Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari ini ialah hari kiamat bagi aku, insan yang aku seru sudah tiada lagi. Usia perkahwinan aku begitu singkat adakah ini balasan bagi segala dosa-dosa aku yang lampau. Dalam tangisan aku melafaskan ayat-ayat suci YASSIN tanpa henti agar roh beliau sentiasa di cucuri rahmat dan moga beliau di tempatkan di dalam golongan-golongan orang yang bertakwa. "Sungguh amat aku menyanyimu wahai isteri tercintaku, segala-galanya telah abang curahkan pada ayang sebaik mmungkin, abang tak mahu melihat deraian air mata ayang jatuh berlinang lagi lepas ni, abang akan sentiasa di sisi ayang sampai hujung nafas abang yang terakhir". "Abang, janganlah cakap yang bukan-bukan, ayang memang amat bahagia dengan abang, sekarang kita sudah menjadi suami isteri yang sah, jadi perkara lepas tu jangan la di kenang lagi, ok". Alangkah indahnya di saat itu, kami bersama-sama di buai asmara yang penuh dengan keceriaan sehinggalah hari ini. "Ayang, balik nanti kalau abang lambat, ayang balik sendiri ya. Tak pun tumpang abah ya" "Baiklah abang, abang nak makan apa hari ni? " Ayang tak perlu masaklah, abang sayang ayang, nanti jari-jemari ayang rosak pula. Hehehee.." Masih aku ingat ukiran senyuman di wajah beliau, sungguh manis dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipi beliau, sungguh indahnya pagi itu terutama bagi pasangan yang masih lagi di buai mimpi bulan madu. Sebelum kami berpisah aku mencium tangan suami aku dan beliau mengucup dahi aku dengan penuh kasih sayang. Namun siapa akan menyangka itu adalah pertemuan terakhir kami buat selama-lamanya di dunia yang fana ini. Dimana adilannya, ya ALLAH mengapa ENGKAU memisahkan kami, sungguh aku masih tidak puas bersama beliau. Berderai lagi linangan air mata aku melihat sekujur tubuh sasa yang kaku di hadapan mata aku. "Helo, saya Pn. Syuhada" "Fara, Ewan dah tak ada" "Mama cakap apa ni? Mama jangan nak takut-takutkan fara" "Betul nak. Abah dalam perjalanan nak ambil kamu" "Abang..." Aku tabahkan diri, sepanjang berada di dalam kereta Exora abah, kami tidak berkata walau sepatah, hati aku makin kencang melihat ramai orang di rumah, adik-adik beliau memeluk aku erat sekali, kehadiran mama membuatkan kepala aku jadi pening, "Ya ALLAH, apa semua ni?".
"Hei, jangan kacaulah saya interview Shila dulu! Awak belah!" "Ish, minah ni, bujet cun ingat aku nak sangat pegang dia" Desis Ewan dalam hati. "Maaf ye tentang tadi, saya bergurau je..hehehe.." "Eh, no hal. Saya ok je. Maaf sebab terpegang tangan awak" Bapak! Memang manis gila awek ni senyum. "Woi, umpan da mengena ke? Tu kawan aku, nama dia Fara Syuhada, tapi kita orang panggil dia Cik Merpati." ujar Meon. "Kalau kau nak, aku leh kenen-kenenkan". "Urmm... Orait gak! Tapi kenapa merpati?" "Sebab bukan senang tau nak ayat dia, silap-silap dia yang ayat kau balik. Hahhahhahhaa!"
Itulah detik indah sewaktu awal perkenalan aku dengan dia, dan hari ini adalah hari perpisahan kami buat selamanya. Selepas selesai jenazah dikebumikan, aku tak henti-henti berdoa. "Abang, ayang balik dulu ya. Abang jaga cinta kita, ayang sayang kat abang, ayang rindu abang". Di situ juga tertumpah lagi air mata aku ke atas pusara beliau. Sebak sayu hati ini sungguh hening tatkala meninggalkan tanah perkuburan islam itu.
"Abang, janganlah main-main lagi. Ayang takut tengok abang macam ni. Lagi pun abang dah janji takkan tinggalkan ayang lagi lepas kita berpisah masa sekolah dulu kan. Isk...Isk... Ayang sayang abang, tolong jangan tinggalkan ayang, abang. Mengucap abang." Bercucuran air mata aku di saat beliau menghembuskan nafas terakhir, terdengar tangisan di sekeliling aku pada waktu itu, aku tahu mereka juga tidak mahu kehilangan beliau. Beliau amat berharga bagi kami ya ALLAH. Lalu aku bisikkan di telinga beliau kalimah kebesaran ALLAH, beberapa saat sesudah beliau selesai mengucap dua kalimah syahadah itu, maka berakhirlah denyutan jantung dan nadi beliau, keraslah tubuh beliau tanpa pergerakan walau seinci. "Abaangg!!"
Hari kelapan arwah telah meniggalkan aku, tiba-tiba aku di kejutkan dengan kehadiran orang baru. Sedang aku sibuk menyiapkan hidangan untuk kenduri doa selamat di rumah ibunda beliau, kepala aku sakit sangat, muka aku pucat lesi, dan selama seminggu aku tidak menjamah walau sebutir nasi. Penglihatan aku gelap, aku terasa seperti di awangan dan di sambut dengan kehadiran Ewan sedang memeluk aku dengan muka yang sungguh ceria, abangg.. Pabila aku sedar, mama dan adik-adik memeluk aku, aku sememangnya kebinggungan dan bertanya apa telah berlaku. Bersinar-sinar dari pancaran mata mama dapat aku rasakan seperti ada khabar yang amat gembira bakal menerpa ke telinga aku. "Fara mengandung, sayang" Aku diam seribu bahasa. Terus aku usap perut aku yang kempis. Benarkah apa yang aku dengari tadi, benih abang ada dalam rahim ayang. Anak abang. Anak kita, abang. dikala itu, berderai lagi air mata aku, gembira mendapat tahu aku bakal melahirkan zuriat beliau. Syukur, Alhamdullah, ayang janji abang, ayang akan jaga anak kita macam mana yang kita rancang dulu.
Genap usia perkahwinan kita tiga minggu 6 hari, abang dah tinggalkan ayang selamanya, abang janji tak akan buat air mata ayang berderai lagi, abang tipu. Ayang percaya pada abang, tapi abang tipu ayang senang-senang, Ayang rindu nak dengar abang gelak, bergurau senda dengan abang, usap kepala abang, urut tubuh sasa abang. Kenapa abang tinggalkan ayang di saat kebahagiaan kita. Ayang tak puas hidup dengan abang lagi. Lihatlah anak kita, macam muka abang ada lesung pipit di pipi. Musafir b. Arzwan, itu nama anak lelaki kita abang. Comel sangat, alangkah indahnya kalu abang ada di waktu ayang melahirkan dia seperti yang kita rancangkan dahulu. Kini dia dah pandai berjalan dan petah bercakap sama macam abang.
Pada suatu ketika, aku telah membawa Musafir ke majlis reunion sekolah aku dulu sewaktu bersama dengan Ewan. Semua rakan-rakan aku kelihatan berbahagia bersama pasangan mereka. "Comelnya anak kamu dengan Ewan, Fara. Saling tak tumpah macam arwah ayah dia." kata Shela. "Mari kat Uncle nak." ajak Farid dan rakan-rakan yang lain. Mereka suka sangat bermain dengan Musafir. Di saat aku hendak mmebawa Musafir pulang, dia berkeras tidak mahu pulang, meronta-ronta agar aku melepaskan dia supaya dia dapat terus bermain dengan Farid. "Papa...Papa...isk...Papaaaa..." Entah kenapa, sayu sangat aku dengar dia memanggil nama itu. Abang, Musafir panggil abang. Tapi abang tak de di sini. "Nak, kita balik ya..." menahan sebak aku cuba menenangkan Musafir, rakan-rakan aku yang lain turut bersimpati melihat keadaan Musafir yang dahagakan belaian seorang ayah. "Musafir, ekot ummi balik ya, nanti kita main dengan nenek dan atok ya" Dengan sekuat hati aku membawa diri bersama Musafir pergi, di dalam kereta Musafir tak henti-henti esakannya. Setiba di luar rumah mama dia keluar dari perut kereta dan berlari ke pagar. "Papaaaaaaa!!!" "Ya ALLAH, Musafir, jangan macam ni nak. Ummi sayang Musafir tau." Aku memeluk Musafir di gigi pintu pagar. "Mama sayang Musafir. Jangan buat macam ni nak. Jangan tinggalkan ummi. isk!" Ditika itu kami bersama-sama berderai air mata. Abang, Musafir rindukan abang. Ayang perlukan abang. Ya ALLAH, bagi lah aku kekuatan untuk menempuh dugaan-MU ini.
"Selamat Hari Ibu, Ummmi. Ummi nak apa-apa? Nanti Mus belikan. Ina pun dah masak lauk kegemaran Ummi tu. Jom kita makan sama-sama, Mus rindu nak Ummi suapkan. Boleh ya Ummi." 24 tahun telah berlalu. Abang, itulah anak kita, dah besar, dah kawen pun, saling tak tumpah macam abang, manjanya, kasihnya, terima kasih abang...
cerita dan bahasa dh ok tapi cume agak terabur susunan cerita.... mungkin boleh diperbaiki coz cerpen yg byk bhs berbanding dialog ni memerlukan ketelitian susunan pengolahan cerita...kalo x pembaca mmg x paham.... tp ape pun good job.... usaha lg...
best citer ni tpi t'lalu pendek, but nice... terharu btul.. haha.. gud job writter!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
errmmm..
bez..
tabah nyeeeeee
iQ_tAyUM