BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Julai 01, 2009
Cerpen : CInta untuk Camelya
Nama Pena : mia

Kek hari jadi dua tingkat itu aku tatap berkali-kali.Dilitupi dengan 'topping' bergula dan penuh berkrim, kau sememangnya sungguh mempesonakan.Dihiasi pula dengan 'chocolate rice' disekelilingmu, kau jua ternyata menyelerakan.Tapi, entah mengapa, aku langsung tidak berhasrat untuk menjamahmu walau secebis pun. Aku tidak membencimu.Tidak juga aku terlalu menyayangimu sehingga aku tidak mahu menyentuhmu. Jangan salahkanku kerana tidak mahu menjamahmu.Tapi, begitu sukar untukku menerima kehadiranmu.Biarlah, biarlah kau termangu sendiri di situ. Aku tidak mahu mengganggumu.Biarlah kau sendiri di situ menunggu saat aku kan menjamahmu.Kemudian, aku alihkan pandanganku ke lelangit bilikku yang indah. Hari ini sungguh memenatkan. Seharian aku mengulangkaji di perpustakaan kampus. Bagiku, biarlah waktu senggangku diisi dengan mengulangkaji pelajaran daripada berpeleseran tidak tentu ke hala bersama-sama rakan.Telah lama aku meninggalkan tabiat itu. Bermakna, telah lama juga aku tidak menemui rakan-rakan lepakku. Seharian kami hanya melepak tanpa melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Kami langsung tidak menyentuh buku, malah kami sering menimbulkan masalah. Prestasiku dalam pelajaran juga kian merosot. Mama dan ayah tidak terkira bimbangkan aku. Para pensyarah juga turut menunjukkan rasa bimbang mereka terhadapku kerana sebelum aku terjebak ke dalam kancah ini, aku sememangnya pelajar kebanggaan di sekolah dan di kampus tempatku menyambung pelajaranku. Peristiwa aku hampir maut kerana terlebih dos dadah jenis syabu, ternyata mengubah pandanganku terhadap dunia. Aku kembali kepada diri aku yang dahulu.Diriku sebelum aku hanyut dalam dunia hitam yang penuh dosa. Aku tinggalkan rakan-rakan yang membawa pengaruh buruk terhadapku. Aku isi masa senggangku dengan menelaah buku-buku ilmiah. Aku ingin menebus kesalahan dan kesilapan aku yang lalu dan aku ingin mengembalikan semula kepercayaan mama dan ayah kepadaku. Aku benar-benar telah insaf dengan kesilapan itu. Syukur tidak terhingga kepada Ilahi kerana rakan-rakan lepakku itu, tidak datang mencariku lagi. Mama da ayah juga kembali percaya kepadaku. Abang Ikhwan, sudah tentu sentiasa berada dibelakangku.Tidak perlu aku risaukan.Ah, tatkala mengenangkan memori hitam itu, migrainku pastikan kembali.Sakitnya bukan kepalang, tapi aku telah lali dengan kesakitan ini. Satu keluhan berat aku lepaskan. Perlahan-lahan, kesakitan itu mula reda. Ringan pula rasanya kepalaku ini.

Aku tersenyum keriangan apabila telefon bimbitku berbunyi, menandakan ada mesej baru masuk. Aku mencapai telefon bimbitku yang terletak di atas meja sisi katilku dan menekan punat 'OK' dan membaca bait-bait yang terbit di skrin telefon bimbitku. "Selamat Hari Lahir, Camelia! Maaf, abang tidak dapat turut serta dalam parti hari jadi Camelia siang tadi. I'm quite busy, honey! I hope you won't mind at all. I'll be coming back soon and there's many present from everyone here in London to you, my darling! Wait for me at the airport the day after tomorrow,okey!"Ucap Abang Ikhwan. Aku melemparkan senyuman puas dan menekan punat "CANCEL" dan aku letakkan semula telefon bimbitku ke atas meja sisi katilku. Tidak sabar aku menunggu kepulangan abangku yang satu itu.Ternyata, aku sangat manja dan rapat dengannya. Tidak riang hatiku sekiranya dia tidak ada di rumah walau sehari. Sekiranya perlu ke luar negara kerana tuntutan kerja, dia pasti akan meninggalkan satu pesanan ringkas buatku untuk menceriakan hatiku. Setiap kali pulang dari luar negara, pasti aku akan mendapat habuan besar yakni hadiah-hadiah mahal yang dibeli di negara-negara yang dikunjunginya. Bukan aku meminta, tapi mungkin inilah kasih-sayang seorang abang kepada adiknya yang terlalu ingin disayangi dan terlalu inginkan perhatian. Aku tidak punya adik-beradik yang lain. Hanya Abang Ikhwan seorang yang kupunya selain mama dan ayah. Aku melabuhkan semula badanku ke atas tilam yang empuk itu. Kepenatan siang tadi ternyata mampu membuatkan mataku semakin layu. Aku memalingkan pandanganku ke sekeliling ruangan bilikku, kemudian aku merenung semula syiling bilikku. Tanpa kusedari, mataku telah pun terpejam rapat. Lena tidurku diulit mimpi nan indah. Maka, berakhirlah tirai untuk hari ini dan tirai untuk hari baru pastinya sedang menghitung waktu untuk menjelma.Tidurlah aku dengan tenang tanpa sebarang gangguan......

"Tut!Tut!Tut!"

Tidak sampai sejam mimpi indah mengulit tidurku, tidak semena-mena telefon bimbitku berdering tidak henti-henti. Malas rasanya aku menjawab panggilan itu. Aku membiarkan sahaja telefonku berdering hinggalah ia terhenti dengan sendirinya.Pada hematku, ia tidak akan berdering lagi.Namun, ternyata pandanganku meleset. Telefonku kembali berdering tanpa henti. Kali ini, aku yakin seluruh penghuni rumahku boleh terjaga akibat deringan telefon tanpa henti itu.Siapalah yang gila sangat nak cakap dengan aku ini?Sampai tidak boleh tunggu hingga esok siang.Apa ada hal yang pentingkah?Dengan terpisat-pisat, aku cuba mencapai telefon bimbit yang kuletakkan di meja sisi.Tanpa melihat siapa pemanggilnya terus aku menjawab panggilan telefon yang bagai menggila itu. "Hello! Siapa di sana?" Aku berbasa-basi.Tidak ingin rasanya melayan panggilan itu. Tapi kugagahkan juga telingaku untuk mendengar suara pemanggil. "Hello! Lya, ini aku, Izham! Aku mengganggu kau ke?" pemanggil itu memperkenalkan diri. Ah, lelaki tidak berguna ini rupanya. Apalagi yang dimahukannya malam-malam buta ini? Aku berkata-kata sendirian di dalam hati. "Hm...kau memang mengganggu tidurku yang lena. Ada apa-apa yang boleh aku bantu?Apa ada perkara penting yang kau perlukan?" Aku mahukan kepastian. "Aku ingin mengucapkan selamat hari untuk kau, sayang! Takkan itupun tak boleh,kot?Satu lagi, aku cintakan kau, Lya!Apa kau juga mencintaiku?"kata lelaki itu." Ah, jangan bersayang-sayang dengan aku.Aku tidak pernah menyayangi atau mencintai kau, Izham. Terima kasih untuk ucapan itu. Tak sangka kau masih ingat hari jadiku.Ehm, sudahlah. Dah lewat malam. Aku mahu tidur bagi mengumpul kekuatan untuk menempuh hari esok dengan penuh bersemangat. Jangan ganggu aku lagi, Izham." Aku menamatkan segera panggilan itu. Tidak mahu lagi aku mendengar suara garau lelaki itu. Bukan maksudku membenci lelaki itu, tapi aku tidak langsung berminat dengannya.Entah mengapa, hati terus menidakkan perasaanku padanya. Aku campakkan telefon bimbitku ke atas tilam empukku. Aku termangu seketika, memikirkan hal lelaki itu yang sering menerjah fikiranku belakangan ini. Lantas, aku teringatkan kek hari jadi yang kubiarkan terdedah di atas meja belajar. Kek pemberian seorang lagi manusia yang tidak pernah mengenal erti malu.Aku tekan punat 'ON' yang terdapat di lampu meja dan memerhatikan kek itu dengan teliti.Ternyata egoku kalah dengan keindahan hiasan kek itu. Walaupun telah comot dek kerana terdedah terlalu lama di udara menyebabkan 'topping' yang penuh berkrim itu cair dan meleleh, aku tetap terliur. Kebetulan, perutku merasa perit yang teramat kerana dari siang tadi, aku belum menjamah walau sesuap nasi. Hanya air kosong yang menjadi teman setia perutku.

Aku bingkas bangun dari tempat duduk dan bagai lipas kudung, mengambil piring dan bekas bagi meletakkan hirisan-hirisan kek yang indah itu. Hajat dihati ingin mengajak teman sebilikku untuk membaham kek itu bersama-sama, tapi aku terlupa bahawa semua teman serumahkuku tiada tika ini kerana sibuk dengan aktiviti "Minggu Silaturrahim" untuk adik-adik junior yang baru sahaja mendaftar dua hari lepas. Aku juga sepatutunya turut serta, tapi entah mengapa aku berasa tidak enak badan dan tidak mampu lagi untuk mengikuti sesi suai kenal dengan lebih lama.Tatkala migrainku hampir menyerang, aku minta dibenarkan pulang. Paling menyedihkan, hari ini adalah hari paling bermakna buat diriku, tapi aku pula tidak sihat. Kasihan rakan-takan serumah yang telah penat merancang 'surprised birthday party' untukku, tapi aku pula tidak dapat mengahadirkan diri. Ah, apa boleh buat?Kita tidak boleh menjangka bila kita akan sakit, bila kita akan sihat. Kalau boleh, tentu sudah lama tiada orang yang akan sakit, bukan begitu?Potongan kek itu aku tatap berkali-kali.Wajarkah aku menjamahnya, sedangkan hatiku sangat membenci pengirim kek itu?Ah, senang-senang cerita, telan sahajalah, aku sudah lapar tidak terhingga saat ini. Setelah habis sepotong aku jamah, aku jamah sepotong lagi sehingga hampir separuh kek itu aku jamah. Taruhlah sedikit untuk Nia, Mimi dan Ika. Mereka tentu lapar setelah pulang nanti. Aku mengingatkan diriku sendiri agar tidak melahap seorang diri.Tidak mampu rasanya perutku seorang menelan semua bahagian kek ini. Simpanlah separuh untuk teman sebilikku. Setelah itu, aku berlalu ke dapur untuk mencuci tanganku yang telah comot dengan dan melekit-lekit dek kerana krim 'topping' yang bergula itu. Kemudian, kuteguk sedikit air kosong di dapur bagi membasahkan tekak yang kering. Baki kek yang tidak dapatku habiskan itu aku masukkan ke dalam peti ais agar 'topping'nya tidak akan cair lagi dan aku masuk semula ke dalam bilikku yang hanya diterangi oleh cahaya samar-samar dari lampu meja. Lantas, aku duduk di tepi birai katil dan melayan perasaanku sendiri. Bukan kebiasaanku lepas makan terus berbaring. Tidak elok untuk perut yang sedang meghadam, kata orang tua-tua.Setelah puas melayan perasaan, aku sumbatkan 'earphone' ke dalam telinga. Aku perderaskan 'volume' apabila lagu kegemaranku , Saat Kau Pergi, nyanyian Bunga Citra Lestari berkumandang. Kepalaku turut digoyangkan seiring irama lagu melankoli itu. Ku tekan suatu punat di mp3 'Sony' milikku untuk memastikan lagu itu akan dimainkan secara berulang-ulang.Setelah itu, aku cuba pejamkan mataku semula. Tidak sanggup rasanya berjaga lebih lama lagi. Malam ini terpaksalah aku tidur bersendirian, tanpa teman serumah. Tidak mengapalah.Bukan tidak pernah ditinggalkan seorang diri begini.Mengharapkan teman di sisi, aku masih muda remaja dan masih belum bersedia untuk mempunyai satu.Perlahan-lahan, aku pun terlelap dan tidur lena ku sekali lagi diulit mimpi nan indah.....


***********************************

"Mamak, macam biasalah, ye!Saya duduk di hujung sana tu!"Aku memberitahu salah seorang pelayan di kedai mamak yang menjadi tempatku dan teman serumahku singgah untuk makan. Tidak kiralah sarapan, makan tengahari, kudapan, atau makan malam. Semua kami lakukan di sini. Untuk memasak, masing-masing tidak punya waktu. Bukan bermakna kami tidak pandai memasak. Mimi dan Ika memang handal memasak. " Aci, makan seorang saje ke pagi ni?Mana pergi yang lain?" Pelayan itu menyapaku semasa dia menghantar hidangan yang ku pesan. "A'ahlah, mamak.Diorang semua tidur kat rumah seorang lagi kawan yang berhampiran dengan bangunan fakulti. Mereka terpaksa 'stay up' sebab nak hiburkan junior-junior kitorang yang baru sahaja mendaftar." Terangku panjang lebar. Pelayan itu hanya mengangguk-angguk mendengar kata-kataku sebelum berlalu meninggalkanku.Setelah habis bersarapan, aku memandu keretaku menuju ke bangunan fakulti Biokimia. Mujurlah, kuliah hari ini bermula sedikit lewat. Aku masih punya satu jam setengah untuk bersiap-sedia. Kebiasaannya,aku akan bersama dengan teman serumahku duduk di suatu sudut, memerhatikan gelagat manusia disekeliling. Bermacam ragam dan kerenah. Ternyata kami terhibur melakukan aktiviti berkenaan. Kalau tidak pun, kami akan bersembang, atau berbincang tentang pelajaran dan akulah yang sering menjadi tumpuan untuk menerangkan apa-apa yang tidak mereka fahami. Aku pula tidak keberatan untuk membantu.sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dalam apa-apa jua aspek, akan aku cuba untuk meringankan bebannya. Pagi itu, aku hanya berlegar-legar di sekeliling dataran itu sendirian. Sesekali aku menyapa teman-teman sekuliah yang lain. Ada antara mereka yang mengucapkan 'selamat hari jadi' kepadaku. Aku hanya mampu menguntum senyuman dan mengucapkan terima kasih. Dalam perjalanan untuk ke dewan kuliah aku dapat lihat gelagat seorang pemuda kacukan dalam keadaan terkocoh-kocoh berlari mendapatkanku.

"Lya, boleh aku pinjam nota kuliah Puan Roslina semalam?". Pemuda kacukan itu melaung dari kejauhan sebelum meng hampiriku yang memperlahankan langkah kakiku. " Kau ke mana semalam, Nubhan?Puas tahu tak kami semua mencari kau!" Aku pula yang bertanya. "Forgive me, but I got major fever yesterday, and I couldn't even open my eyes!I was soooo weak yesterday!Sorry, okay!Owh, happy belated birthday to you, darling!" Dia tersenyum puas selepas memberikan penjelasan. Sempat lagi dia mengucapkan ' happy belated birthday' kepadaku.Barulah aku tahu apa sebabnya Nubhan tidak hadir semalam. "Nah, ambil ni!Aku tak pasti lengkap atau tak, tapi itulah yang terbaik yang aku dapat buat.Anyway, thanks for the wish!"Aku menerangkan. "Hmm...tak kisahlah lengkap atau tak, yang penting aku ada bahan untuk dirujuk.Terima kasih, ye Lya!"Ucap Nubhan. "Ah, Nubhan!There's no thanks and sorry for those who are a friend, right?"Aku bertanya kembali. "Yeah, you are right, honey!Come, let's go to the hall!"Jawabnya sambil mempelawaku berjalan seiring dengannya menuju ke dewan kuliah. Sepanjang perjalanan, kami sempat bergurau senda dan hilai tawa menemani kami sehinggalah kami sampai ke dewan kuliah.Kami duduk bersebelahan di dalam dewan kuliah. Aku dan Nubhan memang agak rapat. Pernah kami disalah anggap pasangan yang bercinta.Tapi kami tidak punya perhubungan seperti itu. Kami hanyalah teman tapi mesra. Kami tahu hukum-hukum dan batas seorang lelaki dan seorang perempuan. Kami tidak membabi buta sahaja dalam berkawan. Nubhan ternyata seorang lelaki yang kacak dan bisa membuatkan hati para gadis goyah. Melalui rupanya yang kacak itu, dia boleh menjadi kasanova, tapi aku kenal dia. Nubhan, adalah antara lelaki yang suci jiwanya dan tidak salah andai kukatakan dia tidak pernah terlibat dalam kancah yang tidak senonoh. Nubhan juga adalah seorang ulat buku dan dia lebih mengutamakan pelajaran daripada berpeleseran. Bukan seperti aku yang hampir rosak dimakan pengaruh yang tidak elok dan hampir hilang pegangan. Nubhan tahu hal ini. Ah, pastinya dia tahu, bukan tidak ada sesiapapun yang tahu, hal ini hebat diperkatakan ketika itu.Bukan bererti aku menyebelahinya kerana dia temanku, tapi benar kata-kataku ini. Telah lama aku mengenali hati budi lelaki ini. Pernah, dia meluahkan kata cinta padaku setahun yang lalu, namun dengan lembut aku menolak cintanya.Aku masih belum bersedia untuk menerima cinta dari sesiapapun insan yang bergelar lelaki. Mujurlah dia mengerti dengan permintaanku, dan tidak lagi mendesak aku untuk menerima cintanya. Sejak itu, kami terus berkawan seperti tiada apa-apa pun yang berlaku.

************************************

Pagi itu kereta Suzuki 'SWIFT' milikku tidak dapat dihidupkan. Berkali-kali aku mencuba menghidupkan enjinnya. Hampa dengan pulangannya, aku menggunakan pengetahuanku serba sedikit dalam hal automotif yang kupelajari tidak lama dahulu dari seorang teman yang juga merupakan seorang mekanik. Aku cuba kenal pasti, apa-apa yang tidak kena dan ternyata tiada satupun kerosakan yang berlaku. Puas aku menelek bahagian enjin kereta kesayanganku yang dihadiahkan ayah sempena kejayaanku dalam peperiksaan akhir tahun pertamaku di universiti itu. Hanya selepas beberapa ketika, baru kutahu, apa penyebabnya kerataku tidak dapat dihidupkan. Air bateri yang telah berbulan tidak ditukar, menyebabkan keretaku tidak dapat bergerak lagi. Aku bergegas masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan air bateri yang baru, tetapi alangkah kecewanya, apabila aku mendapati ia tiada dalam simpananku. Aku mengerling jam di tangan, sudah hampir jam 8.30 pagi. Ah, malaslah hendak berkisahkan kereta ini lagi. Pulang dari kelas baru akan ku dapatkan bekalan air bateri yang baru. Sedang aku menanti kehadiran bas, sebuah kereta Peugot berwarna hijau muda berhenti betul-betul di hadapanku. Aku kenal pemilik kereta itu, cuma sedikit pelik apabila kereta itu melalui jalan ini yang nyata bukanlah laluan yang biasa diambil untuk ke kampus. " Miss, want a lift?" Dia membuka bicara diiringi senyumannya yang manis. "Sure!" Aku pantas menjawab. Tidak kuasa ingin menjual mahal memandangkan aku hampir terlambat. Lantas, aku membuka pintu dan menghumbankan diriku ke dalam keretanya itu. "You look radiant this morning!" Pujinya. Tapi aku tahu ada nada sindiran di sebalik pujian itu. Aku senyum mengulum tidak dapat berkata-kata. "Apa mimpi kau lalu jalan ni hari ni?" Soalku setelah mendiamkan diri beberapa ketika. " Saje. Aku cari kau tadi, tapi kau takde, jadi aku rasa kau masih belum datang sebab kereta kau takde kat tempat parkir. So, aku datang cari kau. Tak sangka boleh jumpa kau tengah tunggu bas." Jelasnya dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir. " Kau sudah makan?" Tambahnya lagi. " Belum. Tak sempat nak jamah apa-apa pun. Tapi kalau pergi makan, tentu tak sempat kuliah pertama. Takpe kot perut aku tahan sampai jam 11 karang. Lepas tu kau temankan aku ke kafeteria, ya? Aku belanja kau hari ini!" Pelawaku. Sebenarnya, aku ada agenda yang ingin disuarakan kepadanya. Sampai sahaja di kampus, kami terus bergegas ke dewan kuliah. Tiada usikan dan hilai tawa yang menemani kami kerana masing-masing takut terlambat masuk ke dewan kuliah. Masing-masing hendak duduk di bahagian hadapan agar kuliah dapat difahami dengan baik dan tugas mengambil nota kuliah dapat dilakukan tanpa sebarang masalah. Tambahan pula, kuliah hari ini agak penting kerana Puan Roslina akan memperkenalkan topik baharu, jadi masing-masing tidak mahu ketinggalan. Mujurlah kami sempat sampai sebelum pintu dewan dibuka dan kami berdua sudah tercongok di hadapan pintu dewan kuliah lebih awal dari mereka yang datang lebih awal dari kami.

Sebaik pintu dibuka aku berlari-lari anak meninggalkan Nubhan yang masih terkial-kial membetulkan beg galasnya yang tersangkut di tombol pintu. Aku menarik nafas lega kerana dapat duduk di kerusi yang paling hadapan. Aku kosongkan satu kerusi khas untuknya. Seketika kemudian, dia menghampiriku dan menghadiahkan senyuman tanda berterima kasih atas jasa baikku dan terus menghenyakkan tubuh kurusnya ke atas kerusi separa empuk itu. Kami memberi sepenuh perhatian terhadap kuliah hari itu. Sebaik kuliah itu berakhir, sekali lagi kami bergegas untuk ke kafeteria. Tidak tahan lagi perutku menahan lapar. Aku memesan sepinggan mee goreng dan segelas jus oren sebagai kudapan merangkap sarapanku pagi itu.Nubhan di sebelah hanya tersenyum sambil memerhatikan tingkah lakuku yang seperti budak kecil yang kelaparan. Dia juga memesan hidangan sama sepertiku. Sementara menunggu makanan kami siap, kami duduk berdekatan kaunter bayaran. Selepas beberapa minit, makanan kami siap dan kami segera membuat bayaran dan berjalan beriringan menuju ke sebuah gazebo berhampiran kafeteria itu. Lebih mudah makan di situ daripada bersesak-sesak di meja makan. Kami berbincang-bincang tentang topik baru yang diperkenalkan sebentar tadi oleh Puan Roslina. Selain itu, kami juga berbincang serba sedikit tentang topik yang akan dibincangkan pada kuliah kedua nanti. Usai berbincang, aku membatukan diri tanpa sebutir bicara. Hal ini membuatkan Nubhan memerhatikanku kehairanan.Sebenarnya, aku sedang menyusun bicara untuk meminta bantuan Nubhan menumpangkan aku menjemput Abang Ikhwan di 'airport' petang nanti. "Lya, kenapa kau tiba-tiba diam aje ni?Tadi bukan main banyak mulutnya kau bagi pendapat?Ada masalah,ya? Yang mana kau tak faham,Lya?Mari aku jelaskan lagi pada kau!" Soalnya bertalu-talu. " Sebenarnya, aku nak minta tolong benda lain, Nubhan." Aku bersuara memecah kesunyianku. "Aku nak minta tolong kau tumpangkan aku jemput abang aku di 'airport' petang karang lepas habis kuliah terakhir hari ni. Boleh tak, Nubhan?" Sambungku lagi. "Sudah tentu, boleh, tak jadi masalah bagi aku. Lagipun, kereta kau kan rosak? Aku sedia membantumu, Lya!" Dia menjawab sambil tersenyum manis. Legalah hati ini bila dia sudi membantu. Setelah habis menjamu selera, kami teruskan hari kami dengan kuliah kedua untuk hari itu.

**********************************

"Welcome home,abang!I missed you so much!"Aku menjerit dari jauh dan berlari-lari anak mendapatkannya.Setelah berada di hadapannya, aku terus memeluk dan mencium pipinya bertalu-talu.

Aku tahu pipinya kemerah-merahan menahan malu, tapi apakan daya, aku terlalu rindukannya.Seminggu berada diperantauan, aku langsung tidak dapat menatap wajah tampannya. Dalam sehari kami pasti akan berjumpa untuk berbual-bual tentang apa-apa sahaja yang terlintas difikiranku. Walaupun dia sibuk dengan tugasnya, dia tetap meluangkan masanya untuk bersama dengan satu-satunya adik tersayang.Kadang-kadang, jika tidak makan tengahari di kedai mamak yang selalu aku dan teman kunjungi, kami akan keluar makan bersama. Nubhan yang melihat dari kejauhan tindakanku itu, menjegilkan biji matanya, terkejut barangkali dengan tindakanku itu. "Lya, siapa lelaki yang datang dengan Lya tu?The guy yang berdiri dekat hujung sana.Terkejut benar nampaknya!"Tanya Abang Ikhwan. "Oh, itu kawan Lya. Nubhan namanya. My truly great buddy, you know!" Jawabku selamba. "Is there anything you've been hiding?" Tanyanya lagi. "Truly, we've got nothing to do with serious relationship, just a friend, okay abang!You don't have to worryla!" Jawabku bersungguh-sungguh untuk meyakinkannya.Kami berjalan beriringan menuju ke arah Nubhan yang masih bersisa terkejutnya. "Oit, cik abang!Tolonglah kita angkat beg-beg yang berat ni.Tutuplah sikit mulut tu.Luas benar ternganganya."Usikku untuk membuang rasa terkejutnya itu.Dengan terpisat-pisat dia menurutui kata-kataku.Menjinjing beg ke arah keretanya yang diparkir tidak jauh dari pintu masuk.

***********************************

"Hei, kenapa sejak akhir-akhir ni, aku tengok kau ni macam tiada mood je?Ada apa-apa masalah ke?Boleh aku tolong?" Aku meminta kepastian setelah tiga hari aku lihat wajahnya tidak mengukir senyuman. " Lya, siapa Abang Ikhwan bagi kau?" Dia membuka bicara. "Laaa...dia tu kan abang kandung aku?Kenapa kau cakap macam tu?Sebab apa yang aku buat padanya di 'airport kelmarin, ya? Kau ni, aku memang selalu buat macam tu la kat dia dan dia tak kisah pun. Aku ni kan adik dia, dia pula abang aku. Jadi, that's a normal thing for us! Lagipun aku bukan kiss dia kat mulut, kat pipi je kan?" Aku menjelaskan satu-persatu. Rupanya sebab ini dia tidak mengukir senyuman. "Kau cemburu,ya?"Aku menyambung lagi.Kemudian, aku lihat ada tanda kemerahan di pipinya. "Isy, tak adalah!Cuma terkejut aje! Tapi boleh tak kau buat macam tu kat aku?" Katanya dengan senyuman manis terukir di bibir. Ah, barulah lega hatiku melihat senyuman yang terukir dibibirnya.Tapi dengan tidak semena-mena, mukaku pula yang menjadi merah padam dengan usikannya. Lantas, aku mencubit lengannya dan membalas, "Boleh, tapi lepas kita kahwin.Itupun kalau kita ada jodoh!"Aku ketawa riang selepas membalas kata-kata itu.Kemudian aku meminta diri untuk membeli air bagi membasahkan tekak. Aku kembali semula selepas membeli 2 tin air Chrysantimum untukku dan untuknya. Kami menyambung semula perbincangan kami sebelum tiba waktu kuliah terakhir.

***********************************

Hubunganku dengan Nubhan bertambah erat sejak akhir-akhir ini. Masaku lebih banyak dihabiskan bersamanya daripada bersendirian di perpustakaan kampus. Izham juga tidak lagi menggangguku sejak panggilan pada lewat malam hari jadiku itu. Lelaki yang mengirimkan kek hari jadi kepadaku itu juga tidak lagi menghantar hadiah-hadiah dan kad-kad ucapan cintanya. Mungkin mereka tahu aku semakin rapat dengan Nubhan. Jadi, mereka tidak mahu lagi menggangguku. Barangkali, mereka merasakan sia-sia sahaja usaha mereka itu. Aku bukan memberi respons terhadap kad-kad dan hadiah-hadiah yang mereka limpahkan kepadaku. Aku sedikit lega dengan perubahan ini. Aku juga melarang abangku datang menemuiku terlalu kerap kerana tidak mahu dia dimarahi oleh ayah kerana sering meninggalkan kerja di pejabat. Mujurlah abang memahami permintaanku. Sekarang kami hanya akan berjumpa di hari minggu atau apabila aku pulang ke rumah keluargaku. Akhir-akhir ini pula aku terlalu sibuk dengan pelajaranku, dan tidak mempunyai banyak masa senggang untuk bertemunya. Pada hematku, daripada aku melukai hatinya dengan membatalkan temujanji, lebih baik kami berjumpa hanya di hujung minggu atau berjumpa di rumah keluarga. Lagipun, aku dapat lihat reaksi kurang senang diraut wajah Nubhan andai aku menemui abangku yang satu itu. Biarlah! Aku pasti mampu menahan rindu.Bukan tidak berjumpa langsung. Apa yang pasti, aku tidak mengerti perkara yang satu ini, entah mengapa, aku terlalu ingin menjaga hati lelaki bernama Nubhan ini daripada diguris walau oleh segaris luka. Aku tidak mahu ada perasaan marah walau secebis di dalam hatinya dan aku ternyata cemburu melihatnya berbual dengan gadis lain selain diriku.Aku dapat rasakan perubahan ini dengan jelas. Aku bingung tapi aku gembira apabila berdamping dengannya. Dia juga kulihat banyak berubah. Gurauannya lebih berbaur gatal dan gayanya seperti dia mengusik insan yang benar-benar dia sayangi. Oh, indah rupanya bila bunga-bunga cinta mula memekar dalam hati ini. Bahagia sungguh. Abang Ikhwan juga ada menegur perubahanku ini namun aku hanya menafikannya. Tidak langsung terniat untuk membicarakan hal cinta dengannya, malu! Ah,biarlah aku sendiri menjalani saat bahagia ini. Sememangnya aku gembira, Nubhan juga gembira dengan perubahan ini.

************************************

"Tut!Tut!Tut!"

Sedang aku sibuk mengulangkaji pelajaran di dalam bilikku, kedengaran bunyi deringan telefon bimbitku menandakan ada satu mesej baru yang masuk. Segera aku mencapai telefon bimbitku yang terletak tidak jauh dari buku yang sedang aku telaah itu. "Hai, syg!Syg tga bwt pe?Syg, abg rindula kat syg!" Aku tersipu membaca kata-kata yang terbit di skrin telefon bimbitku. "Syg abg ni tga study la. Msg abg ni bwt syg abg ni xleh nk concentr8! Ai, br td kte jmpe, xkn dah rndu, kot?" dan seraya aku tekan punat 'SEND' dan meletakkan semula telefon di sebelah buku Asas Biokimia, yang sedari tadi aku jadikan rujukan untuk membuat assignment. Tidak sampai beberapa minit, telefon bimbitku berbunyi lagi. "Mstla abg rndukn syg sbb syg jauh dimte abg.Blh kte jmpe lg, syg?Pleez, I need to c u rite now!" Mataku bulat membaca ajakan itu, tanganku pula laju sahaja menaip perkataan 'OK' dan terus menekan punat 'SEND'. Aku bersiap-siap ringkas dengan mengenakan 'sweater, dan tudung putih yang kupakai siang tadi dan terus berlalu keluar. Aku mengambil keputusan untuk menunggu di hadapan rumahku sahaja. Tidak berani mengambil risiko untuk tunggu jauh dari rumah. Mujur, teman-teman serumahku telah tidur nyenyak dibuai mimpi indah. 10 minit menunggu, sebuah kereta Peugeot berwarna hijau pucuk pisang milik Nubhan tiba dihadapan rumahku. "Hmm...ada apa kau nak jumpa aku ni?Hal mustahak ke?"Aku memulakan bicara setelah dia keluar dari keretanya. "Memang hal yang sangat mustahak.Aku tak dapat tidur kalau tak tengok muka kau yang cute tu. Jadi, aku datang dari rumah keluarga aku di Subang Jaya hanya untuk tengok muka kau. Aku harap kau takkan hampakan aku, sayang! Ternyata kau tidak menghampakan aku. Terima kasih, Lya!" jelasnya secara panjang lebar. Aku hanya mampu terlopong mendengar penjelasannya itu. Kenapalah dia sanggup memandu dari Subang Jaya hanya untuk melihat wajahku. "Apa?It's really unbelieveable,but it's really crazy, you know! You came all the long way, just to make sure you can sleep? Han, it's crazy, okay!" Aku mempamerkan rasa terkejutku. Tapi dia hanya tersenyum manis, dan senyuman itulah yang membuat aku jadi separuh mati. Mujurlah, akal waras masih memperingatkan diri bahawa kami masih perlu menjaga batas pergaulan kami. Dia mengajakku makan di restoran KFC yang berhampiran kerana menurutnya dia lapar dari siang tadi lagi. "Tulah, siapa suruh kau buat kerja gila ini lagi?" Aku berpura-pura memarahinya. Dia masih lagi melemparkan senyuman menawan miliknya. "Hm, ada apa-apa hal mustahak lagi ke?" Aku menyambung lagi. Tiba-tiba Nubhan memberhentikan keretanya di bahu jalan.Dia memandang tepat anak mataku dan aku membalas pandangannya."Lya, aku rasa, aku semakin sayangkan kau, Lya! Dah tak dapat nak bendung lagi dah. Kalau tak, aku takkan buat kerja gila macam ni. Boleh kau terima aku, Lya? Seperti biasa aku takkan memaksa. Aku hanya ingin meluahkan rasa ini, Lya. Kalau boleh, belajarlah untuk menerima aku sebagai kekasihmu! Bolehkan, Lya?" Nubhan meluahkan semua yang terbuku di hati kecilnya. Aku sekali lagi terlongo mendengar bait-bait yang terbit di sebalik bibirnya. Mataku tidak mampu berkerdip. Tiada bicara mampu kuatur saat ini. Sekali lagi dia meluahkan perasaannya. Kali ini, aku bersumpah tidak akan menolaknya lagi. Aku pasti, dia benar-benar ikhlas sayangkanku. Dia benar-benar cintakaku.

Aku cuba menyusun atur bicaraku dan memulakan bicara dengan hati yang penuh debaran. "Nubhan, apa benar kau akan menyayangiku sepenuh hatimu? Apa kau tidak akan pernah lukakan hatiku? Apa kau tidak pernah akan membohongiku? Apa kau akan menjadi suamiku, tempat aku berkasih mesra nanti, Nubhan?" Persoalan demi persoalan yang bermain dibenakku kuajukan padanya. "Lya, kalau aku berjanji, aku takut aku tak mampu untuk mengotakannya. Jadi, lebih baik tidak perlu aku iyakan persoalan benakmu itu. Tapi, aku akan cuba untuk mencintai, menyayangi, bersikap jujur padamu selagi aku mampu, dan andai jodoh kita berpanjangan, Insyaallah, aku bersedia menjadi suami tempatmu beradu kasih, sayang!" Terangnya dengan butir bicara yang terang dan jelas. Aku terdiam sejenak. Tidak mampu untuk berkata. Aku kelu seribu bahasa. Beberapa ketika kemudian, aku membuka bicara. " Baik, kalau begitu kata-kata kau, Nubhan, aku sedia belajar untuk terima kau menjadi kekasih aku. Tapi, aku juga seperti kau, Nubhan, aku tidak berani berjanji, kerana aku takut tidak mampu mengotakan janji-janji cintaku, tapi aku akan mencuba sedaya mungkin untuk membahagiakanmu,sayang. Aku akan cuba menjadi teman yang setia berada di sisimu dikala kau dirundung kesulitan. Aku akan biasakan diriku berdamping denganmu, Nubhan!"Jelasku panjang lebar. Sememangnya, aku sangat cintakannya.Ya, aku pasti dengan perasaanku kali ini. Aku memang sayangkan seorang lelaki yang bernama Nubhan!Setelah habis menjamu selera di restoran KFC itu, dia menghantarku pulang ke rumah. Hanya setelah aku masuk ke dalam rumah, barulah dia beredar dari garaj rumahku. Aku tersenyum puas dan terus berlalu ke bilik tidur. Nyenyak sungguh tidurku malam ini. tanpa sebarang gangguan. Satu lembaran baru dalam hidupku, akan bermula. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu lantas aku capai telefon bimbitku di atas meja belajar. Aku menekan –nekan punat-punat di telefon bimbitku itu. "Han, kau tidur mne mlm nh?Xkn kau nk blik SJ smula?". Begitulah ayat yang sempatku taip dan aku terus menekan butang 'SEND'. Tidak lama selepas itu, telefon bimbitku berbunyi. "Ingtkn syg lpe. Abg tdur umh abg la mlm nh. Nk blik SJ mmg pnt. Sok abg kne drive blik ke SJ nk amek brg2 abg. Syg nk ikt?"Balasnya. "Sori, abg! Syg x dpt ikt la sok,syg ade bnyk hl nk bwt!" Aku membalas semula. Namun, tidak sempat aku menunggu balasan semula daripadanya, telefon bimbitku mati kerana kehabisan bateri. Mungkin aku terlupa mengecasnya. Argh......masa inilah juga dia nak habis bateri!Tidak semena-mena, mataku juga tertutup rapat, seperti tidak akan terbuka hingga tiba hari esok.

********************************

" Han, kau ni tidur ke tak semalam? Mata kau bengkak semacam aku tengok." Tegur seorang rakannya apabila melihatkan matanya yang kemerahan seperti orang tidak cukup tidur. Tapi dia tidak menjawab, hanya mengerling dengan sedikit senyuman hambar. Tiada lagi senyuman manis yang bisa membuatkan hati semua gadis terpaut, yang terlihat hanyalah sebuah senyuman yang dilempar kerana paksaan. Batinnya benar-benar terseksa seperti juga batinku saat melihat dia hanya mampu tersenyum pahit. Ah, pilu untuk aku telan semua ini seorang diri. Aku dapat merasakan air mata membasahi pipiku, tapi cepat-cepat aku kesat risau dilihat oleh rakan-rakanku yang lain. "Lya, korang ni ada masalah ke? Biasanya korang duduk berdua, walau ke mana korang pergi. Sampai nak ke surau pun berdua, ni sekarang masing-masing bawa haluan masing-masing. Kenapa, Lya?" Ika melampiaskan persoalan yang berlegar-legar di fikirannya. Tapi aku tidak mampu bersuara. Aku tidak mampu untuk menjawab persoalannya itu. Air mata merembes tanpa henti dan aku meraung sekuat hatiku bagi melepaskan perasaanku. Serentak, aku terus berlari keluar dari dewan kuliah dan rakan-rakanku turut berlari-lari cuba mendapatkanku. Tapi aku lebih pantas, aku terus masuk ke dalam kereta dan memecut meninggalkan bangunan fakulti. Air mataku terus merembes keluar dan membasahi pipiku. Tidak sanggup lagi rasanya merenungnya dalam keadaan begitu lebih lama. Aku memandu tanpa hala tuju dan aku hampir kehilangan nyawa apabila kereta yang ku pandu hampir bertembung dengan sebuah lori treller. Aku mengucap panjang dan terus memandu pulang ke rumah. Hari itu, aku mengambil peluang untuk hanya duduk di rumah bagi merehatkan fikiranku. Aku menghantar pesanan kepada salah seorang rakan serumahku agar memberitahu pensyarah bahawa aku tidak dapat hadir kerana migrainku yang telah lama menyepikan diri menyerang semula saraf otakku. Benar, masakan aku ingin menipu pensyarah. Penyakit migrainku datang semula aibat terlalu banyak berfikir. Sakitnya bukan kepalang, tapi aku harus menanggungnya seorang diri, tanpa sesiapa di sisi. Oh, Nubhan! Betapa aku mengaharapkan kau ada di sisiku mengubati sakit yang bukan kepalang ini. Aku merintih sendirian.

*******************************

"Lya, mama ada sesuatu nak beritahu Lya. Mama mahu Lya denagr baik-baik apa yang akan mama sampaikan pada Lya. Hal ini berkaitan dengan masa depan dan hidup Lya." Nada mama seolah-olah ada sesuatu hajat besar yang telah lama mama pendam dan rahsiakan daripadaku. Aku berdebar-debar menanti mama membuka pekung di dada. " Ada apa yang mama nak sampaikan? Lya sedia mendengarnya. Cepatlah, mama! Tak sabar pulak rasanya." Aku bersuara mendapatkan kepastian. " Lya, ingat lagi tak kunjungan teman mama dari Beirut, dua bulan lepas? Kedatangannya bukan hanya dengan tangan kosong, Lya. Ada sesuatu yang bernilai dibawa bersama." Perlahan mama menjelaskan satu-persatu perkara yang ingin disampaikan. Aku sedikit terkejut apabila mama mengingatkan tentang kunjungan temannya tidak lama dahulu. Kunjungan dari sebuah keluarga Melayu-Arab yang tinggal di Beirut, Jordan. Aku mengerutkan dahi tidak mengerti apabila mama mengatakan ada sesuatu bernilai yang dibawa bersama dalam kunjungan singkat itu. " Apa benda bernilai yang Aunty Mashita bawa, mama? Lya tengok dia datang takde bawa apa-apa pun?"Aku bertanya bagi mendapatkan kepastian. "Lya, sesungguhnya berat untuk mama suarakan hal ini, tetapi mama perlu gagahkan juga diri mama untuk memakulumkan hal ini kepada Lya. Tentu Lya ingat Rifqi, anak Aunty Mashitakan?" Aku mengangguk tanda aku kenal dengan nama yang mama sebut tadi. Rifqi, ya Muhammad Rifqi Luqman Maula Muhammad Danial Luqman. Anak bujang Aunty Mashita yang usianya sebaya dengan Abang Ikhwan. Masih menuntut di University of Jordan dalam bidang yang diminati, sama sepertiku, iaitu Biokimia. Bakal pensyarah katanya, aku sering mendapatkan rujukan daripadanya tatkala menghadapi kesulitan semasa membuat ulangkaji sejak aku mula mengenalinya dua bulan lalu. Kami telah menjadi teman maya sejak dua bulan lalu." Tentu Lya masih ingatkan Rifqi, kami sering berbual di Internet. Lya jadikan dia salah seorang tutor Lya kalau ada kesulitan dalam pelajaran. Bukankah kami mengambil bidang yang sama? Kenapa dengan dia, mama?" Aku bertanya lembut. "Sebenarnya, kedatangan mereka dulu adalah untuk menyunting Lya untuk dijadikan isteri Rifqi. Mama dan ayah berpendapat sudah sampai masanya Lya untuk berkahwin, jadi tanpa berbincang dengan Lya terlebih dahulu, kami terima pinangan itu, dan hujung bulan ini, rombongan mereka akan datang semula ke sini untuk majlis pertunangan. Ketahuilah, Lya kami mengambil keputusan ini untuk keselamatan dan kebahagiaan Lya. Kami terlalu sayangkan kamu dan kami tidak mahu Lya jatuh ke tangan orang yang kami tidak kenali atau orang yang salah niatnya. Aku membulatkan mataku apabila mama menyampaikan berita itu. Bagaikan halilintar, berita itu ternyata merupakan tamparan hebat buatku. Bagaimana aku ingin melepaskan diri lagi, aku tidak ada pilihan lain selain menerima perkhabaran ini dengan hati yang terbuka. Tidak pernah akan aku derhaka pada mama dan ayah. Aku tahu niat merkeka baik. Cuma sukar bagiku untuk menerima kebenaran ini. Bagaimana harus aku berdepan dengan Nubhan selepas ini? Apakah hatinya akan terluka setelah aku menyampaikan berita yang aku telah disunting orang dan dalam jangka masa tidak sampai 2 minggu, aku akan menjadi tunangan orang? Pelbagai persoalan bermain di benak. Aku jadi bingung dan terus aku meminta diri untuk pulang ke rumah teres yang aku sewa bersama teman-temanku yang lain. Aku harus menenangkan fikiranku dengan caraku sendiri. Berita ini sudah pasti memberi tamparan hebat buat Nubhan. Aku tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan kepadanya. Tika ini, migrainku kembali bertandang namun aku bertekad untuk pulang sendiri ke rumahku walaupun abang Ikhwan berkeras mahu menghantarku. Hatiku runtun dan aku bagai tidak keruan saat ini. Sengaja aku mematikan telefon bimbitku agar tiada sesiapapun dapat menghubungiku.

**********************************

Pagi itu, sebelum sempat aku melangkah keluar dari keretaku, Nubhan bergegas mendapatkanku. Dia mengucup-ngucup tanganku berkali-kali dan merenungku tajam dengan matanya yang galak. Aku terpana melihat perbuatannya mengucup tanganku berkali-kali. "Lya, Han minta maaf atas segala kesilapan Han sebelum ini.Han janji takkan pernah menyakitkan hati Lya lagi. Han sedar tiada yag menguntungkan kalau Han terus-terusan cemburu dengan Lya. Han tahu Lya sayangkan Han seorang saje, kan?" Tiba-tiba Nubhan bersuara memohon maaf atas kejadian tempoh hari. Lantas, sejambak bunga ros merah dihulurkan kepadaku. Pilu hatiku saat ini. Nubhan terlalu menyintaiku dan aku juga terlalu amat menyayanginya. Aku tidak tahu bagaimana aku akan jelaskan padanya akan hal yang sebenarnya. Sempat dia memaklumkan, dia sangat merinduiku dan hampir tiap malam dia tidak dapat tidur malam kerana terlalu merinduiku. Aku terharu mendengar penjelasannya. Aku hampir mengalirkan air mata tetapi cepat-cepat aku tahan agar dia tidak mengesyaki apa-apa. Aku benar-benar tidak bersedia untuk memberitahunya duduk cerita yang sebenarnya. Aku benar-benar gugup tatkala ini. kami berjalan beriringan ke dewan setelah dia mempelawa. Dia banyak bercerita dan tidak lekang dari bibirnya perkataan rindu, maaf, dan sayang. Oh, Nubhan! Andai kau mengerti apa yang bermain di fikiranku. Aku terlalu tertekan saat ini. tapi saatku melihat wajah tampanmu, aku sedikit terubat.

"Lya, kenapa Han tengok Lya muram aje sejak semalam? Ada apa-apa masalah? Boleh kita berkongsi masalah itu?" Nubhan bertanya ketika kami sedang menjamu selera di gazebo tempat yang biasa kami duduk. Telahannya nyata tepat, suatu masalah besar memang sedang melanda diriku. " Takde apa-apalah, Han. Lya biasa saje. Cuma tak sihat sikitla sebab baru balik dari Cameron Highlands semalam. " Aku cuba berdalih. Ya Allah, aku telah membuat satu dosa hari ini. ampunkan hamba-Mu ini, ya Allah. Setelah tamat kuliah pada hari itu, aku terus bergegas pulang. Tidak sanggup rasanya aku menatap wajah tampan Nubhan, jika tadi aku sedikit terubat, namun kini, aku semakin terluka. Tanpa aku sangka, telefonku berdering dan aku tidak teragak-agak untuk menjawabnya. Sangkaanku, tentu mama atau abang Ikhwan. Tapi aku lihat bukan mama atau abang Ikhwan yang memanggil. Bukan juga Nubhan. Siapa agaknya yang melefonku ini? aku terus menekan punat OK untuk menerima panggilan misteri itu. "Hello, boleh saya tau, siapa dihujung talian?" Aku bertanya lembut. Aku cuba tenangkan diriku kerana aku sedang memandu di jalan yang penuh sesak. " Hello, Lya! Rifqi di sini." Pemanggil itu memperkenalkan dirinya. Rifqi? Aku membulatkan mata tanda terkejut. "Rifqi? Err...macam mane pulak awak boleh ada number saya ni? Seingat saya, tidak pernah awak meminta daripada saya? Awak minta dari mama saya, ya?" Aku cuba menduga dan ternyata dugaanku tepat. "Hm...awak marah ya saya call awak? Maaflah kalau saya mengganggu awak." Suaranya mendatar. Aku tahu dia sedang berkecil hati dengnku. " Eh, awak langsung tidak menggnggu saya. Saya tengah drive ni, so stress sikit. Awak jangan terasa,ya?" Aku cuba meredakan perasaannya. Untuk apa aku membenci lelaki yang bakal menjadi suamiku kelak. Aku cuba meramahkan diriku. Kami tidak pernah bercakap di telefon. Kali pertama dan terakhir kami bercakap adalah dua bulan yang lalu ketika keluarganya datang berkunjung ke rumah ibu bapaku. Sejak panggilan itu, kami sering berhubung melalui telefon atau menerusi talian Internet. Rifqi ternyata seorang lelaki yang tidak membosankan. Setiap kali bersembang, pasti ada-ada sahaja senda gurau dan usikan-usikan singgah di telingaku. Aku sedikit terhibur ketika melayannya.

Tanpa aku sedari, aku telah mengabaikan Nubhan. Seminggu sudah aku tidak menghiraykan pelawaan-peawaannya untuk keluar bersama. Aku leka melayan panggilan bakal tunangku. Ah, apalah salahnya? Rifqi adalah bakal tunangku, Nuban hanyalah kekasih yang akan menjadi sejarah dalam hidupku. Hari ini, niatku untuk mejelaskan kepada Nubhan duduk hal yang sebenar. Aku mencari-cari Nubhan di sekitar dewan kuliah setelah sesi kuliah hari itu tamat. Mujur aku sempat memanggilnya sebelum dia pulang ke rumah. Dengan berat hati aku melangkah, debaran di dada hany tuhan yang tahu. Aku menyusun patah perkataan yang akan aku tuturkan padanya. Di hadapanya, aku jadi tidak keruan namun aku gagahkan juga diriku. " Nubhan, I akan bertunang dengan jejaka pilihan keluarga I minggu depan. I pun baru dapat tahu minggu lepas, dan I dah takde jalan keluar. I dah terperangkap tanpa sempat I berkata apa-apa. Bukan niat untuk menerima, tapi percayalah, I terima kerana I tak sanggup nak menderhaka pada kedua parents I. I harap U faham. I sayangkan U tapi I lebih pentingkan ibu bapa daripada cinta sejati. Maafkan I, Nubhan! Anggaplah kita tiada jodoh untuk bersama." Aku akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hati satu-persatu dan perlahan-lahan agar Nubhan dapat dengan jelas. Kala itu, aku lihat Nubhan sudah berlutut dan air mata lelakinya menitis tanpa henti. Aku turut mengalirkan air mata, percintaan yang dibina sekian lama, akhirnya terpaksa berhenti sekerat jalan. Impian cinta yang kami bina, hancur begitu sahaja. Dia merangkul tubuhku lembut dan membisikkan kata keramat ke telingaku. " Han relakan Lya pergi kepadanya. Han tidak boleh salahkan Lya sebab Lya sendiri tidak ada pilihan untuk mencelah. Han tahu prinsip yang Lya tetapkan dalam diri Lya sejak Lya kecil lagi. Berdosalah Han jika Han tetap memaksa Lya menderhaka kepada ibu bapa Lya sendiri. Han lepaskan Lya dengan hati yang tenang. Selama ini, Han berduka kerana risaukan Lya akan kesepian setelah Han hilang dari dunia ini." Kata-katanya terhenti di situ. Aku hairan dengan apa yang dia katakan. Aku mengerutkan dahi tanda tidak memahami maksud kata-katanya dan menyambung, " Hilang dari dunia? What do you mean?" Aku ingin mendapatkan kepastian. " Lya, Han menghidap barah hati. Fasa ketiga dan hakikatnya Han sedang berperang dengan maut. Han hanya menghitung waktu untuk menghadapi sakaratulmaut. Ingat tak han demam teruk dan tidak dapat datang ke kuliah Puan Roslina tahun lepas? Sebenarnya Han jatuh pengsan dan masa itu, dalam masa yang sama Han telah disahkan menghidap barah hati. Han tidak mahu sesiapapun tahu hal ini termasuk Lya. Han takut untuk kehilangan orang yang Han sayang dan han tak mahu lihat orang yang Han sayang bersedih kerana Han. Maafkan Han kerana merahsiakan hal ini dari pengetahuan Lya. Han mahu menikmati kehidupan ini sebelum Han menutup mata dan pergi buat selama-lamanya, Lya. Bukan niat Han untuk menipu apatah lagi untuk menyembunyikan. Han terlalu takut dan tidak bersedia untuk menghadapi kematian Han sendiri. Maaf sekali lagi Lya. Terima kasih di atas segala-galanya yang telah Lya berikan kepada Han. Kebahagian, kasih-sayang dan layanan baik Lya terhadap Han, ilmu-ilmu yang kita kongsi bersama-sama dan segala memori pahit manis yang kita anyam bersama. Han sangat menghargainya dan Han anggapnya sebagai suatu perkara paling manis yang pernah Han dapat. Terima kasih tidak terhingga Lya." Ucapnya panjang lebar. Dapatku lihat nafasnya tercungap-cungap dan peluh dingin membasahi pakaiannya sepertinya dia sedang menahan suatu keperitan tidak terhingga. Aku terkedu apabila melihat darah pekat mengalir dari hidung mancungnya. Aku menjerit-jerit sekuat hatiku dan aku seru namanya berkali-kali dan darah yang keluar semakin membuak-buak membasahi pakaianku. Aku jadi semakin tidak keruan. Rasa bersalah bersarang di dalam hatiku. Akukah yang menyebabkan dia jadi begini? Oh, aku tidak sanggup kehilanganmu, Nubhan! Ada seorang rakan yang kebetulan lalu di situ lekas-lekas menelefon ambulans dan selepas beberapa minit, ambuans sampai dan Nubhan dikejarkan ke hospital berdekatan. Air mata mengalir tanpa henti, aku genggam tangannya erat sambil berdoa hari ini bukanlah hari terakhir dia melihat dunia ini. Belumpun sempat tiba di hospital, atendan yang bertugas mengesahkan Nubhan telah tiada! Aku meraung sekuat hatiku saat berita itu menampar telingaku. "Nubhan! Bangun, Nubhan! Jangan tinggalkan Lya sendiri, Han! Maafkan Lya, Han! Haaaann!!! Bangun, Han!!!!Jangan tinggalkan Lya! Haaaaaaaannnnn!!!!!!!!

*******************************

"Aisha sayang, tolong panggilkan babah di ruang tamu. You better make it fast if you're hungry!" Aku melaung dari dapur. Aisha Humaira, anak pertama hasil perkongsian hidup aku bersama suami tercinta, Rifqi Lukman selama sepuluh tahun. Kini Aisha sudah berusia 9 tahun. Sudah besar panjang dan sudah tahu membezakan yang mana baik dan yang buruk. Kami mencorakkan akhlak dan pekerti yang mulia kepadanya. Tidak lupa kepada anak-anak yang lain. Kami limpahkan kasih-sayang tidak terhingga kepada anak-anak agar mereka akan menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak. Tapi kami tidak terlalu memanjakan mereka. Kami tidak mahu mereka membesar menjadi insan yang besar kepala. Tidak kami memewahkan anak-anak walau kami mampu agar mereka sedar siapa diri mereka yang sebenar. Bagi aku dan Rifqi, kami sama-sama berusaha agar rumah tangga kekal bahagia, dan penuh dengan kasih-sayang. Jarang kami bertengkar dan jika ada, Rifqi pasti akan mengalah dahulu walaupun kadangkala aku yang berada di pihak yang salah. Rifqi terlalu menyayangi dan mencintaiku. Memang tidak salah pilihan mama dan ayah. Suamiku ternyata penyayang dan sentiasa melindungiku dan sentiasa membahagiakanku. Aku sungguh bahagia tatkala ini. "Ummi, kenapa ummi masak banyak sangat makanan hari ini? Is there something will happen today? Or something used to happened?" Fasih anak gadisku ini berbahasa Inggeris. Kami juga tidak lupa mengasuh anak-anak untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab agar mudah mereka bertutur dengan datuk dan nenek mereka di Beirut nanti. Aku juga semakin fasih berbahasa Arab hasil tunjuk ajar suamiku. "Sajelah ummi masak banyak-banyak hari ini. Ummi dah lama tak masak. Babah kamu la yang minta ummi masak banyak-banyak ni. Kenapa? Aisha takut tak dapat habiskan?" Aku bertanya lembut. Seraya Aisha mengangguk dan mengatur langkah ke tempat duduknya apabila Rifqi telah pun mengambil tempat di sebelahku. "Babah jahat, kenapa babah tak kejutkan Nubhan? Ooooh...babah nak suruh Han kelaparan,ya?" Tiba-tiba anak keduaku yang berusia 7 tahun bersuara separuh menjerit. Aku, Rifqi dan Aisha hanya tersenyum melihat keletah anak kecil itu.Nubhan Iris, itulah namanya yang aku abadikan sempena nama seseorang yang cukup istimewa buatku suatu ketika dahulu. Kebetulan rupanya sangat mirip Nubhan ketika kecil. Ingatanku padanya tidak pernah luput. Memori kami bersama sentiasa melintas kotak fikiran. Walaupun begitu, kasih-sayang kudan cintaku kepada Rifqi tidak pernah berkurangan dan tidak pernah akan hilang. Itu sumpahku yang tidak pernah akan aku langgar. " Maaflah, Han. Babah ingatkan Han penat sangat sebab Han tidur sampai ternganga. Babah tak sampai hati pulak nak kejutkan Han. Sorry, my dear!" Aku dan Aisha ketawa melihat perlakuan Rifqi memujuk Nubhan. Sempat lagi dia berjenaka. Hanya selepas beberapa ketika,selepas menarik muka masam, Nubhan kembali tersenyum.

Begitulah kehidupan kami sekeluarga. Penuh keriangan dan penuh dengan gelak tawa.

***********************************

Aku tatap gambar yang aku ambil 12 tahun yang lalu bersama Nubhan. Kemudian aku capai sebentuk cincin pemberian Nubhan semasa kami memadu kasih yang terletak di dalam sebuah kotak barang kemas dan menyarungkan ke jari manisku. Aku meletakkan kembali gambar tadi ke dalam diari peribadiku dan meletakkan semula diari itu ke dalam kotak yang aku khaskan untuk menyimpan barangan-barangan peribadi. Tiada sesiapa aku benarkan membuka kotakku termasuk suamiku sendiri. Terlalu peribadi kandungannya. 10 tahun kami menjalani bahtera kasih , tapi tiada satu pun rahsia cinta lamaku yang sampai ke pengetahuan suamiku. Malah mama, ayah dan abang Ikhwan juga tidak pernah tahu mengenai kisah cintaku dengan Nubhan suatu ketika dahulu. Biarlah ia kekal menjadi rahsia bagi mereka. Biarlah aku seorang yang tahu. Rahsia ini akan terus kekal menjadi rahsia. Lantas, aku membawa kotak rahsiaku itu ke belakang rumah dan membakar kotak itu agar rahsia ini tidak akan terdedah. Aku tersenyum puas dan berlalu dari situ. Rifqi masih belum pulang dari tempat kerjanya. Ah, baru jam 5 petang, sebentar lagi baliklah tu. Aku bersuara sendiri. Kemudian aku berkejar ke dapur untuk menyediakan makanan untuk dijamu kepada Rifqi setelah dia pulang dari tempat kerja. Dari dapur, dapatku lihat kotak yang aku bakar tadi sudah tiada lagi. sudah hangus dimakan api. Selepas beerapa ketika, aku telah siap memask bihum goreng untuk juadah minum petang suamiku. Pasti dia sudah lapar. " Assalamualaikum! Lya, abang dah balik!" Rifqi melaung dari ruang tamu. Aku bergegas dan menymbut kepulangannya dengan saru kucupan di tangannya dan aku mempelawanya ke dapur untuk menjamu selera. Dia tidak menolak kerana katanya dia seemangnya sangat lapar. " Lya, terima kasih untuk semua kebahagiaan yang kita bina bersama selama ini. Abang sanagt bertuah memiliki Lya sebagai isteri abang." Kata Rifqi dan satu kucupan singgah ke dahiku. Aku tersenyum dan turut menghadiahkan kucupan ke pipinya. Cintaku kini hanya kepada Rifqi. Cinta kepada Muhammad Nubhan Lee telah lama berkubur dan hanya memori yang akan terus menyapa kotak fikiran. Selamat tinggal,Nubhan! Selamat tinggal untuk selamanya. Cinta kita terkubur di sini sahaja.....
posted by Penulisan2u @ 3:14 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 1/7/09 2:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhuh..utk next cerpen wat perenggan ek. berpinau mata nak membaca..bahasa dan struktur ayat dah ok..chaiyokk..

     

  • At 2/7/09 6:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    alamak..skit mata nk bca.. wt prenggan k.. anyway, good luck..

     

  • At 4/7/09 3:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer ni bez tp skit mata la nk hbiskan..xde prenggan lor...apepn gd luck k

     

  • At 7/7/09 8:59 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    btl..wat r perenggan lain kli,skt mata nk bc..tp jln citer mm bgs..gud luk

     

  • At 8/7/09 4:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Best larrr....Patutlah nubhan x berani janji apa apa kat Lya sbb dia thu dah dia tak lame dah nak hidup kat atas bumi ini....Percintaan diorang pun sweet tapi diakhiri dengan kesedihan...mmg sedih arr...

     

  • At 29/7/09 2:35 PTG, Anonymous ara said…

    mak ai..
    berpinar..
    pe2 pn nice try writer..

     

  • At 30/7/09 8:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hey writer..
    nice work..
    keep it up..k!

     

  • At 28/10/10 11:55 PG, Blogger Adii NakHeran said…

    peh,,, aku terpaksa baca stop2,,
    sakit mana ni beb,,,
    pusing2 aku rasa,,,
    tapi bagus jalan cerita,,,

     

  • At 23/3/12 11:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best n sweet giler..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group