut Nisa'.

"thanks. Pegi sambung tidur balik."

"hmm…" Nisa' terus melangkah ke bawah. Mencari-cari kereta Mala di petak keretanya.

Sebaik tiba di klinik yang dimaksudkan, Nisa' terus menuju ke kaunter. Klinik itu lengang.

"tumpang tanya, saya Khairunnisa" Saifullah, tadi…" misi itu memotong cakapnya.

"oh, cik Khairunnisa"! saya yang telefon cik tadi. Mari, saya bawakan cik kepada adik angkat cik."

Nisa' Cuma mengangguk lalu menurut langkah misi itu ke sebuah bilik di bahagian belakang klinik itu. Mereka masuk ke sebuah bilik yang sederhana kecil yang memuatkan sebuah katil yang berpenghuni. Wajah gadis itu pucat. Dia kelihatan tidak bermaya. Sangkanya gadis itu tidur namun dia tersentak apabila gadis itu bersuara.

"misi, dia dah datang?" suara itu lemah. Barangkali dia mendengar bunyi pintu dibuka.

"ya cik Suraya."

"cik Khairunnisa", ini dia orang yang memanggil cik datang ke sini. Saya tinggalkan cik dengan dia." Misi itu berlalu keluar.

Nisa' termangu-mangu. Dia tidak kenal Suraya. Apa yang menjadi tanda Tanya ialah bagaimana gadis itu kenal dirinya? Mesti salah orang.

Nisa' menarik kerusi di sebelah katil itu lalu duduk. Dia benar-benar tak keruan. Keliru dengan situasi ini.

"kak Nisa'." Suara itu memanggil. Matanya terbuka perlahan-lahan.

"ya saya." Nisa' tidak tahu apa yang patut diucapkannya ketika ini.

Dia sayu melihat keadaan gadis itu. Dari pemerhatian Nisa', Suraya gadis yang asalnya cantik, Cuma keadaannya ketika ini membuatkan kecantikannya pudar. Kasihan.

"akak tak kenal saya, tapi akak mungkin kenal Badri." Ujar Suraya lemah.

Nisa' tersentak. Badri! Apa kaitan gadis ini dengan Badri?

"saya isterinya."

Seakan dapat membaca fikiran Nisa', Suraya menjelaskan tanpa diminta. Nisa' tergamam. Dia tidak tahu Badri sudah berkahwin.

"saya tak punya banyak masa lagi akak. Saya akan pergi. Tapi saya nak serahkan harta saya pada akak. Saya harap akak dapat terima." Ujarnya lagi.

"apa yang awak cakap ni? Saya tak faham." Suraya tersenyum tawar. Dengan bersusah payah dia mengambil sesuatu yang diselitkan di bawah bantalnya lalu dihulurkan kepada Nisa'. Nisa' memandang sepi huluran itu. Bingung.

"akak ambillah surat ni. Akak akan tahu semuanya. Tolong panggilkan misi." Suraya terbatuk-batuk kuat.

Pantas Nisa' menyambut surat itu lalu bangun memanggil misi tadi.

Apabila misi itu masuk, suraya bersuara lagi.

"tolong ambil Hana." Misi itu terus berlalu menunaikan permintaan itu. Nisa' makin keliru. Hana?

Seketika misi itu masuk kembali sambil mengendong bayi yang masih merah lalu diberikan kepada suraya yang bersusah payah cuba memegang bayi itu. Dia kelihatan sangat uzur. Dikucupnya bayi itu berulang kali sambil dia berbicara perlahan.

"Hana, ibu tak boleh jaga Hana. Ibu akan pergi. Hana tinggal dengan ummi Nisa' ye? Ibu sayang Hana." Sayu suara itu. Nisa' sebak dan bingung.

"suraya, apa yang awak maksudkan ni? Saya tak faham."

"akak akan faham segalanya setelah akak baca surat tu. Saya minta maaf sebab tak punya banyak masa untuk memberi akak peluang memahami segala-galanya sendiri. Akak, nak kendong Hana?" dia mengunjukkan bayi itu kepada Nisa'.

Nisa' masih kaku, teragak-agak dengan sikap Suraya dan kata-katanya namun dia menghampiri juga Suraya lalu diambilnya Hana dari Suraya. Comel. Dia menatap wajah itu yang sedang nyenyak tidur. Si kecil yang tidak memahami apa-apa. Dia juga keliru.

"saya serahkan Hana kepada akak mulai sekarang. Saya harap akak dapat jaga Hana dengan baik dan saya percaya, akak akan menjaga dia dengan baik."

"suraya, apa awak cakap ni? Saya tak faham." Suraya Cuma tersenyum sambil dia mengusap lembut ubun-ubun Hana yang masih di dalam kendongan Nisa'. Suraya kelihatan semakin lemah.

"Badri percayakan akak, jadi saya pun percayakan akak." Ujar suraya perlahan. Seketika, mulutnya terkumat-kamit, perlahan suaranya. Kemudian matanya terus tertutup dan tangannya terkulai. Nisa' tergamam. Tak mungkin!

Pantas Nisa' berlari keluar memanggil misi. Riuh-rendah misi itu datang dengan membawa doctor bersamanya. Nisa' meminggir, tidak tahu apa yang patut dilakukannya waktu itu. Jangan Suraya, awak mesti tabah! Ucapnya berulang kali di dalam hati. Tiba-tiba, bayi di dalam kendongannya menangis membuatkan dia bertambah tidak tentu arah. Dalam dia cuba mendodoikan Hana supaya berhenti menangis, dia tetap memerhatikan doctor dan misi yang berusaha sedaya upaya menyedarkan Suraya.

Nisa' bagai tidak percaya apabila doctor berhenti setelah beberapa ketika lalu memandangnya dengan pandangan yang dia tidak sanggup tafsirkan. Tak mungkin! Nisa' tersandar di dinding itu. Antara percaya atau tidak bahawa suraya telah pergi untuk selama-lamanya. Suraya yang baru dikenalinya dan Hana yang baru lahir di tangannya.

"Assalamualaikum kak Nisa'. Saya pasti saat akak membaca catatan ini, saya mungkin telah pergi mengadap Ilahi. Doakanlah saya di kalangan orang-orang yang beriman.

Akak, saya isteri Badri yang dikahwininya setahun lalu. Kami bertemu di kelab malam yang selalu dikunjungi badri. Dia tidak mencintai saya tetapi saya merasa amat bertuah apabila dia sanggup mengeluarkan saya dari neraka itu dan menjadikan saya seorang isteri yang bertuah biar tidak memiliki cintanya. Mungkin akak tidak tahu yang badri telah meninggal dunia 4 bulan yang lalu kerana barah hati. Dia meninggalkan saya yang ketika itu sedang mengandungkan anaknya 5 bulan. Pilu hati ini, patah kaki dan tangan saya untuk meneruskan hidup yang sudah sedia kosong ini. Saya sebatang kara, begitu juga Badri dan saya tahu akak pasti sudah sedia maklum dengan keadaan Badri.

Saya mengenali akak kerana Badri sering bercerita tentang seseorang yang bernama Nisa', yang disayanginya sepenuh hati tetapi terpaksa dikecewakannya kerana penyakitnya. Dia tidak sanggup akak merana kerana kematiannya kelak. Dan saya tahu, akak tidak tahu-menahu mengenai penyakitnya itu. Dia sering berkunjung ke kelab malam kerana kecewa dengan hidupnya dan di situ juga kami bertemu.

Akak, hakikat hidup saya sangat sukar untuk diterima. Mungkin nasib saya memang begini. Saya juga berhadapan dengan maut. Saya sebenarnya tidak dibolehkan mengandung kerana rahim saya tidak kuat. Namun saya tetap mahu mengandung demi Badri dan kini, saya hanya menanti saat melahirkan yang menurut kata doctor, peluang saya untuk hidup amat tipis selepas melahirkan. Saya pasrah. Namun saya harus bertindak pantas demi anak yang bakal dilahirkan. Saya tidak mahu anak saya nanti juga bernasib malang seperti saya dan kerana itulah saya berhajat untuk mengamanahkan anak saya yang bakal lahir nanti kepada akak. Akak ambillah dia sebagai anak angkat. Saya tahu permintaan ini agak berat kerana kita tidak saling mengenali dan akak juga punya kehidupan tersendiri namun saya percaya, akak tak akan menolak permintaan ini. Badri sangat percayakan akak dan kerana itu, saya juga percaya akaklah orangnya yang paling layak dan sesuai menjaga anak kami nanti setelah ketiadaan saya.

Saya percaya akak akan mendidiknya sebaik mungkin yang mungkin saya sendiri tidak mampu lakukan sekiranya saya mempunyai umur yang panjang. Saya percaya anak kami akan selamat dan aman di tangan akak. Didiklah dia seperti anak akak sendiri.

Saya terfikir juga, sekiranya akak tidak mampu untuk menjaga anak kami nanti, berilah dia kepada orang lain yang akak percaya mampu menjaganya sebaik akak. Saya percaya dengan penilaian akak dan saya reda jika itu yang akak mampu lakukan untuk anak kami nanti.

Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan akak nanti.

Sekian dari saya,
Suraya."

Air mata mengalir laju menuruni pipi. Isi kandungan surat itu benar-benar di luar jangkaannya. Badri, itu helahmu rupanya. Sayu bila memikirkan insan yang pernah disayanginya sepenuh hati sebelum kehadiran Daniel. Teringat betapa kecewanya dia apabila Badri sentiasa melarikan diri darinya sehingga Badri melafazkan kalimah mahu berpisah dan menamatkan hubungan mereka.

Hana, anak badri. Kedengaran tangisan si kecil di bilik di mana dia bertemu suraya tadi. Pantas dia bangun dari kerusi menunggu di luar bilik itu lalu masuk ke dalam bilik. Digendongnya Hana dengan pipi yang basah dengan air mata.

Hana, apalah nasibmu menjadi yatim piatu di hari kelahiranmu! Nisa' merintih sayu. Beberapa ketika kemudian misi masuk ke dalam bilik itu. Melihat suasana itu hatinya turut tersentuh.

"cik Nisa', awak nak kami uruskan jenazah?" Tanya misi itu perlahan.

Nisa' mengesat air mata. Cuba berbicara dalam sebak.

"ya, tolong uruskan jenazah. Saya perlu balik dahulu untuk menukar pakaian. Saya akan uruskan bayarannya. Dia tanggungjawab saya sekarang. Saya yang akan menjaga Hana." Yakin Nisa' menuturkan kata-kata itu.

Misi itu mengangguk perlahan, terharu dengan kesanggupan Nisa', kagum dengan wanita itu yang sanggup menerima anak orang lain kerana amanah. Nisa' mengerling jam di tangan. 4.30 pagi. Nisa' menghampiri sekujur tubuh yang kaku itu. Dibukanya penutup mukanya lalu dikucup dahi Suraya. Semoga dirimu aman di sana.
posted by Penulisan2u @ 12:58 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
13 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group