Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Kita tak mungkin lagi boleh kembali seperti dulu. Adam dah berkahwin. Dan kita dah lama berpisah. Hana bukan wanita yang baik buat Adam. Hana buta dengan kesetiaan dan cinta Adam dulu. Kalau Hana tak buat hal dulu, mungkin kita masih lagi bersama sekarang." Adam menyentuh lembut tangan Hana Nadiah. Dikucupnya lembut. "Adam cuma nak Hana sorang je. Apa sahaja yang pernah Hana lakukan dulu, I don’t care. I love you. Adam tak sanggup kehilangan Hana. Adam tak boleh hidup tanpa Hana." "Please, Adam. Don’t be like this. Kesian kat wife you." "Tapi Adam tak cintakan dia," Hana terdiam. "Habis tu, Adam nak buat apa? Robohkan mahligai yang Adam bina selama ni semata-mata untuk kembali pada Hana? Hancurkan hati orang tua you? Hana tak mahu memiliki sesuatu dengan kehancuran dan kesengsaraan orang lain." Hana mengambil beg tangannya dan keluar meninggalkan Adam di wad hospital tersebut. Dia cuba menahan tangisnya, namun air matanya mengalir jua. Dia terserempak Cazlin yang kebetulan berada di balik pintu. Dia mengesat air matanya. Dia berlalu pergi setelah menghadiahkan senyuman kepada Cazlin. Cazlin memandang sahaja Hana Nadiah berlalu pergi. Dia mendengar setiap patah kata antara Adam Shafiq dan Hana Nadiah. Dia menarik nafasnya panjang-panjang. Keyakinannya seakan-akan semaikn surut. Namun dikuatkan juga semangatnya. "Alah, abang Adam tak ingat apa-apa," Cazlin memberitahu hatinya. Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik abang Adam. Adam Shafiq menarik selimut menyelimuti tubuhnya apabila melihat wajah Cazlin. Muka kau lagi. Cazlin meletakkan perlahan-lahan makanan yang dibawanya. Dia membuka satu persatu penutup yang mengandungi makanan yang dibawanya. "Abang, makan ye. Ada macam-macam Lin bawa ni," Adam Shafiq diam tidak berbunyi. "Abang… marilah makan makanan ni. Nanti dah sejuk tak sedap tau." Adam Shafiq menarik selimutnya dari tubuhnya. Dia menolak semua makanan yang diletakkan di atas meja katilnya. Habis tumpah semua makanan yang dibawa Cazlin di atas lantai. Cazlin terpaku. "Aku tak ingin nak makan makanan kau tu. Baik kau berambus dari sini. Aku tak suka kau. Aku benci kau." Adam menghamburkan kemarahannya kepada Cazlin. Biar Cazlin benci padanya. Biar Cazlin meninggalkannya kerana itu sahaja caranya. Dia tahu mama dan papa pasti tidak akan membenarkannya meninggalkan perempuan yang kononnya ‘isterinya’ itu. Sabar Cazlin, sabar… Panas sungguh hatinya dengan sikap Adam Shafiq. Sudah banyak kali dia bersabar. Rasanya kali ni sabarnya seakan-akan sampai di penghujunnya. Adam Shafiq nampaknya sengaja menaikkan kemarahannya. Mamat ni memang nak kena! "Dah berbungkus macam hantu bungkus pun nak buat perangai ke? Rasanya mulut awak pun sepatutnya kena simen macam mulut dengan kaki awak tu. Kalau tak nak makan, cakaplah. Dah takde mulut lagi ke? Tak payahlah nak buang-buang makanan ikut suka awak je. Sekurang-kurangnya saya boleh sedekahkan makanan ni kat pesakit-pesakit lain yang lebih memerlukan. Tak tahu bersyukur langsung. Anak orang kaya tak sedar diri!!!" Ujar Cazlin sambil mengutip makanan yang telah jatuh menyimbah lantai. Dia ingat aku nak lari keluar dari bilik ni sambil nangis-nangis ke? Sorrylah. Silap oranglah. Giliran Adam Shafiq pula terkedu. Dia panggil aku hantu bungkus? Tak tahu bersyukur? Anak orang kaya tak sedar diri? Eee, perempuan ni kan….Adam Shafiq menghentakkan tangannya di katilnya. "Ouch," dia mengaduh. Lupa plak aku ni hantu bungkus… "Aku tak tahulah kau ni perempuan jenis apa? Sanggup dicaci maki oleh suami sendiri. So, kau nak pretend diri kau tu baik or whatever lah kan? Aku akan pastikan kau tinggalkan aku suatu hari nanti. Masa tu kau akan menyesal sebab habiskan setiap detik hidup kau dengan aku. Kalau tak bukan kerana mama aku, dah lama aku,,,," Cazlin mendekati Adam Shafiq. "Aduh, sakitlah!!!" Adam Shafiq meraba kepalanya yang berbalut. Sakitnya apabila Cazlin mengetuk kepalanya dengan sudu makanan yang dikutip oleh Cazlin dari atas lantai. "Oh, my dear husband. I miss you so much. Wake up please. I can’t stand any longer with this guy. Wake up before I kill him,"ujar Cazlin sambil mengetuk-ngetuk kepala Adam Shafiq dengan sudu. Adam mencengkam tangan Cazlin. Dia merenung tajam wajah Cazlin. Berani sungguh wanita ini mengetuk kepalanya. Terlalu berani. Belum pernah seorang pun menyentuh atau mempersendakan dirinya sebegini. Entah mengapa saat mata bening wanita itu direnung, seakan-akan dia pernah melihat mata yang redup itu. Cazlin menepis tangan Adam Shafiq. Dia melihat jam di tangannya. "Lin dah lambat. Lin ada kuliah tengahari ni. Petang nanti Lin datang lagi. Assalamualaikum," Adam mendengus.
BAB 18 Danial Hariz mengejar Yatt dan Eka. Tujuannya adalah untuk bertanyakan perihal gadis pujaannya. Lama sudah wajah itu tidak dilihatnya. Ke manakah dia? "Kalau abang nak tanya tentang Cazlin. Lupakan jelah." "Kenapa dengan korang ni? Kenapa dengan Cazlin?" Yatt menyerahkan suratkhabar Sinar Kota yang memaparkan berita tentang Cazlin dan suaminya yang diserang di lebuhraya. Danial Hariz membaca akhbar itu dengan bersungguh-sungguh. Gadis pujaannya isteri orang? Akhbar tersebut terlepas dari pegangannya. "Kitorang yang kawan dia sendiri pun tak tahu yang selama ni kitorang berkawan dengan isteri orang. Menantu kepada hartawan terkenal di Malaysia. Isteri kepada pewaris perniagaan Naza yang bernilai ratusan bilion ringgit. Kitorang minta maaf kat abang sebab pandai-pandai matchingkan abang dengan dia," "Korang langsung tak tahu pasal benda ni ke?" Yatt menggeleng-gelengkan kepalanya. "Betul. Memang kitorang hidup-hidup kena tipu dengan Lin. Tak sangka dia berubah sampai macam ni sekali lepas abang Hadi pergi. Patutlah dia berahsia sangat sejak akhir-akhir ni. Rupa-rupanya dah dapat ikan jerung," Tiba-tiba Eka menyiku Yatt sambil muncungnya panjang menunjukkan arah pintu hadapan mereka. Cazlin Amalina. "Hai," Cazlin menegur Eka dan Yatt. Dia cuma melemparkan senyuman biasa-biasa sahaja ke arah Danial Hariz. "Hey.. Look who’s here? Mrs Rich…" Eka menyindir Cazlin selamba. Dia memandang Cazlin dari atas ke bawah. Yatt mencebik. Cazlin tersenyum kelat. "Kenapa dengan korang ni? Mrs. Rich?" Yatt mencampakkan akhbar Sinar Kota ke arah Cazlin. "Mrs. Rich buat apa lagi kat sini? Buat apa nak susah-susah belajar kat sini? Harta Mrs. Rich tu takkan habis makan sampai tujuh keturunan pun. Baik Mrs. Rich duduk je kat rumah. Goyang kaki sambil tunggu orang gaji suapkan buah anggur." Yatt pula menyindirnya. Air mata Cazlin sudah mula mengalir laju menuruni pipinya. "Aku tahu korang marah. Tapi aku ada sebab tersendiri buat semua ni," "Eh, sudahlah. Kitorang takde masa nak layan ‘kawan baik’ macam kau ni. Siapalah kitorang ni kan? Tak layak nak berdampingan dengan Mrs. Rich," ujar Eka lalu menarik Yatt berlalu dari tempat itu. Danial Hariz masih lagi memandang gadis di hadapannya. Bagaimana dia mahu percaya? Sungguh tidak ingin percaya gadis di hadapannya …Patutlah beria-ia Cazlin menolak dirinya tempohari. Akhirnya Danial Hariz turut meninggalkan Cazlin berseorangan.
Danial Hariz memandu BMW M3 miliknya laju di lebuhraya. Stereng kereta dihentaknya. Dia mencapai handsfreenya. Dia menelefon secretarynya. "Ice, I nak you dapatkan semua maklumat berkaitan wanita bernama Cazlin Amalina and her husband named Adam. That guy is the owner of Naza Company. As soon as possible," Danial Hariz mencampakkan handsfreenya. Seraut wajah bening Cazlin kembali berlegar-legar di mindanya. Dia teringat wajah sedih gadis itu saat dia meninggalkannya sebentar tadi. Wajah itu lebih sedih berbanding kali pertama dia melihat gadis itu sewaktu hari pendaftaran pelajar baru di Universiti Kebangsaan Malaysia. Cazlin. Wajah sedih itu sering menarik perhatiannya. Dia teringin untuk mendekati Cazlin. Namun, gadis itu tidak mudah untuk didekati dan ini membuatkan naluri hatinya semakin kuat ingin mendekati gadis tersebut.
"Sememangnya dia gadis yang amat menyedihkan. Seorang demi seorang ahli keluarganya pergi meninggalkannya sehinggalah dia dipertemukan dengan keluarga Tan Sri Latif. Ibarat tikus jatuh ke beras, Cazlin dijodohkan dengan anak sulung Tan Sri Latif. Mungkin perkahwinan ini adalah untuk membalas budi arwah abang Cazlin yang telah menyelamatkan isteri Tan Sri Latif. Pada masa itu, Adam Shafiq sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon terkenal tanah air iaitu Hana Nadiah," "It’s kind of weird Adam want to leave her lover just like that," Danial bersuara tanda tidak puas hati dengan keputusan Adam Shafiq yang mengahwini gadis biasa seperti Cazlin dan sanggup meninggalkan kekasihnya begitu sahaja. Ice bersuara lagi. "Hana Nadiah bukan perempuan yang baik kerana dia terlibat dalam kemalangan dengan sorang pelakon lain. Dalam erti kata lain, Hana Nadiah main kayu tiga di belakang Adam Shafiq. Then, his mother pula jatuh sakit pada masa itu. Memang Adam Shafiq dan Cazlin tiada pilihan masa itu. Mereka pun berkahwin," Danial Hariz menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia meraup wajahnya. "Yang terbaru tentang Adam Shafiq adalah di mana beliau dan isterinya diserang dan Adam hilang ingatan akibat dihentak dengan benda keras di kepalanya sewaktu cuba menyelamatkan Cazlin. And do you know what? Adam cuma hilang ingatan tentang isterinya sahaja sedangkan dia mampu mengingati perkara tentang semua orang. Malah, Adam cuma mengingati Hana Nadiah sebagai kekasihnya. Ini merupakan masa-masa yang agak sukar buat Cazlin," Danial Hariz memandang secretarynya yang terus-terusan menerangkan tentang syarikat milik Adam Shafiq sekeluarga. Gadis berbangsa Cina di hadapannya ini memang cekap menjalankan tugas. Cukup lengkap maklumat yang disampaikan. Malah kini dia lebih tahu tentang Cazlin Amalina. Gadis itu cuma menjadi mangsa keadaan. Gadis itu terlalu kasihan! "Well, saya nak plan asal kita dijalankan. Kita tembus pasaran kereta di Malaysia," "Bukankah sebelum ini Encik Danial yang membantah plan ini. Dah rindu kat papa dengan mama Encik Danial ke?" Ice menyindir bos mudanya itu. Seorang lelaki yang keras kepala tetapi mempunyai pendirian yang kuat. Sanggup menentang papanya sendiri. Kononnya papanya tamak. Syarikat mereka sudah cukup hebat dan gah kerana berjaya menembusi pasaran kereta di Eropah dan kini papanya pula mahu mengembangkan bisnes mereka di Malaysia. Danial Hariz cukup faham taktik perniagaan ayahnya. Kotor dan sentiasa bersifat menjatuhkan. Dan kini setelah sedaya upaya menghalang niat papanya, papanya pula merajuk dan tidak mahu pulang ke Malaysia. Papanya juga menghalang mama, Arianna dan Amir dari pulang ke Malaysia. Kini dia sendirian di Malaysia. Dia ingin mendekati Cazlin. Dia sayangkan gadis itu. Dia cuma mahu memastikan gadis itu menjalani hidupnya dengan baik. Dia mahu memastikan Adam Hariz melayan gadis pujaannya sebaik mungkin. Jika tidak, Naza Company menjadi taruhannya.
Cazlin memulas tombol pintu bilik Adam Shafiq. Namun belum sempat dia membukanya, Ayuna menepis kasar tangannya dan menolaknya hingga jatuh ke lantai. Cazlin mengaduh kesakitan. Ya Allah, sakitnya tangan kanannya terseliuh. Bagai hendak terkeluar anak tekaknya menahan kesakitan. Cazlin perlahan-lahan bangun dan memandang tajam adik iparnya. "Apa masalah kau ni?" Ayuna tersenyum sinis memandangnya. "Bila kau nak berambus dari keluarga aku, hah? Aku kan dah bagithu kau sebelum yang kau memang tak layak bergandingan dengan abang Adam. Hanya kak Hana sahaja yang layak. Sampai abang aku tu dah hilang ingatan pun kau masih nak terhegeh-hegeh kat dia? Agaknya teruk sangat memori abang Adam tentang kau sampai dia dah tak boleh nak ingat langsung pasal kau. Dasar perempuan kampung tak sedar diri," Cazlin memandang jengkel adik iparnya. Adik dengan abang sama sahaja. Cuma tahu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. "Dah habis dah? Aku nak jumpa suami aku yang dah hilang ingatan tu," Cazlin terus sahaja masuk ke dalam bilik Adam Shafiq meninggalkan Ayuna terpinga-pinga keseorangan di situ. Ayuna menghentak-hentakkan kakinya. Geram melihat kakak iparnya langsung tidak bertindak balas dengan kata-kata nista yang dilemparkannya sebentar tadi.
Adam Shafiq melihat sahaja isterinya yang duduk melabuhkan punggungnya di sofa. ‘Isteri solehah’ dah sampai. "Aku nak makan Apple," ujar Adam Shafiq. Cazlin menghulurkan senyuman semanis mungkin buat suaminya. Lantas dia mencapai buah Apple merah dan mula mengupasnya. Sakitnya tangannya tatkala mencapai pisau pemotong buah itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Sedaya upaya dia menahan rasa sakitnya itu. Adam Shafiq merenung Cazlin yang sedang memotong buah. Apsal pulak menggigil tangan perempuan ni? Tak reti potong buah ke? Cazlin menyusun buah Apple yang telah siap dikupasnya ke dalam piring dan menghulurkannya kepada Adam Shafiq. "Aku nak makan Apple hijau bukan Apple merah," selamba Adam menolak piring yang berisi buah Apple merah yang telah siap dipotong. Cazlin mengambil pula Apple hijau lalu dikupasnya. Cukup sabar dia melayan kerenah Adam Shafiq yang sememangnya sengaja menguji kesabarannya. Tidak lama kemudian seorang jururawat masuk ke bilik Adam Shafiq sambil membawa sesuatu di dalam dulang. "Eh, berapa kali saya nak kena makan ubat? Baru je tadi saya makan ubat," Adam menegur jururawat tersebut. Jururawat tersebut tersenyum. "Owh, ubat ini bukan untuk Encik Adam. Ini ubat sapu untuk Puan Cazlin. Tadi Puan Cazlin terjatuh dan terseliuh kat depan pintu. Saya bawakan ubat ini untuk cik Puan," Cazlin terkejut mendengar kata-kata jururawat tersebut. "Er, terima kasih," "Sama-sama,"ujar jururawat tersebut lalu berlalu keluar. Adam Shafiq memandang tangan Cazlin. Patutlah susah benar dia melihat Cazlin mahu mengupas buah tersebut. Rupa-rupanya tangannya terseliuh. "Macam mana kau boleh terjatuh kat depan tu? Kau jalan pakai hidung ke? Pintu tu punya besar pun kau tak nampak?" marah Adam Shafiq. Cazlin mencebik. Adik kau yang tolak akulah. Malas dia mahu mengadu. Nasib baiklah jururawat itu tidak memberitahu perkara yang sebenar. Lagipun dia malas mahu memanjang-manjangkan cerita. Kasihan pula Ayuna. Nanti dia kena marah lagi dengan papa. "Ada ke orang jalan pakai hidung?"Cazlin menyoal Adam kembali. Adam Shafiq terkebil-kebil memandang Cazlin. Ada ke orang jalan pakai hidung? Itu sindiran la… "Ada. Perempuan macam kaulah. Jalan pakai hidung," Adam Shafiq menarik tangan Cazlin yang terseliuh itu. "Sakitlah," Cazlin cuba menarik tangannya. Namun, genggaman tangan Adam Shafiq terlalu kuat. Adam Shafiq membelek-belek tangan Cazlin. "Mulut awak yang sepatutnya kena simen. Cakaplah tangan sakit. Yang pergi potong buah Apple tu kenapa? Kuat sangatlah tu," Adam Shafiq membebel sambil mengurut tangan Cazlin. Cazlin mencebik lagi. Pulang paku buah keras nampak. "Bukannya angkat batu pun,"perlahan sahaja Cazlin menjawab. Namun Adam Shafiq dapat mendengar butir-butir kata yang diucapkan bibir mungil itu. Adam dengan sengaja melepaskan tangan Cazlin yang telah selesai diurutnya. Bab urut-mengurut memang kepakarannya. Adoi, suka-suka je hempas tangan orang. Nasib baiklah aku ni baik. Kalau tak dah lama aku smackdown kaki dia yang bersimen tu. "Dah..dah. Pergi balik. Menyemak je kat sini. Rimas tau tak tengok muka kau kat sini. Balik!!!" Entah kenapa dia berasa kasihan dengan Cazlin. Rasa itu hadir dengan sendirinya. Rasa ingin mengurut tangan Cazlin yang terseliuh itu. Namun rasa kasihan itu tidak ditunjukkan sebaliknya menghalau gadis itu pulang. Cazlin mengambil begnya. Sebelum meninggalkan bilik itu, sempat juga dia berpaling. "Terima kasih sebab urutkan tangan Lin," Cazlin mengucapkannya seikhlas hati. Sekurang-kurangnya dia tahu Adam Shafiq masih mempunyai rasa kasihan terhadapnya. Sifat kasarnya hanya luaran sahaja. Ambillah sebanyak mana masa untuk mengingati diriku kembali.
haha... sian kat lin.. kawn dye xm0 dgr penjelasan dye.. isk2.. hope si daniel uh jelaskan.. si adam nie ade rse acc,, tp cm ego.. n nta la.. pena tgk hana yori dango?? cm tuh la adam time domyoji ilang ingatan at makino.. ekekeke..
nasible danial tu bagus kalodia serupa cam adam heart attack tau.cepat ler sambung,awak dah exam final year dahkan ................plese cepat skit sambung tak sabar2 dah nie
best sesgt cerita ni....kalo buka blog ni....mesti nengok n3 baru utk cerita ni ade tak....adik jgnlh lambt masukn n3...buatlh blog khas utk cerita ni k...
salam buat pembaca dibius cinta..sy agak bz june ini..dua kakak kesayangan bertunang dn berkahwin 2 minggu berturut2..then, sy ke terengganu selama hampir seminggu..hehe, jadi saya tak nak terkocoh2 menulis dan mencari idea..sebaik shj urusan pendaftaran student baru UKM selesai, saya akan kembali menulis.. terima kasih..segala kesulitan amat dikesali..=)
salam... pembaca tersayang.... nmpaknye tuhan nak duga jeje... laptop jeje kne format semula... bnyk dokumen penting hilang.. termasuklah novel dibius cinta.. harap sabar menunggu.. jeje akan cuba sedaya upaya buat semula... cuma ambil masa nak ingat sesetengah part..
salam...=(
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
seannye la ngn hdup lin ni..
geram la plak nape adam ni xingt2 lg ngn lin..
skali lin btul2 merajuk..bru tau..!pdn muke..!
-cheesecake-