BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Julai 31, 2009
Cerpen : Kau Untukku
Nama Pena : azwanizan awang

"Aku terima nikahnya Tengku Ardini Nazifah Binti Qaulif dengan mas kahwinnya RM 80 tunai," lafaz Fendy dengan penuh yakin.

Sebaik mendengar lafaz itu, air mata Ardini menitis. Bukan tidak gembira dengan penyatuan ini. Bukan tidak gembira dengan ijabkabul ini tetapi hatinya begitu terharu dan bersyukur dengan kurniaan yang diberi.

Lantas Fendy menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis Ardini lalu mengucup dahi isterinya itu dengan penuh kasih. Semakin sebak dadanya menahan tangis. Sempat matanya menjeling ke arah Fendy yang tampak kacak dengan baju melayu berona biru lembut.

Tiba-tiba Ardini terasa mukanya sejuk disirami air. Lalu dibuka matanya dengan perlahan. Walupun pandangan agak kabur namun matanya masih dapat melihat wajah yang berada di hadapannya.

"Ewah-ewah kau Dini…banyak cantik muka kau! Eh, kau tengok jam sikit pukul berapa? Nak pergi class ke tak ni?" Farah dengan lajunya membebel. Terasa geram dengan perangai Ardini yang sering liat untuk bangun dari tidur.

"Apa kau ni Farah ganggu aku…Aku tengah syok-syok mimpi naik pelamin kau datang kacau. Potong stim lah kau ni…."

"Ooo…ada hati nak kahwin rupanya…bangun tidur tengah hari, silap-silap mak mertua reject kau tau! Dah… bangun mandi! aku tunggu kau kat bilik Sheren. Kau tak datang dalam setengah jam aku tinggal!" Farah terus berlalu meninggalkan Ardini yang masih terkebil-kebil di atas katil.

Dengan cuaca di luar yang agak redup dapat melenakan lagi tidurnya. Tiba-tiba dia teringat akan mimpinya tadi. Ardini tersenyum sendiri apabila terkenangkan mimpi yang indah itu. Tapi hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki itu? Walaupun itu sekadar mimpi namun masih jelas dalam ingatannya wajah tampan yang menjelma dalam mimpinya. Hatinya berbunga keringan lalu terus munuju ke bilik air.


****************

Suasana di Anjung cafe agak sesak. Beginilah padahnya kalau sampai pada waktu lunch hour. Dengan barisan yang agak panjang membuatkan Ardini malas untuk beratur membeli nasi dan lauk-pauk. Lalu dia terus menuju ke arah Farah dan Sheren yang sedang syok melantap.

"Kenapa tak makan? Puasa ye?"

"Malas ah Sheren.. aku rela berlapar. Kau tengoklah, bukan main panjang barisan tu. Esok pun belum tentu aku boleh makan."

"Tadi aku ajak keluar cepat-cepat tak nak. Sibuk nak ‘berdating’ dengan Encik Hisyam, kan dah lapar…dahlah meh makan dengan aku."

"Tengkorak kau aku dating dengan dia. Dah dia panggil aku, tak kan aku tak pergi. Kau nak aku ambik semula paper dia semester depan?" Sedikt geram Ardini pada Farah. Walaupun dia tahu temannya sekadar bergurau namun hatinya cukup geram.

"Aku gurau jelah…tu pun nak marah. Marilah makan dengan aku, banyak nasi ni lagi pun aku baru makan…"

"Tak pelah kau makan je…aku nak makan roti boom kat uncel tu. Lagi pun dah lama tak makan roti boom. Errmm..mesti best ni." Setelah meletak beg kuliah serta failnya di bangku bersebelahan Farah, Ardini terus menuju ke gerai roti boom milik India muslim itu.


********

Selesai latihan gendang di bilik wayang kulit, Fendy keluar untuk ke kuliah seterusnya. Sambil menunggu Syukri yang masih lagi berada di dalam, dia mengambil peluang yang ada untuk menghabiskan sebatang rokok yang baru dihisapnya. Dengan sedutan demi sedutan sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa mengantuk. Ditolehnya ke belakang, kelihatan Syukuri sedang duduk di muka pintu sambil menyarung kedua belah kasutnya.

"Woi Syuk, hang ni apa daa..lembab macam pempuan! Cepatlah weh dah lewat sepuluh minit ni.."

"Sabarlah…baru sepuluh minit rilex ah beb!" Dengan selamber Syukri menutur kata sambil tersenyum sehingga menampakkan susunan giginya yang cantik.

"Banyak hang punya rilex…hang bukan tak tau depa tu, lambat sikit mulalah bising. Tapi bila time depa lewat pandai pula diam." Syukri hanya terdiam lalu mereka terus menuju ke bilik kuliah.

*********

Ruang bilik kuliah yang tadi penuh dengan pelajar kini telah beransur lengan setelah kuliah yang hampir dua jam telah pun tamat. Dalam Fendy berjalan menuju ke pintu keluar, Mamu datang kearah Fendy.

"Lan, lepas ni hang nak balik hostel terus ke? Kalu hang tak dak keje boleh teman aku pi pekan sat? Aku nak pi cari barang lah sikit."

"Hang ni Mamu kan aku dah habaq tak yah dok panggil aku Lan. Tengok sekarang apa jadi, depa semua panggil aku Lan. Aku tak suka lah lagu ni…"

"Laa…hang ni, orang panggil nama glamour Lan Pet-Pet pun marah. Tengok aku, nama Nuar tapi bila mai sini depa dok gelaq aku Mamu. Tapi aku tak kisah pun skurangnya aku ni glamour jugak…"

"Glamour tok hang! Lantak pi lah mulut depa tak kuasa aku nak larang. Apa hang cakap tadi, nak ajak aku teman pi cari barang? Aku tak dak class dah cuma nak pi praktis sat. Kita pi je lah dalam pukul lima nanti boleh?"

"Ok lah…terima kasih no’ sudi teman aku. Nanti apa-apa hal aku sms hang. Aku nak pi balik hostel jap nak terberak rasa."

"loqlaq lah hang ni…dah pi lah cepat kan terciciq satu ASK pengsan." Fendy tersenyum melihat telatah Mamu si mamak Penang. Sejak dia menjejak kaki di ASK Mamu dan Syukri yang agak rapat dengannya. Apatah lagi dengan mereka semua satu kepala.

Walaupun kebanyakan pelajar ASK dari golongan yang agak senang, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk turut sama bergaul dan menuntut ilmu. Asal dari kampung bukannya alasan untuk dirinya mengejar cita-cita yang telah lama terpendam. Suatu hari nanti dia yakin bidang yang ditempuhinya sekarang ini akan menjadikan dirinya seorang yang berjaya.

*************

Selesai menunaikan solat isyak, Ardini kembali ke meja studynya untuk menyambungkan tugasan yang masih berbaki tadi. Menjelang peperiksaan tugasan semakin banyak perlu disiapkan. Walaupun agak kepenatan demi mengejar impian untuk menjadi seorang enggineer suatu hari nanti, dia tidak akan sesekali berputus asa. Dalam dia menyiapkan kerja tiba-tiba handphone berbunyi. Setelah melihat nama pemanggil yang tertera di skrin ardini tersenyum lantas menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum mama! Haa…rindu kat kakak lah ni…"

"Waalaikummussalam…amboi happynya anak mama ada apa-apa ke?"

"Isshh mama ni mana ada…happylah sebab mama call..apalah mama ni. Mama,adik-adik semua sihat?"

"Ye ke? Ingatkan ada berita apa nak cakapkan pada mama tadi. Alhamdulillah..semua sihat kat sini. Kakak macam mana okey?"

"So far okey tak ada apa masalah. Mama…, papa ada call tak cakap nak balik bila? Semalam kakak try call dia tapi tak dapat laaa…"

"Dua hari lepas ada papa call mama. Tapi masa tu papa ada kat US. So next two weks maybe from now papa balik lah sayang…"

"Alaa lamanye…kakak rindu sangat kat papa. Kakak ingat nanti bila papa ada kat rumah, cuti hujung minggu kakak nak balik kejap…" Seperti anak kecil Ardini merengek. Memang tidak dinafikan dia merupakan anak yang paling manja berbanding dengan adik beradiknya yang lain.

"Mama tak kisah kalau kakak nak balik, but make sure everything your assingment or your work you must do first right?"

"Yes madam… I’m promise!" Mereka dua beranak saling ketawa. Walaupun Puan Faezah kini berada di Kuantan Pahang, berjauhan dengan puteri tunggalnya amat dirasakan. Apatah lagi dengan sikap manja Ardini yang selama ini sering dirindui oleh Puan Faezah.

"Ada apa lagi kakak nak cakap pada mama? Kalau tak mama nak letak dulu sebab nanti mama nak pergi jemput Danish dengan Haikal kat rumah nenek."

"Errmmm…tak ada apalah mama. Nanti ada apa-apa kakak sms mama ok? I really miss you so much tau! Nanti kirim salam rindu pada semua."

"Ok sayang…take care and study hard. Bye Assalamualaikum…"

"InsyaAllah…bye mama, Waalaikummussalam…" Setelah talian dimatikan Ardini tersenyum riang. Terasa lepas rindu di dada apabila dapat mendengar suara mama. Kini dia tidak sabar dan menghitung hari untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba lamunan Ardini tersentak apabila terdengar pesanan sms yang masuk ke handphonenya. Lalu dia terus membaca sms tersebut

Akm, woi, buat apa 2 tgh stdy ker? Sorry lmbt rply msg ko, ni no baru eisya yg ko mta aku cari hari tu. Aku dpt no ni dr adik dia. 017-4227224. k bye

Setelah membaca sms tersebut, Ardini tersenyum. Akhirnya berjaya juga dia mendapatkan nombor baru Eisya iaitu sahabat lamanya sewaktu di MRSM dulu. Lalu tanpa membuang masa tangannya lincah menaip sms lalu dihantar kepada Eisya. Ardini tersenyum puas. Jam menunjukkan pukul 9.30 malam, masih banyak kerja yang harus disiapakan tanpa membuang masa Ardini menyambung kembali kerjanya yang ditinggalkan tadi.

*************

Fendy menghabiskan baki air yang ada di dalam gelasnya. Dia tersandar kekenyang dan perutnya terasa ketat setelah menghabiskan sepinggan nasi goreng ayam. Belum sempat dia mengambil sebatang rokok, tiba-tiba dia terperasan ada pesanan sms yang baru diterimanya. Setelah dibaca sms tersebut dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Mamu dan Syukri yang masih lagi sedang menikmati makanan saling berpandangan sesama mereka.

"Woi, kau ni kenapa? Lapar pun mereng, takkan dah kenyang pun mereng jugak?"

"Hang Syuk tak tau apa cerita baik hang diam! Sapa dia ni yang silap hantaq msg kat aku ni? Eisya mana entah aku tak tau." Dengan bersahaja Fendy membebel.

"Apa susah, hang call lah tanya sape dia baru hang tau." Mamu mencelah sambil tangannya lincah mengaut nasi di pinggan.

Tanpa berfikir panjang, Fendy terus mendail nombor tersebut. Dengan debaran dia menunggu untuk mengetahui siapakah gerangan yang menghantar sms padanya tadi.

"Hello, Assss….." belum sempat habis salam di beri, terdengar suara yang tidak dikenali.

"Eisyaa……aku rindu kau lah..aku ni Ardini! Still remember me?"

Tekaan hatinya amat tepat bahawa orang yang sedang bercakap dengannya sekarang telah tersalah orang.

"Eisya…kenapa kau diam? Marah aku ke sebab lama tak contact kau?"

"Errmm…awak, sebenarnya awak tersilap orang dan saya bukan Eisya."

Ardini hanya terdiam. Hatinya mula memikirkan sesuatu. Dia sedar suara itu bukan milik Eisya malah suara lelaki.

"Awak ni siapa? Saya nak cakap dengan Eisya…Ke awak ni pakwe Eisya?"

"Bukan…dan Eisya pun saya tak kenal."

"Tapi nombor ni Eisya punya, kawan saya yang bagi. Awak janganlah bergurau." Ardini masih lagi tidak berpuas hati.

" Awak…, dengar sini, ni bukan nombor Eisya tapi nombor saya, awak tersilap dail." Ada sedikit kekerasan pada nada suaranya. Ardini hanya terdiam dan dia seperti kebingungan. Bermacam persoalan bermain dikepalanya.

"Tak apalah kalau macam tu…saya minta maaf kalau mengganggu awak tapi kalau jumpa Eisya cakap saya cari dia" Talian terus dimatikan.

"Gile lah perempuan ni! Aku cakap elok-elok bukan,bukanlah." Terpancar kemarahan di wajah Fendy.

"Sapa budak tu? Dia tersilap orang lah tu…hang jangan dok marah dia lagu tu kesian dia." Mamu mencelah setelah melihat sahabatnya itu begitu bengang dengan apa yang berlaku.

"Dah kalau aku cakap salah nombor, salah lah… Ni tak dok habaq aku ni Eisya. Entah perempuan mana aku tak tau. Aku pantang kalau aku cakap sekali dua, orang pertikaikan."

"Dah lah tu, lupa je lah mungkin dia tak sengaja kot. Tak pun kerja member-member lama kau. Mana tahu dia tukar nombor baru dan nak kenakan kau." Syukri dengan penuh yakin membuat andaian.

Fendy hanya mendiamkan diri. Marahnya masih berbaki lagi. Dalam hatinya meronta ingin tahu siapakan gerangan yang bercakap dengannya tadi. Tiba-tiba dalam dia mengelamun dia tersentak dengan sms yang baru diterimanya.

Akm awk, sy x thu sama ada awk ni btl2 knl Eisya atau tdk. Sy Ardini, kwn lma Eisya. No ni sy dpt dr kwn sy dan dia jga brikn no bru Eisya ni pd sy. Klu awk jmp Eisya tlg ckp pd dia sy cri dia. Tq bye

Kemarahan yang baru reda kembali marak semula. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah pada perempuan tadi. Pantang keturunan dia kalau orang tak percaya dengan apa yang di cakapkan. Lalu jari jemarinya pantas menaip abjad yang berada di dada handphonenya. Mamu dan Syukri hanya saling berpandangan. Mereka tahu Fendy berada dalam tahap marah yang kritikal.





Awk x fhm bhsa melyu ke ha? Sy ckp sy x knl budk tu, x lah..awk slp no tau! Jgn msg sy lgi dn tnyakan psl bdk tu. Akm

Setelah sms yang ditaipnya tadi dihantar, hatinya merasa puas. Fendy begitu berharap agar budak tu tak akan mengganggunya lagi.

"Jom lah balik aku tak ada mood dah ni."

Mamu dan Syukri menuruti sahaja. Selepas membayar di kauter mereka terus berjalan menuju ke hostel. Sepanjang perjalanan hatinya masih lagi tertanya-tanya dan fikirannya sedikit terganggu. Kata-kata Syukri tadi ada kebenarannya juga.


**********************

Kuliah pada hari ini sedikit pun tidak menarik perhatian Ardini. Entah kenapa hatinya merasa resah seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Perasaan boring mula terasa lalu dia melihat jam di pergelangan tangan. Kalau ikutkan hatinya ingin saja dia keluar dari dewan kuliah itu namun dia masih waras.

"Dini, kau ni kenapa aku tengok dari tadi termenung je ada masalah ke?" Ardini hanya mendiamkan diri tiada kata yang dibalas. Farah hanya menggelengkan kepala.

"Susah nak cakap Farah, hati aku rasa gelisah je sejak dua menjak ni dan aku rasa macam moody je.." Agak lama dia menyepi baru dia bersuara. Dia sedar Farah mungkin akan terasa kalau dia hanya mendiamkan diri.

"Kau fikir pasal Nazly ek? Kau cemburu sebab nampak dia dengan Allin hari tu?"

"Issh…mana ada lah. Kau ni sesedap oren je cakap. Mana ada aku jeolus. Lantak dialah nak coupel dengan sape pun. Aku dengan dia still kawan macam dulu cuma sekarang je tak rapat sangat." Terasa lucu bila Farah berkata begitu. Ardini tersenyum dan tergelak kecil.

" Dah tu, kalau bukan pasal Nazly pasal siapa? Cakaplah weh! tak suke ah main sorok-sorok macam ni…"

"Nanti habis class aku cerita kat kau okey. Sekarang tak boleh ada orang dengar nanti malu lah aku Farah.."

"Janji? Kalau kau tipu tak yah kawan dengan aku!" Mereka saling tersenyum dan kembali menumpuklan pada kuliah yang diberikan oleh En Hisyam.

********************

Kuliah pada hari ini tidak begitu memenatkan. Selepas waktu tengah hari tiada lagi sebarang class. Peluang yang ada inilah paling digemari oleh Fendy untuk mempraktiskan permainan gendangnya. Matanya liar mencari kelibat Syukri dan Mamu tapi hampa. Lalu dia terus menuju kearah bilik wayang kulit yang terletak di aras tiga. Apabila terdengar namanya ditegur oleh seseorang, dia terus menoleh.

"Hai, jalan tak nampak orang ye! Sombonglah awak sekarang." Dengan lembut Ruby menutur kata."

"Ermm…mana ada sombong, saya tak perasan lah tadi." Hanya itu yang mampu ditutur olehnya. Terasa seperti ada benda yang tersekat di kerongkongnya. Dan Fendy hanya tersenyum sehingga menampakkan kedua belah lesung pipitnya.

"Ni cepat-cepat awak nak ke mana? Ada class lagi ke?"

"Tak lah…class dah habis so saya nak pergi praktis kejap kat bilik wayang kulit."

"Tak apalah kalau macam tu. Pergilah nanti awak lambat pulak. Lain kali kita borak lagi." Lalu senyuman manis terukir dibibir Ruby. Sungguh dia tidak sanggup lagi untuk bertentang mata dengan Fendy. Dengan pandangan mata itulah membuatkan jiwanya resah.

"Okey lah kalau macam tu. Saya pergi dulu nanti kita jumpa lagi." Setelah kedua-duanya berbalas senyum Fendy terus melangkah menuju ke anak tangga. Dia sendiri tidak mengerti akan kenapa bergelora hatinya pada waktu ini. Entah kenapa bila bertentang mata dengan Ruby membuatkan jiwanya resah dan terus menjadikan lidahnya kelu. Ditepisnya perasaan itu agar tidak terus menjalar ke hatinya.

****************

Setelah hampir dua puluh minit Farah berada di bangku warung mamak, dia mula terasa resah. Sudahlah kerja yang bertimbun sanggup ditinggalkan buat seketika, ni pula kena menunggu. Dalam hatinya merungut sambil matanya liar mencari Nazly Shah.

" Hai Farah…sorry buat kau tunggu."

Farah sedikit terkejut disapa Nazly yang datang dari arah belakang.

"Sorry naik lori okey! Banyak kau punya sorry. Mujur kau cepat kalau tak alamknya kau jumpa tapak kasut aku je tau!"

"Alaa…dengan aku nak berkira. Sorrylah cik Farah!" Pujuk Nazly Shah sambil tersenyum manis. Dalam hati Farah memuji tentang ketampanan yang dimiliki Nazly Shah. Tidak hairanlah kalau ramai perempuan yang tergilakan kat mamak ni.

"Ye lah... Tapi kau kena belanja aku hari ni boleh?"
"No hal beb! Kau nak makan apa pun kau makanlah janji kau sanggup tolong aku."

"Haa…aku dah dapat agak dah… kau mesti nak jumpa aku sebab nak cakap pasal Dini kan?" Dengan penuh yakin Farah meneka.

"Pandai kau yek…Tak sia-sia aku kawan dengan kau. Farah, aku cakap terus terang lah dengan kau dan aku tepis rasa malu ni. Aku sebenarnya masih cintakan Ardini lagi. Aku sayang dia lagi Farah dan aku tak boleh lupa dia sumpah!."

"Nazli, aku faham apa yang kau rasa tapi aku tak tahu macam mana aku boleh tolong kau. Aku tak boleh nak paksa dia untuk terima cinta kau."

"Aku tahu semua tu Farah. Aku jumpa kau ni pun sebab aku dah tak boleh nak pendam semua ni lagi. Semakin aku buat tak tahu semakin jiwa aku tersiksa." Luah Nazli dengan penuh jujur. Demi cinta pada Ardini dia sanggup buang ego lelakinya.

" Macam ni Nazli, apa kata kau bagi aku masa. Biar aku slow talk dengan dia pasal kau orang ni. Tapi aku tak janji tau! Aku just cuba cakap dengan dia"

" Aku hanya harap pada kaulah Farah. Dan aku tak kan paksa dia untuk terima aku. Tapi cukuplah aku dapat tahu tentang perasaan dia pada aku macam mana."

"InsyaAllah aku akan cuba." Dengan penuh yakin Farah memberi jawapan. Sesungguhnya begitu menggunung harapan Nazly pada Ardini.

"Terima kasih Farah. Aku tak akan lupa budi baik kau pada aku. Aku akan tetap tunggu jawapan dari Ardini."

"Okey… Dah lah, jangan risau kalau jodoh tak kemananya. Jomlah order makan aku lapar bangat ni." Runggut Farah sambil tangan memegang perutnya.

"Opss terlupa aku ..Sorry! Kau order lah apa kau nak makan aku belanja hari in. Mamak, oder!"

***************************

Sejak kebelakangan ni Ardini dapat merasakan kelainan dalam diri dia. Dia sendiri tidak mengerti akan perasaan yang dialaminya. Sejak peristiwa tempoh hari hatinya menjadi semakin gelisah. Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi. Kesemua penghuni biliknya sedang lena dibuai mimpi. Dilihat beberapa helaian kertas yang tersusun di atas meja. Ternyata masih banyak tugasan yang perlu disiapkan.

Dia mengeluh kecil dan sedikit kepenatan mula terasa. Pantas fikirannya teringat akan seseorang lalu senyuman manis terukir dibibirnya. Entah mengapa yang ada pada aura suara itu sehingga dapat menjadikan perasaan yang dirasa itu begitu luar biasa. Ardini mencapai handphone yang terletak di meja study dan dia terus menghubungi seseorang.

"Hallo, Assalamualaikum…" Ada sedikit getaran pada nada suaranya.

"Waalaikummussalam…siapa ni?"

"Saa…saya yang call awak tempoh hari…yang tesilap nombor tu." Ardini mulai terasa akan debaran di jantungnya.

"Ooo…awak, patutlah saya rasa macam pernah dengar suara ni. Ada apa yang boleh saya bantu ke?" Fendy sedikit tertarik untuk berbual walaupun sejak berlakunya insiden hari tu, dia cukup benci dengan perempuan ini!

"Errmm…tak ada apa, cuma saya nak minta maaf pada awak atas apa yang berlaku tempoh hari. Memang saya yang silap. I’m so sorry okey!"

"Tak apalah wak…benda dah lepas so lupakan jelah. Saya pun nak minta maaf juga sebab terkasar bahasa dengan awak hari tu."

"Terima kasih awak… Ermm nama saya Ardini, nama awak apa? Hari tu awak ada cakap tapi saya lupa lah." Dengan penuh bersahaja Ardini menutur kata. Gelora di hatinya sudah tidak terasa lagi.

"Saya Fendy, Muhammad Arif Afendy tapi awak boleh panggil saya Fendy je."

"Okey! Actually awak ada kat mana sekarang ni? I mean you still study or what?"

"Sekarang saya stay kat KL. Saya masih study lagi kat Akademi Seni Kebangsaan. Awak pula macam mana?"

"Kat mana tempat tu, saya tak pernah dengar pun?Very interesting for me. Saya kat UTM skudai JB."

"Oh..jadi awak ni budak U lah ye…mesti pandai ni? Fendy semakin berminat untuk terus mengenali insan yang baru muncul dalam hidupnya kini. Entah kenapa hatinya begitu senang mendengar suara itu.

"Isshh, mana ada biasa je tak pandai sangat pun. Awak lagi lah terer kot tambah-tambah dalam seni plak tu." Makin lama mereka berbual dan saling mengenali, Ardini semakin seronok. Seolah-olah mereka berdua telah mengenali sebelum ini.

"Ye ke? Tak adalah wak, saya biasa je tak terer pun. Kira baru nak belajar. Awak buat apa tak tidur lagi ni? Mesti ingat pakwe sampai tak boleh tidur kan? Usik Fendy sambil tersenyum.

"Mana ada pakwe tak ada orang nak lah. Tak lawa pun…"

"Ye lah tu…Tak nampak boleh lah cakap."

Ardini dapat merasa suatu kelainan pada dirinya. Hatinya sedikit terhibur apabila berbual dengan Fendy.

"Errmm…awak, tak pelah dulu ye lain kali kita borak lagi tau. Anyway nice to meet you and thank you so much. Can we be a good friend?"

"Sure…why not. Okey lah study elok-elok."

"Awak pun sama…okey bye Assalamualaikum!" Selepas talian dimatikan, Ardini terus merebahkan tubuhnya ke atas katil. Hatinya berbunga keriangan. Tanpa disedari, suara itu telah mencuri hatinya. Dan kini dia telah jatuh cinta dengan suara itu.

**********************************************


Muhamad Arif Afendy memerhatikan penampilan dirinya melalui cermin. Rambut yang sememangnya dipotong rapi bertambah kemas apabila disisir sekali lagi dengan sikat yang sentiasa diletakkan di poket belakang jeans. Setelah berpuas hati dengan apa yang dilihat, dia tersenyum sehingga kelihatan kedua belah lesung pipitnya itu. Lalu dia mencapai bag kuliah yang terletak di atas katil dan terus munuju ke muka pintu. Syuk yang berada di hadapan pintu biliknya tersenyum melihat gelagat Fendy.

"Amboi kau Lan…bukan main lama mengadap cermin ‘menyematkan’ diri! Ada date dengan si Ruby ke?"

"Tengkorak hang! Mana ada laa…pandai-pandai je kau ni! Kalau lah ada orang dok dengaq tak pasal-pasal depa ingat aku dengan Ruby betul-betul."

"Laa…kalau betul pun apa salahnya? Geng-geng kita ramai yang dah tahu yang si Ruby tu ada hati kat kau. Kau tu je yang jual mahal."

"Lantaklah nak cakap apa pun. Aku tak dak masa pikiq pasal benda ni. Lagi pun awek aku dah ada dok tunggu kat kampung. Tak nak naya kat dia eehh! Hang lainlah Syuk, Hang dah expert bab-bab pasang ramai ni." Dengan bersahaja Fendy menutur. Syukri hanya ketawa apabila diperli sedemikian. Mereka terus berjalan menuju ke dewan kuliah.


*******************************

Peluh masih kuat membasahi tubuh kecil Ardini. Dia dapat merasakan ada kelainan pada dirinya. Kepalanya semakin kuat berdenyut dan dadanya terasa perit yang luar biasa. Dari tadi dia seolah-olah menahan muntah dan akhirnya terkeluar juga. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat terdapat ketulan darah yang keluar dari mulutnya. Lalu dia terus berlari menuju ke bilik air.

Dadanya kian kuat berombak. Hatinya semakin resah. Bermacam andaian bermain di benak fikirannya. Dengan perlahan, jari jemarinya mengurut sekitar dada yang masih terasa perit. Lalu dibersihkan sekitar bibir yang terdapat kesan darah. Perasaan takut mula menghantui dirinya. Lantas wajah mama,papa terbayang di mata. Air mata mula bergenang di kelopak matanya dan hanya menunggu detik untuk jatuh berguguran. Ardini menghelakan nafas dan selepas itu dia berjalan menuju ke biliknya semula. Ardini merebahkan tubuhnya di atas katil lalu memejamkan mata.


***************************

Fendy menghembuskan kepulan asap rokok sambil matanya memandang kearah telefon bimbit yang yang terletak di atas katil. Marahnya masih lagi berbaki. Mamu yang sedang terbaraing di atas katil bersebelahannya hanya memerhatikan saja gelagat temannya itu.

"Tak elok hang cakap kasaq lagu tu dengan dia Lan! Apa salahnya kau layan dia elok-elok" Fendy seolah-olah tidak mempedulikan kata-kata mamu. Agak lama baru dia bersuara.

"Aku pantang kalau orang tak reti bahasa dan juga yang suka paksa-paksa aku. Dah aku cakap aku ni dah ada awek, yang dia tak reti bahasa tu apa hal? Heran aku pempuan ni… kenal baru beberapa minggu tu pun kot talipon, tiba-tiba cakap suka kat aku."

"Kot ye pun hang cakap elok-elok, tak perlu tengking lagu tu kesian budak tu."

"Senang-senang kau ambillah mamu! Aku dah habaq siang-siang kalau nak kawan bolehlah tapi kalau lebih dari tu, sendiri mau ingat lah. Lagi pun aku dah ada yang punya. Tapi dia tak faham mamu…sampai cakap kat aku sanggup jadi nombor dua. Tak ke gile namanya? Entahlah tak faham aku dengan pempuan ni"

Mamu hanya menggelengkan kepalanya. Tidak ada makna lagi dia bercakap dengan kawannya itu. Dalam waktu yang sama tiba-tiba pesanan sms masuk dan dia terus membacanya. Wajah Fendy seakan berubah setelah membaca sms yang diterimanya tadi. Dan reaksi marahnya hilang begitu sahaja. Dia seolah-olah memikirkan sesuatu. Tanpa diduga, dirinya kini seolah-olah berperang dengan perasaan.


*******************************


Puan Faizah masih berteleku di atas sejadah. Sesudah menunaikan solat isyak tadi, dia masih tidak berganjak dari simpuhnya. Sejak dari siang lagi hatinya dapat merasakan sesuatu yang luar biasa. Lantas fikirannya terbang jauh mengingati suami tersayang yang kini berada di awan biru. Doanya sentiasa mengiringi setiap langkah suami tercinta walau di mana berada.

Puan Faizah tersenyum apabila wajah anak-anak terbayang di ruang matanya. Sikit pun dia tidak menyesal dengan perkahwinan ini walaupun kadangkala terpaksa berminggu-minggu terpisah dengan suaminya Qaulif. Mungkin takdir telah tertulis jodohnya bersama dengan lelaki berbangsa Rusia itu. Rengetan si manja Danish Zafran yang memanggilnya kedengaran dari tingkat bawah menghentikan lamunannya. Lalu dia bangun dan melipat telekung sembahyang kemudian terus melangkah menuju kearah ruang tamu di tingkat bawah.


******************************

Fendy dan beberapa orang rakannya baru sahaja selesai dari latihan pergendangan. Dari studio mereka terus berjalan menuju ke café. Dia hanya mendengar celoteh dari sahabat-sahabatnya itu dan tidak berminat untuk turut sama. Syuk dan Mamu saling berpandangan. Mereka perasan dengan perubahan kawannya itu.

"Lan, nape dengan kau ni diam dari pagi lagi? Dalam class pun kau tak banyak cakap. Kau ada masalah ke?" Tanya Syukri dengan prihatin.

"Entah hang ni, dari pagi lagi aku dok perhati semacam je… Macam ada masalah besaq."

Dia tidak menjawab pertanyaan Syukri dan Mamu. Sebenarnya dia sendiri tidak pasti dengan keresahan hati yang dialaminya sejak semalam. Dia juga tidak mengerti dengan perasaan yang dirasai sekarang. Yang pasti dia merindui suara yang pernah dibencinya suatu masa dulu.


*********************************

Suasana di hostel perempuan agak kecoh dengan berita Ardini yang ditemui pengsan dalam keadaan mulut berdarah di bilik air. Farah, Elina dan Lin yang baru pulang dari kuliah bergegas untuk bersiap menuju ke hospital. Pihak university telah pun memaklumkan perkara ini pada keluarga Ardini.

Farah tidak putus berdoa agar sahabatnya itu berada dalam keadaan selamat. Hati kecilnya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Ardini. Farah sedar sejak akhir-akhir ini Ardini sering muntah darah, namun Ardini masih berdegil walaupun telah dipujuk olehnya agar ke klinik, namun Ardini tetap berdegil.

"Farah, kau dah siap? Jom kita pergi !" Lamunannya segera terhenti. Elina dan Lin telah pun menunggu di muka pintu. Farah segera mencapai bag dan terus melangkah.


***************************

Encik Qaulif sedang menenangkan isterinya. Sejak dari tadi Puan Faizah seolah-olah tidak dapat menerima atas apa yang menimpa pada puteri tunggalnya. Ternyata apa yang menimpa Ardini sedikit pun tidak pernah difikir olehnya selama ini. Terbayang di ruang mata kelincahan Ardini dengan senyuman yang manis. Namun itu semua akan tinggal kenangan. Sebagai seorang ibu, dia harus redha dengan ketentuan dari yang Maha Esa.

"Banyakan bersabar sayang, mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku." Pujuk Encik Qaulif dengan tenang.

"Kenapa semua ni terjadi pada anak kita bang? Apa harus kita terangkan pada dia nanti…? Saya tak dapat bayangkan macam mana untuk dia terima semua ni." Dalam tangisan kesedihan Puan Faizah menutur kata.

"Kita semua kena kuat untuk bagi dia semangat untuk terus lawan penyakit ni. Sayang kena ingat, kalau Ardini tengok kita macam ni nanti dia akan bertambah sedih." Puan Faizah tidak membalas kata-kata suaminya. Lalu di pandang pada wajah anak kesayangannya yang masih lagi tidak sedarkan diri. Dikucup wajah yang lembut itu dengan penuh kasih. Pada saat itu, naluri keibuannya cukup tersentuh. Hatinya masih utuh berdoa pada Allah swt agar dipanjangkan umur puteri sulungnya ini.


**************************

Ardini melontarkan pandangan ke arah tasik yang luas terbentang di hadapannya. Air matanya deras mengalir dan dia tidak mampu lagi untuk berkata. Peristiwa enam tahun lepas tidak terdaya lagi olehnya untuk dirungkaikan. Syafika yang berada di hadapannya cuba menenangkan Ardini.

"Sorry Ika…aku tak dapat nak teruskan lagi. Setakat tu saja yang dapat aku ceritakan pada kau. Lepas pada aku tahu yang aku disahkan mengidap barah hati, keluarga aku terus bawa aku ke Singapore untuk jalani rawatan di sana. Sebelum aku berangkat ke sana, Fendy dah terima aku sebagai kekasihnya. Semua tu sebab Farah iaitu kawan baik aku sewaktu di UTM Skudai dulu." Ardini diam seketika, sebaknya tidak mampu ditahan lagi. Syafika dengan penuh simpati menenangkan Ardini.

"Kami teruskan hubungan ni hampir tiga tahun tanpa pernah bersua muka walaupun sekali. Waktu tu aku tahu dia cukup tersiksa. Dengan adanya dia bersama aku, aku jadi lebih yakin untuk melawan penyakit aku Ika… Terlalu banyak kenangan yang tercipta antara kami dan semua tu akan aku kenang sampai aku mati." Nadanya sedikit bergetar.

"Dini…kau kena kuatkan semangat. Cukuplah apa yang kau ceritakan pada aku. Sekarang aku faham mengapa sampai ke hari ni kau masih tak dapat menerima cinta dari mana-mana lelaki. Cinta kau terhadap Fendy terlalu kuat Ardini. Sampaikan bertahun-tahun lamanya kau sanggup tunggu dan setia."

"Entahlah Ika…aku sendiri tak mengerti dengan apa yang aku rasa sekarang. Walaupun telah lama kami break, namun hati aku tak mampu untuk lupakan dia. Sejak aku tinggalkan dia beberapa tahun yang lepas aku terus membawa diri ke Japan walaupun pada waktu tu keadaan aku agak teruk. Aku bersyukur Ika sebab Allah panjangkan umur aku sampai ke hari ni. Hanya Allah swt saja yang tahu bagaimana siksanya aku untuk teruskan hidup tanpa Fendy. Setiap kali aku cuba untuk lupakan dia, semakin kuat ingatan aku padanya."

Ardini melepasakan keluhan kecil. Jemarinya perlahan menyapu titisan air mata yang masih berbaki. Tanpa diundang wajah yang selama ini dirinduinya kembali menjelma. Jiwa dan Perasaannya kembali resah.

"Habis tu di mana Fendy sekarang, kau tak tahu?" Pertanyaan Syafika menghentikan lamunannya.

"Sejak aku larikan diri ke Japan, aku tak hubunginya lagi dan sehinggalah aku pulang ke Malaysia. Namun hati aku menyatakan mama aku still berhubung dengan dia. Mungkin dia sekarang tengah bahagia dengan orang baru Ika… Apalah yang nak dia setia untuk terus tunggu aku sedangkan antara kami tak pernah jumpa. Lagipu aku yakin, dia boleh dapat yang lebih baik dari aku."

"Mungkin ada betul apa yang kau fikirkan sekarang. Tapi Dini, kalau dah tersurat jodoh kau dengan dia, terpisah lama mana sekalipun, kau orang tetap akan bersama" Syafika tersenyum sambil tangannya menyentuh lembut bahu Ardini. Ardini diam, dia memandang Syafika sambil tersenyum.


***************************

Fendy dengan wajah yang tenang mengadap tok kadi yang berada betul-betul di hadapannya. Dengan sekali lafaz dia kini telah sah menjadi suami kepada insan yang dicintainya selama ini. Fendy nampak kacak dengan sepasang baju melayu siap bersamping yang disarungnya.

Seluruh tubuh ardini di basahi dengan peluh. Dia baru terjaga dari tidurnya. Lantas bibirnya tidak berhenti berisghtifar. Dadanya kini berombak kencang apabila kembali teringat pada mimpinya tadi.

Ya Allah…, apakah benar seperti yang telah aku mimpikan tadi. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui. Sekiranya itu semua aku redha yang Allah.

Doaku agar kau kan selalu bahagia.. agar kau temui insan tulus menyayangimu.. lepaskanlah diriku kerna kerelaanmu.. bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa... Ku tinggalkan memori bersamamu…ku undur diri bersama harapan… tidak kesampaian cinta kita.. ku bawa harapan ku pendam rahsia.. ku di kejauhan mendoakan agar kau bahagia tiada lagi duka… daku rela mengundur diri ku pasti dikaukan fahami…Tiada penyesalan kasihku korbankan andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta. Pergilah dikau diiringi keikhlasanku cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku.. ku tinggalkam memori bersamu…ku undur diri bersama harapan

Bercucuran air mata membasai pipinya itu. Sungguh dia tidak dapat menahan kesedihan pada malam itu. Bersama dengan kepekatan malam tangisannya dilepaskan.


*****************************

Keadaan di rumah Puan Faizah riuh rendah dengan kehadiran saudara mara. Mak Ku, panggilan kepada ibu Puan Faezah sedang sibuk di dapur. Majlis kesyukuran akan berlangsung pada mala ini. Sudah lama Puan Faizah serta suami berhajat untuk membuat sedikit majlis kesyukuran untuk Ardini serta keluaraganya. Disebabkan kesibukan masing-masing, Alhamdulillah hari ini terlaksana jua.

" Mama dah jemput ke semuah jemaah masjid kat taman kita ni? Usul Puan Faizah pada ibunya."

"Dah Izah… ma dah jemput siang-siang lagi. Ardini mana? Dari pagi mama tak nampak? Tak sihat ke?"

"Dia keluar dengan papa dia tadi, beli barang-barang yang tertinggal. Lamalah pula dua beranak ni pergi. Entah-entah singgah ke mana. Aiman dengan Afiq pun ikut juga tadi."

"Patutlah dari tadi ma tak nampak si kembar tu… keluar rupanya. Haa.. Izah, macam mana dengan hajat kita? Kau dah sampai pada Ardini?" Puan Faizah meletakkan pinggan yang baru dilapnya. Dia memandang pada ibunya lalu terdengar keluhan kecil.

"Izah dah slow talk dengan dia ma, tapi tak ada respon. Dia diam macm tulah. Macam tak ada perasaan langsung. Ke kita terus terang je ma?" Mak Ku hanya tersenyum memandang anaknya.

"Jangan! Kita buat seperti mana yang kita rancang. Ma rasa mungkin Ardini masih tak boleh lupa dengan cinta lamanya. Kita tunggu jelah Izah, insyaAllah suatu hari nanti Tuhan akan buka pintu hati dia. Kau berdoa jelah Izah."

"Saya harap pun macam tulah ma. Takkan nak biarkan Hakim naik pelamin dulu. Izah pun tak sedap hati juga biarkan jarak pertunangan Hakim dengan Dilla tu lama-lama." Ada sedikit kerisauan di wajah Puan Faizah.

"Ma tahu semua tu. Tapi kalau dah takdir jodoh si Hakim tu sampai dulu, kita kenalah terima. Ni semua bukan kerja kita Izah." Puan Faizah hanya diam. Dalam hatinya berdoa agar suatu hari nanti pintu puteri tunggalnya akan terbuka juga.

*******************

Fendy mengucapkan syukur sebaik sahaja kapal terbang yang dinaiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sebaik sahaja isyarat menanggalkan tali pinggang keledar terpadam, dia bangun mengambil bag di atas ruang tempat menyimpan barang. Dia sudah tidak sabar untuk keluar. Diseluk kocek jaket dan menghidupkan lelefon bimbit. Matanya sempat meninjau ke depan melihat sama ada pintu kapal terbang sudah terbuka.

Isyarat ‘beep’ berbunyi dari telefon bimbitnya ketika Fendy sedang beratur keluar. Seketika beberapa pesanan sms diterima. Dia tersenyum kegembiraan. Langkah Fendy panjang dan pantas menuju ke tempat bagasi. Sebaik sahaja mencapai beg pakaiannya, dia bergegas keluar. Mata Fendy liar mencari kelibat Amirul dan Amin.

"Abang!"

Terdengar satu suara yang dikenali memanggil namanya. Fendy tertoleh-toleh mencari suara itu. Di depan pintu keluar kelihatan Amirul sedang melambai-lambai ke arahnya. Fendy tersenyum lega. Dia membalas dengan anggukan dan pantas bergerak menuju ke pintu keluar.

"Hai bang, apa khabar? Macam mana show kat sana okey?" Sapa Amin dengan penuh sopan sambil berjabat tangan dengan abang sulungnya.

"So far okey semua lancar. Mak tak mai ke?" Balas fendy dengan senyum.

"Tak datang. Mak suruh kami dua orang je mai." Jawab Amirul lalu mengambil beg pakaian di tangan Fendy dan dimasukkan ke dalam boot kereta. Setelah mereka bertiga masuk ke dalam, kereta yang dipandu Amirul bergerak meninggal perkarangan lapangan terbang itu.


****************************

Setelah menunaikan solat Isyak, Ardini melangkah keluar dari biliknya dan menuju kearah bilik Puan Faizah. Sebelum pintu bilik di buka, Ardini mengetuknya beberapa kali. Kelihatan Puan Faizah sedang menyiapkan kerja di mejanya. Lantas Puan Faizah menoleh ke muka pintu lalu tersenyum kearah Ardini. Ardini sudah pun berada di dalam kamar tidur mamanya dan dia melabuhkan duduk di atas tilam yang empuk itu. Puan Faizah sedikit perasan dengan sikap anaknya itu dan dia terus menghampiri Ardini.

"Mama…, kakak ada perkara nak cakapkan pada mama." Dengan nada perlahan dia bersuara. Puan Faizah tersenyum sambil tangannya membelai lembut rambut Ardini.

"Apa dia sayang? Cakaplah mama dengar." Agak lama Ardini menyepi kemudian baru dia bersuara.

"Kakak dah buat keputusan mama. Kakak dah fikir semasak-masaknya. Apa yang mama dan nenek cakap hari tu, kakak terima. Kakak serahkan semua pada mama." Ada getar pada suaranya. Puan Faizah seakan terkedu. Dia memandang tepat pada wajah Ardini.

"Betul kakak terima dengan seikhlas hati? Bukan kerana mama atau papa?"

Dengan lembut Puan Faizah menyoal. Kelihatan kelopak mata Ardini mula bergenang dan akhirnya titisan jernih itu mula berguguran.

"Tak ma…Kakak terima dengan kerelaan hati kakak dan bukan sebab sesiapa. Mulai saat ni, kakak tak akan berharap lagi pada dia ma." Dalam tangis dia menutur kata. Puan Faizah turut sama merasa sebak melihat keadaan Ardini. Lantas dia menarik tubuh kecil itu ke dalam dakapannya.

"InsyaAllah sayang, kebahagian akan hadir juga suatu hari nanti. Mama dan papa akan buat yang terbaik untuk kakak."


************************

Ardini sedang menikmati makanan tengah hari bersama Syafika. Walaupun nasi serta lauk pauk di dalam pinggan di hadapannya sungguh menyelerakan, namun tidak sikit pun menambat seleranya untuk menghabiskan makanan itu. Syafika mengerling kearah Ardini.

"Kalau tak nak makan janganlah kuis-kuis nasi macam tu tak elok tau." Tegur Syafika sambil terus menghirup saki baki minumannya. Ardini hanya diam.

"Dini…, what’s wrong? Are you okey?"

"I’m okey… cuma tak ada mood je. Jawabnya ringkas.

"Kau fikirkan pasal perkahwinan kau ye? Kau takut nak kahwin dengan orang yang kau tak kenal dan kau tak cinta? Dini, listen okey. Aku bukan nak menghasut kau tapi sebagai seorang kawan aku berhak bagi nasihat pada kau. Buat apa kau nak susah-susah paksa hati kau kalau kau sendiri tak merelakannya. Kau bincang elok-elok dengan family kau, aku yakin dia orang boleh terima. Kahwin ni bukan benda main-main dini."

Dengan panjang lebar Syafika berkata. Ardini hanya mendengar sahaja. Dia tahu kawannya mungkin sedikit geram dengan keputusan yang telah dibuat olehnya.

"Ika…, aku sendiri bingung. Aku tak tahu nak cakap apa. Tapi aku yakin dengan keputusan yang aku buat ni akan berikan aku kebahagian suatu hari nanti. Cuma bila masanya aku sendiri tak pasti."

"Kalau kau sendiri dah fikir macam tu, aku tak boleh nak kata apa. So bila tarikh majlis perkahwinan kau?"

"Aku serahkan semua pada mama dan family aku untuk uruskannya. Lagipun mereka semua dan bersetuju. Yang aku tahu hujung minggu ni rombongan meminang datang."

"Peliklah kau ni Dini, tak pernah aku jumpa orang macam kau. Orang lain bukan main excited nak uruskan pasal kahwin, kau boleh buat tak tahu." Syafika ketawa kecil. Ardini memandangnya dengan tersenyum

"Mama aku tak kisah pun malah dia lagi suka adalah. Tak kan kau tak kenal mak aku tu. Kadang-kadang aku tegok macam dia pula nak kahwin."

"Alaa…biasalah Dini, kau kan anak first mestilah mama kau happy. Entah-entah majlis kau nanti kat hotel lima bintang agaknya."

"Hotel? No way! aku dah cakap awal-awal kat dia yang majlis kahwin aku ni biarlah sederhana dan buat kat rumah je." Mereka saling ketawa. Syafika melihat jam dipergelangan tangannya.

"Dah nak dekat pukul dua ni, jomlah kita balik office nanti lambat pula." Setelah membayar mereka terus meninggalkan restoran tersebut.

***********************

Suasana pagi itu tidak nampak ceria. Fendy diam sambil menghirup Indocafe. Nasi Lemak yang terhidang di hadapannya masih tidak dijamah. Puan Maznah datang kearah meja sambil membawa sepinggan lauk. Dia hanya memerhatikan sahaja anak terunanya itu.

"Awat dengan hang ni mak tengok dari tadi macam lemah je? Depan rezeki ni tak elok lagu tu. Orang lain bila nak menikah seronok tapi hang ni mak tengok macam tak suka je. Hang ada masalah ka? Habaq mailah kat mak." Tutur Puan Maznah dengan loghat utaranya. Fendy hanya tersenyum.

"Tak dak apalah mak ooi. Cek tak dak apa masalah pun. Cuma kadang-kadang dok pikiq jugak. Ye lah.. cek pun dah selamat bertunang, tak lama lagi nak menikah dah, tapi cek tak rasa pun senang hati. Cek takutlah mak" Puan Maznah hanya tersenyum sambil menuang air ke dalam cawan.

"Tok sah dok pikiq bukan-bukanlah. InsyaAllah semua akan selamat. Hang tok sah dok risau semua perkara mak dengan abah hang akan uruskan. Dah..makan cepat sat lagi mak nak ajak hang teman mak pi pekan. Banyak lagi barang yang mak nak kena beli. Nak tunggu abah hang balik… jawabya kelam huru-haralah kenduri aku." Fendy ketawa . Terasa lucu dengan sikap emaknya.

*******************

Wajahnya diraup pada akhir salam. Ardini membetulkan duduknya. Menadah tangan memohon doa pada yang Maha Esa. Dalam doanya Ardini menangis. Teresak-esak dia menangis.

"Aku bersyukur atas kurniaanMu ya ALLAH kerana sehingga ke hari ini Kau masih memberi aku ruang untuk aku terus bernafas di muka bumiMu ini." Air matanya terus mengalir semakin deras. Ardini tersedu-sedan.

"Kau berikanlah aku kekuatan untuk aku mengharungi hari-hari yang mendatang. Sesungguhnya aku terlalu lemah untuk menghadapi segalanya." Suaranya tersekat nafasnya terasa kian berat.

"Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku selama ini. Dan ampunilah juga dosa kedua ibu bapaku. Amin, amin ya rabbalalamin" Tangan disapu ke seluruh mukanya. Turut sama menyapu air mata yang membasahi pipi.

Ardini melihat cincin yang tersarung di jari manisnya. Dia kini telah menjadi tunangan orang. Entah kenapa hatinya begitu berat untuk mengenali dengan lebih dekat bakal suaminya. Biarlah dia teruskan dengan kata hatinya untuk melihat bakal suaminya pada hari pernikahan mereka nanti.


***************

Puan Faizah serta suaminya Encik Qaulif baru saja pulang dari mengedar kad jemputan kahwin pada tetamu yang diundang. Jelas kelihatan kegembiraan di wajah Puan Faizah.

"Masih ada lagi ke yang kita belum jemput?" Soal Encik Qaulif sambil melabuhkan duduknya di sofa. Puan Faezah membelek buku catatan kecil. Matanya liar meneliti nama-nama tetamu yang akan diundang.

"Ada lagi ni bang, tak apalah kita pergi esok je. Yang lain semua dah selesai. Cuma baju pengantin jelah tak ambil lagi."

"Awak tak frust ke majlis idaman awak ni tak jadi buat kat hotel?" Tanya Encik Qaulif dalam nada bergurau. Puan Faizah seolah-olah mengerti dengan sindiran suaminya.

"Izah tak kisah bang, Ardini dan setuju nak kahwin ni pun dah satu rahmat bagi saya. Lagi pun semua ni terkandung dalam syarat-syarta dia. Dia setuju nak bersanding atas pelamin pun dan kira baik bang... Tak kan awak tak kenal dengan anak awak."

"Saya ikut mana yang baik jelah. Okeylah saya nak naik atas dulu. Dah melekit tubuh ni." Encik Qaulif terus bangun dan menuju ke anak tangga. Puan Faizah tidak membalas malah dia sedang leka dengan buku catatannya.


*********************

Fendy sudah bersiap untuk berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) kerana penerbangannya ke Medan dijangka akan berlepas jam 3.00 petang nanti.

Kalau ikutkan hati dia sendiri tidak mahu untuk pergi ke sana apatah lagi di saat menjelang majlis pernikahannya. Namun dia tidak mampu untuk menolak apabila difikirkan dengan bidang inilah yang telah memberi sumber rezeki padanya selama ini.

Setelah dipastikan semua barang siap packing Fendy terus melangkah keluar dari bilik bujangnya dan menuju ke tingkat bawah.

"Kau dah siap Fendy?" tegur Razlan setelah melihat Fendy membawa turun bag pakaiannya dari tangga.

"Dah. Semua dah beres." Ujar Fendy.

"Sikit je pakaian kau ni, berapa lama show kau kat sana?"

"Dalam seminggu je. Lagipun aku malas lah nak bawa bag besar susah nak bawaklah. Mana nak bawanya lagi instrument aku tu."

"Kalau macam tu eloklah kita gerak sekarang. Nantikan terlepas pula flight kau." Mereka berdua terus berjalan keluar dan menuju ke arah kereta.


**************

Pertemuan di Secret Resepy pada petang itu sungguh membuatkan mereka saling melepaskan rindu setelah bertahun-tahun lamanya tidak berjumpa. Ardini begitu gembira apabila dapat berhubung semula dengan teman lamanya iaitu Farah. Farah kini telah pun bergelar isteri dan mempunyai seorang anak. Begitu banyak cerita yang mereka ingin kongsi bersama pada petang itu. Ternyata, keakraban antara mereka masih terjalin setelah sekian lama terputus hubungan.

"Aku syukur sangat Dini kita dapat berjumpa lagi. Aku ingatkan kita tak kan jumpa dah. Dulu aku hampir putus asa bila cari kau tak jumpa-jumpa." Ujar Farah dengan penuh perasaan.

"Aku minta maaflah Farah, memang salah aku sebab tak hubungi kau. Sejak aku bawa diri ke Japan beberapa tahun yang lepas, aku tak contact dengan sesiapa pun melainkan family aku."

Farah memandang Ardini dengan senyuman penuh kesyukuran. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Ardini akan kembali pulih setelah beberapa tahun menderita disebabkan kansel hati. Ternyata begitu agung kebesaran yang Esa.

"Kenapa kau pandang aku macam tu Farah? Kau dengar tak aku cakap tadi?"

"Aku dengarlah Dini…, cuma aku rasa macam tak percaya je kita jumpa hari ni. Rasa macam mimpi tau."

"Errmm… Kalau kau nak tahu yang kau tu bermimpi ke tak, meh sini aku tarik pipi kau. Nak?" Mereka saling ketawa.

"Haa… kau cakap ada perkara nak bagi tahu kat akukan? Kau jangan buat-buat lupa Dini."

"Ek? Ye ke? Ermm.. macam ni cite dia. Aku dengan ikhlas hati nak jemput kau datang rumah aku hujung bulan ni untuk majlis kahwin aku." Dengan bersahaja Ardini menutur kata. Farah seolah kebingungan.

"Really? Alhamdulillah…aku happy sangat Dini. Tahniah!. Tapi mana kad jemputannya?" Ardini memandang sahabnya itu sambil tersenyum. Agak lama baru dia bersuara.

"Farah, aku minta maaf. Aku langsung tak ambil tahu pasal perkahwinan aku termasuklah kad jemputan. Semuanya aku serahkan pada mama aku dan dia yang uruskan segala-galanya." Reaksi Farah kelihatan seperti kebingungan.

"Aku tak faham lagi ni Dini. Cuba kau cerita bagi jelas kat aku."

"Aku kahwin atas pilihan mama,papa serta nenek aku. Tapi aku ikhlas terima semua ni dan ianya bukan atas dasar paksaan. Tunang aku sendiri pun aku tak pernah tengok dan tak pernah kenal sampai ke hari ni. Aku dah niat dan aku dah nekad, biarlah pada hari pernikahan aku nanti akan terjawab semuanya." Farah menggelengkan kepala sambil matanya memandang Ardini.

"Are you sure Dini? Kau tak menyesal?" Hanya itu yang terkeluar dar

i mulutnya.

"Tak Farah. Aku sikit pun tak menyesal. Aku yakin pilihan mereka akan bagi aku kebahagian InsyaAllah."

"Dini…,adakah keputusan kau disebabkan kau frust dengan Fendy?" Ujar Farah dengan bersahaja. Ardini sedikit terkedu. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus diluahkan.

"Cukuplah beberapa tahun sebelum ni aku tersiksa Farah. Mungkin dia bukan jodoh aku. Dan mungkin juga dia kembali pada yang berhak memilikinya." Jawab Ardini dengan tenang. Farah menggenggam erat jemari Ardini.

"Maksud kau Fendy dah kahwin?"

"Entahlah Farah. Aku sendiri tak pasti. Kalau betul selama ni dia perlukan aku, dia pasti cari aku Farah." Ada sedikit kekecewaan pada nadanya.

"Aku doakan kau dan bakal suami akan bahagia buat selamanya. Aku tetap akan berada di sisi kau Dini."

"Thanks Farah! Aku harap kau dan suami sudi datang pada majlis aku nanti. " Ujar Ardini sambil tersenyum. Farah turut berbalas senyum. Hatinya berbisik bahawa sahabatnya itu masih tidak dapat melupakan Fendy.


************************

Sedar tak sedar majlis perkahwinan anak sulung terunanya semakin hampir. Dalam kesibukan menyiapkan persiapan membuatkan masa berlalu begitu pantas. Puan Maznah tersenyum puas apabila segala persiapan hampir kesemuanya telah pun siap. Hatinya begitu teruja untuk menerima orang baru dalam keluarganya. Apatah lagi ianya merupakan menantu sulung.

"Amboi mak…jauh termenung. Ingat kat abah ke?" Usik Fendy bersahaja. Puan Maznah sedikit tersentak.

"Ish hang ni buat terkejut mak je. Ada ke mai-mai dok sergah lagu tu. Mujurlah mak hang ni tak dak sakit jantung. Kalau dak, tak sempat aku nengok hang naik pelamin"

"Mak ni apalah. Ada ke cakap lagu tu. Orang dok doa benda baik-baik dia dok habaq lagu tu. Tak maulah cakap macam tu mak."

"Ni.. sat lagi jangan pi mana-mana. Ikut mak sat." Ujar Puan Maznah sambil menyusun barang-barang yang diborongnya.

"Pi mana pulak mak? Pekan ke?" Tulah mak orang dah habaq siang-siang lagi tempah catering kan senang. Tapi mak tak mau. Kalau kita tempah catering, mak pun rilex tak kalut lagu ni. Orang bukan apa, kesian kat mak je." Ujar Fendy sambil memeluk erat ibunya.

"Apa hang dok merepek ni. Lain kali bagi habis orang cakap dulu, baru masuk nak nyampuk. Ni tak main sergah je… Mak nak ajak hang masuk bilik mak try baju melayu hang yang nak pakai masa akad nikah nanti. Mak dah siap jahit dah." Fendy tersenyum dan ketawa sambil memandang pada emaknya.

"Sat lagilah boleh tak mak? Orang ingat nak pi rumah abang sat. Nanti balik karang orang try okey?"

"Yelah. Tapi hang jangan buat lupa pulak. Balik awai dan tok sah pi merayap merata hala. Hang ingat sikit hang tu nak jadi pengantin, nanti hilang seri."

Fendy hanya ketawa dan kemudian terus menuju ke pintu. Makin lama dia mengadap emaknya makin banyak pantang larang yang dia kena ikut.


*********************

Ardini memerhati kesemua barang-barang hantaran yang telah siap ditempah. Dia seolah tidak percaya bahawa dalam beberapa hari lagi dia akan menjadi isteri orang. Kegembiraan jelas kelihatan pada mama dan papa. Ardini memohon agar dirinya semakin tabah untuk menghadapi hari yang bakal ditempuhinya nanti.

"Kakak dah try baju pengantin?" Ardini tersedar dari lamunannya. Tiba-tiba Puan Faizah muncul dari arah luar.

" Dah ma." Jawabnya ringkas

"Semua okey ke tak ada masalah?" Tanya Puan Faizah lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Yes…everythings is okey." Puan Faizah tersenyum sambil tangannya menyusun barang-barang hantaran tadi agar kelihatan lebik elok. Kemudian dia memandang pada Ardini.

"Hari jumaat ni jangan lupa pula ikut mama pergi Spa. Mama dah booking dah. Kita buat facial and treatment okey my dear?" Ardini hanya mengangguk tanda bersetuju.

"Ma…. Boleh tak kalau kakak tak nak berinai?" Dia memandang ibunya dengan pandangan simpati. Puan Faizah meletak barang yang dipegangnya ke atas tilam.

"Sayang, listen okey. Berinai ni adat dalam majlis kita. Berinai jugalah penyerinya bagi seseorang pengantin. Apa salahnya kakak pakai untuk hari yang penuh bermakna dalam hidup kakak. Mama rasa lagi bertambah cantil dan berseri." Pujuk Puan Faizah dengan penuh harapan.

"Tapi mama kan tahu kakak tak suka. Please ma…" Puan Faizah mengeluh kecil.

"Terpulanglah pada kakak. Mama tak nak cakap apa dah. Dahlah impian mama nak buat majlis kat hotel tak kesampaian. Tak apalah,kakak buatlah mana rasa lebih baik." Nadanya seakan merajuk. Ardini memandang ibunya dengan rasa serba salah. Lalu dia menyentuh lembut jemari ibunya.

"Kalau itu yang buat mama bahagia kakak setuju. Kakak akan berinai pada hari tu nanti." Puan Faizah memandang wajah Ardini dengan penuh senyuman. Dan mereka saling berpelukan.

"Kakak memang anak yang baik. Mama yakin kakak akan bahagia percayalah sayang." Bisik Puan Faizah.


********************

Pandangannya dilontar kearah kolam ikan dihadapannya. Sesekali decampak batu-batu kecil. Cuaca hari ni tidaklah begitu panas. Pengunjung semakin ramai datang untk memancing. Zaini juga tidak ketinggalan. Fendy menolah kearah abang angkatnya itu. Ternyata umpan yang ditahan Zaini pada jorannya masih lagi tidak mengena. Lalu dia berjalan menghampiri kearah Zaini.

"Belum kena lagi bang?" Tanya Fendy lalu melabuhkan duduknya di sebelah Zaini.

"Belum. Sat lagi kenalah tu. Yang hang ni kenapa aku tengok macam susah hati je. Orang lain nak naik pelamin happy tapi hang lain macam je." Fendy tergelak kecil.

" Aku pun tak tahu nak habaq lagu mana bang."

" Tok sah dok pikiq bukan-bukanlah tak dak apa ehh…" Balas Zaini sambil tersenyum.

"Bang, hang jangan tak pi pulak hari menikah aku nanti. Aku harap sangat hang, kak dengan anak-anak ikut sekali."

"InsyaAllah, kalau tak dak apa kami pi. Lagi pun kak hang tu teringin sangat nak tengok hang bersanding atas pelamin." Fendy hanya tersenyum.

"Aku harap bang, kali ni aku tak kan keceewa macam dulu dah. Aku nak lupa semua yang lepas-lepas." Ujar Fendy sambil menguis batu-batu kecil.

"Aku harap hang dapat tunai tanggungjawab dengan lebih elok sebagai ketua keluarga. Hang akan jadi kepala nanti hang kena ingat tu?"

"InsyaAllah bang, aku tak kan lupa semua tu." Balas Fendy sambil dilontarkan pandangan ke kolam. Sesungguhnya Tuhan saja yang tahu apa yang dirasa olehnya pada saat ini.


*************

Ardini berbaring di atas tilam yang empuk itu. Matanya berkelip-kelip merenung siling. Fikirannya kacau pada saat ini. Dia sendiri tidak pasti tentang apa yang dirasa olehnya pada saat ini. Jiwanya semakin tertekan. Dalam leka di melayan perasaan , telinganya menangkap suara mendayu berlagu pilu yang sedang berkumandang di siaran Hot FM. Bait-bait lagu yang mendayu itu diamatinya.


Relaku menunggumu, seribu tahun lama lagi Tapi benarkah hidup aku kan selama ini.. Biar berputar utara selatan Ku tak putus harapan sedia setia.. Rela ku mengejarmu seribu batu jauh lagi Tapi benarkah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini Biar membisu burung bersiulan Terbelah gelombang lautan ku masih setia.. Adakah engkau yakin ini cinta, Adakah engkau pasti ini untuk selama-lamanya.. Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi, Tapi benarkah hidup aku kan selama ini.. Biar berputar utara selatan Ku tak putus harapan sedia setia..Jangan putus harapan sedia setia


Hiba benar hatinya mendengar lagu itu. Lagu itulah yang membawa kenangan padanya enam tahun dahulu. Tanpa disedari air matanya mengalir membasahi pipi.

Selamat tinggal Fendy, selamat tinggal kenangan. Sudah sampai waktunya untuk aku kuburkan semuanya. Akan aku kenangkan segala memori yang pernah kita ciptakan bersama sejak enam tahun dahulu.

Kepekatan malam pada malam itu berlalu bersama dengan tangisan yang selama ini dipendam olehnya.


*************

Banglo dua tingkat itu semakin ramai dikunjungi oleh para jemputan. Puan Faizah serta suami tidak menang tangan melayan tetamu yang hadir. Jelas terpancar kegembiraan di raut wajah Puan Faizah. Dia memanjat kesyukuran pada Yang Esa kerana hasratnya selama ini termakbul jua.

Di kamar Ardini di tingkat atas kelihatan mak andam sedang sibuk menyiapkan raja sehari. Sentuhan tangan Kak Nina, mak andam yang ditempah khas membuatkan wajah Ardini semakin berseri-seri. Kebaya singkat bunga bertabur rona biru laut sesuai benar dengan tubuhnya yang tinggi lampai dan berkulit putih gebu itu.

Farah dan Lia turut sama berada di situ. Sesekali mereka tersenyum dan saling ketawa. Setelah sentuhan terakhir diberikan oleh Kak Nina, doa untuk menaikkan seri pengantin di baca. Barulah Ardini dibenarkan bangun untuk melihat cermin.

"Macam anak patung! Bila disolek dengan pakar, bertambah cantik." Puji Farah dengan senyuman yang meleret. Disambut dengan hilai tawa Lia dan Kak Nina.

"Ardini tak perlukan mekap yang terlalu tebal sebab kulit muka dia dah sedia cantik. Nampak lebih natural bila mekap macam ni…" hujah Kak Nina.

"Eh Dini, senyumlah sikit baru berseri muka tu." Usik Lia sambil mencuit pinggang Ardini.

"Betul tu Dini senyumlah sikit…haa…macam tu lah" Bilik pengantin riuh rendah dengan gelak ketawa mereka. Ardini memerhati dirinya ke dalam cermin. Dia merenung wajahnya. Semakin lama dia melihat dirinya, semakin hiba hati dan perasaannya.

Hari ini adalah hari yang akan menjadi saksi bahawa dirinya akan menjadi milik orang. Dan pada hari ini juga dia akan mengenali bakal suaminya. Hatinya nekad walau bagaimana pun keadaan bakal suaminya dia ikhlas menerimanya. Kerana itu telah diputus olehnya beberapa bulan yang lalu. Rasa sebak yang bersarang di dadanya cuba di tahan. Sekejap saja lagi rombongan lelaki akan tiba. Majlis akad nikah serta majlis bersanding akan dilangsuangkan.

Puan Faizah serta Encik Qaulif berada di muka pintu. Lia, Farah serta Kak Nina beredar buat seketika. Mereka seolah-olah mengerti. Ardini memandang wajah mama dan papanya dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya. Encik Qaulif menyentuh lembut bahu puteri tunggalnya.

"Selepas pada hari ini, papa, mama akan lepaskan tanggugjawab kami terhadap kakak pada bakal suami kakak. Papa harap kakak akan menjadi isteri yang baik." Sedikit getar pada nada suaranya. Kelopak mata Ardini mula bergenag. Begitu juga dengan Puan Faizah.

" Mama, papa doakan agar kakak akan hidup bahagia nanti. Itu yang kami harapkan selama ini." Dalam sebak Puan Faizah menutur kata. Ardini tidak dapat menahan kesedihan air matanya terus mengalir. Lantas Puan Faizah segera menyapu air mata di pipi Ardini.

"Dah… jangan nangis lagi, nanti hilang seri anak mama ni." Mereka saling berpandangan kemudian tersenyum. Tiba-tiba terdengar paluan kompang dari arah luar.

" Alhamdulillah, nampaknya rombongan pengantin lelaki dah sampai. Mari bang kita turun sambut dia orang. Mama, papa turun bawah dulu nanti Mak Andam akan iring kakak keluar." Pesan Puan Faizah pada Ardini sebelum dia dan suami melangkah keluar.

Ardini dapat mendengar paluan kompang yang semakin lama semakin hampir kearah rumahnya. Dadanya tiba-tiba berombak. Perasaannya kini bercampur baur. Dalam hatinya tidak pututs-putus berdoa agar dirinya semakin dapat menerima kebenaran ini.


***************

Ruang tamu kediaman pengantin perempuan telah pun dipenuhi dengan tetamu dan juga rombongan dari pengantin lelaki. Di suatu sudut di mana kelihatan pelamin tersergam indah, kelihatan pengantin lelaki yang segak berbaju melayu bewarna biru laut dengan wajah yang tenang duduk mengadap Tok Kadi.

Mak Andam mengiringi pengantin perempuan menuju ke ruang yang akan berlangsungnya majlis akad nikah. Ardini menyusun langkah begitu teratur. Debarannya semakin kuat terasa. Apa yang dapat dilihat rumahnya telah pun dipenuhi dengan tetamu. Terdengar juga beberapa suara yang memuji kecantikannya.

Dia melabuhkan duduknya dengan tertib lalu bersimpuh. Di sebelah kanan dan kirinya diapiti oleh mama serta neneknya. Hatinya sedikit tergerak untuk melihat wajah bakal suaminya. Namun debaran yang semakin kuat bergoncang di jiwa telah membatalkan hasratnya.

Dia memandang pada ibu serta nenek dengan harapan debaran di dada semakin berkurangan. Puan Faezah tersenyum melihat puteri tunggalnya. Begitu juga dengan Mak Ku. Kedua-duanya tersenyum puas.

"Kalau tak ada apa-apa lagi boleh kita mulakan sekarang?" Usul Tok Kadi kepada Encik Qaulif serta beberapa orang saksi yang ada.

"Silakan Tok Kadi." balas Encik Qaulif serentak dengan beberapa saksi yang ada di situ.

"Baiklah…, bila saya sebut nama kamu nanti, jawab ya dan diikuti dengan lafaz akad. Faham?"

"Faham." Jawab pengantin lelaki dengan penuh yakin. Suasana menjadi sepi seketika. Tangan pengantin lelaki berjabat erat bersama tangan tok kadi.

"Bismillahirrahmanirrahim, Muhamad Arif Afendy bin Mohd Radzi,"

"Saya!"

"Aku nikah akan dikau dengan Tengku Ardini Nazifah binti Qaulif dengan mas kahwinnya RM 80 ringgit tunai…" Lantas tangannya dihenjut.

"Aku terima nikahnya Tengku Ardini Nazifah binti Qaulif dengan mas kahwin RM 80 ringgit tunai…" Dengan penuh yakin Fendy menjawab akad tersebut.

Ardini terkedu. Jantungnya seoalah-olah berhenti berdegup. Dia memadang pada Puan Faizah dengan seribu pertanyaan. Puan Faizah membalas dengan senyuman yang penuh bermakna.

"Macam mana sah semua?" Tok Kadi bertanya kepada beberapa orang yang berada di sebelah kanan dan kirinya.

"Sah.." Terdengar beberapa suara yang menjawab.

"Alhamdulilllah.." Lantas Tok Kadi membacakan doa dan para tetamu yang ada di situ turut mengaminkan doa. Ardini masih dalam kebingungan.

Setelah doa dibaca, keadaan kembali riuh-rendah kedengaran. Fendy bersalaman dengan kedua orang tuanya serta bapa mertuanya.

"Minta pengantin lelaki datang untuk upacara pembatalan air sembahyang ye.." Terdengar suara Mak Andam disebalik keriuhan suasana pada hari itu. Fendy meghampiri kearah Ardini diiringi dengan kedua orang tuanya. Tuhan saja yang tahu perasaannya pada waktu itu. Mak Andam menghulurkan kotak kecil kepada Fendy yang di dalamnya terdapat sebentuk cincin permata. Cahaya lanser kamera bertalu-talu menyimbahi kearah mereka.

Kini Fendy telah pun berada di hadapan Ardini. Dengan perlahan dia mengangkat mukanya dan diamati wajah tampan itu. Kelopak matanya kembali ditakungi air. Nafasnya seakan tersekat. Fendy mengamati wajah yang berada di hadapannya dengan seribu perasaan.

Dengan perlahan disarungnnya cincin perkahwinan ke jari manis Ardini. Kemudian dengan penuh kasih dia mengucup lembut dahi isterinya. Buat pertama kalinya Ardini tunduk mencium tangan suami tercinta. Dadanya semakin sebak menahan tangis.

Sewaktu mertuanya Puan Maznah memeluknya, Ardini teresak-esak menangis. Dia merasakan seolah-olah semua ini seperti sebuah mimpi. Kesedihannya tidak dapat di tahan lagi. Puan Faizah mententeramkan keadaan Ardini. Dia faham apa yang dirasai oleh anaknya pada saat itu.


*****************

Para tetamu serta saudara mara sudah pun beransur pulang. Begitu juga dengan rombongan dari keluarga Fendy. Ardini kini berada di kamar pengantinnya. Dia baru saja selesai menunaikan solat Maghrib. Fendy masih lagi berada di bawah. Mungkin sedang berbual dengan papa dan mama agaknya.

Ardini masih lagi merasakan apa yang dilalui olehnya pada hari ini adalah sebuah mimpi. Dalam dia mengelamun, pintu biliknya dibuka. Fendy melangkah masuk. Dia masih lagi tidak mampu untuk bertentang mata dengan suaminya. Fendy menghampiri kearah Ardini yang sedang menikmati pandangan dari luar.

"Sayang…" Mesra suara Fendy memanggil isterinya. Ardini memandang Fendy dengan senyuman. Kemudian dia mengalihkan pandangannya semula ke luar tingkap. Tidak sanggup untuk dia terus bertentang mata dengan suaminya. Sesungguhnya debaran di dalam jiwanya masih kuat terasa.

Lantas tangan Fendy merangkul lembut pinggang Ardini. Ardini tersentak. Aliran darahnya seperti terhenti seketika. Fendy merapatkan tubuh Ardini ke dadanya. Pada saat itu Ardini dapat merasakan hembusan nafas Fendy.

"Kenapa ni...? Sayang tak gembira ke kahwin dengan abang?" ujar Fendy dengan nada yang lembut. Ardini Hanya menggelengkan kepalanya. Lantas Fendy segera meleraikan pelukannya lalu dengan perlahan dia memimpin Ardini menghala ke katil. Mereka kemudian melabuhkan duduk di birai katil. Ardini diam. Dia merenung tangannya yang masih berada di dalam genggaman Fendy.

"Sayang tak suka dapat kahwin dengan abang ya?" bisik Fendy perlahan di telinga Ardini. Jari jemari Ardini diramas lembut. Senyuman mekar dibibirnya. Dada Ardini sedikit bergetar dengan bisikan yang romantis itu. Lebih kuat getarannya apabila sepasang mata Fendy begitu asyik merenungnya. Tidak berani untuk dia memandang mata itu.

"Kenapa pula saya perlu menyesal?" Akhirnya Ardini bersuara tapi masih dalam keadaan menunduk. Dia cuba menutup keresahan di hatinya.

"Kalau tak menyesal, kenapa sayang tak sudi nak pandang muka abang yang tak berapa macho ni?" Fendy seakan ingin berjenaka.

"Entah…rasa macam tak percaya je." Jawab Ardini ringkas.

"Sayang…, kalau enam tahun dulu abang pernah cakap untuk berkahwin dengan sayang, abang tak akan lupa dengan semua janji abang sayang… Abang tak boleh nak serahkan hati abang pada orang lain selain dari awak. Abang tersiksa bila awak tinggalkan abang sayang… Mujurlah mama ada dan masih sudi berhubung dengan abang. Kalau tak buat selama-lamanya abang akan kehilangan awak." Ujar Fendy dengan panjang lebar.

Ardini hanya membisu. Rasa bersalah mula bersarang di jiwanya. Dia sedar dirinya yang menjadikan punca perpisahan yang terjadi enam tahun dahulu.

"Saya minta maaf atas apa yang terjadi." ujarnya sambil memandang tepat pada suaminya. Fendy hanya tersenyum. Dia sedar, tiada guna untuk dia mempertikaikan tentang perkara yang telah berlaku. Mungkin betul kata pepatah kalau jodoh takkan kemana. Lama mana pun terpisah, pasti akan bertaut juga.

"Abang tak salahkan sayang." Bisik Fendy perlahan di telinga Ardini. Kali ini Fendy mendekatkan mukanya ke muka Ardini. Lalu dikucup mesra pipi isterinya. Hanya Allah saja yang tahu persaannya pada waktu ini.

"I love you sayang…" lafaz Fendy dengan suara yang bergetar. Sebaik berkata begitu, Fendy mencempung Ardini dan membawanya di atas katil. Ardini seperti merelakan.

Setelah Fendy menurunkan Ardini di teangah-tengah ruang katil, tubuhnya mula merapati kearah tubuh Ardini. Dengan perlahan Fendy tunduk merenung Ardini dengan penuh makna yang tersirat. Akhirnya kedua-dua bibir bertaut mesra. Ardini menyambut dengan kerelaan hatinya.

Akhirnya Ardini lemah sendiri. Dia tidak berdaya lagi lalu membiarkan sahaja. Terngiang-ngiang suara usatzah Saleha akan pahala yang diperolehi jika melayan kehendak seorang suami. Apatah lagi pada malam pertama mereka.

******************

2 TAHUN KEMUDIAN

Hari ini Fendy dipanggil untuk mengadakan show di Kelantan. Kalau ikutkan hatinya ingin saja dia menolak tawaran tersebut. Tapi apakan dayanya semuanya tidak dapat dielak lagi. Apatah lagi bila mengenagkan isteri tersayang yang sedang sarat. Dia begitu risaukan Ardini yang bila-bila masa saja akan bersalin. Kalau boleh dia ingin selalu berada di sisi Ardini, di saat-saat kelahiran insan baru itu nanti.

"Sayang, abang ni." Sayup-sayup terdengar suara Fendy di hujung talian.

" Abang masih di Kelantan lagi?"

"Ye sayang, abang still kat sini lagi. Malam ni baru start show tu. Sayang macam mana, okey ke?"

"Sayang okey bang…tak payahlah risau. Abang tumpulah pada show abang malam nanti. Kalau sayang sakit mama kan ada." Sesungguhnya hatinya begitu merindui suaminya walaupun baru dua hari berjauhan.

"Bila abang nak balik?" Soal Ardini manja.

"Flight abang pagi esok sayang." Mendengar nada suara Ardini hatinya menjadi gelisah. Kerinduan menjelma tiba-tiba.

"Sayang rindukan abang…"

"Abang pun sama sayang. Tak sabar nak balik jumpa bucuk abang ni…" usik Fendy dengan nada yang manja. Ardini ketawa.

"Okey sayang, abang kena masuk test sound lagi ni. Kalau ada apa-apa jangan lupa call abang tau?"

"Okey…abang jaga diri. Assalamualaikum" Setelah Fendy menjawab salam, talian dimatikan. Ardini tersenyum sendirian sambil tangannya mengusap lembut perutnya yang sarat itu.


*************

Seperti biasa pada pagi itu Ardini bangun untuk menunaikan solat subuh. Belum sempat dia berjalan menuju ke bilik air, tiba-tiab perutnya terasa amat sakit dan kelangkangnya mula terasa basah. Dia yakin bahawa mungkin waktu untuk bersalin telah pun tiba. Dia teringat pesan mama bahawa salah satu tanda untuk melahirkan adalah apabila ketuban pecah. Dan sekarang dia mengalaminya. Lantas wajah suami tercinta terbayang di mata.

Dalam keadaan yang panic, Ardini menjerit memanggil Puan Faizah. Disebabkan pintu kamarnya tertutup membuatkan jeritannya tidak didengari. Dalam keadaan sakit berbaur takut dia turun dari katil dan meluru ke pintu. Sebaik daun pintu ditolak, sekali lagi dia memanggil Puan Faizah.

"Ardini…kenapa sayang?" Puan Faizah yang terdengar jeritannya tadi meluru kearah Ardini. Dilihatnya Ardini sedang terbongkok-bongkok memegang perut.

"Ma…sakit sangat ma….arrggh…sakit maa…" Suara Ardini terputus-putus. Puan Faizah segera memimpin Ardini ke Sofa.

"Kakak, sabar…bawak mengucap."

"Ma…kakak tak tahan….sakit sangat." Ardini memegang lengan Puan Faizah dengan kuat.

"Abang….cepat bang….Ardini dah nak bersalin ni! Laung Puan Faizah dengan kuat memanggil suaminya yang masih berada di kamar. Sebentar kemudian, Encik Qaulif muncul dan segera mendapatkan Ardini.

"Mama…sakit…rasa macam nak putus urat pinggang ni." Terketar-ketar suara Ardini menahan sakit. Segenap tubuhnya telah disimbahi dengan peluh. Sebelah tangannya memaut lengan Puan Faezah dan sebelah lagi menggosok-gosok perlahan pinggangnya. Lalu Encik Qaulif dan Puan Faizah segera memapah Ardini ke pintu dan menuju ke kereta.

"Sabar sayang…sekejap lagi kita akan sampai di hospital. InsyaAllah kakak akan selamat."

******************

Fendy mundar-mandir di ruang menunggu. Setibanya di KLIA awal pagi tadi dia terus bergegas ke mari setelah dimaklumkan oleh ibu mertuanya. Selagi Ardini belum selamat melahirkan, selagi itulah hatinya resah. Hampir enam jam Ardini di tahan di dalam wod bersalin. Doktor menyatakan Ardini mempunya sedikit masalah untuk bersalin. Puan Faizah serta Encik Qaulif turut sama resah menunggu perkembangan Ardini.

Dalam keresahan menanti, tiba-tiba pintu dewan bedah terbuka. Seorang jururawat keluar dari situ. Dengan segera dia menerpa. Tapi kata-kata jururawat itu amat mengecewakan. Ardini belum melahirkan. Fendy duduk semula. Dalam hatinya tidak putus berdoa pada Allah swt agar isteri dan anaknya selamat. Baru sebentar duduk, dia berdiri semula. Dalam keadaan sekarang, apa yang dibuat semuanya rasa serba tak kena.

"Fendy…bawak bertenang." Ujar Puan Faizah apabila melihat keadaan Fendy yang semakin resah.

"Saya risaukan Ardini ma.." Wajah Fendy penuh gusar. Dia amat takut akan kehilangan Ardini. Cukuplah dulu dia pernah kehilangan Ardini. Begitu siksa dan merana hidupnya tanpa insan yang bergelar Tengku Ardini Nazifah.

"Mama pun risau, tapi mama yakin Ardini dan cucu mama akan selamat. Banyakkan berdoa Fendy." Fendy terdiam namun sebentar kemudian dia melepaskan keluhan kecil. Dia merenung jam di pergelangan tangan. Terasa lambat waktu berlalu.


*****************

Kini Ardini telah selamat melahirkan setelah beberapa jam bertarung nyawa. Tekanan darah yang naik secara mendadak menyebabkan doctor terpaksa membuat pembedahan. Keadaan Ardini agak lemah. Namun apabila melihat si comel yang berada dalam ribaannya, kesakitan hilang dalam sekelip mata.

Ardini merenung sepasang mata yang comel itu. Ada bayangan wajah Fendy di situ. Lalu dikucup dengan penuh kasih. Bayi lelaki seberat 3.6 kg agak besar, bagaikan sudah berusia sebulan. Ardini tersenyum puas walaupun kepenatan dan kesakitan masih terasa. Tanpa disedari air matanya bercucuran mengalir ke pipi. Dia memanjat kesyukuran pada yang Esa.

Daun pintu terbuka dan kelihatan wajah Fendy yang tersenyum di muka pintu. Fendy bagaikan tidak percaya dengan apa yang disaksikan olehnya kini. Lantas dikucup dahi isteri tersayang dengan penuh kasih.

"Terima kasih sayang kerana melahirkan zuriat abang…" bisik Fendy dengan nada yang romantis. Lalu dengan perlahan dia mengambil si comel yang berada dalam dakapan Ardini. Dengan penuh kasih Fendy tunduk mencium dahi anaknya itu. Kehadiran zuriat pertamanya ini merupakan lambang percintaannya dengan Ardini.

Fendy melangkah beberapa langkah ke hadapan lalu dialunkan azan ke telinga si kecil itu. Ardini tidak dapat menahan sebak lantas air matanya terus mengalir. Tidak terputus kalimah kesyukuran dilafazkan olehnya. Segala impian yang diimpikan selama ini akhirnya ternyata jua. Kehadiran Muhammad Arif Irfan akan menguatkan lagi ikatan cinta antara dirinya dan juga Fendy.


-TAMAT-

posted by Penulisan2u @ 4:35 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
29 Comments:
  • At 31/7/09 9:41 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best nye citer ni....
    gud job writer...
    best sgt!!!

     

  • At 31/7/09 11:32 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hah????ta phm la kate ad penyakit?????
    ta best

    (:~D)
    ske komen

     

  • At 31/7/09 1:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    xbes~ buhsan!

     

  • At 31/7/09 1:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    eh..
    nme adek ak pon cm nme ank si dini ni..
    tp nme adek ak len ckt la..
    nor alif irfan...

     

  • At 31/7/09 2:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    konfius, sbb terlalu panjang jadi terpaksa baca skip2

     

  • At 31/7/09 5:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    WAH...
    BEST2 CTER NI...
    MMG LYAN ABIS..

     

  • At 31/7/09 11:06 PTG, Blogger Hamba Allah said…

    YA ALLAH!
    panjangnya.haha.
    xbace pon.
    tgk cam buhsan aje!
    sorry.

     

  • At 1/8/09 12:03 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    btoi3
    pnjg gla
    byk yg skip
    hheheheheh

     

  • At 3/8/09 11:27 PG, Blogger nur adilin said…

    hmmm...
    sy xphm part yg dini de pnyakit 2.
    pstu cmne dia leh putus ngn fendy?
    n cmne lak mama n papa dini leh rhsiakan sal dini akn kwen ngn fendy sdangkan dorg taw dini 2 menderita sgt2?
    hmm...sori komen byk2 nie...

    ~sy bdk bru blaja~

     

  • At 3/8/09 11:37 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bahasa utara nmpak xreal. biarla nmpak real bhasa utara kalau nak tulis novel. story best sgt. tapi ada ke dalam dunia ni macam ni?? kalau ada, seronok gak. tapi aku lagi prefer cinta yang sudah mengenali antara 1 sama lain, n kepada tanpa nama,tentang penyakit, yang kenduri kesyukuran 2, dah baik la 2...best story ni.hope can buat lagi crita yang camni,

     

  • At 4/8/09 8:06 PG, Blogger honeynurfarhan said…

    mmg pnjg aku amik mse 2arila nk abiskan cerpen ni ngantuk aku tp nsib baik hapy ending klu sad ending aku sumpah abisla jwbnya..tp at least ok jgakla..yg aku x phamnye cm ne org sakit parah blh plak chat serta merta plak 2 x pham part 2..tp cter ni x la membosankan sgt..keep ur work writer..

     

  • At 5/8/09 7:17 PG, Anonymous saffashapawi said…

    hye. besbes. bleh hanta kat sye tak? please please please.
    my email is saffas_94@yahoo.com. i'll be really glad if you can send your work to me. thank you!!

     

  • At 5/8/09 3:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    crita menarik cuma konflik masih perlu diolah dengan baik..
    teruskan usaha..majukan diri..

     

  • At 5/8/09 4:50 PTG, Anonymous wheezy said…

    kureng lah
    pnjg sgt
    bce sparuh je then tros tanak bce..
    smoge dpt mnulis dgn bek ye sleps ini

     

  • At 5/8/09 6:04 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    panjangnya cite ni...
    apapun nice try...

     

  • At 6/8/09 11:19 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cte ni, tp yg x fhm bab fendy marah tetibe 2, x tau die marah kt sape.. de tergantung ckit lah kt c 2, pe pun loghat2 2 mmg best n menjadi lah.. nice story..

     

  • At 6/8/09 2:20 PTG, Anonymous diana said…

    Salam dan tahniah buat aswanizan kerana telah berjaya menghasilkan sebuah karya yang berjaya...... kalau kita memberikan raking bintang untuk setiap karya saya akan memberikan 3 1/2 bintang dari markah penuh 5 bintang. Harap dapat membaca karya aswanizan lagi nanti.... bye....

     

  • At 6/8/09 10:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wow wow..wow...perhatian..kepada yg x membaca tu...toksah sibok2 nk mengomen...kpada writer..gud job..x ada bnda yg perfect..so, truskan berkarya n all da bez...!!

     

  • At 7/8/09 2:20 PTG, Blogger Ma$ said…

    jalan cite terlalu pnjang..plot berputar belit..tapi climaks best..

     

  • At 8/8/09 1:30 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Kesudahan cerita yang happy ending tp ada bab yang sy tak faham sbb terlalu melewah. citer ni terlalu pnjg la.. huk3.. Apa citer dgn gf Fendy yang kat kampung tu? ^0^

     

  • At 8/8/09 11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita yang agak menarik...sebuah mimpi yang hanya menjadi mainan mimpi akhirnya menjadi kenyataan....cinta yang lamanya bertaut dan akhirnya berpisah kini kembali bertaut semula...

     

  • At 8/8/09 11:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best nye..gud job..all the best to u..

     

  • At 13/8/09 10:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    fuh..
    terharu akuh baca..
    syok btl la dpt bf a.k.a tunang a.k.a suami
    yg romanttik nie

     

  • At 23/8/09 6:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    telampau panjang la...huhu..pale agak pusing2 sket time bace..cume ending die bes ar..tu jek..

     

  • At 31/8/09 5:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best glerr
    cgrate ea !!1

     

  • At 12/8/10 11:11 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best gler cite ni.. congrats ya...
    truskn berkarya..

     

  • At 24/10/11 4:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam...cerita nie mmang best...
    bagi yg tak baca 2 mmang rugi...

     

  • At 8/11/13 1:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Not bad...teruskan usaha anda

     

  • At 5/3/15 8:01 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Watak di atas mmg kenal sgt...in Shaa Allah DIA telah aturkan yh terbaik utk kita..xsemua bnda yg kita inginkan akn dpt...tp DIA gantikan apa yg kita perlukn..slamat maju jaya

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group