Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sudah masuk tiga bulan dia menjalani hati-harinya ke kuliah dan kelas setiap hari. Hamka Nadmi masih seperti dulu. Dua minggu sekali baru suaminya itu pulang menjenguknya.
"Lambat pula Pak Man ni," suara Isya sambil menahan failnya di atas kepalanya supaya matahari petang itu tidak mencucuk setiap ruang wajahnya.
"Mama Isya tak kisah ke kalau Waz tidur rumah Isya?" tanya Waz sekali lagi meminta kepastian.
"Isya dah cakap dengan mama. Mama tak kisah. Dia memang lagi suruh Isya bawa kawan Isya datang rumah. Lagi pun kan hari Isnin dah nak kena hantar paper work tu. hari ni dah hari Jumaat," jelas Isya panjang lebar.
"Segan pula. Yelah Waz tak biasa pergi rumah orang," jelas Waz dengan senyuman yang cuba diukirnya.
Kelihatan kereta BMW berwarna hitam matelik berhenti betul-betul di hadapan muka mereka.
"Pak Man," tegur Isya sambil naik ke dalam kereta.
"Lama Isya tunggu Pak Man?" tanya lelaki itu. Senyuman cuba diukirnya. Jika tahu Hamka Nadmi yang isterinya terpaksa menunggu, mahu dia dimarah lelaki itu.
"Sekejap je. Waz jomlah naik," ajak Isya setelah melihat Waz seakan terkejut dengan kehadiran BMW itu dan masih tercegat di luar kereta.
Dia cuma tahu Isya datangnya dari keluarga berada dan dia selalu bermimpi hendak menaiki kereta mewah seperti itu.
Waz mengangguk ketika Isya sekali lagi menyuruh dia masuk.
"Kenapa Waz?" tanya Isya pelik dengan rakannya itu.
"Tak ada apa-apa. Besarnya kereta ni. Papa Isya punya ke?" tanya Waz dengan nada sedikit teruja kerana pertama kali dia menaiki kereta mewah seperti itu.
Isya mengangguk.
"Pak Man pergi asrama dulu eh. Waz nak ambil baju dia nak tidur rumah kita malam ni," jelas Isya memberi arahan.
Pak Man mengangguk menerima arahan.
Setelah mengambil baju dan keperluan Waz, mereka bertolak ke balik ke vila Dato’ Ismad.
Sekali lagi Waz terperanjat melihat vila yang tersergam indah setelah kereta yang dipandu Pak Man berhenti betul-betul di hadapan pintu utama vila itu.
"Waz turunlah. Pak Man nak pergi parking kereta," ajak Isya sambil memandang wajah Waz yang tidak ada tanda untuk dia berganjak.
Waz mengangguk dan turun membawa begnya.
"Jomlah. Janganlah malu," ajak Isya memimpin Waz mengikut langkahnya.
Kakinya diatur mengikut Isya yang memimpinnya. Ruang tamu yang besar dan lengkap dengan perabut import cukup menarik perhatiannya. Sehingga ke meja makan dan kemudian dapur yang besar dan lengkap dengan alatannya.
"Mama. Ni kawan Isya," kenal Isya setelah melihat Datin Mima ada di dapur sedang melakukan sesuatu.
"Isya. Dah balik class?" tanya Datin Mima. Tangannya disalam anak menantunya itu dan kemudian diikuti Waz.
"Mama ni Waz. Dia malu ni ma," jelas Isya jujur sambil mengambil epal yang siap dipotong Datin Mima.
"Nilah dia Waz. Isya selalu cerita dekat auntie pasal Waz. Cantik orangnya," puji Datin Mima.
Waz tersenyum malu.
"Ma. Eh Isya dah balik?" tanya Nia yang baru sahaja masuk ke dapur.
Waz mengerutkan dahinya. Isya pernah cakap yang dia adalah anak tunggal. Tapi, kenapa gadis itu memanggil mama Isya dengan panggilan mama.
"Nia. Ni Waz. Kawan kuliah Isya," kenal Isya. Dia memang suka bab mengenalkan.
Nia menghulurkan salamannya.
"Mama. Bik Akik dah kemaskan bilik tamu?" tanya Isya sambil memandang Datin Mima dengan senyman.
"Dah sayang. Yang dekat sebelah bilik Isya. Pergilah tunjukkan," jawab Datin Mima sambil menggosok-gosok belakang Isya.
"Waz jom. Isya tunjukkan bilik," ajak Isya. Tangan Waz dipimpin mesra.
Perjalanan bersama matanya yang meliar memandang seluruh pelusuk vila besar itu. Cantik dan kemas.
"Untuk dua hari ni Waz tidur bilik ni. Bilik Isya dekat sebelah," kata Isya sambil membuka pintu untuk masuk ke dalam bilik.
"Wah. Besarnya," puji Waz. Membulat matanya memandang bilik yang lebih besar dari bilik asrama yang perlu dikongsinya 3 orang.
"Nanti malam turunlah dinner. Nanti Isya datang lagi. Waz nak mandi ke nak tidur ke. Kita nak start bincang bila?" Isya bertanya sebelum dia hendak keluar.
"Malam nilah. Penat pula," jawab Waz dengan senyuman apabila tubuhnya telah dibuang ke atas katil yang paling empuk yang pernah dia baringi.
"Ok. Nanti Isya panggil turun dinner. Kalau Waz nak apa-apa Isya dekat sebelah," kata Isya kemudian keluar dan menutup pintu bilik itu rapat.
"Isya dah balik?" tanya Bik Tam apabila Isya berpaling dari pintu.
"Bik Tam. Terperanjat Isya," kata Isya dengan nada manjanya.
Bik Tam hanya tersenyum memandang gelagat Isya.
"Kawan Isya datang ke?"
Kaki Isya melangkah ke bilik diikuti Bik Tam yang sudah biasa masuk ke biliknya.
"Ye. Isya dengan dia nak siapkan kerja yang pensyarah Isya bagi," jelas Isya sambil membuka jeansnya dan diletakkan di atas katil.
"Banyak ke kerjanya?" tanya Bik Tam hanya sekadar meneman Isya berbual. Baju dan seluar Isya yang sudah ditanggalkan gadis itu diambilnya.
"Banyak juga. Nak hantar hari Isnin. Sempatlah nak buat dua hari cuti," jelas Isya. Dia yang hanya berpakaian dalam lansung tidak berasa malu dengan Bik Tam yang memandangnya begitu kerana dari dulu memang dia begitu.
"Mama Isya ada telifon Isya?" tanya Bik Tam lagi. Tangannya bergerak menyusun barang yang berada di atas meja solek.
"Ada. Tadi tengah hari. Dia kirim salam dekat Bik Tam," beritahu Isya. Kakinya dihayun memasuki tandas.
"Waalaikummussalam," jawab Bik Tam perlahan. Setelah selesai mengemas, baju Isya yang berada di dalam bakul diangkat untuk dibawa turun.
"Isya," panggil Waz sambil menguak perlahan pintu bilik Isya.
Tidak berjawab hanya kedengaran air pancuran. Waz menapak masuk. Matanya bertambah bersinar melihat bilik yang cantik itu seperti bilik pengantin sahaja hiasannya.
"Isya," panggil Waz setelah kelihatan pintu bilik air dikuakkan.
"Waz. Kenapa? Ada masalah ke?" tanya Isya dengan senyuman. Pipinya yang masih ada titisan air dilap menggunakan tuala kecil di tangannya.
"Isya mandi ke? Cantiknya bilik Isya," puji Waz sambil melabuhkan punggungnya di katil empuk bercadar merah hati itu.
Isya hanya tersenyum dan berlalu ke bilik pakaian. Bajunya dipilih dan disarungkan ke tubuhnya. Setelah selesai, dia keluar dan melihat Waz sudah tertidur di katil membuatkan dia mengukir senyuman. Hari itu memang hari yang penat. Jadi dia juga membaringkan dirinya di katil dan tidak sampai beberapa minit matanya tertutup kerana kepanatan.
bez sesgt...smbg cpt2 tau..cter nie xbosan wlaupun ngn prgai si Isya y mnja agk mgada2 kaDAG2 n lurus bendul 2...ehehee!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best la crita nie bila nak sambung ,,,,saya yang baru baca nie pun xsabar.....best sangat