BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Jun 10, 2009
Novel : Syurga Cinta 5
Nama Pena : suri_maia

"Saya dah balik!!" Aku menjerit gembira sebaik sahaja memasuki rumahku. Tiba-tiba kakiku merasa kaku apabila melihat rumahku kosong. Beg yang ku sandang tidak mampu untuk ku pegang lagi lalu jatuh ke lantai. Seluruh tubuhku terasa lemah. Perabot, meja makan, rak buku ayah, bunga ibu dan set sofa semuanya sudah hilang. Bala bencana apa pula yang menimpa diriku ini.

"Apa yang dah jadi ini?" Aku berkata sendirian. Tiba-tiba aku teringatkan komputerku di dalam bilik. Semua hasil kerjaku di simpan di dalam komputer tersebut. Hatiku berdebar-debar. Cepat-cepat aku naik ke tingkat atas dan meluru ke bilik tidurku.

Tubuhku terjelepuk ke lantai apabila melihat bilikku juga sudah kosong. Air mataku mengalir tanpa di minta.

"Kenapa mereka buat Julita begini, apa salah Julita pada mereka." Aku menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangan.

Tiba-tiba aku melihat sepucuk sampul terlekat di dinding. Aku mengambilnya, tidak sabar untuk mengetahui isi kandungan surat tersebut. Di luar sampul tersebut tertulis nama Julita. Aku membuka surat tersebut, sekeping gambar terjatuh di ribaku.

Julita sayang...

Maafkan kami, kami betul-betul terdesak sekarang ni.
Kami memang perlukan duit. Kami berhutang dengan
Ah Long dan Nina pula sedang mengandung. Kami akan
membeli semula rumah ini selepas kami kaya nanti.
Kami betul-betul minta maaf. Bersama ini kami sertakan
gambar scan bakal anak kami. Doakan kami berjaya...

Nina & Nazim

"Ya Allah, mereka jual rumah ni!!" Air mataku mengalir bertambah laju. Perasaanku ketika ini sama seperti sewaktu ibu dan ayahku meninggal dunia dahulu. Terasa kekosongan di dalam jiwa.

Aku mengeroyok surat tersebut dan terus ku baling ke dinding. Perasaan kecewa, sedih, geram dan hiba bercampur baur. ‘Doakan kami berjaya!’..Jangan haraplah mereka hendak berjaya dan menebus rumah ini kembali.

"Ibu, ayah..Maafkan Julita sebab tak dapat pertahankan rumah ni, maafkan Julita sebab tak dapat jaga ’Syurga Cinta’ ibu dan ayah.." Aku menangis teresak-esak di dalam bilik yang kosong itu. Kosong sama seperti jiwaku sekarang.

Mereka bukan tidak tahu malah lebih memahami bahawa ’Syurga Cinta’ ini merupakan satu-satunya harta yang ditinggalkan oleh ibubapaku sebelum mereka meninggal dunia. Kenapa mereka sanggup berbuat demikian. Tergamak mereka menjual rumah lambang cinta ibu dan ayah. ’Syurga Cinta’ adalah nama rumah ini, yang membawa maksud rumah ini adalah syurga bagi kami sekeluarga. Ibu yang menamakan rumah ini. Malah rumah ini di bina sendiri oleh ayah yang merupakan seorang arkitek. Masih aku ingat lagi, sewaktu ’Syurga Cinta’ masih di dalam pembinaan, ibulah orang yang paling sibuk sekali memilih dekorasi rumah yang sesuai. Ayah pula menentukan landskap halaman rumah, malah aku masih menjaga landskap hasil kreativiti ayah dan hiasan serta kedudukan perabot serta kelengkapan rumah supaya ingatanku terhadap mereka tidak akan lupus dan kekal. Tapi tak kusangka, kenangan tersebut dimusnahkan sekelip mata sahaja oleh Nina dan Nazim. Tak berhati perut betul..adakah mereka berhati binatang!

Hampir dua jam aku meratapi nasibku sendiri di dalam bilik tersebut.Hampir kering air mataku akibat terlalu lama menangis. Mataku terasa sembap. Aku mencuba untuk bangun namun gagal, kakiku terasa kebas. Aku terduduk semula, tiba-tiba aku perasan sekeping gambar yang disertakan di dalam surat Nina dan Nazim tadi di lantai. Terlupa dengan kewujudan gambar tersebut. Aku mengambil gambar scan tersebut, tidak berapa jelas tapi masih kelihatan bentuk bayi tersebut, kecil sekali. Aku menangis lagi buat sekian kali. Jika tragedi ini tidak terjadi, mungkin akulah orang yang paling gembira kerana kawan baikku bakal menjadi ibu. Aku memeluk gambar scan tersebut, kepiluanku menjadi makin bertambah. Kesedihan yang teramat sehingga tidak dapat dibayangkan. ’Syurga Cinta’ bakal menjadi hak milik orang lain, bukan milikku lagi. Segala kenangan bersama ibubapaku akan terhapus dan aku tak akan mampu membeli semula rumah ini. Sedihnya....Aku mengelap air mata yang mengalir di pipi, air mata yang tidak mampu lagi dapat ku tahan....Kekecewaan yang bersarang di hati tidak dapat ku buang pergi.

******

Raikal masih terpaku di hadapan butik MedsRose, butik ibu Medina yang kini diuruskan oleh Medina sendiri. Raikal menurunkan tingkap sedikit, memerhatikan Medina yang sibuk menguruskan pelanggannya di sebalik kaca butik. Aku tersenyum, Medina memang manis orangnya. Sebab itu aku jatuh cinta padanya, sejak sekolah lagi namun dia tidak pernah mengetahu isi hatiku padanya. Senyumannya mampu menarik perhatian pelanggan yang datang. Sejak dia yang menguruskan butik, perniagaan makin bertambah maju. Aku menarik nafas panjang, cuba mencari kekuatan sebelum menemuinya. Akhirnya aku turun dari kereta dan berjalan menuju ke butik MedsRose.

"Selamat dat.." Medina tersenyum melihatku.

"Abang Kal..bila balik dari Bali?" Medina mendapatkanku. Aku tersenyum.

"Baru je semalam, sibuk ke?" Aku bertanya padanya.

"Haah, kejap ye. Med nak layan pelanggan ni dulu. Sekejap lagi Med layan abang Kal pula ek."
"Ok, buatlah kerja Med dulu. Anggaplah abang tak ada kat sini." Med menunjukkan isyarat ‘ok’ sambil tersenyum manja. Senyuman itulah yang selalu tidak membuatkan aku tidak lena tidur. Medina..Medina..andai dapat ku suntingmu menjadi isteriku..Wahh...idea ni, boleh buat lagu. Aku mencapai beg sandangku dan mengeluarkan buku nota lagu dan terus menulis lirik dan irama lagu yang bermain-main di fikiranku tadi. Tidak sampai beberapa minit, sebuah lagu sudah siap ku gubah.

"Abang buat apa tu?" Kehadiran Medina di sebelahku tidak ku sedari.

"Bila Medina duduk sebelah abang?" Tanyaku terkejut.

"Baru je, Med tengok abang khusyuk sangat, tu yang Med tanya tu?"

"Ooo..Mm..Abang tengah cipta lagu." Medina mengambil kusyen kecil lalu memeluknya.

"Mm..Nama pun komposerkan..Kat mana-mana pun boleh cipta lagu."

"Mestilah! Abang tengah buat agu yang dicipta khas untuk Medina." Riak wajah Medina bertukar gembira.

"Serius?" Aku mengangguk.

"Nak dengar boleh? Abang Kal nyanyilah untuk Med." Pinta Medina sambil menggoyang-goyangkan tanganku. Perlakuan biasa yang sering dilakukan jika memintaku membuat sesuatu untuknya. Manja sekali, Medina memang manja. Maklumlah, anak bongsu dan perempuan tunggal dalam keluarga.

"Mana boleh, tunggulah betul-betul siap dulu." Ujarku, memang aku ingin mendendangkan lagu ini ketika aku melamarnya nanti.

Medina mencampakkan kusyen kecil yang dipeluknya tadi kepadaku. Sempat aku menepisnya sambil tergelak kecil.

"Kedekut!" Kata Medina, wajahnya mencerut masam.

"Ala..janganlah buat muka masyam macam tu. Bughuk bebenor muka kamu ye." Usikku lagi. Medina menjelirkan lidah.

"Abang bawa hadiah dari Bali, nak tak?" Wajah Medina bertukar gembira semula.

"Serius?" Ayat yang sering diungkapkan Medina, serius!

"Mestilah, takkan abang nak tipu pula." Medina menadah tangan.

"Nak!"

"Cium pipi abang dulu." Aku menunjukkan pipiku dengan jari telunjuk. Sengaja mengusiknya. Medina memukul bahuku.

"Suka usik Med tau, tak kira. Mana hadiah Med?" Aku menyelukkan tangan ke beg sandangku dan mengeluarkan sebuah kotak.

"Woww...Terujanya." Medina membuka kotak tersebut. Hadiah gelang dari Bali itu benar-benar membuatkannya gembira. Sengaja di tayang-tayangkan gelang tersebut di hadapanku.

"Thanks Abang Kal, Med suka sangat. Ni sayang abang lebih ni." Ujarnya sambil membelek-belek gelang di tangannya. Medina suka mengumpul gelang tangan, tak kira kecil, besar, bulat, segitiga semua ada di dalam koleksinya. Aku sendiri sedia maklum dengan minatnya yang satu ini. Malah jika aku ke luar negara, aku tidak lupa membelikan gelang tangan untuknya.

"Sebelum ni tak sayang ke?" Sengaja aku bertanya demikian, Medina memandangku.

"Sebelum ni sayang juga tapi taklah sayang sangat. Hehehe.." Medina tergelak kecil. Aku tersenyum, suka melihatnya ketawa begitu.

"Abang Emil dah balik Malaysia." Aku berkata perlahan.

"Serius ke? Bila abang Emil balik?" Tanya Medina dengan nada teruja.

"Mungkin dah balik, last abang Kal jumpa dia pun masa abang kat Bali tu. Dia kata nak balik Malaysia."

"Dia tak call Med pun, lama dah Med tak jumpa abang Emil. Dekat 5 bulan rasanya. Rindu kat dia." Aku memandang Medina dengan perasaan cemburu.

"Med rindu kat abang Emil?" Tanyaku.

"Mestilah rindu, lama dah tak jumpa." Ungkap Medina bersahaja.

"Dengan abang, pernah rindu tak?" Tanyaku lagi.

"Abang ni, suka tanya soalan pelik-peliklah. Dahlah, Med nak layan pelanggan dulu ye." Katanya dan terus berlalu meninggalkanku membuatkan pertanyaanku tergantung tanpa sebarang jawapan.

Medina, Emil dan aku merupakan kenalan sejak kecil lagi. Malah ibubapaku kami kebetulan adalah kawan baik. Emil dan aku sebaya manakala Medina muda tiga tahun dari kami berdua. Walaupun begitu, kami memang rapat. Ke mana sahaja bertiga, ibubapa Medina juga tidak kisah sekiranya kami keluar bersama. Pernah ibu Medina menghalang Medina menyertai perkhemahan persatuan sewaktu di sekolah, namun apabila di pujuk dan Medina mengatakan bahawa Emil dan aku juga menyertainya, barulah ibu Medina membenarkan. Kami seolah-olah menjadi pelindung Medina, malah ibu bapa Medina meletakkan sepenuh kepercayaan pada kami berdua untuk menjaganya. Aku sendiri tidak pasti bilakah aku jatuh cinta padanya. Mungkin hubungan kami yang rapat sedikit sebanyak membuatkan perasaanku bertukar menjadi cinta tanpa di sedari.

Aku melihat jam di tangan, hampir menghampiri pukul 5. Melihat Medina yang sibuk melayan pelanggan membuatkan aku tidak mahu menganggunya lagi. Perlahan-lahan aku menghampirinya.

"Med, abang balik dulu." Medina memandangku sekilas.

"Kejap abang Kal." Ujar Medina sambil memberi isyarat tangan supaya menunggunya untuk seketika. Aku menunggu di depan pintu. Medina ku lihat menganggukkan kepala kepada pelanggannya sebelum berjalan menghampiriku, mungkin meminta izin daripada pelangganya untuk menemuiku.

"Cepatnya abang nak balik, tak sempat nak borak panjang." Aku mengenepikan rambut Medina ke telinga. Medina menarik tanganku, malu diperlakukan begitu di depan pelanggan dan pekerjanya. Raikal tersenyum.

"Abang tak sembahyang asar lagi, lagipun Medina pun tengah sibuk layan pelanggankan. Malaslah abang Kal nak kacau."

"Yelah..tapi lain kali jangan lupa singgah kat butik Med ni tau." Raikal mengangguk. Masakan dia lupa untuk singgah di tempat gadis pujaannya.

"Abang Kal takkan lupa punya." Ujarku sambil membuka pintu.

"Aa..Thanks bagi gelang ni tau." Sempat Medina mengucapkan terima kasih sambil melambaiku di depan pintu. Aku membalas lambaiannya sambil tersenyum. Gembira kerana dapat bertemu buah hati pengarang jantung. Tersenyum sendirian sehingga ke kereta. Orang yang lalu lalang melihatku pelik. Biarlah orang lain nak kata apa, janji hati aku tengah bahagia. Desis hatiku.

Aku menghidupkan enjin kereta. Tiba-tiba sebuah kereta mewah melintasi keretaku dan berhenti betul-betul di hadapan butik Medina. Aku merasa sangsi, seperti ku kenali orang yang berada di dalam kereta tersebut. Aku menunggunya keluar dari kereta, enjin kereta ku matikan.

Tepat jangkaanku, Emil rupanya empunya tuan kereta mewah tersebut. Dia keluar dari kereta dengan sejambak bunga ros merah di tangannya. Aku memerhatikan Emil sehingga dia memasuki butik Medina dengan perasaan cemburu. Kenapa Emil selalu dapat apa yang disukainya. Dari kami kecil lagi, dia selalu mendapat terlebih dahulu barang yang aku kehendaki. Sekarang perempuan yang aku cintai juga sama. Aku mengeluh hampa.

Cepat-cepat aku menghidupkan semula enjin kereta yang kumatikan, sengaja aku melalui depan butik Medina. Aku menoleh ke arah butik tersebut, kelihatan Medina sedang memukul Emil, manja, sambil tangan sebelahnya memegang bunga yang di bawa oleh Emil tadi. Emil pula mengelak dari dipukul Medina sambil tergelak-gelak. Aku memandang ke hadapan semula, tidak sanggup melihat mereka bermesraan lagi. Hatiku terasa panas melihat mereka bersama.

Aku memukul stereng kereta, geram apabila melihat aksi mereka tadi. Tiba-tiba aku teringatkan perempuan yang meminjam duitku di Bali tempoh hari. Apa entah namanya, Juwita ke Junita..terlupa pula. Ah! Gasaklah, janji rancangan aku patut dilakukan untuk membuktikan pada Medina yang Emil seorang kaki perempuan dan tidak sesuai untuknya. Dan untuk menunjukkan pada Emil supaya lebih bersikap bertanggungjawab pada perempuan yang pernah disakitinya dulu. Demi Medina, aku sanggup buat apa saja asalkan dapat memiliknya. Esok aku akan menghubungi perempuan tersebut.

*****

Julita berjalan laju ke arah balai polis. Aku tak kira, aku nak buat report polis. Mereka boleh buat Julita macam ni, takkan Julita tak boleh buat. Lantaklah mereka tu dulu kawan baik ke, kawan tak baik ke, sekarang apa nak jadi, jadilah!

Setibanya Julita di balai polis, ramai orang sedang menunggu giliran untuk membuat aduan. Julita duduk di tempat yang disediakan. Sementara menunggu, Julita memandang tingkahlaku orang di sekelilingnya. Ada yang muram, ada yang sedang termenung dan ada juga yang datang dengan muka yang sedang marah. Masing-masing dengan masalahnya tersendiri.

Mataku tiba-tiba tertancap pada seorang wanita yang sedang mendukung anaknya yang masih kecil, mungkin dalam 4 atau 5 bulan usia bayi tersebut. Bayi tersebut menangis tidak henti-henti dari tadi, ibu bayi itu berusaha untuk memberhentikan tangisan bayinya namun gagal. Aku kasihan melihat wanita tersebut bersusah payah seorang diri lalu aku menghampirinya.

"Kenapa Kak, anak akak tak sihat ke?" Wanita tersebut memandangku dengan pandangan sayu.

"Tak tahulah akak, dari tadi tak nak diam. Akak pun dah pening dah ni, tak tahu macam mana nak diamkan dia dah. Nak kata lapar, tadi akak dah bagi minum susu."

"Biar saya cuba, boleh? Akak pun macam letih je." Wanita tersebut tanpa banyak soal menyerahkan bayinya padaku. Sekejap sahaja berada didukunganku, bayi tersebut terus diam. Tidak lama kemudian, bayi tersebut tertidur di pangkuanku. Pelik, ibunya juga turut pelik melihat bayinya dengan mudah terlena. Berbagai-bagai usaha yang dilakukan tadi untuk menidurkannya tapi tidak berjaya, tapi denganku, cepat sahaja lenanya. Kami duduk di pangkin yang disediakan di situ. Bayi tadi masih aku dukung, tidak sampai hati untuk menyerahkan semula pada ibunya kerana aku lihat ibunya benar-benar letih.

"Kenapa akak datang ke balai polis malam-malam macam ni? Suami akak mana?" Aku bertanya. Tiba-tiba wanita tersebut mengalirkan air mata.

"Suami akak kena tahan, akak tengah tunggu dia disoal siasatlah ni." Aku terkejut.

"Suami akak buat apa sampai kena tahan?"

"Suami akak di tuduh menipu, mereka tuduh suami akak jual rumah tanpa kebenaran tuan rumah sebenar. Entahlah dik..kalau suami akak kena penjara, akak tak tahulah macam mana dengan hidup kami anak beranak. Akak pula tak kerja. Akak tak tahulah apa nak jadi dengan hidup anak akak nanti. Apa yang akak risau, kawan-kawan anak akak nanti akan kata anak akak ni anak bekas banduan. Akak takut sangat." Aku terkedu mendengar kata-katanya.

Aku memandang wajah bayi dipangkuanku, tenang sekali tidurnya. Aku terkenangkan Nina, jika Nazim di penjara nanti, bagaimana dengan anak mereka. Siapa yang akan mencari rezeki untuk anak mereka nanti. Apakah rakan-rakan anak mereka nanti akan menggelarnya dengan anak banduan. Oh! Aku tidak sanggup...Walaupun ibubapa mereka yang jahat, anak mereka tidak bersalah. Kesalahan lepas ibubapanya tidak patut di tanggung anak.

"Kenapa adik datang balai polis?" Wanita tersebut bertanya padaku. Aku serba salah. Tidak mungkin aku akan menceritakan kepada danya tujuan aku datang ke sini.

"Tadi saya nak buat report, tapi bila fikir-fikir balik, tak jadilah. Tak apalah akak, saya balik dulu ye." Ujarku sambil menyerahkan semula bayinya.

Aku melangkah longlai menuju keluar. Beg tangan yang ku sandang di bahu ku buka lalu mengeluarkan gambar scan anak Nina dan Nazim. Aku memandang gambar tersebut sayu. Aku sudah nekad tidak mahu membuat report polis demi anak mereka. Kasihan anak ini jika bapa mereka di penjara. Apa pun, aku tetap kawan baik kepada ibubapanya. Aku mengeluh.

Tiba-tiba perutku berbunyi. Baru aku sedar yang aku belum menjamah apa-apa pun dari semalam. Aku mengeluarkan dompet, melihat duit dalam simpananku. Tinggal beberapa ringgit sahaja duit baki yang ku pinjam dari Raikal, hanya cukup untuk makan beberapa kali sahaja. Silapku juga, semua duit tidak ku simpan di dalam bank. Semua aku simpan di dalam laci almari. Sudahnya dengan almari-almari sekali hilang.

Sebelum pulang, aku singgah di kedai runcit dan mengambil roti coklat berharga RM0.60 dan air mineral. Setibanya di rumah, hatiku bertambah sayu melihat keadaan rumah yang kosong. Aku duduk bersila di ruang tamu, membuka plastik roti yang ku beli tadi.

Semasa menjamah roti, tiba-tiba air mataku jatuh berlinangan apabila mengenangkan nasibku yang hanya mampu menjamah roti.

"Ibu, ayah..kenapa ibu dan ayah pergi cepat sangat..."Aku memaksa diriku memakan roti tersebut walaupun aku langsung tidak berselera. Aku mengelap air mata di pipi dan cuba menjamah roti itu kembali. Namun aku gagal mengawal perasaanku, esakanku makin menjadi-jadi. Akhirnya aku meletakkan roti tadi kembali ke plastik. Cuba menenangkan fikiranku yang tertekan. Akhirnya aku terlena di dalam kesedihan yang mencengkam diri. Sampainya hati mereka.....
posted by Penulisan2u @ 11:45 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group