Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Fenn meletakkan tangannya di dada. 'Apasal berdebar semacam je ni? Ish, suspend je.' Mukanya berkerut. Takut, bersalah, sedih, semua perasaan bercampur-baur. Entah kenapa dia mesti rasa macam tu. "Fenn, ko ni kenapa? Macam orang nak kena dakwa kat court je. Rilex la. Nak lawat auntie je pun. Ko ni, emotional terlebih la pulak." Tegur Mek semasa mereka beriringan menuju ke wad Auntie Pah. Makin hampir, makin gelisah Fenn dibuatnya. "Aku takut la Mek. Nanti kalau dia tak nak jumpa aku macam mana? Kalau anak dia ada macam mana?" Tak rela Fenn nak jumpa anak bujang auntie tu. Hari tu call macam nak gaduh. Seram dia. "Hah, dah sampai. Cepat la masuk." Mek menolak tubuh Fenn memaksanya masuk ke dalam wad. "Ish, nanti jap Mek. Aku tak de kekuatan lagi ni." Jantungnya berdegup kencang. Kalah orang lari kena kejar harimau dah ni. "Banyak la kau punya kekuatan. Tadi bukan main lagi suruh aku cepat-cepat. Tak menyempat. Sekarang, bukan main takut lagi. Dah, takde. Jangan nak ngade-ngade. Masuk je." Geram pulak Mek dengan minah sorang ni. Pintu wad diketuknya dan terus dibuka memaksa Fenn untuk masuk ke dalam. Salam dihulur. Dadanya seakan mahu pecah saat mata tua Auntie Pah memandangnya. Dapat dilihat mata wanita itu berkaca menahan sebak. Senyuman dilempar menutup debar di dada. Puan Syarifah membalas senyuman Fenn. Kurang sedikit debar di hati Fenn melihat Auntie Pah senyum padanya. Dia menghampiri wanita itu dan menyalami tangannya. Sejuk sekali rasanya. "Auntie apa khabar?" Tak tahu nak tanya apa. Itu saja soalan yang terfikir. "Macam ni lah." Lemah suara Puan Syarifah menjawab. Jelas masih belum pulih sepenuhnya. Kedua-duanya diam. Fenn pun tak tahu nak cakap apa lagi. Nasib baik Mek ada. Mek je yang tanya itu ini. Thanks Mek. Air mata Fenn mengalir tiba-tiba. Dia pun tak tahu kenapa. Rasa bersalah sangat kot. Mesti sebab dia auntie jadi macam ni. Bukannya sengaja. Manalah tahu, auntie ada darah tinggi. Tapi kalau tahu pun, dia nak terima je ke pinangan tu? Entah la. "Eh, kenapa pulak ni Faz? Kenapa nangis tiba-tiba ni?" Puan Syarifah pelik. Q yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati juga pelik. "Saya mintak maaf Auntie. Kalau tak kerana saya, mesti auntie tak jadi macam ni." Tersekat-sekat suara Fenn menahan sendu. Air matanya makin laju mengalir. Q kerut dahi. Makin pelik. ‘Apa hal pulak kena mengena Kak Faz dengan mama sakit? Ish, tak faham aku.’ "Ish, bukan salah Faz. Auntie yang salah. Tak bagitau Faz dulu. Main serbu je. Auntie yang sepatutnya mintak maaf. Auntie faham. Dah lah jangan nangis lagi. Auntie tak marah." Puan Syarifah memeluk Fenn. Memang dia sudah jatuh sayang dengan Fenn. Doanya suatu hari nanti pintu hati Fenn akan terbuka untuk menerima lamarannya. Pintu wad terbuka. Terpacul wajah seorang lelaki yang agak samar-samar dalam ingatan Fenn. ‘Macam pernah tengok. Iqram! Mati aku kali ni. Adui…Mek tolong aku.’ "Hah bang, masuk lah." "Sorry, tak tahu pulak ada pelawat." Iqram senyum. Matanya memandang tepat wajah Fenn. Cuba mengingat sesuatu. ‘Alamak, dia perasan aku ke? Jangan la dia kenal aku. Tolong tolong!!’ Fenn memalingkan muka menghadap Auntie Pah di hadapannya. Baru je sekejap tadi jantungnya berhenti berdegup laju dan sekarang kembali bergendang kencang. "Abang, ingat lagi tak Faz?" Aduh, auntie kenalkan la pulak. Kacau. "Faz? Oh, ni la Cik Faz ye.." sinis sekali bunyinya. Bergetar dada Fenn. Fenn tak mampu nak pandang muka Iqram. Takut dan seram. Kalau kena maki macam hari tu macam mana? Alahai… "Rajinnya Cik Faz datang jauh-jauh. Kenapa? Tak puas lagi nak tengok mama saya ni sakit?" dah agak dah. Mesti hantu ni maki aku lagi. Puan Syarifah hairan. Macam mana pulak anak dia tahu pasal ni? "Abang, kenapa cakap macam tu dengan Faz? Penat dia datang jauh-jauh." Marah Puan Syarifah. Kena sampuk hantu mana pulak anak aku ni? "Mama jangan ingat DZ tak tahu. Pompuan ni yang sebabkan mama jadi macam ni kan? Apa yang ko dah buat hah?" "Abang!! Mama tak ajar anak mama cakap kurang ajar dengan orang. Mama yang salah. Faz tak salah apa-apa." Puan Syarifah geram. Tangannya memicit kepalanya yang berdenyut-denyut. "Tak payah nak bela orang macam ni ma. Menyusahkan je." Marahnya masih belum reda. Makin membara bila melihatkan Fenn yang tenang seperti tak ada apa-apa yang berlaku. "Tak apalah auntie. Mungkin saya memang tak patut datang. Saya mintak maaf sekali lagi. Saya balik dulu." "Hah elok sangatlah tu. Ada pun buat sakit hati je." Belum pun sempat Fenn menghabiskan ayatnya, DZ lebih dulu memotong. Sakit hati Fenn melihat perangai DZ. Mungkin ni lah hikmahnya dia tolak pinangan auntie. Panas baran tak kena tempat. ‘Selamatlah kau Fenn. Kalau tak, dah jadi lempeng kau kena kerjakan dek hantu baran ni.’ Puan Syarifah mengetap bibir geram. Anaknya memang melampau. Kesian Fazreen. Gadis tu tak bersalah. Hampir saja dia pitam tadi. Nasib baik Q ada menenangkannya. "Q, kalau pompuan tu datang lagi, jangan bagi dia masuk. Abang tak suka." Q angguk. Tak berani dia nak melawan abangnya yang tengah marah tu. Kalau tak, habis dia. "Abang ni kenapa? Tak pasal-pasal nak marah, tengking orang? Apa yang si Faz tu dah buat kat abang sampai abang sanggup maki hamun dia macam tu?" Tanya Puan Syarifah dengan nada marah. Geramnya pada anak bujangnya masih bersisa. "Mama tanya abang? Sepatutnya abang yang tanya mama tau. Apa pompuan tu dah buat sampai mama pengsan dan masuk wad ni." "Faz tak buat apa-apa. Dia tak salah apa-apa pun. Mama yang salah. Mama yang terburu-buru. Tak sabar." Puan Syarifah sebak. Air mata mengalir laju di pipinya. "Apa mama cakap ni? Abang tak faham. Cuba mama terangkan betul-betul." DZ tak sedap hati tiba-tiba. Apa mama dah buat? "Mama pinang dia. Dia tolak. Mama sedih. Tu yang mama pengsan." Terang Puan Syarifah satu-satu. Mata DZ bulat. "WHAT??! Mama pinang dia?" Q yang sedang minum air tersentak bila mendengar abangnya menjerit. ‘Kena sampuk ke apa mamat ni?’ "Apa mama dah buat ni? Mama sepatutnya mintak persetujuan abang dulu. Mana boleh main redah macam tu je. Dah lah dengan orang yang abang tak kenal." Perasaan DZ bercampur baur. Nak marah, mama sendiri. Geram, lucu pun ada jugak. Nekad betul mamanya kali ni. "Habis, kalau mama tanya abang dulu, abang akan setuju ke? Mama ni dah tua bang. Entah esok, entah lusa, dah tutup mata. Mama hanya nak tengok anak-anak mama bahagia sebelum mama pergi. Mama nak korang ada kehidupan sendiri. Ada orang yang jaga. Bolehlah mama pergi dengan aman." Puan Syarifah buat ayat sedih. Tapi memang itu tujuannya. "Mama, abang tak sedia lagi. Mama jangan risau. InsyaAllah, abang akan kahwin jugak nanti. Mama sabarlah dulu.." Pening kepala DZ. "Nak tunggu apa lagi. Faz tu baik budaknya, sopan, hormat orang tua. Apa lagi yang abang cari." "Mama, sabarlah…" hanya itu yang mampu DZ katakan. "Mama dah puas bersabar bang. Mama nak, abang mintak maaf dengan Faz. Tak nak call je. Jumpa dia terus. Cakap betul-betul. Ni arahan mama." "Tapi Ma…" rengek DZ. Takkan dia nak pergi mintak maaf pulak. Dah lah tengking pompuan tu macam apa, alih-alih kena mintak maaf pulak. Payah tu. "Tak de tapi-tapi. Tak kira macam mana, abang kena mintak maaf jugak." Tegas. Faz tak patut kena maki macam tu. Air mata Fenn tak berhenti mengalir. Sejak dari keluar dari wad hingga dah nak sampai ke rumah, dia tak henti-henti menangis. Rasa terhina dimaki begitu. Lelaki memang kejam. Abang..tolong B. B tak sanggup terus kena maki dan hina macam ni. Abang, please… I need you… "Dah la tu Fenn. Tak payah layan mamat sengal macam tu. Suka hati nak maki orang. Kalau tak kerana auntie tu ada, memang dah kena ngan aku dah mamat tu. Kurang ajar betul." Mek menggenggam kemas stereng kereta tanda geram. Kalau tak tadi, dah lama si Iqram tu kena lenyek dengannya.
Diari yang menjadi temannya setiap masa dibelek. Gambar Syafiq ditenung lama. Rindu menguasai diri. Terlalu rindu hingga airmatanya mengalir tanpa sedar. ‘I really need u abang.. B tak sanggup nak berhadapan dengan semua ni sendiri.’ Kalau dulu, setiap kali ada masalah, mesti abang yang tolong selesaikan. Abang memang terlalu memahami dirinya. Kehilangan abang memang memberi kesan yang sangat mendalam kepadanya. Terlalu pedih. Walau cuba dilupakan, tapi tak mampu. Kenangan itu terlalu kuat melekat di sanubarinya. ‘Please abang… I wanna be with u there…
sambg cepat ya.........tak sabr nak baca and tak sabar nak tengok dugaan yg perlu pompuan tu tempuhi....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sambg cepat ya.........tak sabr nak baca and tak sabar nak tengok dugaan yg perlu pompuan tu tempuhi....