BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Jun 03, 2009
Novel : Satu Cinta 1
Nama Pena : Faratira Aimiza

Surat tawaran itu ditenungnya sekali lagi. Sesekali rambutnya yang tidak gatal itu digarunya. Bagaimana hendak memberitahu papa dan mamanya? Kuala Lumpur dan Johor Bahru bukannya dekat, empat jam perjalanan dengan menggunakan kereta. Dia sendiri sudah berjanji dengan papa dan mama yang dia akan bekerja di Kuala Lumpur. Tetapi, tawaran daripada Johor ni, takkan hendak ditolaknya pula? Bukannya senang untuk mendapat tawaran kerja sebelum graduate ini.

"Iqa nak cari kerja nanti, dekal KL je. Susah mama nak lepaskan Iqa kat tempat orang."

"Betul cakap mama tu, Iqa. Duduk dengan kami je senang. Iqa pun bukannya biasa jauh dengan kami. Duduk kat Johor tu pun, nak balik tiap-tiap minggu."

Memang betul apa yang papa katakan. Dia memang tidak boleh berenggang dengan papa dan mama. Anak manja papa dan mama ini, tidak pandai berdikari. Macam mana agaknya kalau jadi isteri orang? Ish, jauhnya fikir! Lambat lagi tu.

"Duduk sendiri, semuanya sendiri. Tempat tinggal kena cari, makan sendiri," papa tambah lagi.

Itu memang tidak dapat dinafikan. Kalau tempat itu belum pernah dijejaki, lagi haru. Menangis tak berlagulah mengenangkan nasib diri. Dia pun bersetuju dengan cadangan papa dan mama tu. Tak sanggup rasanya berpisah lagi dengan papa dan mama lagi. Enam tahun dia terpaksa ke Johor, menyambung pelajaran di UTM. Impiannya, untuk kembali ke pangkuan papa dan mama, tetapi... rezeki di Johor juga nampaknya. Tak sangka pula, temu duga yang diadakan di kampus sebulan lepas membuahkan hasil. Sekadar menimba pengalaman sahaja, tidak pula terfikir namanya akan tersangkut.

Agaknya papa dan mama bagi kebenaran atau tidak untuk bekerja di Johor? Macam mana ni? Nak beritahu pun tak tahu macam mana caranya, inikan pula nak minta kebenaran kerja kat sana. Kalau papa dan mama tak bagi, nampaknya lebih kurang empat bulan lagilah baru dapat cari kerja. Itupun kalau ada yang nak terima. Sekarang ni, kalau nak kerja mesti nak kena ada pengalaman. Fresh graduate macam mana? Menganggur ke?

Bunyi kereta masuk menyebabkan dia tersentak. Mama dah balik ke? Dia mengerling ke arah jam di dinding. Dah pukul tiga petang. Pantas dia membukakan pintu utama. Memang sengaja dikunci dari dalam. Takut kalau ada cubaan pecah rumah ke, sudahlah tinggal seorang diri. Mengerikan!

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, ma," dia menjawab lemah.

"Kenapa dengan anak mama ni? Macam ada big problem je," ujar Puan Safrina menangkap bicara anak gadisnya yang kedengaran agak lemah.

Dia tersenyum kelat. Mama ni, macam tahu je apa yang ada di dalam hati ini. Nak cakap apa kat mama?

"Iqa ada masalah apa-apa ke?" tanya Puan Safrina lagi.

"Tak ada apalah, ma," cepat-cepat dia menyangkal. Takkanlah nak beritahu mama sekarang? Tunggu papa sekalilah, tak payah cakap dua, tiga kali.

Puan Safrina memandang anak gadisnya. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena. Bukannya dia tidak kenal dengan perangai Rafiqa. Biarlah dahulu, lambat laun gadis itu akan membuka mulut juga.

"Ni surat apa, Iqa?" tanya Puan Safrina. Dia sudah pun membuka lipatan surat itu.

Dia menepuk dahi. Bagaimana dia boleh lupa untuk menyorokkan surat itu? Pasti mamanya sudah mengetahui is kandungan surat itu.

"Surat tawaran kerja ni," ujar Puan Safrina.

Nadanya gembira sahaja. Mama tak kisah ke? Dia duduk di sisi mama, "Memanglah Iqa dapat kerja, ma. Tapi, kat Johor."

"Apa yang Iqa nak sedihkan ni?" tanya Puan Safrina memandang wajah Rafiqa. Hairan melihat wajah anak daranya yang suram. Orang lain tertunggu-tunggu tawaran kerja, dia tidak gembira pula, seperti tidak mensyukuri pula tawaran yang diterima ini.

"Kat Johor, ma. Kan Iqa dah janji dengan mama yang Iqa nak kerja kat KL."

"Apa salahnya. Iqa kan dah biasa kat Johor tu."

"Mama tak kisah ke Iqa kerja kat Johor?" tanya Rafiqa.

"Kalau boleh mama nak anak mama duduk sini je dengan mama. Rezeki Iqa kat Johor, takkan mama nak halang pula."

Mama tak kisah? Hari tu bukan main lagi bagi nasihat, tak payah kerja jauh-jauh. Duduk dengan papa dan mama je. Bila dah dapat tawaran ni, lain pulak ceritanya. Peninglah kepala macam ni.

"By the way, pemilik Faizal Land & Development tu kenalan papa."

"Kenalan papa? Siapa, ma?"

"Uncle Faizal. Dia dengan papa kamu sekampung dulu. Isteri dia, aunty Sofea mengajar juga macam mama, tapi dah bersara. Mama kenal dengan papa kamu melalui aunty Sofealah," terang Puan Safrina.

Rafiqa mengangguk-anggukkan kepalanya. "Keluarga kita baik ke dengan keluarga uncle Faizal tu?" soalnya. Ingin diketahuinya sejauh mana hubungan persahabatan uncle Faizal dan aunty Sofea dengan kedua ibu bapanya.

"Dulu, masa keluarga uncle Faizal kau tinggal KL ni memang baik. Bila mereka sekeluarga balik Johor semula, terputus hubungan. Sejak mereka balik Johor, uncle Faizal kau mula buat kontrator. Bila dah ada modal, dia mula jadi pemaju. Tertubuhlah Faizal Land & Development." Puan Safrina membuka cerita. Rafiqa tekun mendengar.

"Sekarang ni, anak-anak dia yang uruskan semuanya. Anak sulung dia, si Fariz tu tinggal dekat-dekat sini juga. Uruskan cawangan kat KL ni. Anak kedua dia, Fikri ambil alih kat Johor. Filda belajar lagi kat Sunway College, buat ACCA. Anak bongsu dia, Farah satu sekolah dengan Saiful. Masa daftar Saiful, terserempak dengan mereka. Fariz tu dah kahwin dua tahun lepas. Dah ada anak seorang pun," sambung Puan Safrina lagi.

Pertemuan awal tahun itu menyambung kembali ikatan persahabatan mereka yang telah terputus hampir dua dekad lamanya. Syukur, dia dapat bertemu semula dengan kenalan lamanya itu. Faizal sudah berjaya mencipta nama di Johor. Kini, anak-anaknya menyambung usaha ayah mereka.

"Kalau ada cawangan kat KL, kenapa Iqa kena kerja kat Johor pula?" soal Rafiqa tidak puas hati.
Dia sudah berangan hendak bekerja di Kuala Lumpur. Tiba-tiba dapat surat tawaran dari Johor. Semangat untuk bekerja sudah mati. Apabila mengetahui ada cawangan di KL, hatinya meronta-ronta untuk bekerja di sini sahaja.

"Iqa nak minta transfer ke KL ke?" tanya Puan Safrina. Kasihan dia melihat wajah monyok Rafiqa.

"Kalau boleh," jawab Rafiqa pendek.

"Nantilah mama beritahu papa. Mana tahu uncle Faizal boleh minta Fariz uruskan."

Rafiqa tersenyum kembali. Masalah yang membelenggu diri sudah hampir selesai. Tak sangka pula dapat tawaran kerja dari syarikat kawan papa. Kalau tahu dari awal tadi, tak adalah susah hati.

******

"Masuklah, Fariz. Ajak isteri kamu sekali," Encik Shahrul mempelawa tetamunya masuk.

Fariz melangkah masuk diikuti isterinya Alia yang mendukung seorang bayi.

"Duduklah dulu. Uncle Shah panggil aunty Rina kamu sekejap."

Encik Shahrul sudah menghilang ke belakang. Menjenguk isterinya yang sedang mengemas dapur bersama Rafiqa.

"Fariz dah sampai tu. Ada kat depan dengan Alia," Encik Shahrul memberitahu.

Rafiqa terkaku seketika. Fariz? Rasanya itu nama anak sulung uncle Faizal. Alia? Mungkin isterinya. Cepatnya, papa bertindak. Baru semalam dia menyatakan hasratnya untuk bekerja di KL, hari ini Fariz sudah pun muncul.

"Iqa tolong mama buat air," arah Puan Safrina. Kemudian, dia meninggalkan kerjanya dan mengikuti Encik Shahrul ke ruang tamu.

Rafiqa pantas menyerang air. Waktu malam sesuai dihidangkan dengan minuman panas. Dia mencapai teko dan beberapa cangkir cawan di atas kabinet. Tangannya ligat mengatur cawan di atas dulang. Tin milo dicapainya. Segera dia membancuh air milo apabila air telah mendidih. Kemudian, dia mengambil agar-agar yang tersimpan di dalam peti ais. Tidak manis mengangkat tetamunya air kosong sahaja. Agar-agar itu dipotong dan dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk. Selesai semuanya, dia mengangkat dulang dengan berhati-hati ke ruang tamu.

"Saiful tak balik ke uncle Shah?" tanya Fariz ketika Rafiqa tiba di ruang tamu.

"Minggu depan katanya."

Fariz mengangguk perlahan, "Rafiqa ke ni? Dah besar panjang rupanya. Dah lama abang Fariz tak jumpa Iqa."

Rafiqa tersenyum. Pandangannya di halakan pada Fariz dan Alia. Juga anak perempuan pasangan itu. Ramahnya anak uncle Faizal, walaupun dia tidak pernah bertemu dengan Fariz. Mungkin pernah semasa kecil dahulu. Dia sahaja yang tidak ingat. Tapi, dia seperti pernah melihat wajah lelaki itu. Di mana agaknya? Bukankah Fariz adalah salah seorang penemu duga di UTM itu?

"Tak ingat ke dengan abang Fariz kamu tu? Kawan Iqa masa budak dulu. Sebelah tu, Alia, isteri Fariz. Baby girl tu namanya Ayu Farisha," beritahu Puan Safrina.

"Lama sangat tak jumpa," jawab Rafiqa sambil melabuhkan punggung di sebelah Puan Safrina.

"Abang Fariz kan, salah seorang yang menemu duga Iqa. Tak ingat juga?" sindir Fariz.

Rafiqa tersenyum malu. Betul sangkaannya tadi. Cuma, dia sahaja yang tidak pasti. Sekiranya dia tersilap orang, dia juga yang harus menanggung malu. Lagipun, ketika temu duga, dia memberikan fokus pada soalan yang diajukan oleh penemu duga. Bukan merenung muka penemu duga. Kelak, lain yang disoal penemu duga, lain yang dijawabnya. Tidak ke haru namanya tu?

"Iqa, tak salam dengan Kak Alia," tegur Encik Shahrul.

Rafiqa tersenyum kecil. Alamak! Macam mana boleh lupa ni. Rafiqa segera bangun untuk bersalaman dengan wanita itu. Alia hanya tersenyum memandangnya.

"Betul ke Iqa nak transfer ke KL?" tanya Fariz serius.

"Kalau boleh, memang Iqa nak kerja kat KL je. Dekat dengan papa dan mama," Rafiqa menjawab perlahan. Malu sebenarnya menyatakan ayat terakhir itu.

Fariz hanya tersenyum simpul. "Tak pernah ada pekerja baru yang nak minta tukar macam Iqa ni."

Berdesing telinga Rafiqa mendengar bicara Fariz. Perasaan malu menghantuinya. Aku tidak sepatutnya meminta yang bukan-bukan walaupun syarikat ini kepunyaan kawan papa.

"Bukannya abang Fariz reject permohonan Iqa tu," ujar lelaki itu. Serba salah dia melihat wajah Rafiqa yang sudah berubah merah.

"Bukannya Iqa serius pun masa tu. Saje nak timba pengalaman. Tak sangka pula nama Iqa tersangkut," Rafiqa memberitahu.

Biar Fariz tahu bahawa dia juga tidak teringin untuk bekerja dengan syarikat keluarga lelaki itu. Tapi, semua ini berpunca daripada dirinya sendiri. Memang tidak pernah ada pekerja baru yang minta ditukarkan sesuka hati begini.

"You’re the best student that we found at UTM. Pensayarah Iqa pun cadangkan nama Iqa. So, rugilah kalau abang Fariz tolak Iqa macam tu je. Tapi, untuk pindah ke KL sekarang ni adalah sesuatu yang mustahil. Cawangan Johor lebih memerlukan arkitek," Fariz memberitahu.

Rafiqa tersenyum. Bangga apabila mendengar pujian dari Fariz. Senyumannya mati tatkala mendengar perkataan mustahil. Maksudnya, dia tidak dapat bekerja di KL. "Permohonan tak diluluskanlah ni?"

"Kalau Iqa nak juga, boleh. Tapi bukan sekarang. Sekarang ni, tinggal seorang aje arkitek kat Johor tu. Iqa amat diperlukan kat sana."

Rafiqa menggigit bibirnya. Hendak atau tidak, dia terpaksa melapor diri pada hari Isnin hadapan. Ataupun, dia terpaksa melupakan tawaran ini. Untuk menolak, dia rasa rugi. Sukar untuk memperoleh peluang keemasan seperti ini. Johor. Bukannya dia tidak pernah menjejakkan di situ. Papanya berasal daripada Johor. Dia juga pernah bermukim di Skudai selama enam tahun. "Tak apalah kalau macam tu. Hari Isnin nanti, Iqa melapor diri," jawabnya yakin.

"Kalau ada kekosongan kat sini nanti, abang Fariz beritahu Iqa."

"Tak apa, ya Iqa. Rezeki Iqa ada kat Johor," ujar Puan Safrina. Dia takut Rafiqa berasa kecewa kerana permintaan gadis itu tidak dapat dipenuhinya.

"Tak kisahlah. Bukan tak pernah tinggal kat Johor pun," Rafiqa menjawab perlahan.

"Minumlah air tu, Fariz, Alia. Sejuk pula nanti," Encik Shahrul yang diam sepanjang perbincangan tadi bersuara.

Encik Syahrul sudah pun berbincang dengan pemuda itu siang tadi. Fariz juga telah memberitahunya bahawa cawangan di Johor lebih memerlukan arkitek. Sengaja dia menjemput Fariz bertandang ke rumahnya. Selain memberitahu sendiri kepada Rafiqa tentang permohonan gadis itu yang tidak berjaya, dia juga ingin Rafiqa berkenalan dengan Fariz.

"Terlupa pula, uncle Shah," ujar Fariz. Kemudian, dia mencapai cawan dihadapannya dan menghirup air milo dengan perlahan.

"Kalau Iqa rasa tak sempat nak cari rumah kat sana, Iqa tinggal dengan ayah dan mak abang Fariz je," ujar Fariz.

"Tak menyusahkan mak, ayah kamu ke, Fariz?" tanya Encik Shahrul.

"Tak ada siapa kat rumah tu. Ayah, mak dengan Fikri je. Filda jarang balik Johor. Kalau saya balik sana, dia ikutlah. Fara dah duduk kat asrama. Mak tu sunyi, tak ada anak perempuan nak diajak berbual."

"Elok juga macam tu. Nanti uncle Shah bincang dengan ayah kamu. Tak payahlah Iqa balik sini setiap minggu."

Rafiqa yang diam dari tadi tersentak. Papa telah membuka rahsianya. Fariz dan Alia tersenyum melihat wajah Rafiqa yang sudah mencuka.

"Iqa ni, anak manja, ya?" Alia menyoal.

Anak manja? Tidak. "Mana ada. Tak biasa je tinggal jauh dengan papa dan mama," cepat-cepat Rafiqa membalas. Mana boleh mendedahkan kelemahan diri sendiri, pada anak menantu kawan papa yang baru dikenalinya ini.

"Mengalahkan adik dia pulak. Saiful tak kisah kena campak ke mana pun."

Mama pula buka cerita baru. Malunya! Manalah nak sorokkan muka ni? Fariz sudah ketawa. Tidak menyangka gadis yang yakin menjawab soalan-soalannya sebulan lalu merupakan seorang anak yang manja dengan ibu bapanya.

"Kalau abang Fariz tahu, dari awal lagi abang Fariz reject permohonan Iqa tu. Bagusnya, campakkan Iqa ni jauh-jauh. KL dengan Johor bukannya jauh sangat pun. Empat jam dah sampai," ujar Fariz ketika tawanya sudah reda.

Rafiqa menyabarkan dirinya. Hatinya sakit apabila diketawakan sebegitu di hadapan papa dan mamanya. Tetapi, silapnya juga. Sudah acap kali papa dan mama menasihatinya supaya belajar untuk hidup berdikari. Dia yang tidak pernah mempedulikan. Setiap kali tiba hujung minggu, wajahnya terpacul di hadapan pintu rumah. Lama kelamaan papa dan mamanya mendiamkan diri. Malas untuk menegur lagi.

"Abang ni, kesian Alia tengok Iqa tu. Muka Iqa dah merah tu," tegur Alia.

Fariz tersenyum. Encik Shahrul dan Puan Safrina juga turut tersenyum. "Sekali-sekala. Iqa marah abang Fariz ke?"

Rafiqa menggeleng. Tidak mungkin untuk dia menyatakan bahawa hatinya sakit dengan perlakuan lelaki itu di hadapan papa dan mama. Akan tiba saatnya nanti, dendamnya akan terlerai juga. Dia memasang angan-angan untuk membalas dendam pada Fariz. Tapi, apa yang boleh dibuatnya terhadap lelaki ini? Akhirnya senyuman tergaris di bibirnya. Dalam mimpi ajelah aku kerjayakan abang Fariz.

"Kalau ada apa-apa nanti, uncle Shah beritahu saya. Kalau Iqa tak nak kerja ke. Biar saya yang ajar dia," pesan Fariz.

Hati Rafiqa bertambah geram. Encik Shahrul dan Puan Safrina tersenyum melihat tingkah Fariz.

"Kami balik dululah, uncle Shah, aunty Rina," ucap Fariz meminta diri.

"Maaflah, Fariz. Menyusahkan kamu datang malam-malam ni."

"Tak apalah. Bukan selalu pun dapat jumpa Iqa. Alia pun baru nak berkenalan dengan anak dara uncle Shah ni," ujar Fariz sambil tersenyum.

Rafiqa turut tersenyum. Menurut mama, dua dekad mereka tidak bertemu. Ketika itu, usianya sekitar lima tahun. Apalah sangat yang dapat diingatinya ketika itu? Raut wajah Fariz juga tidak sama ketika kecil dahulu.
posted by Penulisan2u @ 1:54 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
2 Comments:
  • At 3/6/09 3:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Bagus cerita ni..
    saya suka..
    keep it up!

     

  • At 3/6/09 9:40 PTG, Anonymous someone said…

    kpd penulisan2u,sy nak minta supaya bile dah cari satu cite then nak baca untuk kali kedua leh x kalau tak payah susah2 nak cari.susah la..........then,satu lagi boleh tak kalau tak de radio.......sy just minta je kalau x de pun tak pe

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group