Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Disebabkan rasa bersalah semalam, hari ini aku mengambil cuti sekali lagi. Siap dengan amaran, no phone call, no message and no guest. Mak Kiah ku hantar pergi ke rumah mama di Bukit Antarabangsa. Riuh juga Alishah dengan tindakanku. "Siapa nak handle baby kalau dia meragam nanti, abang?." Walaupun marah, suaranya masih lembut. Masih lunak dan masih mampu menggoda hati lelakiku. Alishah memang istimewa. "Abang kan ada." Bangga dan yakin, aku mengangkat tubuh kecil Asha dari katil. Menggeliat dia dibuatnya. Tak pernah terfikir di kepala ini, aku akhirnya akan menjadi seorang papa. Menjadi suami kepada Alishah. Memberikannya zuriat untuk mendiami rahimnya selama sembilan bulan dan kini menyaksikan anak kami membesar sedikit demi sedikit. Semua ini memang nikmat. Alhamdulillah. Dulu aku pernah juga bercinta dengan beberapa orang teman seuniversiti tetapi ketika itu aku hanya memikirkan soal seronok. Keluar berdua dan ada orang yang akan menelefon saban malam sebelum tidur. Juga menyambut hari kekasih dengan bertukar-tukar hadiah dengan si dia yang kini membuat aku termalu sendiri apabila mendengar bicara Alishah 14 februari lepas. "Isha sayangkan abang walau apa pun yang jadi tapi janganlah sebab abang nak tunjuk sayang abang tu, abang korbankan maruah agama kita. Valentines day bukan hari kita. Cukup dah macam-macam perayaan yang ada dalam islam." Kata-kata itu tidak mungkin aku lupa. Tebal rasanya kulit pipi ditegur isteri sendiri tapi akhirnya Alishah menerima hadiahku dengan niat sebagai tanda menghargai perkahwinan kami, tanda syukur kepada Yang Maha Esa. "Isha bagi kat Mak Kiah ya, bang. Boleh?." "Err…." Berat hati ni sebenarnya. Punyalah mahal aku membeli jubah itu dari butik kawan baik mama. "Abang, kalau abang tak ikhlas, sayang hadiah ni. Baik ikhlaskan aje hati tu. Mudah-mudahan dengan sedekah ni, Allah panjangkan usia kita, berkati lagi our marriage. Tak nak macam tu?." "Of course abang nak." Dan dengan sendirinya aku keluar mencari kelibat Mak Kiah di dapur. Menyerahkan sendiri kotak segi empat berbalut cantik itu dengan hati lapang. Ikhlas tentunya. Mudah-mudahan Allah selalu dekat dengan perkahwinan kami. "Abang?." "Hah?." Aduh, lamanya aku melamun.. Ketawa manja Alishah menarik perhatianku untuk mendekatinya. "Kenapa, yang? Abang terlepas apa-apa ke?." Tangannya melingkar ke bahu. Mesra. Seperti selalu. Sebuah ciuman penuh sayang hinggap di pipi mungil Asha dan satu ciuman hangat, hanya untuk aku, suaminya. "Selagi abang ada dekat hati Isha, insyaallah abang takkan terlepas apa-apa." "Macam mana kalau isha dah tak nak abang duduk dalam hati isha?." Sengaja aku menyakat. Melagakan hidungku di hidungnya yang kecil molek itu. Dia ketawa senang. "Astaghfirullah..nauzubillahiminzalik..buat apa tanya something yang tak positif untuk masa depan sendiri ni, dear?." Wajahnya bertukar serius dalam sekelip mata. Pun matanya masih bersinar bening menentang pandangan suaminya ini. Malas mahu memanjangkan bicara, aku segera melepaskan tawa. Mengalihkan pandangan kepada anak kami yang sudah mula mahu meragam. Merah padam mukanya yang lebih banyak mewarisi riak mamanya sebelum suara tangisnya meletus kuat. Kelam-kabut aku menenangkannya. "Macam manalah papa sayang ni, sayang nangis pun papa takut erk?." Sedar-sedar sahaja, Alishah sudah mengambil Asha dari dukunganku. Serta-merta tangis si kecil lenyap. Aik? "Diam dah?." Alishah senyum sendiri. Didekatkannya pipi Asha kepadaku untuk dikucup. "Tengoklah siapa yang pegang dia. Kan sayang mama, kan?."
"Tuan, meeting petang nanti dengan Radzin kena awalkan. Dia call tadi." Aduh, ini yang masalah ni! "Kenapa pula? Dia tak mention dengan saya pun?." Memang aku tak puas hati. Pukul satu nanti aku nak balik rumah. Jemput Alishah dan Asha, nak bawa si kecil yang makin montel itu ke klinik. Dia sudah terlewat sehari dari tarikh temu janji sebenar. Disebabkan terlalu sibuk semalam, aku terpaksa beralah kepada semua urusan kerja. Mujur Alishah faham. "Dia call office awal-awal pagi lagi, tuan. Before tuan masuk tadi. Dia cakap dia ada hal lain nak urus. Tak dapat elak dah. Tuan free kan?." Siti mengekorku dari pantry hingga masuk semula ke dalam bilik. Bekerja dengan orang memang satu masalah. Sebab itulah aku berhenti daripada syarikat papa dan membuka syarikat ku sendiri. Tetapi nampaknya masalah tetap masalah. Walaupun sudah mempunyai syarikat sendiri, aku tetap perlu berurusan dengan orang lain yang mahu tidak mahu tetap akan mempengaruhi pendapatan syarikat. "Hal dia aje yang dia utamakan. Tak pula dia tanya saya ni free sangat ke." Berapi-api marahku. Tak padan dengan jantina langsung. "Sorry, tuan tapi saya sampaikan pesan dia aje. Boleh saya keluar sekarang?." "Oh." Aku membebel, patutlah dia nak keluar. "Okey, thanks siti." Sebaik sahaja pintu tertutup, aku terus mencapai telefon bimbit. Menunggu beberapa saat sebelum mendengar suara manja dan halus Alishah di hujung talian. "Sayang, abang minta maaf." Introku. Nampaknya hari ini tertangguh lagi temu janji kami dengan Dr. Suraya. "Kenapa nak minta maaf ni, bang? Abang busy lagi ke?." Ketawaku pecah sendiri dengan jangkaannya yang benar-benar tepat mengenai sasaran itu. Tahu aje dia. "Ya, sayang. Abang ada appointment dengan Radzin. Jurutera SkyWay Creative tu. Sayang kenal dia kan?." "Radzin. Bekas boyfriend kak Tanya tu ya? Isha kenal." "Hmm..dialah tu. Tak adalah, sebelum ni appointment kitorang jam empat tapi siti cakap dengan abang, Radzin nak awalkan pergi jam dua. Dia ada hal yang tak dapat nak dielak." Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku membatalkan temu janji ini sama sekali. "Oh, hal penting tu! Tak apalah, bang. Esok kita cuba lagi ya? Abang jangan marah Radzin pula. Dia tak sengaja tu." Ah, tahu saja Alishah dengan emosiku! "Insyaallah tak marah." Kedengaran suara tawanya. "Alhamdulillah. Macam itulah jadi hamba Allah yang baik. Tak mudah marah. Tak simpan dendam. Allah sayang, Isha dengan Asha lagi sayang."
kira ok lah part ni... sbb pnjg sikit drpd part yg lain.. erm,n lagi 1,cite ni best... tp sy x puas hati dgn watak sofea n her parents... i don't like that famili... means,i hatelah that famili... merunsingkan btol....
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Pendeknya...