Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sampai sahaja di sekolah, aku terus naik ke tingkat tiga yang menempatkan bilik untuk para guru. Sebaik sahaja masuk ke dalam ruangan itu aku lihat hanya ada beberapa orang guru sahaja sudah sampai ke sekolah pagi-pagi begini. Aku menuju ke mejaku yang terletak agak di hujung sekali. Apabila semakin hampir dengan tempatku, aku lihat seseorang sedang duduk bersenang-senang di atas kerusi. Orang yang sangat berani itu adalah Aizam. Apa lagi yang dia mahu? Masih tidak berpuas hati dengan penyiku yang aku hadiahkan dekat perut dia malam tadi? Dia mahu penyepak ke? "Apa masalah kau lagi?" Soalan pertama yang keluar daripada mulutku. Aizam yang membelakangiku segera berpaling. Di bibirnya merahnya memekar dengan senyuman. Kenapa dengan Aizam? Walaupun susah untuk aku akui dengan mulut, tetapi dapat aku rasakan sesuatu yang bergetar dalam perasaanku. Jangan pedulikan Azmarina. Abaikan saja. Aizam bangun daripada duduknya, kemudian dia mempersilakan pula aku duduk. Dengan perasaan serba salah aku duduk juga. Rasa janggal sungguh bila Aizam berbaik-baik denganku. Sebelum ini semua yang berkaitan dengan Aizam hanyalah perkara-perkara yang membuatkan aku menggelegak. Makin bertambah-tambah persoalan dalam otakku apabila Aizam menjadi Mr. Nice Guy. Mungkin juga satu muslihat Aizam ingin membalas dendam. Setahu aku Aizam bukannya seorang yang pemaaf. Kalau dia sebegitu baik, tak adalah sampai sekarang masih lagi terasa bahang permusuhan yang telah lama berlalu. Apa sajalah yang kau hendak buat Aizam, yang penting aku takkan mudah terpedaya dengan taktik-taktik basi macam ini. Buat-buat baik, lepas itu sakitkan hati aku, inilah cara paling kejam. "Maaf." Sepatah perkataan yang tiba-tiba sahaja meluncur keluar daripada ulas bibir lelaki yang sedang berdiri di hadapanku sekarang. Macam pelik aku dengan perkataan ‘maaf’ daripada mulut dia. Memang janggal yang amat. Kau tahu tak Aizam, kau memang tak boleh nak jadi baik? Kataku di dalam hati sambil menggeleng-gelengkan kepala dan tersenyum sinis. "Aku serius ni, Az. Aku betul-betul minta maaf!" Kali ini Aizam sudah berlutut di hadapanku. Tanganku diraih ke dalam genggamannya dan di bawa ke dadanya. Oh my God! Apa yang sedang terjadi sebenarnya sekarang? Aku tengah mimpi ke apa? Tidak, ini memang realiti. Kalau mimpi, tidak akan dapat aku rasa kehangatan tangan Aizam yang sedang menggenggam tangaku sekarang. "Bangunlah! Ini bukan tempat kau nak tunjuk bakat lakonan kau tu!" Geramku mula bertandang pada tingakah Aizam yang langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Aku dapat rasakan ada mata yang asyik tertoleh-toleh ke arah kami. Geramku lebih kepada malu sebenarnya. "I’m damn serious right now. Aku pun tak ada masa nak berlakon. Aku cuma nak dengar yang kau maafkan aku dan kau sudi jadi kawan aku. Itu saja, tak lebih, tak kurang," jawab Aizam. Tanpa dapat aku elak Aizam membawa kedua-dua belah tanganku ke bibirnya dan dikucupnya mesra. Memang gila! Aku tarik tanganku, tetapi tidak juga dapat lolos daripada genggaman Aizam. Melihatkan keadaan sekeliling yang semakin dipenuhi dengan guru-guru dan melihat pula wajah Aizam yang benar-benar mengharap, akhirnya aku mengangguk. "Okey. Aku maafkan." Entah kenapa tiba-tiba hatiku jadi lembut, terasa malas untuk meneruskan perbalahan. Dan dengan mudahnya aku menerima maaf yang diucapkan Aizam. Kenapa ya? "Thanks, Az. Nanti, lunch aku datang sekolah balik, and then kita makan sama-sama dekat kantin." Selesai dia berkata-kata tanganku dikucupnya lagi, kemudian dia terus berlalu pergi dengan tergesa-gesa. Sebelum keluar daripada bilik guru, Aizam melambaikan tangan dan mengerdipkan mata kanannya padaku. Aku pula masih terpempan di tempat dudukku. Benarkah yang berbaik-baik denganku tadi adalah Aizam? Addy tolong aku. Aku rasa amat memerlukan Addy sekarang. Aku benar-benar takut sekiranya hatiku jatuh pada orang salah. Hatiku sudah rasa terbuai-buai dengan tindak-tanduk Aizam padaku. Seakan lupa pada statusku yang sudah bergelar isteri orang. Aku tidak mahu terus hanyut. Entah apalah muslihat Aizam agaknya? TEPAT seperti yang dijanjikan Aizam muncul di depanku pada tengah hari itu. Dalam hati aku berdoa moga-moga dia tidak datang, tetapi sebaliknya yang terjadi. Bila ALLAH sudah menghendaki ini yang akan jadi maka terjadilah ia. Apalah dayaku untuk menolak. Selagi Aizam tidak berlebih-lebihan aku akan layan dia seadanya sebagai seorang kawan. Tidak lebih dan tidak kurang, Addy adalah keutamaanku sekarang. Aku juga perlu sentiasa ingat akan status diriku, jangan sesekali lupa tentang itu. "Nak makan dekat kantin ataupun makan dekat luar?" tanya Aizam yang duduk bertinggung di hadapanku. Mukanya benar-benar menampakkan keceriaan ketika dia mempelawaku. Ikhlaskah dia? "Tak kisahlah. Aku ikut aje," jawabku pula. Aku benar-benar tidak tahu untuk memberi jawapan yang sepatutnya. Apa-apa sajalah asalkan dia yang belanja. Mungkin, kalau tiba-tiba tak jadi keluar lagi baguskan? "Kita keluarlah. Dekat kantin ramai sangat orang, kurang privacy. Lepas lunch kau ada kelas lagi?" "Tak," jawabku sepatah. Aku semakin tidak selesa apabila Aizam semakin mendekat. Mujurlah bilik guru lengang sekarang, kalau tidak makin bertimpa-timpal rasa tak selesa. "Okey, jom!" ajak Aizam seraya menghulurkan tangannya padaku. Aku pula buat-buat tidak mengerti akan maksudnya, aku capai beg tanganku dan terus bangun. Aku berlalu meninggalkan Aizam di belakang. Suka-suka hati dia saja hendak suruh aku pegang-pegang tangan dia. Kurang didikan betul! Sudahlah pagi tadi dapat sentuh dan cium tangan aku percuma saja, jangan haraplah kau dapat peluang macam itu lagi! SELEPAS makan tengah hari bersama aku ingatkan Aizam akan terus menghantarku balik semula ke sekolah. Tetapi ternyata lelaki itu punya tujuan lain. Sedar-sedar sahaja kami sudah sampai di Mid Valley. Ini yang aku menyampah ni, bukannya nak beritahu aku dulu. Tanyalah dulu persetujuan aku ke apa, ini main ikut suka hati dia aje. "Nak buat apa dekat sini?" tanyaku dengan nada bengang. Agak kuat suaraku memecah kesepian di dalam kereta Aizam. "Ada barang nak beli. Hope you can accompany me for a while," ujar Aizam setelah kereta diparkir. Aizam buat muka selamba sahaja, seperti dia telah membuat satu tindakan yang amat bijak. Mahu atau tidak, aku keluar juga daripada kereta. Aizam memang benar-benar menguji kesabaranku. Siapa dia hendak mengarah aku berbuat itu dan ini? Addy pun tak buat macam ini dekat aku. Nak berteman-teman pula. Bukannya ada orang hendak kacau dia pun kalau dia berjalan sorang-sorang dalam Mid Valley. Kalau ada pun, mungkin perempuan gedik yang tergila-gila nak jadi teman wanita dia. Aku berjalan lambat-lambat di belakang Aizam. Bila hati tidak ikhlas melakukan sesuatu, inilah akibatnya, hendak berjalan pun aku rasakan kaki ini sangat berat untuk aku angkat dan menapak. Pendek kata semuanya rasa tidak kena. Aizam yang menoleh ke belakang. Mungkin menyedari aku tidak berada dekat dengannya. Dia menghentikan langkah dang berdiri memandangku tajam. Dia tidak berkata apa-apa melainkan menunggu hingga aku sampai betul-betul di tempatnya berdiri. Aizam memaut tanganku dan digenggamnya. Membawa aku berjalan beriringan dengannya. "Lepaslah, wei!" kataku perlahan tetapi dalam nada yang keras. Aku sudah cuba meloloskan tanganku tetapi tidak juga berjaya. "Az, just follow me okey? Aizam bukan nak bawak Az pergi mana-mana pun. Kejap lagi kita sampailah dekat tempatnya," ucap Aizam pula sambil memberi senyuman yang memang menjengkelkan pada penglihatanku. Hendak atau tidak aku turut sahaja langkah Aizam yang masih memimpin tanganku. Macam budak kecil sahaja aku ini diperlakukannya, seperti aku tidak tahu berjalan sendiri. Bila menyedari keadaan ini, ia membuatkan hatiku semakin membengkak dengan perangai Aizam. Kalau tak ada orang, memang dah lama kau kena dengan aku. Aizam berhenti di sebuah kedai yang menjual aksesori perhiasan wanita. Ditariknya aku masuk ke dalam. Nak buat apa pulak ni? "Now, you choose." Tiba-tiba Aizam mengarahkan aku memilih apabila kami duduk di hadapan deretan gelang-gelang emas yang berkilau-kilauan cahayanya. Aku mengerut-ngerutkan muka. Apa pula maknanya semua ni? Aizam ni dah hilang akal ke apa? Aku ni isteri orang. Apa jadahnya kau nak belikan gelang pulak untuk aku? Sepatutnya Addy yang belikan, bukannya kau. Ada faham? Aku masih dia dan terkedu memandang Aizam. Aizam masih dengan senyuman manisnya. Kemudian tanpa menunggu sebarang perkataan keluar daripada mulutku, Aizam sendiri yang menunjukkan pilihannya kepada jurujual wanita yang sudah sedia menanti. Kemudian jurujual berbangsa Cina itu mengeluarkan gelang emas putih bertatah belian yang dipilih oleh Aizam daripada alamari kaca dan menyerahkan gelang itu kepada Aizam. Aku lihat Aizam menilik-nilik gelang itu sebentar. Dia kembali memandangku, dan tanpa sepatah kata dia mencapai tanganku. Saat itu, perasaanku sudah tidak tentu arah, bermacam-macam rasa yang datang menerpa terutamanya rasa bersalah kepada Addy. Hendak sahaja aku tarik tanganku daripada pegangan Aizam, tetapi segan pula dengan jurujual yang asyik memerhati ke arah kami sambil tersenyum-senyum. Mungkin mereka fikir aku dan Aizam pasangan kekasih yang amat bahagia. Tolonglah! Aku tidak mahu pula mereka menyaksikan drama tarik-menarik antara aku dan Aizam. Memang memalukan kalau itu yang terjadi, dan sumpah, aku takkan jejak kaki ke Mid Valley lagi selepas ini. Aizam membelek-belek lagi gelang yang dipakaikan pada pergelangan tanganku. Dipusing-pusingnya tanganku, kemudia dia berkata, "Sesuai untuk Az. Cantik. Kita ambil yang ini ya?" "Buat apa pulak?" bisikku kepada Aizam. Sesungguhnya aku memang tidak mahu menerima apa jua pemberian Aizam, tambahan pula pemberian yang semahal ini. Berapa bulan gaji aku untuk bayar harga gelang semahal ini? Memang gila! "Aizam saja-saja nak bagi. Kita kan kawan. As a friend, we should give and take. Anggap aje hadiah untuk minta maaf." "Tapi takkanlah..." Belum pun habis ayatku, aku lihat Aizam sudah membuka dompetnya dan dikeluarkan sekeping kad kredit. "I take this," kata Aizam sambil mengunjukkan gelang tersebut pada jurujual Cina yang setia memerhatikan kami. Aku pula memang sudah tidak terkata apa. Memang aku kalah dengan segala tindak-tanduk Aizam. Aku pun tidak tahu ke mana hilangnya daya untuk aku membalas. Kalau hendak diikutkan, aku boleh sahaja berlalu keluar daripada kedai ini. Tetapi, mengapa hati ini langsung tidak tergamak untuk berbuat begitu? Keliru sungguh aku dengan perasaan sendiri. Kami berlalu keluar daripada kedai. Aizam meminta untuk aku terus memakai gelang yang dibelikannya. Dan aku masih akur dengan setiap permintaannya. Aizam memaut jari-jemariku ke dalam genggamannya. Kemudian tanganku diangkat sedikit. Dia membelek-belek lagi gelang di tanganku sekaligus mengusap-ngusap tanganku. "Aizam nak Az selalu pakai gelang ni. Setiap hari Aizam akan datang jumpa Az dan Aizam nak tengok gelang ni sentiasa dengan Az. Jangan tanggalkan tau," pinta Aizam padaku. Sungguh aku terpaku dengan gaya percakapan Aizam yang lembut padaku. Laksana sang kekasih memesan kepada kekasih. Lantas aku mengangguk sebagai tanda aku akan memmenuhi permintaan Aizam. Tetapi, di dalam hati terselit rasa gelisah. Bagaimana dengan Addy? Apakah reaksinya bila melihat aku memakai gelang ini? Aduhai, serba-salahnya hidup!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ni betul ke Lia yang hantar?
ke pencuri siber?