Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Fariz meneliti wajah di hadapannya itu lama dia terdiam, seakan setiap inci wajah itu diteliti. Cantik, itulah yang lahir dari hatinya. Ayuni masih lagi tidak berganjak, rimas dipandang begitu.
"Cik Nur Ayuni Balqis", tiada senyuman diwajah Ayuni dia merasakan lelaki itu sengaja mengulangi namanya beberapa kali.
"emmm hebat tapi kenapa awak memilih Neraca Holding sedangkan awak menerima 3 tawaran dari syarikat lain yang saya rasa besar namanya"
"soalan kenapa tu tak sepatutnya diajukan kepada saya kerana soalan tu membuatkan saya berfikir adakah keputusan saya betul atau tidak..tapi jika jawapan dari saya yang encik nak dengar saya memilih Neraca Holding kerana saya yakin syarikat ini mampu untuk satu tahap yang lebih tinggi" fariz mengangguk.
"jadi Cik Ayuni rasa Neraca Holding sekarang belum mencapai tahap? Nampaknya cik Ayuni tak membaca sejarah syarikat terlebih dahulu"
"saya ditawarkan jawatan pengurus pemasaran jadi saya melihat dari aspek pemasaran jika dilihat dari kasar sememangnya Neraca Holding standing dengan syarikat besar tapi haus dilihat dari aspek pemasaran yang agak lemah dua tiga bulan ini akan mengakibatkan bukan saja emej malah dana syarikat juga akan bermasalah" Ayuni tersenyum sinis apabila dua orang daripada penemuduganya menganggukkan kepala. Fariz kelihatan tidak puas hati.
"jadi Cik Ayuni yakin dengan pemasaran yang bakal dilakukan"
"saya tidak berani menggunakan perkataan yakin tapi saya akan cuba sedaya upaya saya membuka mata bukan sahaja masyarakat tapi anggota syarikat sendiri supaya faham akan fungsi syarikat sebenarnya",
"maksudnya?"
"Maksudnya bagaimana lemahnya system penyambut tetamu syarikat yang tidak peka dengan pelanggan juga akan menjadikan satu kelemahan"
"kesalahan sekecil itu yang ingin cik ayuni tunjukkan?" ibarat masih belum rada soalan yang lahir dari mulut Fariz dia geram mendengar semua hujah Ayuni yang membongkar kelemahan syarikat secara berani.
"mungkin ini adalah masalah kecil bagi lembaga pengarah tapi bagi pemasaran setiap subjek dalam atau berkaitan dengan klien adalah penting. Jika klien dari syarikat lain datang tapi disambut dengan layanan low class saya rasa boleh membunuh syarikat",
"jadi apa cadangan Cik ayuni?"
"mudah saja encik…penyambut tetamu memang bukan untuk individu educated tapi mestilah indivudu yang memahami sejarah syarikat yang encik war-warkan tadi. Jika disebut tahun bila syarikat dimulakanpun tergagap jadi ini boleh saya katakan tidak professional"
"jadi dia perlu dipecat?" soal Fariz, suaranya sedikit ditinggikan. Ayuni tersenyum dia tahu lelaki itu sudah panas hati.
"emmm itu tindakan orang yang berfikiran sempit…untuk apa kita lepaskan orang yang sudah biasa dengan syarikat, kita boleh hantar dia ke seminar atau bengkel yang mungkin akan membantu dan menjelaskan cara sebenar dia mengendalikan tugasnya..sekarang ni banyak sangat bengkel-bengkel macam tu"
"jadi awak yakin awak akan diterima?"
"saya akan jadi yakin kalau Encik sendiri yakin dengan saya, saya rasa tak perlu soalan itu kerana sebab saya yakinlah saya ada di sini sekarang..Cuma persoalannya Encik sendiri yakin ke untuk menerima saya" Fariz terkedu, wanita dihadapannya kini bukan sebarangan.
"baiklah Cik Ayuni awak keluar dulu…nanti kami akan panggil semula" kata salah seorang dari tiga orang lelaki di hadapannya. Ayuni tersenyum..
Langkah kakinya singgah di depan potret seorang yang kelihatan sangat bergaya. Bilik menunggu ini sangat cantik dan terasa tenang. Pengerusi Neraca Holding Datuk Mansur kelihatan segak dengan pingat usahawan Negara, ‘Ayuni tersenyum sinis..seorang yang bertanggungjawab kepada syarikat konon’
"kenapa macam tak puas hati saja awak tengok gambar tu?" satu suara dari belakang. Dia pantas berpaling. Datuk Mansur??
"Datuk…" Ayuni pura-pura hormat. Datuk Mansur masih memandang tepat ke arah wajahnya. Terasa sesuatu menyentuh hatinya apabila melihat wanita ini sejak tadi. "kenapa Datuk?" Tanya Ayuni tidak senang dipandang begitu.
"emmm tak ada apa..Cuma wajah awak macam pernah saya tengok tapi tak pasti siapa.."
"ooohh memang muka saya ni familiar sikit Datuk, maklumlah muka orang kampung" cuba menyembunyikan getara hati yang semakin menggunung. Dia sendiri tidak faham dengan kata hatinya ini.
Lama Datuk Mansur mendiamkan diri wajahnya berkerut seakan ingin mengingati sesuatu. Tapi tiba-tiba pintu bilik dibuka luas. Terjenguk kepala Fariz Iskandar.
"Papa....ehh apa awak buat dekat sini Cik Ayuni?" tanya Fariz sambil langkah diatur mendekati papanya. Memang dia sudah berjanji akan berjumpa papanya disini ada sesuatu yang nak dibincangkan.
"emmm...saya disuruh untuk tunggu di sini.."
"ehh tak mungkin hanya ahli lembaga pengarah saja yang dibenarkan masuk bilik ni..awak silap bilik ni." kata Fariz terasa ada sesuatu yang tak kena. Gaya wanita itu mencurigakan. Dia membentangkan kelemahan syarikat ketika ditemuduga, itu membuatkan Fariz bertambah hairan. Seakan wanita ini begitu tahu hal dalaman syarikat.
"tak apa Fariz..lagipun dia salah bilik", Datuk Mansur tersenyum.
"kalau macam tu maaflah Datuk, saya keluar dululah", Datuk Mansur tersenyum, terasa senang dia mendengar suara wanita itu. Semasa Ayuni melintasi Fariz sempat dia menghadiahkan jelingan, kata-kata Fariz menunjukkan dia seorang yang belagak.
"haiii papa lama pandang...?", Fariz mengusik papanya.
"siapa budak tu? Buat apa dia kat sini?" Fariz terkerut papanya kelihatan berminat dengan Ayuni.
"Cik Ayuni Balqis bakal pengurus pemasaran Neraca Holding", Jawapan Fariz dibalas dengan senyuman oleh Datuk Mansur.
"ok....kenapa papa nak jumpa Fariz?"
****
Ayuni melangkah meninggalkan Neraca Holding sepatutnya dia memulakan kerjanya hari ini tapi dia diminta pulang dulu kerumah. Panas hatinya apabila diberitahu tempatnya masih belum dikosongkan dan akan boleh digunakan minggu depan.
"syarikat apa entah...boleh pula buat macam tu, ingat aku ni apa?" bebelnya seorang diri. Sakit hatinya masih belum hilang. Kurang asam jawa betul! Dari jauh dia dapat menangkap kelibat Aleyya yang memimpin tangan Adam masuk ke dalam kereta rasa meluatnya mencengkam hati. Lama dia terpacak di tepi jalan. Bila agaknya kisah hidupnya akan berubah. Tiba-tiba telifon bimbitnya berbunyi.
‘syg jmpe tmpt biase..aku blanje mkn..’ pesanan ringkas di skrin telifon bimbitnya membuatkannya kembali tersenyum. tangannya pantas menahan teksi yang kebetulan lalu. Bayangan wajah-wajah tadi yang terlayar di mindanya hilang entah ke mana.
best gk cite nie..xsbr nak tau cite seterusnye... ade blog x?
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best gk cite nie..xsbr nak tau cite seterusnye...
ade blog x?