BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Jun 26, 2009
Novel : Penjara Rindu 12, 13
Nama Pena : Nia Arissa

Haziq masih merenung kosong. Mejanya sedikit berselerak. Terlalu banyak yang di fikirkan sehingga tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada kerjaya. Walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku namun masih tetap segar di kotak fikirannya. Dia sendiri keliru dengan perasaannya sekarang.

‘Takkan aku dah suka dekat dia..ish… takan kot… tapi apasal masa dia cakap dengan budak lelaki tu je aku dah mula nak marah… aku jelous ke?... parah ni… parah…’

"Kenapa ni Ziq? Aku tengok kau lain macam je ni. Apa lagi yang tak kena. Macam kucing hilang anak dah aku tengok," Zakuan duduk di hadapan Haziq. Entah bila sahabat baiknya masuk ke bilik, dia sendiri tidak menyedarinya. Fikirannya berat. Sarat dengan bermacam persoalan.

"Entah la. Aku pun dah bingung," Haziq menyandarkan tubuhnya.
"Apa yang kau fikir sekarang ni. Kau dah dapat cari Irma?" Haziq terlupa hal itu. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku antara dia dan Farisya.

"Belum lagi. Buat masa ni aku tak mahu fikir pasal Irma," wajah Zakuan berubah. Mengapa Haziq menangguhkan perkara itu. Sedangkan sebelum ini, bersungguh-sungguh benar hasrat hatinya untuk merebut cinta Irma kembali.
"Apa maksud kau? Kau nak lepaskan Irma macam tu je. Bukan ke dulu kau yang bersumpah depan aku yang kau akan dapatkan Irma walau dengan cara apa sekalipun. Kenapa? Kau dah give up," Haziq tunduk.

Memang itulah yang di janjikan ketika di awal perkahwinannya bersama Farisya. Dia tidak mahu ada sekelumit pun perasaan cinta terhadap Farisya. Dia berjanji untuk menidakkan hak Farisya sebagai isterinya. Ya..itulah janjinya.

"Aku tahu Zack. Aku pun tak faham dengan perasaan aku sendiri. Dah macam-macam benda terjadi antara aku dengan bini aku. Lagipun aku tak boleh nak tinggalkan dia sebab papa aku dah letak nama dia separuh dari syer aku." Zakuan tersenyum. Memang sudah dia menjangkakan dari awal lagi. Bukannya Zakuan tidak pernah menasihatkan Haziq, hampir juga mereka tidak bertegur sapa. Haziq terlalu degil untuk menerima pendapat orang lain.

"Kau tak boleh tinggalkan dia sebab syer ke atau sebab kau dah mula rasa sayang dekat dia? Aku rasa kau patut fikir benda ni Ziq. Kahwin ni bukan boleh di buat main-main. Tak salah kalau kau bagi peluang dekat dia," Haziq merenung sahabatnya. Perlukah dirinya berterus terang. Sedangkan dirinya sendiri berperang. Memikirkan mana satu yang harus di utamakan.

"Aku memang tak de rasa apa-apa dekat dia. Tapi bila dia cakap dengan bekas kekasih dia, aku jadi marah. Aku pun pelik. Selama ni kasih aku masih pada Irma. Tak mungkin kasih aku boleh beralih arah secepat ni," bohong Haziq. Sengaja menyembunyikan perasaannya terhadap Farisya. Zakuan tersenyum. Faham benar akan perangai Haziq yang sukar untuk berterus terang. Lagi-lagi berkaitan hati dan perasaan. Memang sukar untuk di duga.

"Hati ni kita tak boleh nak jangka Ziq. Hari ni kau kata tak suka. Esok lusa kau tahu? Kau masih belum terlambat untuk dapatkan hak kau. Aku tengok pun dia bukan la teruk sangat. Pada aku, dia mempunyai aura yang tersendiri," terang Zakuan.

"Mana kau tahu semua tu? Kau kenal dia ke?" Haziq tidak puas hati dengan telahan Zakuan. Zakuan dapat menangkap pandangan serong Haziq. Dalam keadaan begini, Haziq tidak dapat berfikir dengan jelas. Segalanya kelihatan kabur.
‘Macam mana kau boleh tahu semua tu… pelik?...’ jarinya bermain-main di atas bibir.

"Kau jangan salah faham. Pada aku Irma dan Tasha tak jauh beza. Dia orang datang dari latar belakang yang sama. Berbeza sekali dengan bini kau. Pemikiran mereka juga berbeza. Kau kena buka mata hati kau untuk menilai dirinya Ziq," berkerut dahi Haziq untuk memahami kata-kata Zakuan.

"Apa maksud kau. Bukan perempuan semuanya sama," Zakuan tersenyum.
"Mungkin sama tapi tak serupa. Aku tengok Farisya lebih suka merendahkan diri dari menunjuk-nunjuk tak seperti Irma ataupun Tasha."

"Macam mana kau tahu semua ni. Jangan-jangan kau ada hati dengan dia tak? Kau biar betul Zack. Dia bini aku," wajah Haziq berubah mendengar Zakuan ketawa. Serta merta api kemarahan terpadam. Tertanya mengapa temannya itu ketawa.
"Cemburu juga kau ni ya.Bini kau tu sebenarnya roommate adik sepupu aku. Dia yang bagitau aku bila dengar nama kau," terang Zakuan. Mendengar kenyataan itu, Haziq menghembus nafas lega.
"Bukan cemburu tapi jaga nama baik. Aku ingat kau ada hati dengan dia," Zakuan geleng. Mana mungkin dirinya dapat merampas Farisya walaupun hatinya sedikit tergugat sewaktu kali pertama bersua muka.

"Mana aku nak letak si Tasha tu. Kau bukan tak tahu perangai dia macam mana," Zakuan ketawa. Sediki sebanyak, dirinya tahu akan perihal isterinya walapun dari mulut orang lain.

*******

Haziq menyudahkan suapan yang terakhir. Sejak kebelakangan ini, seleranya kurang. Datin Rosma sedar akan perubahan anak lelakinya. Dato’ Razlan juga ada mengadu dengannya akan perangai Haziq ketika di pejabat. Dia sering termenung walaupun ketika menghadiri mesyuarat. Beberapa staff juga mengadu masalah yang sama. Andai ada yang tidak kena, pasti mereka akan di hembur oleh kemarahan Haziq.

"Ziq, tak tambah lagi ke? Kenapa makan sikit sangat?" Haziq mengeleng.
"Dah kenyang la mama," Haziq berselindung. Tidak mahu berkongsi apa-apa dengan mamanya. Tidak mahu mengecewakan hasrat mamanya. Pasti Datin Rosma akan berkecil hati apabila mengetahui yang dirinya ingin kembali bersama Irma.
"Tak sedap ke mama masak lauk ni," kendur suara Datin Rosma.

"Eh tak la mama. Ziq dah kenyang," Haziq meyakinkan mamanya.
"Mama tengok sekarang ni Ziq dah banyak berubah. Papa pun dah complain dengan mama. Apa yang Ziq fikir?" Datin Rosma cuba mencungkil rahsia.
‘Erk…papa dah complain dekat mama yang payah ni… takkan nampak sangat… biar betul….’ Haziq mengaru kepala yangtidak gatal. Rambutnya dikemaskan kembali.

"Mana ada mama. Ziq biasa je."
"Esok mama nak Ziq jemput Isya balik rumah ye. Dah lama benar dia dekat kampus. Dia ada call Ziq?" mendengar nama Farisya membuatkan hatinya berbunga ceria. Susah untuk menghuraikan apa yang terkandung di fikirannya. Apa yang difikirkan tidak sama apa yang di rasai.
"Dia ada call sekali je. Dia sibuk dengan projek untuk exam," Haziq menjawab pertanyaan mamanya.
"Sekali je? Kenapa dia call mama seminggu sekali?"
‘What! Dia call mama seminggu sekali…. Tak boleh jadi ni… sengaja nak kenakan aku….kau tunggu la..’ hati Haziq membara.

"Ziq naik dulu la mama. Ada kerja sikit nak disiapkan," Haziq meminta diri dari mamanya. Datin Rosma runsing memikirkan perhubungan antara Haziq dan Farisya. Sampai bilakah mereka akan sentiasa begini. Datin Rosma mengeluh.

Haziq merenung gambar perkahwinannya bersama Farisya. Masih terlalu awal untuk dia menerima kehadiran Farisya di sisinya. Namun dia tidak menafikan yang dia sudah merasakan bahang-bahang asmara ketika bersama dengan Farisya. Kenangan ketika di kota London menjengah kembali.

"Habis basah. Kalau kau tak tahan aku cari teksi tadi, mesti dah sampai hotel." Haziq mengibas kot bajunya yang sedikit basah terkena air hujan. Farisya mengigil menahan kesejukan.

"Salahkan saya pulak. Dah awak tu yang nak sangat kita balik jalan kaki. Nak ambil angin malam konon," cebik Farisya. Haziq melihat Farisya meniup tapak tangan. Anak rambut yang berjuntai didahi dikuis lembut. Farisya terkedu. Cepat-cepat membuang pandang ke arah lain.

Haziq menyarungkan baju kot kepada Farisya lalu memeluknya. Cuba menghangatkan tubuh Farisya dari kedinginan. Farisya yang mulanya meronta kembali diam apabila Haziq terusan mendakapnya erat.

Wajah mereka begitu hampir. Haziq dapat menghidu wangian yang di pakai Farisya. Nafsunya bergelora tanpa di pinta. Wajah Farisya direnung mesra. Jantung Farisya berdegup kencang apabila wajah mereka semakin rapat. Nafasnya seakan terhenti.

Haziq tidak dapat menahan gelora di jiwanya. Dia lupa akan janji-janjinya. Haziq merapatkan bibirnya lalu memagut mesra bibir Farisya. Farisya tergaman namun tubuhnya kaku. Pelukan Haziq semakin erat di iringi cumbuan hangat. Farisya mencari kekuatan namun hampa. Dirinya seakan merelakan apa yang dilakukan Haziq.

Nasibnya baik apabila terdengar beberapa rakyat tempatan yang turut sama berteduh berdehem. Farisya menarik tangan Haziq dari terus mendakapnya. Haziq tersentak lalu tersedar. Wajah Farisya merah menahan malu.

‘Macam mana aku boleh tak sedar ni… mesti dia ingat yang aku ni gila seks… kalau mama dengan papa tahu lagi malu…. ‘ Haziq meraup wajahnya. Farisya telah pun memalingkan tubuhnya ke arah lain. Begitulah mereka sehingga hujun berhenti membasahi bumi.

Haziq merindui saat manis ketika itu. Ingin di rasainya sekali lagi. Dia tersenyum sendirian.

***********
Farisya ingin menyiapkan tugasannya secepat mungkin. Dia tidak mahu tertanguh lagi. Hampir tiga jam dia duduk di bangku perpustakan seorang diri. Tiba-tiba datang seorang junior menegurnya.

"Kak Farisya kan. Tadi ada orang cari akak. Kak Nisa yang suruh saya pass note ni dekat akak." Farisya menyambut huluran dari pelajar junior terbabit.

Balik cepat. Haziq dah dua jam tunggu kau dekat bawah.
Aku keluar dengan Sharul.
Kami nak beli barang untuk tesis aku.

Nisa

Farisya melipat kembali nota yang di kirim oleh Anisa. Di fikiranya terbayang wajah Haziqyang kacak. Lambat-lambat di kemas buku-bukunya. Apalagi yang diinginkan lelaki itu darinya.
‘Apa lagi la yang dia nak ni…tak habis-habis nak ganggu hidup aku…’ rungut Farisya perlahan.

Dari jauh lagi Haziq dapat melihat Farisya berjalan ke arahnya. Terubat sedikit rindu di hatinya. Namun senyumnya tidak lama apabila terlihat kelibat Aswad berjalan di belakang Farisya. Tiba-tiba perasaan cemburu mengusai mindanya. Tiada lagi rindu yang mengamit jiwa.
"Ada apa nak jumpa?" Farisya berdiri di hadapan Haziq.
"Kau ke mana tadi. Kau tahu tak berapa lama kau tunggu kau dekat sini. Kau ingat aku ni tunggul ke?" marah Haziq. Farisya tersentak. Bukan pujuk rayu yang diucapkan, hanya amarah yang tak berkesudahan.

"Yang awak nak marah saya ni kenapa? Kenapa tak call dulu. Sengaja nak susahkan diri tu buat apa. Tak de siapa suruh pun," balas Farisya. Geram dengan sikap Haziq yang masih tidak berubah.
"Kau jumpa budak tu lagi kan?" Farisya menjeling tajam.
"Budak mana pulak ni. Awak jangan nak tuduh saya yang bukan-bukan," bidas Farisya.
"Jangan nak buat-buat tak tahu pulak. Aku tak mahu kau ada apa-apa hubungan pun dengan lelaki lain. Tolong jaga sama nama baik aku," tegas Haziq. Mungkinkah dirinya terlupa bahawa Farisya dan Aswad belajar di fakulti yang sama.
"Hubungan apa pulak ni. Jangan main-main la. Saya tak de masa nak dengar awak cakap benda merapu. Ada apa sebenarnya ni?" Haziq merenung Farisya.

"Kenapa kau call mama selalu. Kau nak mengadu pasal aku ke?" Farisya mengerutkan dahinya. Fikirannya serabut dengan assignment yang banyak di tambah dengan soalan yang bukan-bukan dari suaminya.
"Tak de makna saya nak mengadu pasal awak. Mama yang suruh call selalu. Yang awak nak sibuk ni kenapa?"

"Aku bukan nak sibuk. Tanya je. Dah, Masuk," arah Haziq. Suaranya tidak setinggi tadi.
"Nak ke mana?" soal Farisya pendek.
"Balik rumah la. Nak ke mana pulak. Mama dah asyik tanya pasal kau. Lemas aku di buatnya," Farisya tersenyum.
"Saya nak balik bilik sekejap. Nak ambil barang sikit," Farisya meminta izin.
"Tak payah. Baju dekat rumah kan ada. Nak ambil apa lagi?" bantahan Haziq membuatkan Farisya geram.

"Saya nak ambil pencuci muka la. Saya ada satu je," jelasnya.
"Jangan mengada. Beli je yang lain," dengan wajah mencuka Farisya masuk ke dalam kereta Haziq. Ebnci kerana dirinya sering di desak. Walhal, perkara itu boleh di bincangkan.
"Kenapa tak call je. Saya boleh balik sendiri. Tak payah nak datang ambil," Haziq menghidupkan enjin keretanya.
"Kalau tak di ambil, maunya kau nak balik. Mama pun dah bising sebab selalu sangat kau berdalih." Farisya terkedu kerana terperangkap. Kantoi…

"Mana ada. Awak sengaja nak buat cerita kan," Haziq menjadi sejuk mendengar suara manja Farisya. Itu adalah satu kelebihan Farisya.
"Aku cakap benda yang betul. Lagi satu, bila last exam?" Haziq menumpukan perhatian ketika memandu. Jalan raya ketika itu sedikit sesak dengan kenderaan.

"Lagi dua bulan. Lepas tu kena buat praktikal. Kenapa?" Farisya ingin tahu.
"Lepas habis je exam, aku nak kau buat praktikal dekat syarikat papa," Farisya menoleh.
Nampaknya masih ada lagi yang harus dituruti.
"Kenapa dekat syarikat papa? Tak nak la. Saya tak nak orang cakap saya ambil kesempatan pulak,"
"Aku tak suka kau bantah cakap aku," Haziq menekankan suaranya. Dia ingin mengawal pergerakan Farisya. Tidak mahu Farisya menjauhinya.

"Saya tak nak. Saya pun tak suka orang paksa-paksa saya,"
"Jangan degil boleh tak? Kenapa kau suka sangat nak bantah cakap aku? Kau tahu apa hukumnya seorang isteri yang membantah cakap suaminya?" Farisya mencebik. Watak Haziq sering berubah-ubah. Sekejap penyayang. Sekejap pemarah. Sekejap pula terlalu mengambil berat. Pening Farisya di buatnya.
‘Tu je la modal kau… asyik nak ugut aku je… bengang betul…’ marah Farisya.

"Benci awak….." akhirnya Farisya mengunci bibirnya dari berkata-kata. Haziq tahu yang Farisya tidak akan membantah arahannya. Kemenangan berpihak kepadanya. Dirinya tersenyum puas.

Datin Rosma yang paling gembira malam itu. Semua anak menantunya pulang ke rumah. Suasana menjadi riuh rendah dengan suara cucu-cucunya. Berlari-lari mengejar antara satu sama lain.

"Macam mana dengan study? Cepat-cepat la habiskan. Lepas tu jadi macam kami ni," Hasmin dan Hasrin sama-sama tersenyum.

"Jadi apa pulak kak?" Farisya masih tidak dapat menangkap. Datin Rosma turut tersenyum. Yang lelaki semuanya berbual-bual di ruang tamu.
"Jadi seorang ibu la Isya. Mama pun teringin nak tengok kamu ada anak macam kakak-kakak kamu ni." Farisya malu. Apa yang harus di jawabkan. Mendekati Haziq serupa seperti mendekati seekor singa. Tanpa sebarang isyarat, terus menerkam mangsanya dengan rakus.

"Kami nak honeymoon lagi la mama. Lagipun Ziq bukan tua sangat pun. Banyak masa lagi," Haziq bersandar di pintu dapur. Entah sejak bila dia berada disitu. Menjadi pemerhati. Setidak-tidaknya, Farisya terselamat dari menjawab sesuatu yang dirinya sendiri tidak pasti.
"Kalau ada baby awal tak salah. Lagi best tau?" Hasmin menambah cadangan mamanya.
"Macam mana sayang. Mama request baby from us," habis terhembur air yang baru di minumnya. Farisya terbatuk-batuk kecil. Tadi siang bukan main lagi dirinya di marahi. Sekarang ini bermanja-manja pula. Fikiran Farisya bertambah pening. Manakan ingin menjawab soalan ipar duainya, gelagat suaminya lagi.

Mereka saling berpandangan. Marah dengan kenyataan Haziq. Datin Rosma mengurut belakang menantunya.
‘Kot iye pun kau nak cakap …tunggu la aku minum dulu…. Sakit tekak aku siot….’
"Belum rezeki kot mama," Farisya bersuara. Jawapannya ikhlas. Tidak mahu semua pihak terlalu mengharap.
"Ye la. Mama faham. Tapi jangan lambat sangat. Elok bersalin waktu muda ni," nasihat mama Haziq. Haziq suka melihat wajah Farisya yang cemas.

"Betul cakap mama tu Isya. Kakak dulu pun takut juga. Tapi bila dah rasa macam mana nikmatnya mengandung ni, kakak jadi berani. Kekuatan tu datang dengan sendiri," tambah Hasmi sambil menyuap kuih lapis ke mulut Syafiq.

"Mama, maksu ada baby ye?" pelat Syafiq mengejutkan Farisya. Anak kecil itu turut mengharapkannya.
"Belum lagi sayang. Coming soon," Haziq menjawab pertanyaan Syafiq.
"Baby girls ke baby boy paksu?" semua tersenyum mendengar pertanyaan Syafiq.
"Paksu nak dua-dua," Farisya merasakan yang Haziq sudah keterlaluan. Di simpan segalanya di dalam hati. Nampaknya, Haziq telah bermain dengan kata-kata.

********

Haziq melihat Farisya mengambil sebiji bantal dan sehelai kain selimut menuju ke sofa. Dia membuka computer riba bersama beberapa buah buku. Haziq merasa Farisya seakan cuba menjauhkan diri darinya. Apa yang bermain di fikirang iserinya tidak dapat di rungkai.

"Banyak lagi assignment ke?" Haziq cuba mengajak Farisya berbicara. Terlalu asing andai tinggal sebilik tetapi tidak bertegur sapa.
"Banyak la juga. Kenapa?" soal Farisya kembali.
"Nak aku tolong?" dia merapati Farisya. Cuba menimbulkan mood yang baik.
"Boleh ke awak tolong. Jangan bagi saya serabut lagi sudah," Farisya menolak computer ribanya mengadap Haziq.

Mereka sama-sama menyiapkan kertas kerja yang di mahukan Farisya. Banyak yang di bincangkan oleh mereka. Secara tidak langsung keadaan itu merapatkan mereka. Haziq senang ketika bersama Farisya. Ada kala mereka bertekak untuk menegakkan pendapat masing-masing.

Mata Farisya semakin berat selang beberapa jam. Haziq sedar akan itu. Sudah berkali-kali dia menguap.
"Mengantuk?" Farisya pantas mengeleng. Cuba menumpukan sepenuh perhatian. Walhal matanya memang sudah tidak larat untuk di buka. Semakin lama semakin berat.
"Bila kau nak hantar assignment ni?"
"Lagi dua minggu. Ada maklumat penting yang masih belum dapat lagi," terang Farisya.

"Mari sini," Haziq menarik tubuh Farisya supaya berbaring di pangkuannya namun di tolak Farisya. Farisya tidak merasa selesa. Berduaan dengan Haziq menyesakkan jiwanya.
"Tak pe la. Saya boleh tahan lagi. Awak pergi la tidur dulu. Biar saya siapkan sendiri," terketar suaranya menahan getaran.
"Kenapa? Kau takut," soal Haziq. Sedar akan kekalutan Farisya. Adakah dirinya juga merasa perkara yang sama.
"Tak la. Buat apa saya nak takut," Farisya cuba mengawal perasaan. Dia masih lagi teringat akan kata-kata Haziq suatu ketika dulu membuatkan dirinya sentiasa berwaspada. Seperkara lagi perangai Haziq memang sukar di jangka.

"Kau masih berhubung dengan budak tu?" tiba-tiba Haziq bertanya.
"Budak mana?" Farisya sengaja mencari helah. Dia tidak mahu perkara itu di ungkit kembali. Dirinya tahu Haziq sedang berbicara mengenai Aswad. Sejak kejadian itu, Aswad tidak pernah menghampirinya. Mungkin telah berjauh hati. Tambahan pula tidak manis kiranya dirinya terus mendekati Farisya.

"Aswad," Farisya terkesima. Dia hairan dari mana Haziq mengetahui nama Aswad. Bibirnya tidak pernah menyebut nama itu di hadapan Haziq.
"Dari mana awak dapat tahu nama tu. Awak intip saya?" Haziq merenung lembut wajah Farisya. Dia tidak mahu mengundang kemarahan Farisya walaupun hatinya kecewa dengan penolakan Farisya.

"Aku dapat tahu dari budak u kau juga. Dah lama kau kenal dia?" Farisya tidak faham dengan tujuan Haziq bertanyakan tentang Aswad. Mengapa tiba-tiba Haziq ingin mengambil tahu. Untuk apa? Hatinya tertanya-tanya.
"Yang saya tahu, dia dah mati dalam kamus hidup saya. Awak la pembunuhnya," Haziq kelu. Dia merasakan tuduhan Farisya terlalu berat.

"Kau sayangkan dia?" soalan Haziq seakan ingin memerangkap Farisya.
"Saya tak nak dengar lagi pasal benda ni. Saya pun tak pernah tanya awak tentang Irma. Awak tak perlu nak ungkit cerita lama," rayu Farisya.

"Irma adalah sejarah dalam hidup aku. Tak mungkin aku akan berpaling lagi," Haziq mengelus lembut tangan Farisya. Ingin menarik Farisya supaya mendekat.
"Sudah la Ziq. Saya tak mahu kita menjadi terlalu dekat. Saya masih belum bersedia dengan semua ini. Terlalu banyak telah saya korbankan. Saya tak mahu kecewa lagi. Tolong la jangan bagi apa-apa harapan pada mama. Saya tak mungkin dapat lakukannya," Haziq kecewa dengan jawapan Farisya. Begitu sukar untuk melembutkan sekeping hati milik Farisya.

"Kau marahkan aku?" Haziq cuba memujuk.
"Kalau saya marah sekali pun, ia tak akan merubah keadaan. Saya tetap hak awak dan saya tak mampu nak buang hak tu," suara Farisya sudah mengendur tidak setegang tadi. Terpaksa akur akan ketentuan yang telah di takdirkan untuknya.
"Kau tak yakin aku akan berubah?" Farisya mengeluh. Untuk memberi Haziq peluang tidak pernah terlintas di fikirannya. Biarlah mereka begini saja. Bercakap hanya pada perkara yang perlu saja.

"Berubah atau tidak ia tak bermakna akan menjamin masa depan saya. Saya tahu yang awak masih sayangkan Irma. Saya tak kisah. Sebab saya tahu memang dari mula lagi awak bukan milik saya. Saya pun bukan jenis materialistic ataupun perampas. Saya tak rela maruah saya di perkotak katikkan semata-mata nak menjaga nama baik awak. Awak fikir la sendiri," Farisya bangun meninggalkan Haziq bersama kata-kata yang cukup berbisa.

Dia tidak tahu dari mana Farisya mendapat tahu semua cerita tentangnya. Dia tidak dapat membalas segala tomahan Farisya kerana semuanya benar berlaka. Namun jauh di sudut hati, perasaanya kini sudah mula tertumpu kepada Farisya Hani isteri yang di nikahinya. Ingin cuba di pujuk namun tidak berdaya kerana hati Farisya sudah tidak selembut dulu.

Haziq bagaikan kehilangan arah. Wajah Irma tidak lagi bermain di fikirannya kecuali wajah Farisya yang sering menguntum senyuman suatu ketika dulu. Sakit ketika di tinggalkan Irma tidak seperit penolakan Farisya. Haziq terpaku sendirian.


********

"Kau tak kan lupakan aku kan?" di kesat air mata yang masih berbaki. Terlalu banyak yang telah di kongsi bersama.
"Woi makcik, kita nak balik pun sekejap je la. Mana mungkin aku nak lupa. Kau la satu-satunya kawan aku yang kahwin tak jemput kawan-kawan," sindir Anisa. Farisya ketawa mendengarnya. Bukan tak mahu tapi sengaja mahu merahsiakan status perkahwinannya. Tiga bulan merupakan saat yang dirasakan begitu panjang,

"Aku janji. Kalau aku kahwin lagi sekali, kau la orang yang pertama sekali aku jemput."gurau Farisya.
"Ha ah …dah buang tabiat. Mana kau nak campak laki kau yang sorang tu," Mereka ketawa lagi.
"Pergilah. Aku tengok muka laki kau pun dah nak tukar jadi hijau dah." Farisya menoleh ke arah Haziq.

Melihat wajah Haziq yang masam mencuka membuatkan hati Farisya bertambah pilu. Episod dirinya menjadi isteri Haziq secara mutlak akan bermula. Walaupun dalam tempoh tiga bulan. Tidak tertanggung rasasnya. Kalau dulu dia masih boleh mengelak dengan alasan untuk tinggal di kampus. Kini dia tidak dapat lari dari kenyataan lagi.

"Dah, jangan sedih-sedih. Aku akan doakan kebahagian kau," pujuk Anisa.
"Thanks, kau la kawan aku dunia akhirat."
"Kalau ada apa-apa, just call me ok. Day or night ," Farisya tersenyum pahit.

Terlalu banyak cerita tentang Haziq telah di ketahuinya dari Anisa. Kadang kala Farisya tidak segan silu menangis di hadapan Anisa. Sebagai sahabat, Anisa tidak mampu untuk membantu kerana Farisya adalah tanggungjawab suaminya. Namun dia sering memberi kekuatan kepada Farisya serta berpesan supaya sering memanjat doa kepada yang Maha Esa.

Selesai menyimpan bag di dalam kereta, Farisya melangkah menuju ke tempat duduk di sebelah pemandu. Sedang dia membuka pintu kereta, matanya terpandang seraut wajah yang pernah di rinduinya. Haziq dapat melihat pandangan sayu Farisya.
‘Maafkan aku As…’ bisik Farisya lalu meloloskan dirinya ke dalam kereta.

"Apa yang kau pandang?" soal Haziq. Farisya senyap. Langsung tidak mengendahkan pertanyaan suaminya. Haziq memandu keretanya keluar dari kawasan universiti. Kereta di pandu perlahan.
"Woit..aku tanya la." Farisya menjeling tajam. Masih belum berubah lelaki di sisinya. Masih sering memarahinya.
"Apasal awak nak tahu?" suaranya meninggi.
"Aku tanya, kau pandang siapa tadi?" ulang Haziq juga sedikit tinggi. Kelakiannya tercabar. Belum pernah ada wanita lain yang berani meninggikan suaranya.
"Suka hati saya lah nak pandang siapa pun. Awak peduli apa?" Farisya melawan. Setelah mendengar cerita yang di sampaikan Anisa, Farisya menjadi benci. Dirinya tidak ubah seperti patung yang bernyawa. Yang hanya mampu menurut.

"Ooo…dah pandai menjawab," sinis saja suaranya.
"Awak yang suruh saya jawab tadikan. Ni nak marah-marah pulak. Kalau dah benci sangat, lepaskan saya!" balas Farisya. Di hembur segala kemarahannya.

"Ada aku ikat kau ke?" soal Haziq. Perlahan. Hatinya tersentak mendengar kata-kata Farisya.
"Ha ha ha..very funny," ejek Farisya. Geram dengan perangai Haziq yang suka membulinya.
"Dah betul apa." Haziq masih lagi tersengih. Rindunya kian terubat. Malu untuk meluahkan secara terangan.
"Malas nak cakap dengan orang mereng macam awak," akhirnya Farisya melemparkan pandangannya ke luar tingkap. "Apa kau panggil aku. Mereng…Mereng-mereng pun kau dah jadi hak aku. So aku ada hak nak buat apa yang aku suka. Faham!" tegas Haziq. Farisya tidak lagi membalas kata-kata Haziq. Tidak mahu perbalahan ini berpanjangan.

Terdetik di fikiran Haziq akan kata-kata Farisya tadi. "Lepaskan saya…" Dia tidak menjangkakan perkataan itu yang terkeluar dari bibir Farisya. Dia tidak akan melepaskan Farisya sebegitu mudah. Farisya tetap akan menjadi miliknya sampai bila-bila.

"Betul kau nak berpisah dengan aku?" soal Haziq lembut. Memecah kebuntuan. Farisya menoleh. Merenung wajah Haziq yang sedang memandu. Wajah tenang Haziq ditatap lama. Mengakui dirinya turut merindui akan wajah itu. Wajah yang sering bermain di fikirannya. Mengapa wajah itu yang sering hadir. Sedangkan lelaki itu jarang melayaninya dengan baik.
"Kenapa? Bukan dulu awak yang nak sangat kan?" sindirnya.
"Aku tanya kau bukan suruh tanya aku balik."
"Saya tak kisah. Lagi senang hidup saya," Farisya berterus terang walaupun dia sedar akan akibatnya nanti. Akan bergegarlah tiang Arash apabila dirinya meminta cerai. Walaupun dihalalkan, tetap dimurkai Allah s.w.t.

"Kau tak pernah sayangkan aku?" Farisya mengetap bibir. Soalan Haziq bermain mindanya. Dia akui sudah puas dicuba untuk membuang wajah Haziq dari terus menguasai dirinya, namun wajah itu tetap akan menemaninya tanpa jemu. Cintakah itu?

"Kenapa kau diam," dia ingin tahu perasaaan Farisya padanya kini. Dia tidak menghiraukan penolakan Farisya dulu.
"Untuk apa awak nak tahu. Tak penting pun," balas farisya acuh tak acuh.
"Kenapa kau nak berpisah dengan aku? Kau yakin aku akan lepaskan kau?" Farisya berpaling. Dikerutkan dahinya.
"Apasal pulak?"
"Itu kau tak perlu tahu." Farisya terkedu melihat melihat Haziq tersenyum sinis.
"Awak nak buat apa," soal Farisya sedikit cuak. Seraya tangannya melekap didada. Bersilang. Melindungi sesuatu.
"Kenapa? Kau takut," Haziq sengaja membuat Farisya semakin gelisah. Tawanya akhirnya pecah melihat gelagat Farisya yang sedang melindungi dirinya.

"Buat apa saya nak takut. Negara ni ada undang-undang.Kalau awak berani sangat, cubalah." Ugut Farisya. Suaranya sedikit getar. Tangannya pantas di jatuhkan. Menggengam erat hujung kebarung yang dipakainya.
"Kau cabar aku?" soal Haziq. Sesekali dia menoleh ke arah Farisya. Senyap tiada jawapan. Farisya melarikan wajahnya dari terus di tatap Haziq. Teringat nasihat Anisa supaya jangan sekali-kali mencabar keegoan seorang lelaki.

Melihat Farisya yang masih membisu, Haziq menggengam tangan Farisya kemas. Dia tidak memperdulikan rontaan Farisya. Hatinya puas mendengar Farisya mengalah lalu membiarkan saja tangannya di genggam erat. Senyumnya melebar.
posted by Penulisan2u @ 6:28 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
4 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group