Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Perkahwinan Arman dan Kamilia sudah menjangkau usia lima tahun namun situasinya tetap sama seperti awal perkenalan mereka. Arman masih lagi bersikap acuh tak acuh terhadap Kamilia walaupun hakikatnya gadis itu sudah mula berubah laku. Tiada lagi sikap manjanya, sikap mengada-ngada dan yang pasti segala kerja rumah beres disiapkannya. Sehingga saat ini, Arman masih lagi tidak menyentuh Kamilia. Mereka tetap tidur berasingan dan yang pasti Kamilia juga tidak membantah rancangan Arman untuk meneruskan hasrat mereka untuk tinggal berasingan cuma bila di hadapan keluarga masing-masing sahaja mereka berpura-pura seperti pasangan yang bahagia. Arman masih lagi memuja Tania Qistina walaupun gadis itu beribu batu jauh darinya.Cintanya terhadap gadis itu tetap utuh. Arman menatap gambar Tania Qistina yang disimpan di dalam dompetnya. "Encik, boleh tumpang tanya tak?" Arman mengalihkan pandangannya terhadap gadis berbaju biru itu. Hanya pandangan sepi yang dirasakannya. "Encik????" "Ya, nak tanya apa?" "Tak mengapalah encik, saya rasa encik tampak tidak selesa dengan kehadiran saya tadi. Maafkan saya encik?" gadis itu meninggalkan Arman Rafique terpinga-pinga. Ada rasa kesal di hati Arman memperlakukan gadis tersebut begitu. Arman menuju ke komuter yang baru berhenti di hadapannya. Sekilas dia terpandang akan gadis yang menegurnya tadi. Arman menuju ke arah gadis tersebut. "Cik, saya nak minta maaf sebab memperlakukan cik seperti itu tadi?" Arman memandang gadis seraya gadis itu melemparkan senyuman. Arman tersentak. Senyuman itu pernah dia kenali begitu juga pandangan matanya. "Tak mengapa encik....Saya faham situasi Encik tadi" "Cik ni datang dari mana?" "Ooo saya dari Holland....Tinggal di sana...Kenapa encik?" "Dah lama tinggal di sana?" "Ha\'ah....sejak lahir. Ada apa-apa ke encik?" "Wajah awak buat saya teringatkan seseorang. Dia persis awak... Senyuman dan lirikan mata awak tidak ubah macam dia....." "Mana dia sekarang?" Arman terdiam seraya ingatannya kembali mengimbau memori ketika dia bersama Tania Qistina. Ada sendu di hatinya.
--------------------------
Bab 3
Tania memandang ke arah luar tingkap. Titik-titik hujan mula membasahi muka bumi. Dia teringatkan kenangan ketika dia bersama dengan Arman suatu waktu dahulu. Hujan ini lah yang membuka hatinya untuk menerima Arman Rafique. Dan di saat Arman memutuskan hubungan mereka hujan juga menjadi saksi mereka. Hari ini ketika dia masih lagi bersendiri hujan masih lagi menjadi teman setianya. Tania mengalihkan pandangannya ke arah beberapa anak kecil yang masih lagi asyik bermain hujan. Dia tersenyum sendirian. Wajah anak-anak kecil itu ditatap lama. Sudah lima tahun dia berada di New York. Sejak kisah cintanya bersama Arman menjadi topik hangat di kolej mereka, Tania Qistina membawa hati yang walang. Di New York dia mula mempelajari hidup tanpa cinta. Dia akui dia rindukan Arman namun dia terpaksa meneruskan hidup menerima hakikat cintanya bukan untuk Arman lagi. Perkahwinan Arman dan Kamilia sudah menjangkau usia lima tahun dan dia pasti Arman sudah pun mempunyai dua orang anak comel yang memperlengkapkan lagi kebahagiaan dia antara Arman dan Kamilia. Tania menatap gambar terakhir ketika dia bersama Arman. Satu-persatu airmatanya menitis. "Arman, apa khabar kau sekarang?" desis hati Tania. Arman duduk di kerusi batu di laman rumahnya. Wajah gadis semalam masih lagi menghiasi di ruang matanya. Makin lama makin kerap menjelma. Saat dia memejamkan mata wajah Tania bersilih ganti bersama wajah gadis semalam. Ada perbezaan di antara mereka namun senyuman dan lirikan mata itu seakan dia rindukan. "Assalamualaikum......" Arman menjenguk ke luar pagar seraya melangkah menuju ke arah pagar tersebut. "Arm, ingat aku lagi?" "Johari, sila la masuk....Ni isteri kau ke?" "Iye lah.....Ismanina namanya. Dan ini puteri dan putera aku!" "Comel lah anak-anak kau, Joe...Sila la duduk...." "Orang rumah kau mana?" "Kerja....Aku saja ambil cuti hari ni....Nasib kau baik la Joe, kebetulan aku ada kat rumah. Tunggu jap aku pergi dapur." "Okay...." Arman menuju ke dapur seraya menyediakan sejug minuman dan beberapa makanan segera yang dibelinya pagi tadi. Usai dia menyediakan hidangan dia menuju ke laman rumahnya. "Joe, sorry laa aku takde ape nak sedia kat orang rumah dan anak-anak kau ni!" "Takpe la Arm, aku datang nak jumpa kau dan Tania je...Sampai hati kau Arm dah kahwin ngan Tania buat senyap jer......" "Joe, kau salah faham laa...." "Salah faham amendenya?" "Orang rumah aku bukan Tania Qistina tapi Kamilia....." "Kamilia yang tergedik-gedik tu ke?" Arman mengangguk perlahan. "Apa jadi hubungan kau dengan Tania?" "Aku dipaksa kahwin Joe dengan Kamilia. Mak aku sakit time tu. Dia beriya-iya minta aku kahwin dengan Kamilia dan aku terpaksa lakukannya. Tania pula hilang tak dapat dikesan. Dah lima tahun aku cari dia. Aku pergi jumpa parents dia Singapura bulan lepas tapi still diaorang tak tahu......" "Aduh....Tania memang laa budak yang cepat sentap. Aku kenal dia lagi lama dari kau......" "Joe, baru-baru ni aku jumpa seorang awek tu sebiji macam Tania tapi dressing dia pelik sikit. Cam dak Korean...Tapi, dia ada tahi lalat kat pipi dan kau tahukan Tania mana ada tahi lalat." "So, sampai sekarang laa kau tak tahu mana Tania?" "Tak Joe...Aku cari dia dah lima tahun tapi langsung takde berita. Email, ym, msn, skype, aol semua dia dah delete. Nombor phone lagi laa....." "Mak kau macam mana sekarang?" "Lepas aku kata setuju kahwin ngan Kamilia terus dia sihat. Kata adik aku, mama aku memang sengaja buat sakit time tu. Geram betul....." "Apsal kau tak ceraikan Kamilia?" "Memang niat aku nak ceraikan Kamilia tapi ada syarat yang aku perlu hadapi sekarang ni?" "Apa dia?" Arman memandang wajah Johari. "Kalau aku berniat nak ceraikan Kamilia pastikan sehingga business mak aku jadi hak milik Kamilia......" "Laa pulak......" Arman terdiam.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cik penulis, cepat sambung...