BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Julai 29, 2009
Cerpen : Cermin mata
Nama Pena : Aida

Gerimis yang turun lewat senja itu memaksa Qayyum membatalkan janji temunya dengan Intan. Dia tidak suka hujan, lebih-lebih lagi pada malam hari. Matanya yang rabun membuatkan dia tidak selesa memandu pada waktu malam. Semenjak tahun kedua di universiti, dia terpaksa bergantung pada cermin mata. Walaupun dia hebat dan genius (kata kawan-kawannya), dia tidak dapat lari daripada masalah rabun. ‘Hmm…aku membaca terlalu banyak, sebab itu mataku rabun,’ fikir Qayyum dengan sedikit perasaan riak.

Semasa di kampus, mamanya selalu mengingatkan dia supaya jangan terlibat dengan kegiatan tak berfaedah, termasuk yang dianjurkan oleh pihak universiti. Kalau berpersatuan menyebabkan prestasi akademik merosot, jangan masuk persatuan itu! Namun pesanan mama itu kadang kala ditolak ke tepi. Masakan setiap saat dia perlu menekuni buku-buku perubatan yang tebal-tebal itu? Meskipun semua orang mengatakan bidang kedoktoran itu sangat susah, Qayyum tetap mengatakan budak ‘medic’ sepertinya tidak perlu sangat bertungkus-lumus dua puluh empat jam! Keperluan sosial juga mesti diisi agar dia terkecuali dari menjadi kera sumbang. Zaman sudah maju. Sekarang mana ada lagi doktor yang kekok untuk bergaul dengan orang ramai? Dia mahu menjadi doktor yang bukan hanya arif tentang ilmu perubatan tetapi juga bijak berkomunikasi. Itu tidak sukar bagi dirinya kerana dia yang sentiasa bijak itu mudah sahaja menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan.

Namun dalam bijak-bijaknya, dia terasa amat sukar untuk menerima kenyataan bahawa matanya rabun dan memerlukan dia memakai kaca mata. Mesti rupanya tidak sekacak dulu bila sudah bercermin mata, fikirnya dengan hati yang rawan. Sudah pasti selepas ini gadis-gadis yang sentiasa tergila-gilakan dirinya akan berhenti mengejarnya. Dia tidak sanggup hidup terasing hanya kerana cermin mata! Spontan mindanya terbayangkan seraut wajah gadis hitam manis bekas teman sekelasnya yang bercermin mata tebal dan besar. Bingkai cermin matanya tebal dan berwarna hitam. Tak ubah macam cermin mata Mahatma Gandhi! Rakan-rakan (termasuk dirinya) selalu mentertawakan gadis itu kerana ‘spek’ tebal dan sikap pasifnya. Qayyum belajar sekelas dengan gadis itu semenjak di tingkatan satu tetapi mereka tidak pernah rapat. Kalau dibandingkan dengan Intan yang comel itu, tentulah budak itu kalah seba- serbi. Sudahlah selekeh, rambut pula asyik ditocang satu ala ekor kuda dari tingkatan satu sampai tingkatan lima. Tak ada perubahan langsung. Lain benar dengan si Intan yang pernah digelar "ratu sekolah". Cantik, wangi, dan fesyen rambut sentiasa diubah mengikut ‘trend’ terkini. Lantas, kerana kelebihan yang dimiliki Intan itu, dia rela berhempas-pulas merebut hati si gadis. Bukan senang untuk menambat hati si dia.Banyak wang dan masa terpaksa dilaburkan. Hasilnya, Intan dengan rela hati menerima dirinya pada hari keputusan SPM diumumkan. Mujurlah Qayyum muncul sebagai pelajar terbaik SPM untuk sekolah mereka pada tahun itu. Justeru, penat belajar dan mengejar Intan terasa berbaloi. Susah sikit tak mengapa, asal apa yang diimpikan menjadi kenyataan.

Qayyum menarik cermin mata yang sudah lama bertenggek di atas batang hidung. Dilap-lap cermin mata itu dengan sehelai kain lembut yang bersih. Teman-teman serumah semuanya keluar. Hari minggu begini lazimnya itulah aktiviti mereka – keluar merambu! Meneruskan aktiviti ketika di asrama penuh dulu. Pantang hari outing, semuanya tak sabar-sabar untuk keluar berseronok! Seronoknya tak terkira kalau tiba hari minggu. Diapun berhasrat untuk keluar namun hujan yang mencurah-curah di luar sana melenyapkan keinginan untuk keluar merambu dengan Intan. Dia lebih senang lepak di rumah sewa sahaja. Bertuah sungguh rasanya dapat peluang tinggal bersama kawan-kawan di rumah sewa. Itupun puas dipujuk mamanya agar membenarkan dia bermukim di rumah sewa. Mama lebih senang anak bongsunya tinggal di rumah dan berulang-alik ke kampus. Lagipun, jarak rumah dan kampus bukannya jauh. Qayyum pula dibekalkan kereta sejak di matrikulasi lagi. Jadi, kenapa mesti memilih rumah sewa sedangkan rumah sendiri empat lima kali lebih selesa? Begitu hujah mama apabila dia menyuarakan hasrat untuk tinggal menyewa bersama teman-teman di sebuah kawasan perumahan berhampiran kampus. Qayyum tersenyum sendiri mengingatkan perangai mama.

Mama terlalu bersifat pelindung. Meskipun itu satu keperluan sebagai ibu, adakalanya Qayyum rasa rimas dilayan sedemikian rupa. Lama-kelamaan perkataan rimas itu bertukar rentak menjadi kongkongan pula. Sikap mama yang lokek memberi kebebasan kepadanya menyebabkan Qayyum nekad untuk keluar dari rumah dan menyewa bersama rakan-rakan seperjuangan. Dia ingin tunjuk protes kerana mama tidak mengizinkannya menuntut di luar negara walaupun mendapat biasiswa penuh JPA. Mama tak adil! Kenapa Kak Ngah dan Kak Chik boleh pula belajar di seberang laut? Mama kata, untuk ijazah pertama sahaja dia perlu belajar di dalam negara. Selepas itu, untuk sarjana atau Ph.D, terpulanglah kepada Qayyum. Agaknya mama berat hati untuk melepaskan Qayyum. Barangkali mama mahu lebih dekat dengan satu-satunya putera yang dimiliki. Sudahlah Qayyum sejak tingkatan satu lagi menghuni sekolah berasrama penuh, jadi untuk ijazah pertama, mama mahu dia menyempurnakannya di Universiti Malaya sahaja.

Qayyum bukan tidak kasihan pada mama, tetapi tuntutan tugas sebagai pelajar perubatan menyebabkannya terpaksa memilih rumah sewa.Walaupun mama cuba menggunakan kuasa veto untuk menghalangnya, ternyata nasib menyebelahi Qayyum. Itu pun sebab papa masuk campur. Kalau tidak, Qayyum terpaksa akur dengan segala titah-perintah mama. Mujur ada papa yang tegas memutuskan Qayyum boleh tinggal di rumah sewa. Mama terpaksa bersetuju dengan keputusan papa, dan yang pasti dialah manusia yang bersorak riang pada saat itu. Namun, tinggal di rumah sewa tidak bermakna terlepas dari pandangan mama. Kerap kali juga mama membuat lawatan mengejut sehingga Qayyum dan teman-teman; si Asyraf, Firdaus, Ikhwan dan Ameer mati kutu apabila ‘tertangkap’ semasa rumah kelam kabut bagaikan tongkang pecah. Pastinya suasana itu mengundang syarahan mama yang berjela-jela. Dia dan rakan-rakan hanya mampu tersengih-sengih mengakui kemalasan masing-masing. Ada tidak pun cuma Ikhwan yang warak dan agak rajin itu sahaja sesekali mengemas rumah serba sedikit.

Alah bisa, tegal biasa. Lama-kelamaan kawan-kawan serumah sudah lali dengan leteran mama setiap kali kunjungan berlangsung. Malah, budak-budak berempat itu semakin manja dengan mama. Mama memang cepat mesra dengan sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi rakan taulan anak-anaknya. Qayyum masih ingat keramahan mama menceritakan sikap Kak Long kepada rakan sekolej si kakak, Razlan ketika anak muda itu bertandang ke rumah mereka buat pertama kali. Tiba bab baik memang dipujinya Kak Long, tetapi keburukan Kak Long juga tidak disembunyikan. Merah padam muka Kak Long menahan malu kerana Razlan ketika itu hanyalah teman sekolej yang datang meminjam set berus lukisan daripada Along! Mungkin berkat keramahan mama yang penuh mesra, Razlan itulah Abang Longnya kini; suami Kak Long Qausar dan ayah kepada anak-anak buahnya, si Rania dan Raziq yang nakal.

Qayyum tersenyum menatap foto Rania dan Raziq di atas meja belajarnya. Gambar mama, papa, Kak Long Qausar, Abang Razlan, Kak Ngah Qarimah dan Kak Chik Qayriyyah juga tersusun elok di situ. Itu semua hasil kreativiti mama. "Keluarga ialah sumber inspirasi terbaik, bukan kekasih yang belum tentu setia walau dipuja siang malam," celoteh mama itu masih diingati hingga kini. Barangkali kerana kata-kata itu juga, Qayyum takut untuk meletakkan foto Intan sebaris dengan gambar-gambar ahli keluarganya. Buat sementara waktu, biarlah mama tidak tahu hubungannya dengan Intan.

Telefon bimbit yang terletak di atas katil berbunyi tiba-tiba. Qayyum dengan penuh malas menjawab panggilan tersebut. Hujan masih belum mahu berhenti. Sebaik talian bersambung, suara Ikhwan menyapa telinga; kedengaran sedikit tegang. Tiga minit kemudian, talian diputuskan. Pesan yang dititip oleh sahabat itu terasa malas benar untuk ditunaikan. Namun tatkala mengenangkan kebaikan Ikhwan, segera pula dia beristighfar di dalam hati. Orang dalam kesusahan mesti dibantu. Secepat kilat Qayyum menukar baju dan bersiap ala kadar. Kunci kereta di atas meja dicapai dan dalam hujan yang masih renyai, kereta dipecut menghala ke Hentian Bas Putra.

Qayyum tercangak-cangak di hadapan stesen bas. Kata Ikhwan, sepupunya akan menelefon Qayyum sebaik sahaja tiba. Qayyum memandang sekilas Roscani di pergelangan tangan. Sepatutnya sepupu Ikhwan sudah tiba. Para penumpang berbondong-bondong keluar dari perut bas. Agak pening juga kepala Ikhwan berdepan dengan situasi begini. Hampir dua puluh minit menanti, telefon dengan nada polifoniknya berbunyi nyaring. Menurut kata si pemanggil, dia menunggu berhampiran tangga di sebelah kiri berhampiran stesen teksi. Qayyum lantas mendapatkan kereta dan memandu ke arah pondok menunggu teksi. Tertinjau-tinjau mencari kelibat gadis berbaju kurung putih berbunga biru. Manusia yang ramai pada ketika itu menyukarkan lagi pencariannya. Kepala yang tidak gatal digaru. Bagaimana mahu dicari seorang gadis yang tidak dikenali di celah-celah orang ramai seperti ini? Lama kereta diberhenti seketika di bahu jalan sambil mata melilau mencari kelibat wanita berbaju kurung putih. Ketika tertinjau-tinjau itulah, cermin keretanya diketuk tiba-tiba. Segera dia menoleh dan di layar matanya kini terpapar imej seorang wanita bertudung putih yang terbongkok merenung wajahnya menerusi cermin tingkap kereta yang tertutup. Menyedari mungkin itulah sepupu Ikhwan, Qayyum menurunkan sedikit cermin tingkap.

"Err…Assalamualaikum. Maaf tanya, saudara ni Qayyum Wajdi ke?" Qayyum pantas mengangguk. Terlihat segaris rasa kelegaan pada wajah gadis itu sebaik sahaja Qayyum mengungkap jawaban melalui anggukan. Qayyum kemudiannya mempersilakan gadis itu masuk ke dalam kereta. Beg pakaian kecil bergambar kartun Garfield yang tampak ringan diribanya. Kereta bergerak dalam kelajuan sederhana. Qayyum tenang memandu tanpa menyedari gadis itu asyik merenungnya. Suasana malam selepas hujan agak berkabut dan matanya yang ditabiri cermin mata kebenciannya itu difokuskan betul-betul ke jalan raya.

"Maaflah menyusahkan Qayyum. Ikhwan terpaksa tunggu di hospital sebab adik-adik tak sampai lagi. Tak ada orang tunggu ibu," suara gadis itu memecah keheningan antara mereka. Qayyum menoleh sekilas dan menghadiahkan sekuntum senyum.
"Tak apa. Lagipun, bukannya menyusahkan. Ikhwan tu dah macam adik saya. Ibu cik sakit apa?" soal Qayyum sekadar berbasa-basi, padahal Ikhwan sudah memberitahunya lebih awal tentang Mak Langnya yang diserang sakit jantung.
"Serangan jantung. Risau juga saya. Ibu seorang diri di rumah, saya dan dua orang adik lelaki semuanya masih belajar dan tinggal di asrama. Mujur ada keluarga Ikhwan yang tinggal berdekatan. Kalau tidak, tak tahulah saya…," keluh gadis bercermin mata itu. Qayyum kalap seketika, tidak tahu apa harus dibicarakan bagi membalas keluh-kesah si gadis. Akhirnya dia berkeputusan untuk melontarkan sebaris ayat yang cukup streotaip pada pendengarannya.
"Tak ada apa-apa tu. Insya Allah ibu cik akan selamat. Sabarlah," ayat itu terasa sangat bodoh tetapi sesungguhnya Qayyum tiada ayat lain pada saat ini.
"Terima kasih. Qayyum janganlah panggil saya ‘cik’. Segan pula rasanya."
"Habis tu nak panggil apa?"
"Nazrah. Nama saya Nazrah Latif. Ikhwan tak beritahu nama saya, ya?"
"Err…dia ada beritahu tapi saya lupa…,"
"Lupa? Hmm…agaknya awak ni memang pelupa."
Hairan pula Qayyum mendengar ungkapan ayat yang dituturkan oleh gadis bernama Nazrah itu.
"Awak ni masih macam dulu, Qayyum. Langsung tak ingat kawan-kawan. Memang pelupa!" Gadis itu ketawa kecil dan Qayyum makin diterjah rasa hairan.
"Awak langsung tak kenal saya?"Nazrah mengutarakan soalan.
"Kenal awak? Kita pernah jumpa ke?"
"Kita sekelas dari tingkatan satu sampai tingkatan lima, Ahmad Qayyum Wajdi! Betullah…saya saja yang cam awak tapi awak langsung tak ingat kawan sekelas. Sampainya hati…,"
* * * * * * *

Petang kian merangkak ke senja. Qayyum memandu keluar dari kawasan Hospital Kuala Lumpur; bersendirian selepas meninggalkan Ikhwan di situ. Ketika mula-mula sampai tadi, Qayyum mencari alasan terbaik untuk menolak ajakan Ikhwan melawat Mak Langnya, ibu si Nazrah. Namun desakan Ikhwan yang muda dua tahun daripadanya itu akhirnya melontarkan Qayyum ke wad Mak Lang. Di situ dia berkenalan dengan Mak Lang yang sudah semakin pulih meskipun masih lemah; adik-adik lelaki Nazrah – Nadzim dan Nadzmi dan sudah tentulah si Nazrah sendiri ada di situ, setia menemani ibunya. Berhadapan dengan Nazrah membuatkan dia serba kekok. Ikhwan menyedarinya dan acapkali pula mengusul pertanyaan yang bukan-bukan. Contohnya,"kenapa Abang Qayyum nampak malu-malu bila jumpa Kak Naz?", dan , "Abang tak payah segan dengan Kak Naz, dia tak berminat dengan lelaki!"

Tidakkah haru jadinya apabila Ikhwan mengungkapkan ayat sebegitu? Kerana Nazrah, dia tidak tenang. Kerana Nazrah, mindanya bekerja keras mengimbau kembali noltalgia zaman persekolahan.

Nazrah! Alahai…malunya pada gadis itu masih bersisa. Siapa sangka Nazrah itu ialah si Mahatma Gandhi yang menjadi bahan usikan ketika di sekolah dulu? Sebetulnya dia malu amat kerana tidak mengecam Nazrah sedangkan dahulu dia begitu aktif mengambil bahagian mengejek dan mempersenda gadis itu. Hanya kerana cermin mata tebal berbingkai hitam, Nazrah menjadi mangsa kutukan. Seingatnya, Nazrah pendiam. Biarlah orang mengutuk atau mentertawakan dirinya, dia hanya diam dan buat tidak tahu sahaja. Budak-budak perempuan menggelarnya ‘kayu’ kerana dia tidak memberi tindak balas terhadap setiap usikan yang dilemparkan. Malah, ketika pelajar-pelajar perempuan lain sibuk main cinta dan berbalas surat dengan pelajar-pelajar putera, Nazrah juga buat tidak peduli. Dan, apa yang menghairankan Qayyum, Nazrah tidak pula tergila-gilakan dirinya yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Ketua Pelajar dan sangat kacak pada penilaian seluruh pelajar perempuan sekolah mereka. Hairan sungguh! Apakah mata Mahatma Gandhi yang rabun itu telah menidakkan ketampananku? Agaknya rabun dia tahap serius, jadi dia tidak menyedari betapa istimewanya aku! Pernah dia terfikir begitu suatu ketika dulu.

Kini, apabila matanya juga rabun dan lebih menyedihkan dia terpaksa bergantung kepada cermin mata kerana matanya alah pada kanta lekap; tiba-tiba sahaja Qayyum rasa bersalah terhadap Nazrah. Rasa bersalah itu tambah menebal bilamana Qayyum tidak mengenali Nazrah apabila mereka bersua semula selepas masing-masing membawa haluan sendiri setelah tamatnya tingkatan lima. Barangkali Nazrah terasa hati dengan ketidakpekaannya. Namun Nazrah yang Qayyum kenali dulu bukannya seorang gadis yang sensitif. Biarpun begitu, kemungkinan untuk seseorang itu berubah adalah tidak mustahil. Nah! Lihat sahaja Nazrah. Suatu ketika dahulu perawan itu pendiam, pasif dan tidak menarik dipandang mata. Sekarang mulutnya memang peramah, sentiasa ceria dan selalu menguntum senyum untuk sesiapa sahaja. Manis senyumnya kadang kala membuat Qayyum resah sendiri. Gila!Dan paling dikaguminya, Nazrah si Mahatma Gandhi yang selalu mengikat ekor kuda rambutnya dahulu, kini bertudung litup. Sopan dan anggun!

Nazrah pada pandangannya sangat sederhana. Gadis itu hanya berbaju kurung, tidak bersolek dan tudungnya pula tidak berbelit berpusing macam gadis-gadis lain. Ringkas dan amat sederhana. Walaupun begitu, Qayyum menyedari dalam kesederhanaan itu, Nazrah punya pesona tersendiri. Tidak perlu memakai pakaian yang ketat sendat atau mendedahkan, dia sudah tampil cantik dengan baju kurung yang longgar. Cantik? Aduhai…buat pertama kalinya Qayyum terpukau. Nazrah sesungguhnya anggun dalam kesederhanaan! Matanya dihiasai cermin mata tidak berbingkai dan sesuai pula dengan bentuk mukanya. Ketika melawat Mak Lang di hospital dulu, Nazrah kebetulannya tidak memakai cermin mata. Aduh, rupa-rupanya dia memiliki sepasang mata yang cantik! Bulu matanya lentik asli. Tidak perlu mengenakan maskara seperti Intan. Intan?

Aduhai Intan Faradina…kenapalah engkau tidak bersederhana sahaja seperti si Nazrah itu? Qayyum acapkali juga menegur cara Intan berpakaian. Gadis itu selalunya menggemari jeans ketat dan blaus pendek. Adakalanya berbaju tanpa lengan. Qayyum rimas apabila berjalan-jalan dengan Intan. Temannya itu sering menjadi perhatian ramai terutamanya kaum Adam yang tidak segan-silu bersiul-siul mengusik gadis itu. Intan lazimnya buat tidak kisah dan hanya tersenyum sahaja. Namun Qayyum amat kisah dengan semua itu! Dia tidak boleh buat tidak kisah seperti Intan. Maruahnya terasa dicabar. Meskipun dia maklum Intan seorang yang moden dan menggemari fesyen terkini, dia masih berasa bertanggungjawab terhadap perkara sebegitu. Andai nanti jodohnya dengan Intan, bagaimana mahu diladeni seorang isteri yang angkuh dan ingkar terhadap tuntutan menutup aurat? Gerun Qayyum memikirkannya. Dia sendiri; walaupun membesar dalam gaya hidup moden, tetap diterapkan nilai konservatif yang unggul, selari dengan tuntutan agama.

Mama anak jati Kuala Lumpur dan baru sahaja pencen daripada perkhidmatan perguruan. Meski diasak arus kemodenan sedari kecil, mama tetap tegas dalam memberikan tunjuk ajar agama. Kak Long Qausar, Kak Ngah Qarimah dan Kak Chik Qayriyyah diasuh memakai tudung sejak kecil. Qayyum masih ingat perihal Kak Chik Qayriyyah yang liat mengenakan tudung, dan habuannya, Kak Chik dirotan di betis beberapa kali. Menangis meraung Kak Chik menahan pedih dan mulai saat itu, Kak Chik memang rajin bertudung; tak perlu disuruh-suruh lagi. Tiba-tiba sahaja Qayyum ditujah rasa rindu terhadap Kak Chik yang amat rapat dengannya. Kak Chik memang lincah tetapi masih mampu mengekalkan ciri kesopanan gadis Timur. Kak Chik berjeans, tetapi longgar dan dipadankan dengan blaus labuh. Tidak seperti Intan yang melampau dalam bab berpakaian.

Ada waktu-waktunya penampilan Intan membuatkan dia malu. Qayyum sering kali juga hairan dengan dirinya sendiri. Kendatipun dia jelek amat dengan imej dan perangai Intan, gadis itu masih mampu didampinginya. Dia berharap suatu masa dia boleh mengubah Intan. Kenapa ya aku boleh terus bersama Intan? Pernah dia bertanya begitu pada dirinya. Barangkali sifat Intan yang manja membuatkan Qayyum senang. Namun pada kebiasaannya manja si Intan berlebih-lebihan sehingga Qayyum rasa menyampah. Tidak bolehkah Intan bersikap tenang dan tidak mengada-ngada seperti Nazrah? Opps! Kenapa mesti membandingkan Intan dengan gadis itu? Pelik. Sejak kemunculan Nazrah, secara tidak sedar Qayyum selalu membandingkan kedua-duanya.

Tambahan pula, Ikhwan selalu membawa khabar gadis itu. Lantas, rakan-rakan serumah juga sedikit sebanyak maklum tentang gadis tersebut. Malah, mereka sepakat pula menggandingkan dia dengan Nazrah. Qayyum tidak mengerti apa yang difikirkan oleh teman-teman. Padahal mereka bukan tidak tahu hubungannya dengan Intan. Teringat Intan, hatinya terasa sakit tiba-tiba. Tanpa pengetahuannya, Intan berjinak-jinak dalam bidang peragaan. Hal itu diketahuinya secara tidak sengaja apabila teman sekuliah, si Zarita mengucapkan tahniah kerana wajah Intan menghiasi kulit muka depan sebuah majalah berbahasa Inggeris. Model baru yang bakal menggegar kononnya! Dia telah mendapatkan majalah itu dan demi Tuhan, dia terasa mahu menampar Intan saat itu juga! Aksi manja Intan di kolam renang benar-benar membuatkan dia mual. Intan ternyata telah membelakangkan dia dalam banyak perkara. Dia sebetulnya malu dengan tindakan Intan. Malu yang teramat!
* * * * * * * *

Hati yang panas cuba diredakan. Dia menarik nafas dalam-dalam. Matanya dipejamkan. Sial! Intan sudah melampau. Apakah untungnya menceburkan diri dalam dunia ‘modelling’ itu? Mencari populariti? Mungkin. Gadis seperti Intan memang selalu mendambakan perhatian. Tidak sayangkah Intan pada pengajiannya yang hanya tinggal satu semester lagi itu? Dia bingung. Keputusan Intan untuk berhenti belajar benar-benar menaikkkan api kemarahannya. Intan nekad dengan keputusannya. Lalu, apa lagi yang mampu dilakukan? Sudah beberapa kali mereka membicarakan perihal tersebut dan keputusan si gadis tetap teguh. Tiada kompromi lagi. Sudahnya, dia lelah sendiri melayan gelagat Intan.

Dia mahu mogok bila sampai ke rumah nanti. Mogok makan, mogok cakap, malah mogok belajar juga! Biar Intan rasa bersalah dan doanya dalam hati, agar Intan datang memujuk sekali gus membatalkan niatnya untuk berhenti belajar. Mogok! Ya, aku mahu mogok! Fikirnya dengan penuh emosi.

Ketika memarkir kereta di luar rumah sewa, dia perasan kereta mama tersadai di tepi rumah. Mama datang! Dia menapak ke dalam rumah dan salur auditorinya menangkap suara kanak-kanak. Ah! Rania dan Raziq, rindunya! Dia bergegas masuk dan memanggil-manggil nama buah hatinya, tetapi kedua-duanya tidak menyahut. Di ruang tamu, Ikhwan dan Ameer sedang menonton televisyen. Dia menjenguk ke dapur dan dia terpana seketika. Di retinanya terlihat seorang gadis kecil berusia empat tahun sedang bersila di lantai sambil ketawa menutup mulut. Di sisi gadis cilik itu duduknya seorang gadis dewasa berbaju kurung hijau sedang meriba Raziq yang sedang enak ketawa. Nazrah!

"Intai apa tu?" Dia tersentak lantas menoleh.
"Err…ma! Dah lama sampai?" Gugup.
"Anak bujang mama dah dewasa rupanya…,"
"Mama ni…memanglah Qayyum dah dewasa!" Dia cuba ketawa, menutup malu yang masih tebal. Mama dilihatnya tersenyum sambil menjeling. Dia tersengih malu. Alamak, malunya!!!
"Nasib baik dia tak sedar. Jangan buat macam tu lagi. Renung anak dara orang macam nak telan! Tak baik tau," usik mama sambil mencuit dagunya. Sudah la mama, Qayyum malu ni!
Ikhwan masuk ke dapur dan merapati Nazrah. Bercakap-cakap seketika dan keluar ke ruang tamu semula. Nazrah yang menyedari kehadiran Qayyum hanya menghadiahkan sekuntum senyum. Qayyum mengangguk tanda hormat sambil mata menjeling pada mama yang pura-pura tidak melihat gelagatnya.
"Pak Su!" suara Rania.
"Pak Shu!" Itu suara pelat si Raziq.
Kedua-duanya menerkam Pak Su mereka. Qayyum terus menimang dua orang anak buahnya. Ketawa mereka bertiga bergabung menjadi satu.
"Rindunya kat Pak Su!" Rania bersuara cukup petah.
"Pak Su pun rindu kat Rania dan Raziq." Ciuman dilepaskan ke pipi si kakak dan adiknya yang masih tidak lekang dengan ketawa halus mereka. Qayyum pandang Nazrah yang asyik memerhatikan telatah Rania dan Raziq yang gembira bertemu Pak Su mereka. Matanya beradu dengan mata Nazrah. Senyum berbalas dan dalam hati ada getar rasa yang sukar dimengertikan.
"Kata nak pergi makan? Jomlah. Mama nak belanja hari ni, kan?" Ikhwan menjengah ke dapur. Amboi, manjanya Ikhwan dengan mama. Terbit rasa cemburu di hati Qayyum. Walaupun kau lebih muda daripada aku, aku tetap anak bongsu mama, tau! Terfikir betapa bodohnya dia seketika kemudian, Qayyum ketawa kecil.
"Abang ni kenapa, ketawa sorang-sorang? Betullah ma, kalau jumpa Kak Naz Abang Qayyum jadi pelik! Selalu macam tu," Ikhwan selamba bersuara. Ingin sahaja Qayyum mencekik Ikhwan kalau Nazrah tidak ada di situ. Nazrah senyum dan tunduk merenung lantai. Barangkali segan dengan usikan Ikhwan. Usahkan Nazrah, aku pun malu! Hantu betul si Ikhwan, bebelnya dalam hati sembari membuntuti mama ke ruang tamu. Raziq pula beria-ia merengek meminta Nazrah mendukungnya. Diturutkan oleh Nazrah dan mereka berdua tampak secocok pula apabila bergandingan begitu. Seperti ibu dan anak pun ada!

Mereka bergerak ke restoran berdekatan, termasuk Ameer sekali. Hmmm… nampaknya semua jenis mogok yang direncanakan sebelum ini terpaksa dimansuhkan serta-merta. Qayyum ketawa sendiri mengenangkan sikap tidak matangnya. Ikhwan menoleh.
"Kan dah kata, Abang Qayyum pelik bila jumpa Kak Naz!"
Qayyum terpempan. Nazrah mengulum senyum dengan muka merah. Mama dan Ikhwan bergabung tawa. Ameer tumpang sekaki memuntahkan tawa ala ‘gangster’nya. Dia terjerat lagi oleh kenakalan Ikhwan yang mengalahkan gelagat Rania dan Raziq yang sedang khusyuk menghadap ais krim.
* * * * * * * *

Doktor Qayyum menutup akhbar yang baru dibacanya. Dalam diam dia beristighfar mengenangkan kekasih lama yang sudah jauh terlajak. Berita Intan ditangkap khalwat dengan seorang penyanyi lelaki terkenal tanah air telah menggemparkan seluruh negara. Sedih juga mengenangkan cinta pertama berkecai begitu sahaja. Intan ternyata tekad untuk meneruskan kerjaya dalam bidang peragaan yang digilainya. Kursus perakaunan yang diambilnya di universiti tidak dihabiskan. Sudahnya Intan tenggelam dalam arus populariti yang dicarinya sendiri. Moga Intan akan kembali ke pangkal jalan, doanya tulus.

Qayyum mencapai telefon bimbit dan membaca semula SMS yang dihantar oleh mama pagi tadi. ‘Pergi cuba baju petang ni. Mama akan menyusul dengan tunang kamu.’ Tunang? Alahai…diam tak diam rupanya dia sudah bertunang dan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Dahulu, dia berang amat bila mama memandai sahaja meminang anak gadis orang untuknya. Dia tidak kenal gadis yang dipinang oleh mama dan tidak ingin untuk mengenalinya. Titik! Luka yang ditinggalkan oleh Intan masih terkesan di hati. Dia buat pekak sahaja kala mama rancak menceritakan perihal tunangnya (tunang yang dipaksa rela!) yang baik dan sopan. Orangnya sederhana sahaja tapi manis dipandang. Budi bahasa pun elok; puji mama melambung-lambung. Qayyum jadi menyampah. Dek kerana tidak tahan lagi menanggung sakit di hati, Qayyum meminta alamat gadis itu daripada mama dengan alasan mahu melawat sang gadis. Ternyata memujuk mama tidak sukar.

Dia terkejut juga apabila diberitahu oleh mama bahawa tunangnya merupakan bakal doktor seperti dirinya. Gadis itu belajar di Fakulti Perubatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Sewaktu mereka ditunangkan, gadis itu seperti Qayyum juga, sedang menjalani ‘housemanship’ di sebuah hospital di Pahang. Qayyum ketika itu sibuk dengan housemanshipnya di Hospital Kuala Lumpur. Mungkin kerana sudah ditakdirkan, hatinya tiba-tiba sahaja menjadi lembut apabila berhadapan dengan tunang tanpa relanya itu. Lembut bicara dan tenang wajah si gadis menghantar sejalur cahaya ke dalam nubari Qayyum yang suram dek kegagalan cinta pertama. Dia beristikharah dan yakin dengan petunjuk yang diberikan. Lalu, rancangan untuk memutuskan pertunangan tergantung begitu sahaja. Mama tersenyum sinis, papa ketawa geli hati dan kakak-kakak mengutuk dirinya. Ahh, semua itu bukan apa-apa kalau hati sudah berdendang riang melagukan lagu cinta. Aneh bukan? Kita berupaya untuk jatuh cinta dalam satu saat cuma!

Deringan telefon bimbit yang masih erat di tangan membuatkan Qayyum tersentak. Merenung skrin telefon, hatinya kembang berbunga. Segera dia menekan punat untuk menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikm…hai Naz! Apa dia? Ha’ah. Petang ni kita cuba baju pengantin. Mama akan jemput Naz. OK, jumpa kat sana nanti…," seketika kemudian, suara Doktor Nazrah Latif hilang tatkala talian dimatikan. Dan Qayyum benar-benar berasa tidak sabar untuk bersua dengan Miss Mahatma Gandhinya itu.
posted by Penulisan2u @ 8:09 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
17 Comments:
  • At 29/7/09 10:03 PG, Anonymous syira said…

    hye..oo org 1st komen eh..
    anyway bez citer nih..keep it up..

     

  • At 29/7/09 1:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok laa..even tak byk dialog tp msg yg nak disampaikan tu jelas laa... penulis mmg byk knowledge..

     

  • At 30/7/09 1:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    so sweet cite ni..best...tahniah...tu la kutuk2 org lg, kan dh bertemu jodoh....

     

  • At 31/7/09 10:08 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    gud story at all..
    tak banyak babbling, isi mantap!!
    keep it up bebeh..

     

  • At 3/8/09 12:52 PG, Blogger syasya said…

    haha...cite ni memberi pengajaran yang sagat jelas...iaitu jgn suka hati je kutuk orang...nnt kang tangkap cintan pulak...hihi...best citer ni...

     

  • At 4/8/09 11:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ak suka cite nie..
    hehehe psal org pakai spek ekkk..
    syok bc..
    jgn nk kutuk je org
    pakai spek nie..
    hehehehe...
    isu sensitif (sbb ak pon pakai spek gak)

     

  • At 6/8/09 2:30 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam..
    so sweet cte ney..sukalah..hehehe..
    pas2 ada pngjrn lg..well, pa pown..keep it up..
    tq..-hamba Allah-

     

  • At 8/8/09 7:38 PTG, Anonymous qyqa COMEL GILER said…

    salam..
    weh...
    suka la kat citer ni..
    sebab saya pun pakai spek juga..
    cerita yang mantap,teruskan berkarya..
    majulah bangsa untuk bahasa..hu3

     

  • At 8/8/09 8:02 PTG, Anonymous MiSz_LoBeR said…

    SALam sume... best arh citer nie.. budak medic? heheheh

     

  • At 9/8/09 10:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ayt tidak terkecuali dari menjadi kera sumbang cuba di teliti lagi. ia membawa maksud ia mahu jd kera sumbang..maaaf,seddikit teguran membawa anda menkaji dan bersifat teliti di lain hari,bawa unsur perlip anda lebih dalam penulisan..semoga sukses selalu.

     

  • At 14/8/09 1:01 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    suka la citer ni... ada gak kisah pasal orang yang guna spek ( spesis saya.. good work

     

  • At 21/8/09 3:14 PG, Blogger Unknown said…

    good work =)

     

  • At 21/8/09 7:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cite ni..
    urm..kalau isu spek ni sgt2 sensitf..
    lagi2 bile kite gelap,spek tebal,mmg x pandang lansung even kite pndai sxpun..
    xleh tgok cite manjalara,emil emilda..sbb dlu sye mcmtu(tp saiz x samela),,bile meningkat dewasa bru terhegeh2 nak kat kite...
    time tu rase nak bls dendam je..
    napela makhluk Tuhan ni pandang appearance je?
    sedey2...

     

  • At 26/8/09 5:57 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aku senyum ja sepanjang baca cerita ni.berkaitan dgn aku skit t'msk nama watak heronya.(^-^)sweet gak critanya ni walaupun tak banyak dialog.keep it up...

     

  • At 27/8/09 5:36 PTG, Blogger rOzEz said…

    bes bes bes bes

     

  • At 24/10/09 12:12 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    so sweet..pengajaran ny jgn dok suke hati je nk kutuk org lbh2 ye...sekali terpulang balik..tu lh jodoh awk..he3 pe pn penulis..mmg best xmbuatkan pembaca bosan nk abis kan cite awk ni...walaupn tajuk simple jgn sangka cite xbest tau..nuraziana

     

  • At 3/9/10 10:18 PTG, Anonymous kirana said…

    lawak la cita ni bez2 hehe

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group