Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Zuraida ketawa tak henti. Hampir nak keluar air matanya. Alia di hadapannya menarik muka. Geram melihat Zuraida yang seronok sangat mentertawakannya. Rasa macam nak tarik saja tudung Zuraida tu. Zuraida ni memang la.
"Kau ni kan Zu… sudah-sudahla tu. Kau memang kan… saja je!" Alia merengus perlahan.
"Ha ha ha… memang… aku kan memang gini. Kau lah, buat malu aku je. Kot ye pun tak payah lah nak cakap yang kau tak pernah naik motor. Ni tak… lurus bendul…"
"Ya la… dah memang betul kan. Lagipun aku seram la kot dia bawa laju ke. Mana tau kan?"
"Dah tu dia bawa berapa?"
"Yang aku geram tu, dia suka hati je bawa 40km sejam… macam tu sampai bila nak sampai. Dari 15 minit dah jadi setengah jam tau,"
Zuraida mengangkat kening, bagai tak percaya dengan apa yang didengarnya. Ketawanya pecah lagi. Memang kisah Alia-Qalif berkembang dengan sendirinya tanpa perlu diatur. Hatinya berbunga riang. Takdir Tuhan tiada siapa yang tahu.
"Ok la tu. Handle with care kan…" Zuraida mengusik.
Alia memang dah tak tahu nak jawab apa. Menyesal pula bercerita tentang tragedi-malam minggu dengan Zuraida. Tapi selama ini pun dia memang akan berkongsi segala rasa dengan temannya itu.
"Baik ya budak tu dengan kau… erm, ada apa-apa ke Lia?"
"Ewah-ewah dia bukan main lagi… tolong sikit. Bak kata kau tadi, dia budak lagi tau… so no hard feeling ek,"
"Ala.. gurau je la. Tapi kalau ada apa-apa pun aku tak rasa ada masalah. Kan ke kau dengan dia sama-sama bujang trang tang tang… hehe…"
Mata Alia bulat. Zuraida ni la kan. Patut ke aku hempuk dia dengan fail ni? Memang tak sayang mulut langsung.
"Zu… dah jangan nak mengarut. Tak payah kau nak pusing sana sini… He is my worker ok? There’s no and will never have a lovey-dovey story…"
"Ek? Ala tak best la kau ni. Baru nak berangan ada cerita tari-tari ala Hindustan kat sini. Tapi just imagine… you and him. I think you’re both would be good couple together,"
Papp… fail di tangan Alia melayang juga. Tepat dilibas di bahu Zuraida.
"Aduh… kejamnya kawanku sorang ni…" Zuraida menggosok bahunya perlahan. Kadang kala tindakan Alia memang di luar jangka.
"Padan muka. Kau la cakap ikut suka je…"
Zuraida menarik sengih. Sekali sekala melihat muka Alia merah menahan malu. Ingat senang ke? Kawan aku yang sorang ni selalunya tayang muka tak berperasaan je.
"Kau ni Lia. Sekarang dah tak boleh dibawa bergurau. Ganas sangat,"
"Gurau tak gurau. Benda yang merepek tu la yang kau suka kan…" balas Alia.
"Ala… ingat senang ke nak tengok muka kau macam ni?"
"Macam ni? Macam apa?"
"Erm… tomato-woman…" tawa Zuraida meletus lagi. Seronok benar mengusik Alia yang mukanya dah merah padam. Sungguh kalau boleh dirakam memang dia teringin sekali merakamkan wajah Alia sekarang. Erm, agak-agak kejam sangat ke kalau aku snap picture dia? Hatinya bertanya sendiri.
"Ee… aku la kan. Fikirkan si Nasrul tu je. Kalau tak, dah lama aku gulaikan kau," getus Alia.
"Ek? Then aku cop gulai lemak ikan masin je la… hehe…"
Alia dah mengangkat fail. Niat di hati Zuraida ingin diketuk namun deringan telefon memberhentikan langkahnya. Cepat dia menekan intercom.
"Yes… ada apa Qalif?" Alia bertanya. Zuraida tersengih. Panjang betul umur budak ni, baru disebut-sebut dah ada.
"Saya nak ingatkan Cik Alia tentang jadual kita petang ni,"
Alia memejamkan mata. Jadual? Ada apa ya? "Sorry Qalif. I can’t remember. Kita ada apa petang ni?"
"Petang ni kita ada lawatan ke Dazzle Food Sdn Bhd. Melihat bagaimana coklat-coklat di sana dihasilkan. Kita juga akan bertemu empat mata dengan Cik Noor Dina, pengarah urusannya," lancar Qalif menjawab. Hampir sebulan berkerja dengan Alia dia arif benar akan hal yang satu ini. Sikap pelupa Alia.
"Oh ya… Cik Noor Dina. Dia yang baru dapat Anugerah Petani & Usahawan Koko Jaya 2008 tu kan?"
"Ha… ingat pun. Cik Alia dah buka ke website yang saya bagi tu?"
"Website? Mana Qalif?"
"Ada atas meja Cik Alia. Sticker note kuning,"
"Kejap…" tangan Alia lincah menarik helaian-helaian kertas di atas mejanya. Matanya meliar mencari kertas kecil berwarna kuning. Yes, jumpa!
"Qalif… ada. Ada saya dah jumpa,"
"Ok… tu website syarikat Dazzle. Cik Alia boleh tengok dulu apa yang patut. Make yourself comfortable with their products,"
"Hurm… ok. Kita nak bertolak bila ni?"
"Dalam pukul 1 ke. Rasanya tak sempat nak lunch dulu. Kita lunch kat sana je," jawab Qalif.
"Kat mana sebenarnya tempat ni? Jauh sangat ke?"
"Jauh tu tak la sangat. Tapi kalau bertolak lepas lunch takut tak sempat je. Area Hulu Langat. Kedainya di Taman Langat Ceria."
"Ooo… boleh tahan jauh juga tu. Hurm, Ok! Kita gerak awal sikit,"
"Yes Mem! Tapi Cik Alia, saya nak tanya sikit boleh?"
"Ada apa Qalif?" Alia bertanya. Zuraida yang mendengar perbualan mereka merapati Alia. Rasa ingin tahu tentang soalan Qalif membuak-buak.
"Cik Alia jangan marah tau,"
"Yes Qalif?"
"Erm, just wonder. Kereta Cik Alia full tank kan hari ni? Dah isi minyak kan?" soalan Qalif itu menyebabkan Zuraida menarik sengih lalu menghamburkan ketawanya tanpa ditahan. Memang lawak betul budak ni! Alia pula rasa nak cekik je batang leher Qalif dan juga si Zuraida ni. Dari tadi asyik gelak je.
"Dah Qalif. Learn from my mistake. Anyway thanks for your concern Qalif," tanpa nada Alia menuturkannya.
"Ok, you’re most welcome Cik Alia. So saya jumpa Cik Alia dalam pukul 1 nanti," kata Qalif lalu mematikan talian.
Zuraida masih lagi menghabiskan sisa-sisa tawanya. Alia pula dah tarik muka masam. Geram di hati bila si Zuraida dan Qalif macam buat pakatan tuk mengenakan dia pagi ni. Haishh, duhai hati sabarlah.
"Dah habis gelak Zu?"
"Hehe… sorry! Tapi memang lawak la kes korang ni…"
"Ee… ingat aku ada buat lawak ke?"
"Ya lah… bukan main lagi dia ingatkan kau. Bertuah kan dapat P.A. macam tu?" Zuraida mengangkat kening. Alia mencebik. Bertuah ke?
"Ala intan payung my dear Alia Zahra… rileks la gurau sikit je tak boleh ye sekarang ni. Sensitif betul la…"
"Mana tak sensitif? Kau dari tadi berkilo-kilo gelakkan aku. Bukan main lagi ek,"
"Ala tu aku buat senaman mulut gigi geraham semua. Kau ni la, mesti lah kena exercise baru badan sihat cergas kan kan?"
Alia menggeleng kepala. Memangla susah cakap dengan si Zu ni. Ada je jawapannya. Tapi itu lah juga penyeri dalam hidupnya. Temannya itu adalah teman ketawa di waktu senang dan teman tangisnya di waktu kelam.
"Ee… penat aku cakap ngan kau ni. Dah la. End story. Kau dah tak ada kerja nak buat ke?"
"Erm, ya lah. Aku baru teringat. Ada beberapa sample coklat baru sampai semalam. Belum try lagi. Eh, beb.. aku turun bawah dulu…" pantas Zuraida menghala ke pintu. Itu lah bukan main lagi aku gelakkan si Lia dah lupa apa nak buat. Orang tua kan dah berpesan jangan galak sangat ketawa nanti mudah lupa.
Alia tersenyum nipis. Laju benar kawanku ni bergerak. Jangan jatuh tangga sudah.
"Erm, Lia… nanti kirim salam kat abang sayang ya," Zuraida sempat lagi mengusik sebelum keluar. Dan tangan Alia cepat membaling fail di atas meja. Memang tak kena pun sebab Zuraida dah berdicit lari keluar dari biliknya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan