Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Semester baru! Alhamdulillah kerana semester lepas aku dapat lepas dengan pointer 3.85. Walaupun tidak mencapai targetku tetapi aku sudah bersyukur kerana namaku masih tersenarai dalam senarai dekan untuk semester ke lima berturut-turut. Untuk kali ini, aku semakin menanam azam baru dan juga permulaan yang baru. Tapi ada sesuatu yang tidak baru bila… "Assalamualaikum, ustazah!," sergahnya. Aku yang terkejut secara spontan melatah. "Subhanallah, Syaqir!," sambil mengurut dada menghilangkan gemuruh yang menerpa, aku menjelingnya tajam. Dia lalu duduk betul-betul di hadapanku sambil meletakkan buku yang dikeleknya. Aku memandang curiga namun tidak mahu bersuara dahulu. "Kau ambil elektif kelas Dr. Yahya ek?," soalnya sambil menopang dagu. Aku tiada mood untuk menjawab pertanyaannya. Memang, aku tidak suka dan boleh dikatakan benci dengan tingkah lakunya yang satu ini. Sudah berapa kali aku menyatakan yang aku tidak suka disergah begitu. Sudahlah aku ini jenis yang cepat terperanjat, bila disergah begitu terasa melayang seluruh semangat. "Wei, kau marah ek? Sorrylah… tapi aku suka bila tengok kau terkejut, muka kau merah! Comel," katanya sambil ketawa kecil. Aku menggigit bibir. Astaghfirullah, ampunilah aku Tuhan andai anugerah ini telah mendekatkan aku kepada maksiat. "Eh, kau tak jawab pun soalan aku…," selanya. Aku mengerutkan kening. "Kau kelas Dr Yahya ek?," soalnya untuk kali kedua. "Hurrmm..," aku menggumam, sebagai jawapan. Syaqir kelihatan sudah berpuas hati dengan jawapanku itu. Dia tersenyum-senyum sambil tangannya mula membelek buku rujukan yang dibawanya itu. Kemudian dia mengeluarkan sebatang pen dan mencatat isi yang dirasakan penting. Aku memerhatikannya. Eh, dia ni nak study kat sini juga ke?, hati kecilku berbisik. Mengagak kata hatiku mungkin betul, aku mula mengemas barang-barangku. Dia mendongakkan kepalanya memandang aku yang bingkas dari kerusi. "Eh, nak gi mana?," tanyanya. "Balik," jawabku sepatah. Dia menepuk dahi. "Alaa… aku baru nak study dengan kau," kata-katanya menghentam jantungku. Haa, tengok, tengok? Betulkan apa yang aku rasa? Nasib baik aku sempat mengawal ekspresi muka supaya tidak ketara terkejut. "Terima kasih. Tapi aku lebih suka belajar sendiri tambah-tambah kalau perlu menghafal," balasku seraya berlalu pergi. Dalam hati, doaku tidak putus agar dia tidak mengikut langkahku. Aku berpaling ke belakang, alhamdulillah… dia kekal di meja kami tadi. Lantas, aku membelok ke kanan dan mendaki anak tangga ke ruang belajar di tingkat dua. Ampunilah aku ya Allah kerana menipu tadi. Sesungguhnya, aku tidak ingin sama sekali semeja dengannya. Walaupun kami sudah berkawan tetapi itu bukanlah syarat untuk dia sentiasa mendekati aku. Bersama dengan seorang lelaki ajnabi, pasti akan menimbulkan fitnah. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada siksa kubur dan siksa api neraka, dan jauhkanlah juga aku dari fitnah Dajjal dan fitnah semasa aku masih hidup dan selepas aku meninggal dunia.
* * * * * * *
"Baiklah, setakat ni sahaja kuliah kita hari ini. Minggu hadapan kita akan sambung dengan bab seterusnya. Harap kamu semua dapat baca dahulu sebelum kelas minggu depan," kata-kata Profesor Iddya mengakhiri kuliah kami tengah hari itu. Aku segera mengemas alat tulisku sebelum bersedia untuk keluar. "Qis, tunggu jap," satu suara melaungkan memaksa aku membekukan langkah. Aku berpaling. Kelihatan Syaqir cuba menyelinap di celah-celah teman-teman sekuliah. Aku mendakap tubuh seraya merapatkan buku ke dada, menunggunya di tepi dinding. Beberapa teman yang berselisih tersenyum padaku. Aku membalas kembali. Akhirnya, dia berada di depanku. "Pinjam nota kuliah tadi, boleh?," pintanya. Aku mengerutkan kening. "Yang kau punya mana?," soalku kembali. Dia menggaru kepala. "Err, aku tak sempat salin. Tadi siapkan kalkulus. Tak sempat buat semalam, aku keluar ke KL," jawabnya selamba. Aku menggumam. Dia ni banyak mainlah, aku mengutuknya sendiri. "Mintaklah dengan kawan-kawan lelaki yang lain dahulu, mungkin mereka ada," jawabku lembut. Dia mengeluh. "Dia orang semua pun tak sempat salin," balasnya. "Takkan semua siswa sibuk siapkan kalkulus?," kali ini tanyaku lebih tegas. "Tak la semua. Tapi, aku bukannya rapat sangat dengan mereka yang lain. Segan la nak pinjam." Aku menarik nafas panjang. Kalau ya pun nak menipu, agak-agak la Syaqir oii... kau tu siapa yang tak kenal, satu kelas dah faham dengan kau. Lagipun kebanyakan pelajar dalam kelas ni pelajar jurusannya. Keadaan dalam kelas sudah mula sunyi. Aku menolak pintu dan keluar. Hatiku tidak mampu untuk berada dalam keadaan yang lengang begitu. Di luar, aku menarik keluar nota tulisan tangan tadi dari dalam fail lalu dengan berat hati, aku menghulurkan padanya. Dia tersengih menyambut. "Esok petang aku nak. Jangan tak bawa pula," maklumku. Dia mengangguk. "Terima kasih banyak-banyak Qis! Nanti aku belanja kau makan eh?," katanya. Aku menggeleng. "Urmm, terima kasih sahaja. Simpanlah duit pinjaman kau tu. Belanja aku bila kau dah kerja," balasku sebelum segera berlalu dari situ.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan